TERKINI :

Sunday, February 5, 2012

Iktiraf ISRAEL - Antara ANWAR & NAJIB mana lagi haram berjadah..???

http://3.bp.blogspot.com/_-0saaYhDx_s/TR_M8swz0DI/AAAAAAAAH7k/UEeYJz4QHUE/s1600/Menteri-rogol-amah-3.jpg

Anwar baru kata bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Sekiranya syarat tersebut dihormati, maka, kata Ketua Umum PKR itu wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati... DIA BARU bercakap. DAN kami penyokong PR..jika tak setuju boleh BANTAH dan HALANG apa yg diucapkan oleh ANWAR..

nie UMNO BN yg dah terbukti BERKAWAN spt contoh Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel di samping Najib melantik syarikat Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu... INI APA KEJADAHNYA.. MANA SUARA BANTAHAN DALAM UMNO BN tak dengaq pun..???

Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.

Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel

Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.

“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.

“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.

Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.

Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.

“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.

FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.


—Keadilan Daily

mai dedah cerita BOHONG & FITNAH BN : Buat cerita awai nak cover kisah kat langkawi malam nie..!!!

Oleh: Che Nad

Secara teorinya, apabila terlalu banyak seseorang itu berbohong... maka rakyat akan makin kuat menolak mereka. Sebab itu bagi Che Nad, blog pro PR di samping godam BN sampai rapat ke dinding, kena dedahkan banyak2 pembohongan UMNO/BN supaya apa yang disampaikan selepas itu maka orang tak pikiaq banyak kali... sepatah saja orang komen.."Bohong aihh!"

Pagi ni Che Nad petik pembohongan terbaru UMNO dari sebuah blog upahan Najib. Cha pakat baca tengok...


Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.

Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.

Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".

"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.

Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.

Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.

Ulasan Che Nad:

Cerita di atas adalah BOHONG semata-mata kerana di zaman PAS menjadi kerajaan jentera kerajaan tidak digunakan untuk urusan politik kepartaian. Kerja jahat seperti ini hanya berlaku di zaman BN dulu.

Kononnya hantar 1 bas... elehh kalau takat 1 bas pi dengar ceramah Tok Guru, lekat celah gigi jerr.

Tak logik langsung orang nak dengar ceramah sampai kena pulun lintas laut pi Langkawi. Kat tanah besaq ni pun bersepah ceramah PAS/PR yang dihadiri oleh ribuan rakyat Kedah hingga mengecutkan telor para pemimpin UMNO. Tok Guru Nik Aziz baru mai ceramah saja dalam konvensyen PR di Suka Menanti yang dihadiri oleh lebih 50 ribu rakyat Kedah.

Cerita ni dibuat oleh UMNO sebagai strategi nak cover siap2 bila nanti orang Langkawi berhimpun beribu orang dengar ceramah Tok Guru maka tergugatlah UMNO Langkawi yang laa ni tengah nyawa2 ikan nak mampoih pi dah. Kalau rakyat Malaysia pakat terkejut, ramainya orang pakat pi dengar ceramah Tok Guru maka depa jawab.. Kan aku dah habag, penyokong import dari seberang.

Tapi kalau kita tengok pembohongan yang dibuat tu begitu kreatif, siap dengan dailog bagi nampak real. Itulah kelebihan blogger UMNO yang mendapat latihan khusus dari Yahudi APCO di Institut Latihan Propaganda UMNO (ILPO) di Janda Baik.

Sapa ada lagi cerita2 bohong dari blogger upahan Najib, mai laporkan kad Kedah La.. kita londeh Umno sampai tinggai telog.

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/fitnah-bn-kedah-dedahkan-banyak2.html

SAMPUL PUTIH : Jika PAS yang beri...kompom gegak gempita 1Malaysia...

oleh Cenangau

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata pihaknya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa pula maksudnya bila BN memberi angpau dalam sampul warna putih di Seri Setia.

"Masa isu PERKASA (beri angpau dalam sampul putih), PM kata 'semua orang tahu angpau ialah sampul merah'," kata Irwan Fahmi (kanan) dalam satu kenyataan.

"Sekarang angpau BN kenapa warna putih?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Dalam budaya Cina, putih biasanya dikhususnya untuk tujuan berkabung. - Mkini.
Kesimpulannya, bukan PERKASA saja yang tak faham adat budaya orang cina tapi BN yang dalamnya ada MCA dan Gerakan pun masih tak faham budaya asas orang cina.

Pada aku, episod sampul warna angpau ni menggambarkan kegagalan United Malay National Organisation dan BN memupuk perpaduan rakyat.

Memang tak heran kalau rakyat Malaysia yang berbagai bangsa tak boleh bersatu dalam erti kata yang sebenar kalau budaya asas macam tu pun ramai yang taktau.

Bukan nak kata orang lain, aku sendiri mengaku tak pernah pun tau sebelum ni yang sampul angpau warna putih biasa digunakan masa berkabung bila ada kematian. Nak tau macamana kalau takdak sapa yang bagitau, dan yang lebih malang lagi memang aku takdak usaha untuk ambil tau pasai tak berapa nak rasa ada keperluan.

Tambah-tambah pulak bila PAS sebelum ni dah ujudkan Kelab Penyokong PAS yang kemudiannya dinaiktaraf kepada Dewan Himpunan. Yang jadi tak berapa nak ambil tau tu pasai aku tak berapa terlibat dengan 2 entiti PAS tu, ada orang lain yang jaga, jadi takdak masalah sangat kalau aku taktau pun.

Dalam nak menghidupkan Kelab Penyokong PAS pun sebenarnya banyak masalah yang timbul termasuk ada juga insiden-insiden berkaitan budaya macam isu warna sampul angpau tu. tapi yang nasih baiknya pasai aktivis Kelab Penyokong PAS berbangsa Cina dan India kebanyakkan lebih PAS dari kebanyakkan ahli PAS sendiri. Jadinya insiden-insiden macam tu tak berubah menjadi kudis.

Cumanya, satu yang aku cukup bersyukur pasai episod kontroversi sampul angpau ni jadi kepada PERKASA. Kalau la jadi kepada PAS memang masak la penchachai pandy kutty punya main. Tentu punya tiap-tiap malam TV ulang tayan edisi khas pasai tu.

Nasib baiknya pasai aktivis PAS memang diajar untuk sentiasa berhati-hati untuk teroka medan baru. Walaupun macam tu, memang tak mustahil episod macam tu boleh kena kepada PAS pasainya dalam PAS pun ada ramai jugak yang sipi-sipi macam PERKASA, cuma mungkin nasib saja yang menyebelahi PAS. Tambah-tambah pulak bila dah ada Dewan Himpunan, insyaallah PAS selamat dari episod kontroversi macam tu.

Lagi satu mungkin kut pasai 'warna rasmi' PAS hijau, kalau PAS takdak 'warna rasmi' mungkin episod warna sampul angpau tu kena kat PAS dulu.


Mendaulatkan hukum-hakam Islam tanggungjawab setiap Muslim

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/395840_10150530582747157_319981142156_8963762_939682097_n.jpg

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Barang siapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) 10 kali lipat amalannya, dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)." (QS. Al-An'am: 160)
************

Sempena memperingati hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. (Maulidur Rasul) pada Ahad, 12 Rabiulawal 1433 Hijrah (5 Februari 2012) ini, sukacita kita mengingatkan bahawa setiap Muslim adalah wajib untuk mempunyai niat atau cita-cita menegakkan hukum-hakam Islam.

Dengan adanya niat itu, diharapkan kita terlepas daripada dakwaan tidak melaksanakan hukum Allah apabila diadili di Mahsyar nanti. Bagaimanapun niat saja tidak mencukupi.

Niat perlu disertakan usaha dan doa. Setiap orang perlu berusaha mengikut kemampuan masing-masing. Pemimpin dengan kaedah berpolitiknya, ustaz dengan kelas pengajiannya, penulis dengan tulisannya dan yang penting mesti ada jemaah yang berjuang ke arah itu.

Marilah kita berdoa semoga semua Muslim terutama pembesar dan pemimpin negara dibukakan hati untuk berusaha keras ke arah melaksanakan hukum-hakam Islam. Marilah kita berdoa supaya pemimpin kita terbuka hatinya untuk menjalankan hukum-hakam Islam.

Beberapa tahun lalu pemimpin negara sudah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam. Malangnya perisytiharan itu tidak disertai dengan pelaksanakan hukum-hakam Islam.

Apabila ini berlaku kita amat dibimbang Allah akan menjatuhkan hukuman ke atas pemimpin berkenaan dan diri kita di dunia lagi. Sama seperti mengatakan negara ini negara Islam tetapi tidak melaksanakan hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran. Ingatlah, bala akan terkena semua orang - yang beriman dan tidak beriman.

Tidak lama dulu pemimpin kerajaan bertindak mengumpulkan imam-imam dan pegawai masjid dan kemudian meminta mereka memberikan pandangan bagaimana hendak menangani jenayah rogol, bunuh, zina dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi.

Bukankah jalan penyelesaian sudah ada dalam al-Quran. Panduannya sudah diberikan oleh Allah, kenapa manusia pula pandai-pandai mahu mencari jalan keluar? Tidak mahukan hukum-hakam Allah bermakna tidak takutkan Allah. Jika seseorang atau negara tidak melaksanakan hukum Allah bermakna dia lebih berkuasa daripada Allah, sebab dia mampu tolak perintah Allah.

Apabila pemimpin menyatakan Malaysia sebuah negara Islam tapi tidak melaksanakan hukum-hakam Islam, amat-amatilah apa yang akan berlaku. Misalnya, Amerika sudah mengintip-intip untuk menghebatkan cengkamannya, orang Islam yang taat dicop sebagai pengganas dan dihumbankan dalam penjara tanpa bicara manakala masyarakat menjadi huru-hara dengan kes jenayah yang tidak berkesudahan.

Jika benar Umno hendak menegakkan hukum-hakam Islam, buatlah sekarang sebab parti berkenaan sudah diberi kepercayaan besar oleh rakyat. Kalau tak buat, kita bimbang Umno memang tidak hendak Islam berkuasa. Ini kerana sudah lebih 50 tahun Umno menguasai kerajaan. Kalau dalam tempoh selama itu tidak dilaksanakan hukum-hakam Islam, kita mahu tunggu berapa lama lagi...500 tahun?

http://lanh14.blogspot.com/2012/02/mendaulatkan-hukum-hakam-islam.html

Pemain Import baru Kedah sedang di 'buru'...


Skuad Liga Super Kedah 2 - 0 Skuad Piala Presiden Kedah.

Itu adalah keputusan perlawanan persahabatan adik abang bagi menguji beberapa lagi pemain import yg bakal menyarung jersi skuad hijaukuning bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super 2012. Permainan hari ini tidak begitu teruji dan agak hambar mungkin kerana sekadar permainan pemanas badan dan mencari keserasian sebelum berhadapan skuad Kuala Lumpur di Melaka. Rata-rata permainan berlegar di tengah padang dan yang mencuri tumpuan adalah aksi Safi Abdelfatah yg sesekali menunjukkan kemahiran ala zidane dengan berjaya menggelecek beberapa pemain sebelum membuka permainan kepada rakan yg lain.


Kelihatan juga 2 awang import baru selain Philemon Chipeta yg turut diberi peluang oleh barisan kejurulatihan dalam kesebelasan utama. Adrigo dari Brazil dan Hamidan Mohamed dari Ghana. Malang buat Adrigo yg hanya dapat bermain 20 minit pertama sahaja kerana mengalami kecederaan paha manakala Hamidan mencuri tumpuan peminat2 hijaukuning dengan aksi bertenaga dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-20. Sujud syukur selepas jaringan adalah satu tafsiran terima kasih beliau ketika itu. Chipeta juga tidak ketinggalan menjaringkan satu tandukan gol di separuh masa kedua dengan satu tindakan hasil 'challenge' beliau 1 to 1 dengan penjaga gol skuad simpanan Kedah.

Paling menarik perhatian HKC adalah sambutan peminat hijaukuning yg memenuhi kawasan Grandstand penonton. Kira2 kehadiran yg mencecah 5000 orang adalah amat membanggakan. Terima kasih semua peminat hijaukuning. Semoga pasukan Kedah meneruskan rentak kemenangan dan tidak menoleh kebelakang lagi.

Antara aksi-aksi oleh Khyril Muhymeen dalam perlawanan persahabatan petang tadi. Dari peminat untuk peminat .... untuk koleksi eksklusif, arkib dan simpanan peminat-peminat hijaukuning semua...PULUN KEDAH PULUN!!!

credit : www.hijaukuning.com

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...