TERKINI :

Saturday, February 11, 2012

9 HUJAH HASAN DIJAWAB - KESIMPULANNYA HASAN ALI PENIPU

 Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

ALASAN HASSAN YANG PERTAMA
 
Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (perlaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai 'golongan parasit' bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama' lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh 'golongan parasit'. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama' lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujjah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujjah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASSAN YANG KEDUA
 
Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hassan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama' dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASSAN YANG KETIGA
 
Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASSAN YANG KEEMPAT
 
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah 'Negara Berkebajikan' tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama' dalam parti dengan tertubuhnya 'Majlis Syura Ulama' yang kesemua ahlinya adalah ulama'. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hassan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama' tetapi ingin ulama' ikut cakapnya! Atau adakah ulama' juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hassan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASSAN YANG KELIMA
 
Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hassan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! "Kaji semula kedudukan dalam PR" cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hassan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KEENAM
 
Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia "menghadapi kesukaran dan suasana serba salah" bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; "Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan". Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah".

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan 'bull-doze' sahaja.

ALASAN HASSAN YANG KETUJUH
 
Soal pimpinan, yang Hassan Ali gemar menggelar sebagai 'parasit dalam PAS', lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hassan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KELAPAN
 
Hassan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu 'mungkar' ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah 'bil lisan' atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik". Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASSAN YANG KESEMBILAN
 
Hassan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan 'parasit PAS' apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai 'parasit' apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah 'penguasaannya'? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hassan Ali sendiri.

KESIMPULAN
 
Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kadiaq smash UMNO lanie sebab belagak sangat...

Kadir: Apa dah jadi dengan Umno...

[VIDEO]

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

NONEKatanya, kenyataan dan rakaman temubual dengan Malaysiakini, Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI  telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan.

"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.

Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.

Kaji dahulu 'kritikannya'

Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan  dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya.

Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno  yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti.

Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak  - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.

"Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut.

'Kita diperhati'

"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya.

Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka.

"Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya.

Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya.

Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan.

Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan.

"Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet. Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978.

"Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik.

"Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu  akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti.

Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno. 

Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah".

"Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya.

Skandal sex Dr. Hamdan pulak dahhh... mampoihlah puak2 blogger anak didik Yahudi ni


oleh KedahLa

Blogger UMporNO ibarat anjing kalau dah biasa makan taik maka..

Oleh: Tok Senapi

Upah RM2000 sebulan yg diterima blogger UMNO Kedah tidak sepadan jika dibandingkan azab api neraka yg ditempah akibat melakukan fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi fitnah yang dibuat adalah QAZAF yang merupakan dosa besar dalam Islam.

Simulasi pilihanraya yang dibuat oleh BN Kedah menunjukkan paling tinggi mereka mampu menang cuma 16 kerusi. Itu belum ambilkira perpecahan dalaman selepas nama calon diumumkan kelak.

Laporan terbaru, para blogger UMNO Kedah telah dihentam dalam satu majlis oleh pemimpin tertinggi mereka kerana gagal menjalankan tugas dengan berkesan walaupun dibayar upah menggunakan duit rakyat.

Maka tindakan terdesak yang ada ialah cipta fitnah untuk YB PAS.. Sebelum ni kita dengar cerita SKANDAL SEX..
1. CEO KHTP Haji Sobri Osman
2. YB Amirudin Hamzah konon dgn bini orang
3. MB Ustaz Azizan dengan staff KMC umur 19 tahun
(Semua fitnah berkaitan sex sebab otak depa memang UMPORNO)

Kini terbaru YB Dr Hamdan pulak kena..

Agaknya bloggers UMNO ni dah kecewa sebab nak kenakan pemimpin PAS yg lain sgt sukar sebab rakyat kenal peribadi pemimpin mereka, maka YB Dr Hamdan nampak mcm rakyat 'boleh makan' tipu daya mereka mungkin sebab ADUN Tanjung Dawai tu jarang pakai lebai. Silap banyakla blogger upahan UMNO terkutuk woiii... Kalau dah berkali-kali (bukan sekali) hangpa biasa bohong, hangpa bohong apa pun lepas tu rakyat dah tak percaya.

Jenis blogger UMNO ni kalau dengan bohong dan fitnah, macam anjing yang biasa makan taik.. kalau takdak peluang makan taik, dapat cium pun jadilah.

Mai baca sebuah fitnah jahat lagi terkutuk oleh blogger upahan UMPORNO anak didik Yahudi APCO..

TERPANAS!!! VCD SEKS ADUN PAS KEDAH BERKONDA KONDI DENGAN SIAMDOLL TERSEBAR???

ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan Kedah, Hamdan Mohamed Khalib, wajar berasa keluh kesah dan bimbang. Hamdan yang kerapkali berceramah dan memberikan tazkirah serta kelas agama, rupa-rupanya tidaklah semaksum yang seringkali digambarkan pada diri sendiri.

Cerita tentang VCD yang mengandungi adegan seks Exco berkenaan dengan Siam Doll sedang hangat diperkatakan, khususnya di kawasan Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Sungai Petani. Kami sendiri diberitahu bahawa video seks tersebut memang wujud dan rakaman dibuat oleh orang PAS sendiri yang sudah tidak tahan dengan penyelewengan moral ADUN terbabit.

Menurut pemberi maklumat kami, vcd atau lebih tepat lagi klip video tersebut jauh lebih bermutu tinggi berbanding klip video yang memaparkan Anwar Ibrahim sedang menyetubuhi seorang pelacur warga China. Video berkenaan tidak sahaja berwarna, tetapi juga mempunyai suara.

Ekoran itu, ADUN Tanjong Dawai dikatakan terpaksa ‘membuat perjanjian’ dengan orang-orang dalam PAS yang enggan menerima kepimpinannya. Difahamkan, Hamdan telah bersetuju untuk menjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir dia sebagai ADUN. Hamdan bersetuju yang dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang.

baca pendedahan X'klusif oleh DETGUAQ

Tudiaa meracau teruk dah puak pejabat insuran Salihiah nii..

oleh KedahLa


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Makin hari makin teruk penyakit puak2 pertahan pejabat insuran Salihiah tu. MK pun faham masalah yang depa hadapi, antaranya:

1. Tinggai berapa kerat saja yang dok keras kepala lawan Majlis Fatwa, khabarnya pemimpin UMNO pun dah mula menghindarkan diri. Sekarang mereka betul2 mengharapkan Perkasa, yang terpaksa diimport nyatakan sokongan termasuk dari Perlis

2. Rakyat Kedah umumnya dah terima penjelasan oleh kerajaan negeri dan faham bahawa wakaf Salihiah tidak dihapus sebaliknya diistibdal. Sebuah surau baru yang lebih besar, gagah, gergasi, beridentiti Islam akan dibina, bila siap nanti akan menyembung azan 5 waktu di sebuah shopping complex raksasa, menerjah kondominium dan hotel. Kali pertama wujud surau seumpama ini di negara Malaysia.

3. Mereka tidak mampu berhujah mempertahankan tindakan mereka maka langkah yang boleh dibuat sekarang ialah putaq pusin isu, fitnah, bohong, maki hamun, bagi gelaran buruk terhadap PAS dan kerajaan dan peralatkan program keagamaan untuk mendapat simpati.

Terkini mereka dah sampai tahap meracau macam orang sasau, kalau tak percaya mai pakat baca apa yang depa luahkan di sini.. lepas tu nilailah sendiri kronik tahap mana dah kepala otak depa. Kesiaaannn..

(Tinggai kerusi kosong yang sokong perjuangan merapu meraban depa)

Abang Bingai

PAS tidak takut pada Allah sebab itu hukum hakam Allah dan hak umat islam seperti tanah wakaf khas Madrasah Salihiah mereka boleh permain dan jual belikan.
Pas tidak takut pada hakim, atau hormati wibawa institusi mahkamah sebab itu mereka cuba ganggu proses writ saman injuksi yang dikemukakan oleh JAWATANKUASA MADRASAH SALIHIAH.
PAS tidak hormati saudara se agama dan rumah Allah sebab tu mereka boleh memaki hamun, menfitnah umat Islam yang mengimarahkan madrasah Salihiah.
PAS hanya takut pada arahan DAP melalui wakilnya SONY HO.. Ini madrasah mesti kasi buang, lu mau itu duit tabung pilihanraya wa suda kasi RM50 juta. Lu apa lagi tunggu Amiruddin, Azizan, lu kasi buang la itu madrasah, itu geleja sama tokong hindu wa mau lia kekal.
Ini madrasah nanti kalau masih ada, itu azan banyak bising lo.. itu penghuni kondo Aman Residen depan itu madrasah akan komplen sama gua lo. LU KASI BUANG CEPAT CEPAT, LU GUNA ITU MAJLIS FATWA KASI ANGKUT MADRASAH LU BUANG DALAM TONG SAMPAH..
ADA FULUS.. PAS LULUS.. TAKBIR!!!!
PAS SUDAH MENJADI BIRO AGAMA DAP
PAS KINI SUDAH BERTUKAR MENJADI PARTI ADAT DAN SOSIAL
PAS JUGA ADALAH PARTI AMAN SENTRAL..!!!!!

Apa punya Kerajaan Negeri..19 tahun guna air perigi

19 tahun guna air perigi
19 tahun guna air perigi

PONTIAN - Impian sebuah keluarga di Kampung Permatang Duku, Benut, dekat sini untuk menikmati bekalan air bersih akhirnya tercapai setelah kerja-kerja penyambungan paip dilakukan di kediaman mereka oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Benut, baru-baru ini.

Sining Duluk, 55, berkata, dia bersyukur dan gembira apabila penantian untuk menikmati air bersih selama 19 tahun akhirnya tertunai dengan adanya bantuan tersebut.

Katanya, pendapatan tidak menen­­tu yang diperoleh dengan bekerja kam­pung membuatkannya tidak mampu membuat pemasangan paip di ru­­mahnya.

“Sejak anak sulung saya lahir sehingga kini sudah berusia 19 tahun, kami hanya menggunakan air perigi di belakang rumah dan air hujan yang ditadah.

“Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu keluarga kami termasuk Syarikat Air Johor (SAJ) Daerah Pontian,” katanya ketika ditemui selepas majlis ringkas pemasangan bekalan air bersih oleh Ahli Dewan Un­dangan Negeri (Adun) Kawasan Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad, di rumahnya, baru-baru ini.

Sementara itu. Adun Kawasan Benut, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, beliau berharap semua agensi, jabatan kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu golongan yang memerlukan termasuk dari segi kemudahan asas, kediaman dan sebagainya.

“Tumpuan juga perlu diberikan kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah supaya mereka dapat menikmati kemudahan asas yang sempurna sekali gus dapat menumpukan kepada pelajaran sepenuhnya,” katanya.

Katanya, masalah yang menimpa keluarga Sining ini perlu dijadikan iktibar supaya tiada lagi golongan yang masih menggunakan air perigi pada masa kini.

Sehubungan itu, beliau berharap data maklumat setiap keluarga seumpama ini diambil untuk diberi perhatian.

“Saya bukan ahli Pas.” - Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus.

KUALA TERENGGANU – “Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.

“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya. [Sinar Harian]

Kedah akan terima pelaburan RM500 juta di Langkawi


KUAH, 8 Februari 2012 – “Jika pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan di Langkawi maka Kedah akan menerima pelaburan sebanyak RM500 juta,” kata YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan IPTA Kerajaan Negeri kepada 25 pelajar dari seluruh Pulau Langkawi di Pokok Asam.

Beliau yang juga Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga berkata, pelaburan-pelaburan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRajaUstaz Azizan Abdul Razak.

Tambahnya lagi, di bawah Perbadanan Kedah Berhad, kerajaan negeri akan mengadakan majlis pecah tanah bagi membina sebuah hotel dan ianya bertujuan memperhebatkan lagi pelancongan di Langkawi.

“Selain itu, kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi hotel di sekitar Pulau Temoyong. Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, maka kita akan merealisasikan projek tersebut serta akan mengurangkan lagi masalah birokrasi yang sering dihadapi oleh pelabur-pelabur untuk melabur dalam sektor pembangunan di sini.

“Kerajaan negeri juga sedang melakukan pembekuan terhadap permintaan tanah yang bersekala besar dan ianya adalah bertujuan untuk menjaga keindahan pulau ini kerana jika penerokaan hutan secara besar-besaran terus berlaku ianya akan menjejaskan alam semula jadi pulau ini,” terangnya.

Kata Dato’Ir Phahrolrazi lagi, sementara itu, kerajaan negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah sedang berusaha menyiapkan proses-proses yang berkaitan untuk membina rumah.

Program Mesra Rakyat di Kuala Muda hari ini


ALOR SETAR, 9 Feb 2012 –Program Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda akan diadakan pada 11 Februari 2012 bermula jam 10 pagi hingga 7 petang.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Muda itu akan diadakan di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak selain beliau turut menyampaikan sumbangan sempena majlis berkenaan.

Pada sebelah petangnya, akan diadakan dialog bersama nelayan dan NGO di Dewan Desa Keda, gotong royong membaiki rumah mangsa ribut di Kampung Hujung Matang serta penyerahan sijil tamat latihan pelajar Nur Barakah, Kampung Haji Kudong. Seperti kebiasaannya, wakil-wakil rakyat akan turun ke kampung-kampung untuk program ziarah dan sumbangan ke tempat-tempat yang dikenal pasti.

Sempena dengan program berkenaan, akan diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara Veteran Kedah dan Pilihan DUN Pandai Merdeka.

Semua dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...