
hangpa nampak tang mana pakcik tu ada....
punggahhhh macam nie pun boleh ada kaa...
Oleh Musli Oli
DULU-DULU apabila sebut rasuah orang selalu ingat Indonesia, sebab di negara umat Islam paling ramai itu rasuah dikatakan dilakukan terang-terangnya. Konon, bermula dari lapangan terbang, pemandu teksi ke hotel, tempat makan, pusat beli-belah, hatta hendak berurut pun kena beri rasuah.
Konon apa yang mustahil dan tidak mungkin berlaku di tempat lain, boleh menjadi kenyataan sekiranya ada upah @ rasuah. Pendek kata semuanya ‘bisa diatur’ dan ‘tanggung beres, Pak!’ di Jakarta, asal sahaja sanggup memberi rasuah.
Orang tidak takut memberi dan menerima rasuah – walaupun secara terang-terang di hadapan mata umum – sebab amalan tidak baik itu sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah terlalu biasa, ia menjadi budaya.
Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini usaha memerangi rasuah dilakukan secara besar-besaran di negara jiran itu. Media, terutama TV, memberi liputan meluas setiap hari terhadap kes-kes rasuah. Gambar perasuah dipampangkan dalam akhbar dan TV.
Tidak diketahui sejauh mana kesan dan kejayaan memerangi rasuah di negara Garuda itu. Tetapi pemerintah nampaknya bersungguh-sungguh melawan ‘korupsi’ sehingga ikan jerung, paus, bapak dugung, buaya tembaga, semua masuk jaring.
KINI di tempat kita pun rasuah semakin berleluasa. Mungkin belum menjadi budaya, tetapi sudah dianggap perkara biasa. Hendak lepas dari saman trafik boleh beri rasuah. Hendak cepat proses satu-satu permohonan, beri rasuah. Hendak dapat kontrak pasir, beri rasuah juga.
Hendak kaya cepat boleh melalui rasuah bola sepak. Rasuah bola sepak yang dulu terjadi di luar negara kini menular di tempat kita. Beberapa orang pegawai dan pemain bola sepak kita telah disiasat berhubung rasuah bola.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerja keras pagi petang siang malam, dan setakat ini bukan sahaja lintah atau ikan sepat yang berjaya dijaring tetapi juga ikan-ikan besar termasuk haruan makan anak, todak, ibu pari dan ‘jaws’.
Bukan setakat anak tikus atau katak puru yang masuk perangkap SPRM tetapi juga serigala, harimau kumbang, singa, badak sumbu, malah gajah menta pun tidak dilepaskan. Pendek kata siapa sahaja yang makan rasuah memang tidak senang duduk.
Begitu banyak yang kena tangkap pun rasuah masih menyemarak hinggakan orang yang hendak naik haji pun terlibat dalam rasuah ‘haji ekspres’ seperti yang didedahkan akhbar baru-baru ini. Pegawai Tabung Haji dikatakan terlibat dalam amalan tidak baik ini. Pendek kata hendak beribadat menunaikan rukun Islam kelima pun kena rasuah!
RABU lalu SPRM memanggil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk diambil keterangan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Beliau yang juga Ketua Wanita Umno mengucapkan terima kasih kepada agensi bebas itu, sebab telah tiba giliran untuk memberi keterangan bagi membersihkan namanya yang sejak beberapa bulan ini dikatakan menjadi mangsa tuduhan liar.
Tegas beliau, seperti yang dipetik media: “Alhamdulillah, hari ini giliran saya untuk disiasat, dan saya datang dengan rela hati. Saya beri kerjasama penuh, tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan.”
Parti Gerakan, komponen BN, meminta Sharizat melepaskan jawatan Kabinet. Beberapa orang pemimpin Umno sendiri pun mahu menteri itu berundur. Tetapi, Sharizat berkata suara-suara seperti itu ada agenda politik.
Tumpuan umum sekarang ialah hasil siasatan SPRM. Lagi baik diselesaikan secepat mungkin, supaya keadaan sebenar diketahui. Macam Shahrizat kata, dia ikhlas dan mahu namanya dibersihkan segera. Jadi orang yang meminta dia berhenti kenalah bersabar hingga selesai siasatan SPRM.
AKHIR kalam, dua hari lagi – 14 Februari – adalah ‘Valentine Day’ @ Hari Kekasih. Timbul kontroversi sebab ada yang menyebut ini sebagai amalan orang Kristian, orang Melayu (Islam) tidak boleh ikut.
Memang makin ramai remaja kita yang terikut-ikut dan sambut Hari Kekasih dengan makan-makan, bertukar hadiah, dan bagi bunga ros. Malah, ada yang cium-cium macam orang putih.
Sukalah saya menarik perhatian bahawa bukan Valentine sahaja, banyak benda orang Melayu terikut-ikut dengan orang putih. Antaranya ialah nyalakan lilin atas kek apabila sambut hari lahir, atau hari ulang tahun perkahwinan. Ini dilakukan termasuk oleh pemimpin kita. Apa komen bijak pandai kita?
Kalau menang semua pun kerusi DAP tak lebih 50 di Parlimen tapi Hasan Ali kata DAP akan pinda perlembagaan perkara 153 jika PR menang, ada penyokong Hasan tak di sini boleh cerita macam mana nak pinda perlmbgaan tanpa 2/3?
Dakwah Rasulullah SAW tidak sekadar kata-kata yang bersifat ajakan, nasihat, seruan dan peringatan terhadap sesuatu tetapi kepada kesabaran, kelembutan bicara, kesesuaian orang yang didakwahi, ketegasan menyatakan prinsip dan pedoman, kejelasan menyatakan yang makruf dan mungkar.
Bagaimanapun, sifat zaman kini berubah dan faktor ruangnya lebih dinamik. Dakwah di dunia Melayu adalah amat unik. Keupayaan pendakwah mendekati raja dan pengusaha berupaya mengembalikan mereka kepada fitnah.
Tetapi suasana masyarakat pada awal abad 21 sedang mengalami perubahan yang amat pesat dalam semua lapangan. Ketika itu, proses pembaratan yang berlaku diperkukuhkan lagi dengan strategi globalisasi yang menyebabkan corak komunikasi dan telekomunikasi berubah, sistem maklumat dan keilmuan menjadi sejagat dan rangkaian internet menjadi semakin dekat dengan masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan generasi muda.
Pengerusi Dakwah Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata, keadaan sebegini menyebabkan lahirnya kecenderungan baru dalam kalangan warga Malaysia untuk maju dan membangun.
“Golongan pendakwah berdepan cabaran baru yang lebih sengit apabila sesetengah masyarakat tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti berlaku pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an.
“Sebahagian generasi muda mudah terpikat dengan pengaruh budaya dan gaya hidup Barat menerusi pengaruh media elektronik dan cetak yang memancarkan gaya hidup bebas,” katanya pada Seminar Selamatkan Akidah baru-baru ini.
Pendekatan bijak
Sidek berkata, menjadi perkara penting bagi pendakwah abad ini mencari kebijaksanaan dalam mengambil pendekatan memilih kaedah yang terbaik dalam realiti yang pantas berubah.
“Pendekatan bottom-up harus diperkasa dengan memberikan strategi alternatif terhadap isu Islam.
“Ilmuwan Islam sama ada yang lahir dalam orientasi al-Azhar, Jordan, Madinah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau yang pernah belajar di Barat dan Timur seharusnya mencari jalan terbaik bagaimana cabaran keilmuan menjadi faktor utama yang bakal menentukan arah aliran perubahan dan pembangunan masa depan,” jelasnya.
Tambahnya, melakukan dakwah dan tarbiyyah mestilah dengan ilmu dan pendekatan yang diolah dengan bijaksana agar mencetuskan perubahan kepada diri manusia.
“Ini terungkap dalam Surah An Nahl ayat 125 yang menganjurkan dakwah berlaku secara bijaksana, contoh teladan yang baik dan disampaikan dengan hujah terbaik,” ujarnya.
Menurut Sidek, bagi saudara baru, faktor contoh dan kebajikan harus dijadikan perhatian di samping ilmu dan amalan yang harus diberi dan dididik. Pendakwah dan orang Islam seharusnya menjadi contoh kepada mereka.
“Apabila mereka menerima Islam, cabaran yang dihadapi tidak saja akidah dan ibadah tetapi cabaran yang sering terjadi ialah masalah dengan keluarga, pihak sekeliling malah sesetengah mereka dipinggirkan.
“Masyarakat Islam harus melihat mereka sebagai saudara yang perlu dibantu. Apabila menerima Islam, kehidupan mereka menjadi lebih payah, mereka terasa dipinggirkan, ini menyebabkan pemurtadan berlaku. Oleh itu, amat penting melihat mualaf ini sebagai sebahagian dari kita,” katanya.
Ibarat ikan di laut
Dalam kalangan orang yang sedia Islam, pemurtadan boleh berlaku akibat kejahilan ilmu. Kefahaman mereka terhadap Islam amat terbatas. Keteguhan iman dan takwa tidak ada. Apabila didekati oleh agen pemurtadan mereka mudah terpengaruh.
“Sebahagian daripada mereka juga terjebak kerana faktor pergaulan, perkahwinan, kebendaan dan terlajak. Akibat kejahilan dan tiadanya pendidikan agama menyebabkan kekosongan jiwa diisi oleh fahaman atau anutan lain.
“Antara lain yang terjadi pemurtadan adalah faktor kemiskinan. Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Agen pemurtadan sering mencari kesempatan ini dengan memberi mereka pekerjaan dan bantuan yang akhirnya terpaut dengan agama yang dibawa,” katanya yang juga Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Oleh itu, kata Sidek, pendekatan pencegahan adalah lebih baik dari langkah mengubati.
“Justeru, amat penting bagi dai dan murabbi, anggota masyarakat Islam, organisasi Islam member perhatian lebih kepada usaha dakwah dan tarbiah khususnya dalam kalangan generasi muda di samping perhatian terhadap saudara baru.
“Kepada orang Islam amat penting dibina fikrah Islami sejak awal umur lagi. Jadikan anak ibarat ikan di laut masin, semasin mana sekitarnya daging ikan tawar. Sehebat mana pengaruh sekelilingnya iman tetap teguh, akidahnya tetap kental dan tidak mudah untuk dirosakkan,” jelasnya.
Spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.
Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.
Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projekDanga Bay itu. Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.
Sehubungan itu, masa pertemuan yang panjang itu dipercayai akan berkisar tentang perbincangan isu-isu politik berbanding perkara sosial. Antaranya sama ada Datuk Ghani Othman yang telah berkhidmat selama empat penggal akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar jika BN yang diramalkan akan terus berkuasa selepas pilihan raya akan datang.
Najib dikatakan mahu Ghani supaya terus berkhidmat tetapi menteri besar itu dalam kiasan pada ucapannya semasa perayaan Thaipusam, baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau mahu berundur dan telah juga mengenal-pasti calon yang paling layak mengambil tempatnya.
Sebelum ini, Ghani (kanan) telah berulang-kali berkata bahawa ahli parlimen Johor Baharu Datuk Seri Shahrir Abdul Samad patut diberikan peranan lebih luas dalam hierarki Umno negeri itu berdasarkan integriti dan keupayaannya.
Ini dilihat sesetengah pihak sebagai petanda jelas bahawa Ghani bersetuju mengundurkan diri supaya Shahrir dilantik sebagai penggantinya.
Namun bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas menteri besar Johor, beliau bersedia melepas Ghani tetapi bukannya digantikan oleh Shahrir, yang dianggap bukan penyokong setianya.
Dalam perkiraan politik Umno Johor yang rumit, mana-mana calon yang mahu menggantikan Ghani, kecuali Shahrir mesti bergabung dengan Muhyiddin bagi menghidupkan sebarang peluang bagi mendapatkan kedudukan itu.
Selain itu, perkenan Sultan Johor juga penting sebelum keputusan pilihan muktamad dibuat. Baginda dikatakan juga bersetuju supaya calon baru dilantik sebagai menteri besar yang baru.
Sejarah membuktikan pilihan menteri besar di Johor cukup rumit. Putrajaya sedar pilihan yang tidak diperkenan oleh Istana Bukit Serene mungkin membawa padah dan menimbulkan pelbagai masalah lain.Percaturan memilih menteri besar baru semakin kusut apabila pada masa yang sama timbul ura-ura bahawa jawatan nombor satu dalam Umno yang kini diduduki oleh Najib sedang diintai oleh Muhyiddin.
Ramai penganalisis politik berpendapat jika Umno gagal merampas semula majoriti dua pertiga di parlimen dan juga beberapa negeri yang tewas pada pilihan raya umum 2008, maka Muhyiddin dijangka mencabar ketuannya itu. Lebih-lebih lagi pemilihan parti mesti diadakan selepas pilihan raya umum.
Terence Netto menganggap dirinya sebagai wartawan bebas.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
SEREMBAN – Cadangan Pas Kelantan memilih 14 Februari sebagai Hari Suami Isteri bukan kerana menyokong Hari Kekasih, sebaliknya tarikh tersebut sesuai untuk mengubah mentaliti golongan muda yang taksub meraikannya.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna Pas Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, Hari Kekasih seolaholah sudah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu hari ini.
“Pas bukan bersetuju dengan tarikh tersebut, tapi itu masa sesuai untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu yang turut sama meraikan hari tersebut pada tarikh ber kenaan.
“Sambutan Hari Kekasih sudah lama berakar dalam masyarakat kita, khususnya kepada golongan muda. Sebab itu Pas Kelantan ingin mengubah kepada Hari Suami Isteri,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Taufek yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan berkata, walaupun Hari Suami Isteri boleh diganti dengan tarikh lain, namun tarikh lain tidak akan mendorong masyarakat Melayu mengabaikan Hari Kekasih.
Beliau berkata, tidak ramai yang tahu sejarah di sebalik Hari Kekasih itu dan Pas mengambil tanggungjawab untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu.
Menurutnya, jika tidak diambil tindakan dari sekarang, lama kelamaan ia akan sebati dengan jiwa masyarakat Melayu.