TERKINI :

Friday, February 10, 2012

Pilihan raya umum ke-13 adalah permulaan bagi BN kehilangan kuasanya

Pilihan raya umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya.

forum on galas and batu sapi by election 131110 ong kian mingWalau bagaimanapun, kata ahli sains politik Ong Kian Ming (kiri), keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.

"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.

"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.

Bercakap pada satu forum di Bangsar, katanya jika Muhyiddin mengambil alih sebagai perdana menteri, BN akan menjadi lebih "eksklusif daripada inklusif".

"Ini dan ekonomi yang semakin teruk akan menyaksikan 60 peratus daripada kerusi BN akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

"Pilihan raya umum ke-13 adalah permulaan bagi BN kehilangan kuasanya," kata Ong.

Jika PAS Parti Ajaran Sesat awat hangpa tak 'haramkan macam Al-Arqam' tuuu...???

Hish hish hish.

Mulut kemain cabul. Baik ko berambos dan jangan jadi MB lagi. Kalau selama neh geng2 umno selalu cakap pas kafir mereka [walhal mana ada] yang neh depa tak sedar diri pula? Hakikatnya pas tak pernah kafirkan umno. Dorang yang makan cili beb. Contoh ;

A tidak bersolat. B pergi dekat c dan berbual2, ko tahu orang yang tak bersolat tue berdosa besar. Beza antara orang islam dengan orang kafir ialah solat lima waktu. Lepas tue A terdengar dan terasa. Dia jadi marah. Fack U punya B. Ada ka dia cakap aku kafir kat C. G matilah B. <-- Nampak?

Ada sapa2 cakap A kafir? Takdak.

Ada sapa2 [pemimpin pas] cakap umno kafir selama neh? Takdak.

Dah tue apasal umno terasa? Why why why? Owhh makan cili. Makan cili pun beb.. salah sendiri. Aku tak pernah soh hangpa makan cili. Apa yang B cakap termaktub dalam hukum islam. Dia menyampaikan apa yang benar. Dia tak boleh sampaikan sesuatu untuk menyenangkan diri ko.

Alquran bukan begitu. Islam bukan begitu. Kita tak boleh mengubah hukum Allah swt ikut suka kita. Tapi kita boleh ubah diri kita agar selaras dengan hukum Allah swt. Tue jek. Kaedah simple macam neh pun tak reti nak faham. Macam mana nak masuk kaedah yang lebih sukar dan islamik lagi?

Peh.

Sesi dakwah nak habis. Mode marah plak neh. Lihat bawah neh ;


Otak senget. Ehh MB isu stadium apa kes? Isu apanama.. yang tabung anak2 terengganu tue apa kes? Isu roboh sekolah islam apa kes? Wehh MB, ko pergi buat kerja ko dengan selesaikan isu2 yang melingkari kehidupan orang2 terengganu. Janganlah sibuk nak sesatkan orang bagai.

Dok pongpang cakap perjuangan pas tersasar walhal dengki sebab pas keterdepan dalam memodeninasikan islam di kaca mata ahli2 akedemik. Ramai orang2 islam profesional dah mula menerima pas. Dulu mereka sangka buruk. Mereka ingat pas neh kolot. Tapi sebenarnya mereka tersilap.

Pas bukan kolot. Mungkin kaedah masa tue tak berapa sesuai. Kini pas gunakan pendekatan yang lebih softifikated. Konsep menerima dan memberi. Ini betul. So MB terengganu dengki. Dia lihat ramai anak2 muda mula sokong pas. Anak2 muda dalam pas ditarbiah. Dia dah marah le tew.

MB, ko kalau nak macam tue pun boleh. Ko masuklah pas. Ko mesti rasa happening. Jangan nak dengki je. Masuk pas. Ko tarikbalik ayat dalam tue. Nanti penyokong pas marah ko jangan melenting pula. Ko sendiri yang cari suwey. Bukan orang lain pun. Bai

Ameno : Suka2 nak sesatkan orang..

Aman Central: Apa Kata Penasihat Undang-undang Negeri Kedah

ALOR SETAR - Pengambilan tanah bagi membangunkan projek Aman Central adalah mengikut prosedur dan dibuat melalui perundangan yang sah.

Walaupun terdapat dua kes mahkamah yang dikaitkan dengan pembangunan projek bernilai RM500 juta itu, namun kes pertama yang difailkan oleh Tunku Yaacob Holdings sebelum ini sudah selesai Disember lalu, manakala kes kedua difailkan oleh ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah masih belum diputuskan.

Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zakie berkata, pada 27 Disember lalu, Peguam Negara membantah kebenaran untuk mencabar keesahan prosiding pengambilan tanah di Lot 150 dan 151, milik Tunku Yaacob Holdings.

"Dalam kes itu, Peguam Negara membantah permohonan kebenaran yang dipohon Tunku Yaacob Holdings terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Pentadbir Tanah Kota Setar dan Kerajaan Negeri. Kes ditolak, kita tak perlu kemukakan hujah kerana kebenaran tidak diberikan," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, Tunku Yaacob Holdings memohon injunksi interim tetapi ianya tidak didengar ekoran kes itu sudah ditolak lebih awal.

"Mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan namun belum ditetapkan tarikh. Kes ini membabitkan dua lot tanah bersebelahan, di mana salah satunya terdapat binaan dan sebahagian tapak kosong," katanya.

Penjelasan ini sekaligus melenyapkan dakwaan kononnya projek Aman Central dibangunkan tanpa melalui proses pengambilan tanah yang sah, apabila sebelum ini, heboh diperkatakan ianya mendapat tentangan pemilik tanah, termasuk pihak Istana.

Mengulas kes kedua membabitkan pengambilan tanah wakaf yang menempatkan Madrasah Salihiah, Anas berkata, apabila pengambilan tanah dibuat, pampasan akan dibayar kepada yang berhak.

"Mengikut prosedur, setelah pengambilan tanah dibuat, disusuli pampasan. Pentadbir Tanah akan memberi surat pengosongan kepada pemilik premis. Dalam kes ini, madrasah menerima notis kerana ia bawah Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah tanah wakaf," katanya.

Menurutnya, sekiranya pampasan sudah dibayar, bermakna semua prosedur sudah lengkap dan hak milik asal terbatal.

"Mungkin timbul kekeliruan di sini apabila Maik keluarkan surat tangguh pengosongan madrasah, yang mungkin disalah tafsir pihak tertentu," katanya.

Anas yang mewakili Kerajaan Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dalam kes ini, berkata, pihaknya menerima writ saman daripada peguam mewakili ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah pada 8 Januari, pihaknya kemudian memfailkan permohonan saman dalam kamar untuk mengetepikan writ saman itu pada 16 Januari, bagi membantah serahan saman itu kerana pihak yang sepatutnya menerima saman ialah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Peguam mereka hantar writ saman ke alamat penyampaian yang tidak tepat, iaitu pejabat Penasihat Undang-Undang, maka saya berhak bantah," katanya.

Menurutnya, pada 29 Januari, pejabat SUK Kedah menerima satu saman dalam kamar bagi permohonan injunksi interim yang pertama kali disebut kelmarin (6 Februari).

Pada masa sama, Maik melantik Tetuan Omayah, Nawal and Partners bagi memfailkan permohonan terhadap plaintif, membantah writ saman yang difailkan.

"Difahamkan, peguam Maik mengemukakan alasan, kes berkaitan wakaf perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dan bukannya mahkamah sivil. Kelmarin, semua pihak memfailkan afidavit jawapan masing-masing sebelum 21 Februari ini," katanya.

Kelmarin, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ooi Sheaw Yean, memaklumkan plaintif diwakili peguam, Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman alias Abdullah, bercadang membuat permohonan meminda writ saman dan penyata tuntutan.

Anas berkata, pihaknya turut bercadang untuk memfailkan permohonan membatalkan writ saman yang difailkan sebelum ini, namun akan mengemukakan alasan yang berbeza daripada Maik.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 21 Februari ini sebagai tarikh akhir plaintif kes Madrasah Salihiah menyerahkan afidavit balas terhadap afidavit yang dikemukakan dua defendan sebelum ini.

Mufti teguq Najib sebab sudah gadai akidah sebanyak 3X....!!!

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

February 10, 2012
Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Bob Lokman : Antara RM500 Vs Ayam nak kena sembelih


Ini antara Rahsia Tok Guru Nik Aziz dedahkan untuk Kebahagian Rumahtangga..!!

PASANGAN BAHAGIA...Drs Zainudin Awang Hamat bersama isteri dipilih antara lima pasangan ideal menerima penghargaan daripada Nik Aziz (dua dari kanan).
PASANGAN BAHAGIA...Drs Zainudin Awang Hamat bersama isteri dipilih antara lima pasangan ideal menerima penghargaan daripada Nik Aziz (dua dari kanan).

KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Aduhai Hasan.. Nak Pertahankan Aqidah atau Nak Meroyan Tembak PAS...!!

Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran

Dr Maszlee Malik

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.

Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Bapa parasit

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Turun padang tanpa bayaran

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.


Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Madrasah Salihiah - "Istibdal" pun mengaji tak habih..!!

Laa ingatka faham..! Rupanya depa sangka ISTIBDAL tu bermakna JUAL

(Foto hiasan)

Oleh: Pedang Keluli

Berbulan-bulan kita dok terang bahawa mengikut hukum syarak Madrasah Salihiah boleh dirobohkan mengikut kaedah ISTIBDAL. Istibdal tu diputuskan oleh ulamak-ulamak yang bermuzakarah dalam Majlis fatwa Negeri Kedah.

"Hang kemukakan sat nas-nas yang menunjukkan bahawa tanah wakaf boleh dijual kepada orang kafir?" cabar seorang ahli UMNO tulen dekat aku bila membincangkan isu wakaf Salihiah.

"Bila pulak yang ulamak sebut tanah wakaf boleh dijual kepada orang kafir?" aku tanya balik.

"Tu yang hangpa kata tanah wakaf boleh diistibdal.. istibdal tu bukan ka maknanya jual.." jawab nangoi UMNO tu.

Mak oiii, garu kepala aku. Patutlah selama ni UMNO lawan hangit isu tanah wakaf tu, rupanya depa faham kata ISTIBDAL tu bermaksud JUAL.. mungkin kerana kat belakangnya bunyi al, al. Inilah yang dikatakan jahil murakab ataupun jahil yang berlapis-lapis.

Badal dalam bahasa Arab bermakna ganti. Istibdal itu ialah menggantikan tanah wakaf asal di tempat yang lain dengan tujuan mendapat manfaat wakaf yang lebih besar di tempat yang lain itu. Maknanya tapak yang asal tu sudah tidak berstatus tanah wakaf lagi. Bagaimanapun tanah wakaf yang asal itu mesti dihormati sebab itu dalam kes Madrasah Salihiah, tapak asalnya hanya jadi tempat lapang dan tangga jejantas bukannya pusat karaoke seperti yang difitnahkan.

Dalam kes wakaf Salihiah juga langsung tidak berlaku proses jual beli. Mengikut kaedah konvensional pun pengambilan tanah oleh kerajaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'jual beli tanah', pemilik asal dibayar pampasan bukan dibayar kerana menjual tanah kepada kerajaan. Nak berhujah pun bagi nampak cerdik sikit noo.

Tak apalah kalau UMNO nak spin juga kata akhirnya tanah itu akan berpindah kepada pemaju (90% Belleview, 10% PKNK) sebagai 'telah dijual' kepada pemaju, tapi nak habag bagi bahawa tanah yang berpindahmilik kepada pemaju itu tidak lagi berstatus tanah wakaf, tanah wakaf dah pindah ke tempat lain.

Tempat lain tu tang mana? MAIK gaya nak buka mulut umumkan tang mana, puak UMNO bawak kes ke mahkamah pulak. Jadi tertangguhlah pengumuman tu tang mana wakaf tu dipindah. Sabag sat cek noo, tunggu lepas puak2 UMNO yang bawa kes tu kalah kat mahkamah MAIK akan umum.

Untuk sementara.. dan selama-lamanya pun jangan dok faham dah kata Istibdal tu bermakna Jual. Nanti orang tau kata hangpa bodo..opss maaf, tak reti bukan bodo.

Bob Lokman dedah yang beliau pernah UMNO bayar RM35k untuk berkempen...


Blogger UMNO dah meroyan...buat spekulasi murahan

Oleh : PUTERI BULAN


Aduhai....UMNO haprak ni meroyan lagi...agaknya ni dah ditahap serius...bukan kata 1 dos setiap hari...rasanya dah lebih 10 dos nie...sudah ditahap gaban..hahahahha...

Mungkin tangan terlalu gatai...nak buat cerita dongeng...cerita pembohong..kononnya sensasi sangatlah...
Kononnya " MB Kedah nak letak jawatan"...

Yang syoknya...kira lebih dari pegawai peribadi Ustaz Azizan, Setiausaha Akhbar tak buat kenyataan, Setiausaha Politik tak buat kenyataan...tup..tup..UMNO haprak ni...angkat diri nak jadi pegawai peribadi Ustaz Azizan...pulak...

Kenapa pula nak susah hati sangat dengan beliau...nak buat spekulasi nak jatuhkannya...tapi UMNO haprak ni silap....kalau pun ahli-ahli PAS marahkan Ustaz Azizan...mereka marah-marah sayang je..macam anak marah ayah...apa-apa pun tetap hormat dan menyanjung ayah sendiri.....

Wahai..UMNO haprak...tak perlulah nak jadi hero..isu-isu Kedah sehingga kini semuanya cool dan boleh ditangani hanyalah UMNO haprak yang dok putaq-belit..cari jalan nak mengusutkannya...

Halnya dengan isu Madrasah Salihiah...isu KUIN semuanya lebih kepada UMNO haprak tukang dalang dan tukang karut...tak cukup UMNO Kedah...impot UMNO Perlis....alah..bapak-bapak UMNO..kamu semua jangan nak berlindung diri disebalik daun pisang reput....kisah hampa masa BN perintah Kedah dulu pun dok dalam poket dan beg duit kami...jangan hampa dok meroyan lebih sangat...

MB masih sihat dan padat jadual tugasannya...hei...sedangkan masa beliau sakit pun..beliau sentiasa tak lupa tanggungjawab beliau sebagai MB...inikan pula waktu dia sihat...kalau nak serang pun...jangan buat budak umuq 3 tahun pun turut gelak...orang pekak turut menyeringai..orang buta turut lompat...

Hehehhehe....Malaysia ni mengamalkan sistem pilihanraya...parti mana dipilih rakyat...parti itulah yang memerintah...jadi apa-apa pun kita laksanakan secara sihat..kalau dah ditentukan kamu-kamu UMNO haprak ni perintah Kedah balik...ambik jelah kerusi MB tu...tak payahlah dok pening..buat spekulasi bodoh macam "Mr Bean" pulak...Tapi lu kena ingat le...kita orang pun bukan senang-senang mau angkat kasi balik sama lu orang...lu orang punya pemerintahan sulah cukup ooo..kasi itu lakyat susah...lu olang punya pemimpin kaya-kaya tapi itu lakyat..manyak susah....ini betul cakap maaaa...

Oklah...sahabatku UMNO....janganlah nak pasang mimpi di siang hari...pasai orang tua-tua kata...mimpi tidoq siang ni...tak pakai...merapu...jadi cukup-cukuplah meroyan tu......tapi biasalah kau orang semua makan upah...no story no payment...no moneylah.....

InsyaAllah...jangan bimbang Pakatan Rakyat Kedah kukuh dan tak mudah ditumbangkan oleh blogger-blogger UMNO haprak ni...

Puteri : Maaplah yee....Puteri kesian bebenor kat kome-kome semua ni...balik le ke pangkei jalan sebelum kome-kome tak jumpe jalan....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...