TERKINI :

Tuesday, February 7, 2012

Najib kata, ‘gua caya lu, lu caya gua’

— Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/_AGKNCci_S2w/TTlKk7tRewI/AAAAAAAAC-o/BfPta8quJNk/s400/najib_samy.jpg
7 FEB — “Lu caya gua, gua caya lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. “Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.

Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini. Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.

Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan ‘desperate’ dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu.

Orang Melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. Umno telah menjadikan orang Melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk ‘kera-kera’ meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang Melayu dan rakyat hanya diberikan RM500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri.

Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui ‘off budget agencies’ yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa Umno dan Najib ini amat mahal harganya.

Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang Umno atau BN.

Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. “Saya tolong anda, anda tolong saya’ ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya.

Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,’gua caya lu, lu caya gua’. Kalau ada perasaan ‘desperate’ pun janganlah tunjukan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya.

Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini.

Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama.

Yang akan senang hidup dalam keadaan ‘super’ kaya adalah ‘warlords’ dan kroni-kroni Umno dan BN. Rakayat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara.

Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita ‘membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya’.

Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trilion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah Umno memerintah selama 55 tahun.

Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan ‘kerbau-kerbau’ ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi … bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu.

Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai ‘for granted’, boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah Umno dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.

Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang.

Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi. — aspanaliasnet.blogspot.com

ZAMIL kena pecat.... itu la sapa suruh lawan tokey..!!

KITA pecat dua pengerusi negeri Pulau Pinang, Kedah


http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/Tan%20Tee%20Beng,%20Zamil%20Ibrahim%20&%20KITA%2001.jpg

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) hari ini memecat dua orang pengerusi negeri kerana melanggari disiplin parti.

Pemecatan pengerusi negeri Pulau Pinang Tan Tee Beng dan penegrusi Kedah Zamil Ibrahim adalah dengan serta merta, mengikut kenyataan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin KITA, Wan Hasemah @Wan Norjam Wan Sulaiman.

Tan juga dilucut keahliannya dari jawatankuasa pusat parti tersebut.

MP Nibong Tebal yang bertanding atas tiket PKR telah keluar parti tersebut dua tahun lalu dan menjadi MP bebas seketika sebelum memasuki KITA.

“Jawatankuasa Disiplin Parti Kita dalam mesyuaratnya pada semalam telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Pengerusi Cawangan Pulau Pinang, dan Pengerusi Cawangan Kedah, Zamil Ibrahim.

Namun begitu, menurut Wan Hasemah, kedua-dua mereka boleh membuat rayuan kepada jawatankuasa eksekutif pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Dalam satu kenyataan berasingan oleh ketua informasi KITA, Mohamed Mazlan Abdul Manaf, berkata pemimpin parti selain presidennya Datuk Zaid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan pada hujung bulan ini.

Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan tindakan berkenaan keputusan Zaid untuk membubarkan KITA.

“Sekiranya parti bebas daripada unsur yang tidak dikehendaki dan ada jalan penyelesaian selain membubarkan parti, itu adalah pilihan jalan penyelesaiannya,” kata Mohamed Mazlan.

“Namun begitu, sekiranya pimpinan parti merasakan membubarkan parti adalah cara terbaik, maka keputusan itu juga akan dibuat,” tambah beliau.

Khamis lepas, Zaid berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luarbiasa ekoran laporan para ahlinya di Kedah dan Pulau Pinang menyerang Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka, “menjadikannya jelas mereka tidak berminat terhadap isu sebenar dan bertujuan memalukan pembangkang.”

Beberapa pemimpin negeri telah mengadakan sidang media menolak keputusan Zaid untuk membubarkan Kita, malah menuntut Zaid meletak jawatan kerana kenyataannya itu “tidak bertanggungjawab” dan “tidak berprinsip.”

Zaid, yang merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli Umno menyertai PKR pada pertengahan 2009.

Beliau kemudiannya menubuhkan parti KITA selepas keluar daripada PKR atas alasan pembangkang gagal merebut jawatan timbalan presiden.

Parti yang berusia dua tahun itu bergolak selepas ahlinya menentang kepimpinan Zaid yang kelihatan pro-PR.

Zaid turut mengumumkan KITA tidak akan bertanding merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang dan berjanji akan menawarkan bantuan kepada pembangkang.

Pemimpin di Kedah, Selangor and Johor mendesak Zaid meletak jawatan dan mahukan Datuk Hasan Ali mengetuai parti berkenaan.

Bekas exco kerajaan negeri Selangor itu bagaimanapun membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati bagi mempertahankan Islam, bangsa Melayu, dan institusi diraja yang menegaskan badan berkenaan merupakan “kuasa ketiga” yang akan menetukan pemerintah akan datang.

Malah, Hasan turut menolak pelawaan pemimpin negeri KITA untuk menggantikan Zaid dengan alasan matlamat dan perjuangan parti tersebut tidak selari dengannya.

BN TIDAK MUNGKIN TUMBANG


KEKADANG kesan ramai sangat mahu jadi YB @ mahu jadi calon, maka adalah dua tiga parti bakal mahu menentang BN dan menangnya belakang kira sehingga bukan menguntungkan pembangkang; tetapi lebih kepada menguntungkan BN sendiri dan inilah strategi BN yang kekadang kita terlepas pandang.

Semua parti pembangkang sekarang akui kuat sangat dan boleh kalahkan BN dan mereka lupa ramainya orang itu, belum tentu akan menolak BN sebab ada yang boleh berubah pemikiran di saat-saat akhir kerana adanya pemanis yang diberikan ketika mahu mengundi.

Pembangkang yang berpecah ini lupa yang UMNO ada ahli sekitar 500,000 orang dan dari mana saja mereka ini? Kita kena fikirkan dan bukan dilihat sambutan yang konon hebat dan ini kekadang menjerat leher kita sendiri.

Ahli UMNO sekitar 500,000 orang dan ahli PBS, UPKO dan PBRS belum lagi kita kira dan ini menandakan KDM pecah 6 termasuk ada yang masih ramai di PKR dan ada juga KDM dalam UMNO di samping SAPP dan STAR.

Nah, makanya jangan terlalu ghairah kala sekarang ini bukan seperti zaman PBS mula memerintah dulu yang KDM 100% bersatu dan juga sokongan kalangan Cina ketika itu yang menyebabkan BERJAYA lingkup tersungkur.

Kita jangan lupa di samping ahli UMNO ramai sangat yang ada tambahan pengundi PTI yang dapat IC dan kerjasama Jabatan Pendaftaran dan Imigresen/ juga SPR; maka laluan agak sukar meski kelihatan senang kerana kita tidak tahu ada lagi penipuan-penipuan yang bakal dilakukan meski dikatakan oleh mereka di TV; konon sudah dibuang pengundi tidak benar. Apakah kita percaya media TV dan utusan yang memutarbelit fakta?

Di samping yang dikatakan, BN punya jentera yang kukuh, digunakan kakitangan dan kelengkapan kerajaan yang begitu mudah dan ini ditambah dengan teknik penipuan kerja sama SPR, JPN dan agensi kerajaan yang terpaksa akur perintah atasan.

Masalah yang paling utama ialah DANA BN bukan sedikit dan ini boleh mempengaruhi rakyat yang miskin sebab pemberian itu besar ertinya; kala orang Sabah ini merupakan penduduknya yang mendapat anugerah TERMISKIN di Malaysia. Nah, miskin itu kata Nabi menghampiri kufur dan bila kufur, maka apa saja akan akur dan inilah yang terjadi di Sabah. Hakikat!

Saya meramalkan, kalaulah ini terus berlaku dan pandangan saya semua akan 'putih mata' dan yang untung nanti ialah kepimpinan parti yang memang kalau benar jadi barua BN akan dapat wang berjuta dan ahli yang menjadi ekor ini terkapai-kapai dan kesannya KDM dalam bencana kesan permainan Kuala Lumpur.

Fikirlah secara logik dan dalam perjuangan ini yang harus kita fikirkan bukan kita tetapi anak bangsa, cucu cicit mendatang yang kelak menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Layakkah Najib tanding sebagai MP Pekan?

Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini?
Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.

Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.

Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh seorang peliwat atau kaki seks pelacur.

Jadi interpretasi "popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun ‘positif juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif’, begitulah sebaliknya, ‘negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif’.

Rakyat kini ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara kedua-dua belah pihak.

Jangan cuma jadi pengecut apabila media massa milik Umno/BN diperlembukan untuk menyerang Pakatan Rakyat tanpa pihak Pakatan mampu menggunakan saluran yang sama untuk menepis serangan jahat serta fitnah yang dilemparkan itu?

Seorang pengecut dikatakan bukan “anak jantan sejati”, atau dengan sindiran yang lebih pedas seorang lelaki yang pengecut. telur". Tentulah Datin Seri Rosmah Mansor tidak mahu suaminya digelar sedemikian rupa.

Maka untuk membuktikan kejantanan Najib yang sebenarnya, maka beliau perlulah menyahut cabaran Anwar untuk turun berdebat untuk disaksikan oleh seantero rakyat 1Malaysia di kaca-kaca TV milik parti Najib sendiri juga!

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat juga, maka sudah pastilah rakyat akan melihat ada yang tidak kena tentang dirinya (“something is wrong somewhere”).

Mungkin kerana beliau memang tidak layak untuk jadi PM yang baik atas dakwaan pelbagai skandal salah laku orang-orang di bawah pimpinannya yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah serta salahguna kuasa.

Contoh terdekat, kes seorang menteri di bawah pentadbiran Najib yang terlibat dengan skandal perniagaan keluarganya iaitu NFC dengan pembiayaan RM250 juta yang masih belum dapat ditangani oleh Najib secara telus dan berkesan.

Program yang selalu dicanang-canangkan Najib kepada rakyat iaitu “transformasi” kini telah bertukar kepada “trans-for-money”. Betapa banyak projek-projek di negara ini dijalankan hanya kerana tujuan utamanya adalah untuk kekayaan kroni-kroni Umno/BN semata-mata.
Slogan “Rakyat Kena Dulu, Kroni Diutamakan” begitu relevan sekali untuk mengungkapkan persepsi rakyat terhadap apa yang sebenarnya terjadi.

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib juga sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan masih wujud agenda-agenda perkauman di dalam Umno, ditambah pula kaitan pertubuhan PERKASA dengan Umno sebagai golongan ultra Melayu yang seringkali menghamburkan api perkauman, sehingga baru-baru ini wujud provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepada babi di depan masjid di dua tempat berasingan di Lembah Klang, iaitu dua buah kawasan yang diterajui oleh wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Najib tidak boleh ‘menebus dosanya’ hanya dengan menziarahi perarakan kavadi di Batu Caves semasa hari Thaipusam akan datang sahaja semata-mata kononnya untuk mengambil hati orang berketurunan India atau penganut-penganut agama Hindu.

Kepada Najib, silalah bertanya kepada para mufti terlebih dahulu samada perbuatannya itu adalah betul atau boleh menjejaskan aqidah Islamnya kerana bersama-sama menyambut suatu perayaan berunsur agama tersebut?

Rakyat kini sudah muak dengan permainan kotor politik Umno/BN yang mengambil pendekatan fitnah seks kepada Anwar yang mana akhirnya masyarakat Malaysia terutama muda-mudi kini banyak yang musnah akhlak mereka terutama terlibat dengan gejala seks rambang, seks luar tabii, pembuangan bayi, dan bermacam-macam lagi kerosakan moral yang terbit daripada pelbagai gejala seks haram kelolaan Umno/BN.

Dan sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Tambahan pula daerah Pekan yang terletak berhampiran Kuantan bukanlah suatu tempat yang selamat untuk didiami rakyat lagi apabila kilang nadir bumi milik Lynas bakal didirikan di sana tidak lama lagi!

Najib sewajibnya mestilah membersihkan dirinya terlebih dahulu terhadap pelbagai isu dan skandal sebelum layak menjadi calon bertanding kerusi parlimen Pekan pada PRU-13 nanti. Najib sepatutnya mencerminkan dirinya dan bermuhasabah terlebih dahulu benarkah dirinya seorang calon yang "bersih"?

Untuk menjawab pelbagai persoalan-persoalan di atas, maka sebagai seorang anak jantan yang tulen, Najib perlulah berhadapan dengan rakyat dengan berdebat dengan Anwar sepertimana yang selalu dilaksanakan di negara-negara maju khususnya sebelum pilihan raya umum bagi menentukan pemimpin utama mana yang selayak-layaknya diterima oleh rakyat.

Biarlah rakyat sendiri yang menentukan pemimpin pilihan mereka melalui suatu medium yang adil dan saksama.

Jangan Ingat Anak Muda bodoh | Akaun 'twitter' Najib di penuhi 'fan hantu'....


Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia sangat popular, di akaun twitter 426,969 follower manakala di akaun facebook 946,494 like.

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.


Kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.

Apa taktiknya?

Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.

Contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, nengok gambar kat bawah ni.


Kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

Contoh yang lebih jelas macam ni.


Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan likes yang banyak di laman sosial seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

Artikel ini di edit dari ~ really3line

Busuk Hasan semakin hari semakin kuat baunya... PAS Panggil 3 Kali Tak Datang, TV3 Panggil Dia Pergi Pulak..

Perangai Hassan Ali - "PAS Panggil 3 Kali Tak Datang, TV3 Panggil Dia Pergi Pulak"


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor. “Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Senarai kenapakah BN perlu kita lakukan "Penanaman Semula"


65 reasons why BN will be wiped out soon.

1. PKFZ RM12bill

2. Submarine commission RM500mil.

3. Sime Darby RM964mil.

4. Paya Indah Westland RM88mil.

5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost.

6. Eurocopter deal RM1bil wasted?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil.

8. MRR2 repair cost RM70mil.

9. Maybank Overpaid BII RM4bil.

10. Tourism -NYY kickback RM10mil.

11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M.

12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M.

13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M.

14. MATRADE repairs ————————– RM 120M.

15. Cost of new plane used by PM————– RM 200M.

16. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M.

17. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M.

18. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M.

19. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B.

20. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B.

21. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B.

22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit).

23. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market.

27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam.

28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million) Same as No:20?

29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007.

30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum!

31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum.

32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal. There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.

33. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million. Expanding on No 2?

37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge".

38. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge.

39. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks.

40. National Astronaut Programme – RM 40 million.

41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million.

42. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket.

43. RM 2.4 million on indelible ink.

44. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.

45. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.

46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office. Expanding on No:11.

47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.

48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.

49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.

50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.

51. Kuching Prison bailout costing RM135 million.

52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.

53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.

54. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

55. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.

56. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.

57. RM5700 for a car jack worth RM50.

58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes.

59. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000.

60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480.

61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500.

62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143.

63. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?

64. RM17 billion subsidy to IPP.

65. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order -- how much compensation?

Masa Untuk menjaringkan Gol.. Bukan masa bak cabut kemuncuk

KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang untuk PAS menang amat besar.

"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.

"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.

Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.

Hari ini adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan semalam.

Esok konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari.

Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.

Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.

Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.

Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.

Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan raya.. Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.

Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.

Cukong Belia Felda Tertipu Lagi..

OLEH: BUKAN CUKONG

CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN? KAH KAH KAH.....

Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis...Kah Kah Kah.

Apa bukti???? Tanya si cukong. Woitt!! Cukong-cukong tahukah apa maksud Outsourcing? Ini kata lebai Google “Outsourcing is the act of one company contracting with another company to provide services that might otherwise be performed by in-house employees. Often the tasks that are outsourced could be performed by the company itself, but in many cases there are financial advantages that come from outsourcing. Many large companies now outsource jobs such as call center services, e-mail services, and payroll. These jobs are handled by separate companies that specialize in each service, and are often located overseas” Apa makna ini?? Maknanya anak dara Jengka melepas jadi kerani payroll...dara sunti Trolak melepas jadi receptionist....janda berhias Lok Heng tak ada can jadi sumber manusia...Kah Kah Kah. Mat-mat belia Felda lagi la melepas terus join Pas...Kah Kah Kah.

Kapitalisme duniaberasal dari Wall Street. Kapitalisme Malaysia berasal dari Bursa Saham Kuala Lumpur. Konsep kapitalisme mudah iaitu memperbanyakkan wang dengan cara paling murah. Kalau ada tanggungjawab sosial cuma cara tipu rakyat tak mahu bayar cukai. Faham tidak??

Woit cukong-cukong! Kepala kapitalisme dalam Felda Global adalah Sabri Ahmad. Siapa dia ni?? Sime Darby tendang dia sebab kena kencing RM120 juta. Tak sampai setahun pegang Pengerusi MPOB pun kena tendang juga tak cerdik buat kerja. Sapa sudi ambil dia kerja dan kasi upah lebih RM2 juta setahun? Felda....Kah Kah Kah.

Woit cukong-cukong! Kapla jingga kapitalis Sabri Ahmad ada idea meletopp...untuk fokus teras perniagaan maka kerja remeh temeh perlu kita kontrakkan keluar. Jadi kita lebih berjaya dan tak kencup macam Nokia katanya...Kah Kah Kah. Sabri rasa dia lagi pandai dari Nokia, jadi Sabri mahu kontrakkan kerja-kerja kepada syarikat luar. Ini kerja hebat...anak Melayu yang hebat ini Sabri. Orang Finland yang asaskan Nokia dan korporat dunia patut datang berguru dengan Sabri. Macam mana FGV syarikat rugi bakal jadi syarikat besar sebab pakai tanah bapak 360000 hektar dan gadai aset Felda milik Koperasi Felda di BSKL...Kah Kah Kah. Tak perlu susah payah macam Nokia kena buat R&D, bina kilang dan macam-macam...Kah Kah Kah.

Projek Outsourcing Felda Global Venture ada nama menarik...Shared Service Centre. Untuk potong kos buruh+kebajikan+bonus (overhead), kapitalis Sabri Ahmad rekrut bekas CEO Proton Edar jadi kapla jingga. Kalau mahu rekrut CEO kenalah gaji sama CEO Proton Edar atau lebih...berapa gaji kapitalis Sabri bayar ex-CEO Proton untuk kurangkan pekerja? Ironi sungguh..Kah Kah Kah. Kita tumpang bangga kapitalis Sabri kepala hotak bijak...bayar gaji tinggi untuk kurangkan pekerja..Kah Kah Kah. Kita lagi bangga kalau ada Call Center Felda Global di Mumbai.... “Yellow...Felda Global Venture Call Center Here. Yes Sir you are calling Felda Global Call Center. You ask me Anak Peneroka mana? Of course sir I'm from Felda Bombay not that far from Felda Kampung New Zealand, only 3500 miles far only.” Kalau ini berlaku sudah sah anak dara Jengka cuma ada peluang jawab sms dan telefon balak...

Cukong-cukong Belia Felda tak percaya...anak-anak Felda tetap ada jawatan banyak dalam Felda Global Venture selepas penyenaraian. Itu janji Kaki Lutu pada kami...Kah Kah Kah. Woit! Cukong-cukong tengok nama-nama dalam projek outsourcing ini:

1. Sri Asnita Mashat
2. Masrina Wijee
3. Andrew Lee
4. Kavita Rekhraj
5. Glenn Tann
6. Lee Pooi Chie
7. Cinty Chandrasekharan
8. Therese Tan
9. Lee Sok Chen
10. Farahana Azmin
11. Dennis Cheek
12. Christine Kon
13. Frank Chai
14. Lasti Hardiani
15. Kania Adityarani

Woitt!! Ini betul-betul 1 Malaysia. Kalau betul-betul Felda nak jadikan 1 Malaysia cakap saja Melayu Felda tak marah. Ini sudah Kaki Lutu sudah janji kerja-kerja keutamaan Melayu sebab Kaki Lutu mahu cari makan dan populariti dalam parti Melayu. Kaki Lutu janji belia Felda dapat banyak kerja lepas penyenaraian. Sebelum penyenaraian sudah jadi 1 Malaysia, nasib-nasib awek Melayu No. 10 itu anak Felda, kalau tidak 0%, zero..yilek...anak Felda...Kah Kah Kah. Woitt!! Nama-nama tersebut bukan direka-reka...ada susuk tubuhnya, yang slim, yang gedempul, yang cokelat, yang hitam yang sepet...semua wujud di Balai Felda tempat Kaki Lutu bersemayam.

Cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda berani lagi jamin beribu-ribu pekerjaan untuk anak Felda akan terhasil selepas penyenaraian....Kah Kah Kah.

p/s: Anak dara, dara sunti dan janda berhias sila mogok dari melayan cukong-cukong ini berkaraoke dan ambil kesempatan atas diri anda lagi sampai Out Sourcing ini dibatalkan....Kah Kah Kah

Kini bola di kaki Ustaz Azizan ... [Siri 2]

Ahmad Lutfi Othman, 06 Feb 2012

http://media1-cdn.malaysiakini.com/389/0fd49edcdc5a2b7caa8f553008dbd0d5.gif
Ketika saya tiba di rumah Ustaz Azizan Abd Razak, di Sungai Limau, Yan, seawal jam 9 pagi Tahun Baru Cina, 23 Januari lalu, sudah ada tiga aktivis PAS tempatan bersembang santai dengan Menteri Besar Kedah itu. Suasana ceria. Sekali imbas umpama murid dengan tok guru, juga bagai rakan dengan sahabat lama.

Sesekali perbualan mereka, yang banyak menyentuh cerita-cerita lama, disulami gelak-ketawa yang menyenangkan. Saya tumpang seronok mencuri dengar kisah lama Ustaz Azizan. Wajahnya jelas terpancar kelegaan meskipun banyak isu-isu panas Kedah diperdebatkan di peringkat nasional.

Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid membisikkan, "beginilah keadaan Ustaz jika bercuti di rumahnya". Sambil mempelawa saya duduk di ruang tamu yang agak sempit, hanya dihiasi rak-rak buku dan sofa lusuh, Ustaz Azizan yang berkain pelikat berbaju pagoda putih, terus menjemput kami menjamah sarapan.

Saya bersama Helmi dan Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah, sebenarnya telah mengalas perut di pekan kecil tidak jauh dari rumah Ustaz Azizan, di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani itu. "Ustaz macam terkilan kerana tidak dapat lagi bersama rakyat di pasar dan kedai makan seperti ini kerana kekangan masa," kata Helmi, semasa kami menikmati nasi berlaukkan ikan keli sambil menunggu roti canai serta kari kepala ikan dibungkus untuk 'bosnya'.

"Lutfi, ini pertama kali datang rumah ana?" tanya Ustaz Azizan, ramah dan mesra. Saya perhatikan, rupanya tetamu terdahulu juga menitip makanan. Isterinya sendiri yang keluar membawa minuman.

"Ya, ana tak pernah datang lagi, dulu buat interbiu dengan Ustaz di Alor Setar," balas saya perlahan, sambil menjeling suasana rumah yang cukup sederhana. Ada rakan-rakan yang pernah mengaitkannya dengan kediaman Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abd Hadi Awang: "Rumah Ustaz Azizan lagi simple, 'kan?"

Selang beberapa ketika, salam diberi dan pintu dikuak. Kunjungan tetamu lagi, rasanya tiada temujanji dibuat, juga orang tempatan. Daripada reaksinya, Ustaz Azizan kenal rapat dengan mereka. Turut dibawa bungkusan kecil nasi lemak dan dadih. "Masin sikit dadih ini," tegur Ustaz Azizan.

Tidak terasa kami bersembang panjang melampaui dua jam. Dalam kelucuan, banyak juga perkara serius dan penting yang disentuh Ustaz Azizan. Beliau nampak cukup prihatin dengan bebanan amanah kepemimpinan yang dipikulnya, termasuk hal-hal berkaitan rasuah dan pengurusan kewangan negeri.

Isu-isu membabitkan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan kontroversi Madrasah Salihiah turut disinggungnya.

Penjelasan mengenai surau, yang dimanipulasi Umno dan Perkasa Kedah -- sebenarnya lebih merupakan pejabat syarikat insuran dengan ruang solat -- di Kanchut, Alor Setar itu memang cukup meyakinkan. Tinjauan saya ke Madrasah Salihiah dan kawasan sekitarnya melenyapkan sama sekali pelbagai keraguan tentang kemungkinan isu itu boleh "menikam" PAS Kedah.

Isu madrasah bukan hanya mendedahkan kegagalan kerajaan BN terdahulu menyelesaikan projek Kompleks Tunku Yaakob yang terbengkalai selama lebih 30 tahun, malah menunjukkan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat menjana ekonomi melalui projek Aman Central bernilai RM500 juta, dengan pembinaan surau gantian di dalam pusat membeli- belah yang mampu menampung 400 jemaah.

Ramai beranggapan tapak itu "berhantu" disebabkan terlalu lama terbiar, selain mencacatkan pemandangan dari Menara Alor Setar, lokasi yang sepatutnya boleh menarik pelancong.

"Ada taukeh Cina bertanya saya, 'Dato' Seri ada baca apa-apa ke, sehingga projek ini boleh dipulihkan?' Saya kata, 'baca banyak takdalah, tetapi adalah sikit-sikit baca'," gurau Ustaz Azizan disambut ketawa.

Tidak kurang yang mengaitkan kegagalan usaha menangani projek usang itu dengan elemen rasuah dalam pentadbiran lama, sesuatu yang kini diperangi kerajaan Pakatan. "Bayangkan, melalui projek setengah bilion ini, kalau rasuah lima peratus saja, sudah RM25 juta, tapi sah saya masuk neraka kalau terima sogokan," tegas Ustaz Azizan.

Bagaimanapun, hukuman ke atas lima pelajar KUIN (tempoh penggantungan empat daripadanya sudah berakhir kecuali seorang yang digantung pengajian dua semester, Mohd Faiz Mohd Arshad), yang pada mulanya dikaitkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetap hangat diperkatakan.

Ustaz Azizan memberitahu kami, Anwar Ibrahim sendiri menghubunginya pada sebelah malam demonstrasi pelajar di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dan beliau telah menjelaskan situasi sebenar kepada Ketua Pembangkang itu. Pastinya beliau juga memaklumkan hal itu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, seseorang yang paling dihormatinya.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Jabatan Pengarang Harakah, di sebuah resort Sungai Tua, Ulu Yam minggu lalu, Ustaz Hadi turut ditanya isu KUIN. Beliau mengulangi pendirian Ustaz Azizan yang tidak mahu campur tangan hal elwal pengurusan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu. Agak mengejutkan apabila Ustaz Hadi mengaku belum melihat memorandum pelajar.

Daripada tutur bicara Ustaz Azizan, kolej universiti itu memang dekat dengan beliau, yang juga Pengerusi KUIN. Helmi turut memaklumkan, semasa Ustaz Azizan menjadi wakil rakyat pembangkang lagi, beliau kerap menimbulkan persoalan Insaniah ini dalam setiap kali persidangan Dun.

Tetamu yang lebih awal sampai daripada kami juga menimbulkan perkara sama. Dia masih ingat ucapan Ustaz Azizan dalam satu majlis yang menggambarkan keakraban Menteri Besar Kedah itu dengan pengembangan KUIN.

"Helmi, nanti bawa Lutfi tengok kampus baru KUIN di Kuala Ketil," kata Ustaz Azizan semasa saya minta izin berundur. Difahamkan beliau agak kerap melakukan tinjauan di tapak projek, kadang-kadang secara mengejut.

Sebelum bergegas ke hotel penginapan untuk check-out, sempat saya memerhati keadaan sekeliling rumahnya -- tenang dan sunyi. Terbayang gaya kehidupan kampung Ustaz Azizan yang cukup mudah.

Namun, harapan rakyat dan pendokong parti tidak semudah itu. Di bahu Ustaz Azizan tergalas impian yang cukup besar. Tidak cukup sekadar untuk membuktikan pemerintahan PAS berjalan lancar tanpa gangguan besar. Dakwaan bahawa tanpa Umno, kerajaan negeri akan kucar-kucir hanya mitos, dan rakyat amat memahaminya kini. Mereka menuntut lebih daripada itu.

Selama lebih 20 tahun, Kelantan dan perwatakan Tok Guru Nik Aziz diperhatikan penuh minat dan cemburu, bukan saja oleh masyarakat setempat tetapi menarik tumpuan rakyat seluruhnya, tidak kira orang Melayu atau bukan Islam. Perubahan yang dilaksanakan Kelantan menjadi buah mulut -- dipuji dan dikritik -- namun ia langsung tidak membantut pembaharuan yang dibuat.

Apabila PAS menerajui Pakatan Rakyat memerintah Kedah, fokus sedikit sebanyak beralih, sekurang-kurangnya untuk mengenali personaliti Ustaz Azizan. Ya, sekali lagi, tidak memadai dengan kehidupan sederhananya yang cukup mengkagumkan itu ...

Latar belakang akademiknya, yang pernah menuntut di Mesir dan England, sudah cukup menggamit perhatian. Begitu juga dengan komposisi anggota Exco Kerajaan Negeri (daripada kalangan PAS), yang nampak seimbang dan harmonis, iaitu dua jurutera profesional, dua doktor perubatan, dua peguam, dan seorang ustazah.

Selaras dengan gelombang politik baru dan proses pendemokrasian yang menjalar ke seluruh planet bumi hari ini, apa yang berlaku di Kedah turut membentuk imej dan penampilan PAS, sama ada positif mahupun sedikit tercalar.

Dalam masyarakat yang serius membicarakan soal keadilan, demokrasi, ketelusan, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, good governance, antirasuah, integriti, akuantabiliti dan seumpamanya, isu-isu seperti pengisytiharan harta kepada publik dan kongkongan peraturan seumpama Auku (walaupun atas nama berbeda seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) boleh menimbulkan persepsi baru kepada gabungan parti-parti dalam Pakatan.

Isu KUIN memang satu cabaran kepada kepemimpinan Ustaz Azizan menjelang PRU13. Ia boleh sahaja menjadi masalah lebih besar ataupun dapat ditangani secara berhemah, bergantung kepada pendekatan Menteri Besar sendiri. Meskipun Ustaz Azizan beberapa kali menegaskan untuk tidak campur tangan dalam pengurusan KUIN, tetapi saya kira isu ini tidak semudah itu untuk "didiamkan".

Semasa bersembang panjang dengan aktivis mahasiswa UPSI, Adam Adli Abd Halim, yang turut digantung pengajian selama tiga semester, di rumah saya, Selasa lalu, jelas sekali komitmen mereka untuk mengungguli idealisme perjuangan mahasiswa.

Adam mewakili suara prihatin mahasiswa yang nampak tulus dan tidak diperalatkan oleh pihak berkepentingan, jauh sekalilah Umno! Usah rentap keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat dengan dakwaan yang menyakitkan hati. Masih terbuka luas jalan keluar, tetapi pilihan itu bergantung sepenuhnya kepada Ustaz Azizan. Ya, bola di kakinya sekarang ...

Selama ini Ustaz Azizan dikenali sebagai tokoh yang tajam pengamatan politiknya, sekali gus mempunyai kebolehan luar biasa untuk meredakan kemarahan dan protes kepadanya. Harapan tinggi disandang ke bahunya. Masakan isu KUIN harus dibiar menggerhanakan imejnya itu.

(Persoalan dibangkitkan Dr Mujahid Yusof Rawa dalam artikelnya agak menganggu saya: "Apakah Azizan terlalu personal dengan cita-citanya dengan KUIN sehingga isu Auku dianggap terlalu kecil atau Azizan terlalu marah kerana beberapa pelajar telah menyentak impiannya dan mencabarnya? ... Ataukah Azizan mempunyai egonya sendiri sehingga gagal melihat kepentingan Pakatan Rakyat yang lebih besar?")

Umno sendiri terkedu dengan keupayaan diplomasi Ustaz Azizan. Tak percaya tanyalah dengan Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah yang pernah berkunjung ke pejabat Menteri Besar itu, ekoran isu rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM), pada bulan Mei 2011!

Reaksi protes yang dijangka panas hilang begitu sahaja selepas rombongan Aziz diberi penjelasan sedetailnya oleh Ustaz Azizan dan mereka makan tengahari bersama.

Rasuah Politik Lebih Parah Daripada Rasuah Bolasepak

Salam perjuangan, Rasuah dalam sukan bolasepak mula bernanah dan tidak mustahil peristiwa hitam yang menjahanamkan bolasepak tanahair akan berulang.

Tindakan pantas Persatuan Bolasepak Malaysia menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih daripada pasukan Piala Presiden sedikit sebanyak dapat meredakan rasa marah dan geram penyokong bolasepak tempatan yang sudah mula 'jatuh cinta' kembali kepada liga dalam negara kita ini.

Saya cukup bimbang perkembangan ini akan terbawa-bawa kepada malapetaka bolasepak Malaysia pada tahun 1994 apabila hampir 150 orang pemain liga Perdana teah digantung kerana terlibat dengan rasuah termasuklah nama-nama besar seperti Azizul Abu Hanifa, Matlan Marjan dan ramai lagi.

Kenapa rasuah bolasepak kembali menyerang pemain-pemain kita? Adakah kerana masalah gaji yang sedikit ataupun ia sudah bermula sejak mereka bermain diperingkat yang lebih rendah? Itu mungkin di antara persoalan yang timbul dibenak fikiran kita tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa bahawa indeks persepsi rasuah Malaysia yang dikeluarkan oleh Transperency International (TI) telah menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia telah teruk jatuh menjunam sehingga kedudukan terkini adalah pada kedudukan ke 60 daripada 178 buah negara. Bukan itu saja malah skor CPI hanya 4.3 daripada 10, skor yang menakutkan kita semua. Kedudukan indeks rasuah negara ini terus menjadi igauan ngeri sepanjang pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Mengikut TI, faktor yang paling besar yang mempengaruhi kejatuhan indeks rasuah negara adalah disebabkan badan politik dan agensi kerajaan. Bermakna, pemimpin politik yang cukup besar memberikan pengaruh kepada rasuah yang semakin meluas dalam negara.

Rasuah bolasepak perlu ditangani dengan lebih serius namun rasuah yang berlaku dalam urustadbir serta parti politik lebih perlu diberikan perhatian jia mahu bolasepak Malaysia bebas daripada rasuah.

Wassalam

Serah afidavit balas kes Madrasah Salihiah 21 Februari

CourtMS1

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 21 Februari ini sebagai tarikh akhir untuk plaintif kes Madrasah Salihiah menyerahkan afidavit balas terhadap afidavit yang dikemukakan dua defendan sebelum ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nabisha Ibrahim menetapkan tarikh itu pada sesi pengurusan kes semalam bagi membolehkan semua pihak terbabit memfailkan dokumen sokongan masing-masing sebelum menetapkan tarikh untuk sebutan kes berkenaan.
Ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut, Jamludin Murad, 67, memfailkan permohonan injuksi dengan menamakan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Maik) selaku pemegang amanah wakaf bagi tanah berkenaan sebagai defendan pertama, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar (defendan kedua) dan Kerajaan Negeri (defendan ketiga).
Permohonan itu dibuat untuk menghalang defendan kedua dan ketiga melalui apa cara sekalipun untuk mengosongkan tanah berkenaan atau meruntuhkan Madrasah Salihiah.
Jamludin turut membuat pengindorsan tuntutan melibatkan deklarasi bahawa keputusan fatwa yang dibuat pada 4 Julai 2011 adalah terbatal dan tidak sah manakala deklarasi keputusan fatwa pada 21 Jun 2010 adalah sah serta mengikat, kos, apa-apa perintah oleh Mahkamah Tinggi untuk sebutan semula kes itu bagi menghalang perobohan Madrasah Salihiah oleh ketiga-tiga defendan itu.
Plaintif diwakili peguam Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman alias Abdullah manakala Maik diwakili Tetuan Omayah, Nawal dan Partners, Kerajaan Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie.
Ahmad Rusydi ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, kes masih di peringkat pengurusan dan sekiranya semua proses dokumentasi lengkap, mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan pada 21 Februari ini.
“Plaintif akan failkan beberapa pindaan yang diserahkan pada tarikh sama. Proses pengambilan tanah sudah selesai tetapi plaintif mempertikaikan proses pengambilan tanah itu. Atas dasar itu, kita failkan writ saman,” katanya.
Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad turut hadir memberi sokongan dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah serta tidak mengeluarkan arahan mengosongkan bangunan madrasah selagi kes belum selesai.
Sebelum ini, Jawatankuasa Madrasah Salihiah mengemukakan permohonan injuksi dan saman interim pada 5 dan 19 Januari lalu bagi menghalang proses meroboh dan pengambilalih tanah wakaf khas Madrasah Salihiah oleh Pentadbir Tanah Kota Setar.

BR1M - Si Miskin Terkilan kena beliau tak dapat..???

Penduduk miskin terkilan tidak layak terima BR1M
Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat sini, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.

Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.
Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.

"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.

Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.
"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya
Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.
Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.
"Duit yang kami dapat hasil daripada zakat yang diberi oleh orang ramai akan kami simpan untuk kegunaan kos tambang dan rawatan Solehah selain menggunakannya untuk membeli keperluan dapur," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644. - BERNAMA

Pengetua 12 anak dianugerahkan Tokoh Ibu Mithali

Zaleha-bersama-ahli-keluarga

KUBANG PASU - Kesibukan dalam kerjaya tidak pernah menjadi penghalang kepada pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Pedu, Kuala Nerang mendidik 12 anaknya sehingga berjaya.

Penerima Tokoh Ibu Mithali tahun ini, Zaleha Ibrahim, 59, berkata, kerjaya itu turut memberi peluang mendidik sendiri anak-anaknya yang pernah menerima pendidikan di sekolah menengah itu.

Menurutnya, beliau sentiasa menitikberatkan pendidikan agama untuk memastikan kecemerlangan 5,300 pelajar di sekolahnya dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada tujuh anak perempuan serta lima lelaki.

“Bagi saya amalan kita amat penting untuk membentuk keperibadian anak-anak serta menjadi contoh terbaik bagi mereka menjadi insan berguna bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

“Amalan membaca surah Maryam, Yusuf, Luqman sejak mengandung serta memberikan anak susu ibu adalah resipi utama melahirkan anak yang cemerlang,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima anugerah Tokoh Ibu Mithali sempena Sambutan Maulidur Rasul 2012/1433 peringkat negeri Kedah, di Dewan Wawasan di sini, semalam.

Isteri kepada seorang imam masjid, Ismail Md Taib, Zaleha bersyukur kerana mampu memikul amanah yang diberi dengan sebaiknya dan percaya niat ikhlas dapat membantu meringankan beban dalam apa juga pekerjaan dilakukan.

“Kebanyakan anak saya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab kerana mempunyai asas agama di sekolah menengah dan saya sentiasa menyokong mereka memilih bidang pengajian bersesuaian.

“Saya sendiri tidak menyangka akan dipilih menerima anugerah yang baru pertama kali diperkenalkan pada tahun ini dan hanya mengetahuinya selepas dihubungi pejabat Jabatan Agama Islam Kedah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan anaknya sama ada lepasan Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan memilih untuk mengikut jejak langkahnya menjadi guru dan juga pensyarah, tiga yang paling kecil masih meneruskan pelajaran di sekolah.

“Anak-anak perlu ditekankan dengan didikan agama sejak mereka masih kecil dan apabila meningkat dewasa mereka mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...