TERKINI :

Saturday, February 4, 2012

Lebih 50 peratus graduan kejururawatan menganggur...silap siapa..??



Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di pasaran?
Jeyakumar : Kementerian Kesihatan mesti bertanggung-jawab

By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya diberitahu melalui jawapan bertulis pada 3 November 2011 bahawa pada takat ini wujudnya 41000 penuntut kursus kejururawatan di 61 buah kolej swasta. Hari ini saya baru menerima jawapan daripada Kementerian bahawa pada masa ini ada seramai 69110 orang jururawat terlatih yang sedang berkhidmat di Malaysia – 47992 di sektor awam dan 21118 di sektor swasta.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?

http://aliran.com/7249.html

Demi mempertahankan prinsip Kerajaan Negeri Kedah.. Azizan rela di hina..!!



lagi penjelasan Setpol tentang pendirian Kerajaan Negeri...
hangpa masih tak paham ka atau buat2 tak paham...

BR1M Umpan Rakyat Hadir Ceramah BN

BR1M yang dilancarkan oleh UMNO BN dengan memberikan bantuan RM500 kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Pemimpin BN mendakwa bahawa bantuan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Pakatan Rakyat pula mengatakan ini adalah umpan untuk pilihanraya yang semakin hampir. Walaupun pemimpin UMNO BN mengatakan bahawa ia bukan tujuan politik, tetapi rakyat tahu bahawa ini adalah umpan untuk rakyat undi BN dalam pilihanraya akan datang.

Disebalik bantuan ini juga, BR1M juga dijadikan misi dan umpan untuk memudahkan BN mengumpulkan lebih banyak pendengar hadir ke ceramah-ceramah ajuran mereka.

Caranya dengan menghantar SMS kepada bakal penerima bantuan untuk hadir di tempat yang dinyatakan dan mendengar amanat pemimpin yang hadir sebelum di berikan baucer RM500.

Jika diamati, memang sejak BR1M ini diperkenalkan, di mana sahaja program atau ceramah anjuran UMNO BN diadakan, berduyun-duyun rakyat tidak kira bangsa hadir ke program tersebut.

Seorang rakan sanggup memohon cuti semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 itu. Tetapi rakan tersebut hampa kerana tidak dapat baucer yang dijanjikan akibat timbul masalah semasa pemberian tersebut diberikan.

Walau apapun yang berlaku, taktik BN ini berjaya menarik minat ribuan orang untuk hadir di mana-mana sahaja ada program BR1M di seluruh negara. Mereka hadir bukan untuk mendengar amanat pemimpin, tetapi tujuan mereka adalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Apa yang tidak pasti, adakah rakyat akan terpedaya dengan taktik dan umpan yang diberikan oleh BN. Tunggu dan lihat selepas PRU 13 nanti.

Oleh : Mus (malaysiadaily.net)

Kini, orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah!

Jika ada peluang, saya akan sertai DAP

Ahmad Tajuddin Abdullah

http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2010/08/SpotlightonDAP.jpg
Kenyataan ini seolah-olah saya mahu menyertai politik selepas tamat pengajian. Tidak, bukan itu maksud saya. Tetapi sedikit komentar dari saya setelah memerhatikan beberapa siri kejadian yang tidak disangka-sangka oleh ramai rakyat Malaysia yang aktif memerhatikan gelombang politik tanah air muttakhir ini.

Siri kemasukan ramai nama-nama besar melayu (terpulang kepada persepsi pembaca) ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhir-akhir ini menimbulkan persoalan, apakah tuduhan dan serangan Umno selama ini terhadap parti tersebut tidak berjaya mempengaruhi orang melayu?

Saya membaca beberapa keluhan dan rasa resah dalam kalangan rakan-rakan saya dan komen-komen pembaca mengenai berita ini, dengan menganggap mereka yang menyertai DAP sudah lupa asal usul, terpengaruh dengan ideologi komunis, dasar tidak mengenang budi dan sebagainya.

Bagi saya, ini lumrah dunia politik. Orang akan mengecam segala 1001 perkara yang mereka tidak suka. Tambahan pula, apabila perkara itu berlawanan dengan kebiasaan mereka.

Datuk Saifuddin Abdullah ada menulis sebuah artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian berkenaan politik fitnah dan hikmah di Malaysia. Artikel yang bagus, seolah-olah Saifuddin ingin menegur barisan partinya sendiri mungkin. Ini telahan saya.

Jika dalam artikel tersebut, Saifuddin mengutarakan idea berkenaan politik hikmah yang wajib didasari oleh setiap warga Malaysia bagi menentang politik fitnah yang cukup keji, maka kali ini saya mengutarakan pula idea politik matang bagi mengatasi sindrom politik takut dalam diri rakyat Malaysia terhadap beberapa perkara yang dipalsukan kebenarannya oleh pihak-pihak tertentu.

Melayu sudah lama ditipu

Saya merujuk kepada beberapa penulisan oleh Aspan Alias dan Sakmongkol 47 selepas mereka berdua secara rasmi mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam DAP yang membongkar beberapa titik penting untuk dibincangkan dalam artikel ini.

Antaranya, orang melayu sudah sekian lama ditipu bulat-bulat oleh Umno/BN melalui media mereka bahawa DAP itu parti Cina. Bukan sekadar Cina, malah mereka menambah lagi garam dengan mengatakan bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Raja, chauvinist, mahu menjadikan Perdana Menteri dari orang Cina dan pelbagai lagi.

Melayu ditakut-takutkan sejak sekian lama dengan kenyataan yang tidak berasas. Seolah-olah negara ini tiada perlembagaan, dan orang-orang DAP tidak tahu menghormati perlembagaan!

Orang-orang kampung apabila mendengar perkataan DAP, seolah-olah kita menyebut segerombolan komunis memasuki kampung. Sampai begitu sekali ketakutan yang Umno/BN berjaya tanamkan dalam diri hampir keseluruhan masyarakat melayu terutamanya mereka yang lahir pada era 80-an dan ke bawah.

Malah, tidak terkecuali sebahagian besar mereka dalam kalangan generasi saya pun!

Menakutkan Melayu demi survival politik

Rasanya mungkin ini hujah paling tepat kenapa sindrom takut ini ditanam dalam diri setiap warga Malaysia. Mudahnya, mereka yang sedang berkuasa ingin terus mengekalkan survival kuasa itu dalam genggaman tangan mereka.

Cara paling mudah ialah dengan memberi gambaran seburuk mungkin kepada rakyat terhadap pihak lawan mereka. Sentimen perkauman adalah bahan bakar yang paling mudah disambar api.

Pantang disentuh, pasti marak apinya tanpa mampu disekat.

Perkara biasa yang kini hampir basi ialah kedudukan Raja, Islam dan ketuanan melayu. Inilah melodi yang dimainkan oleh parti pemerintah sekarang untuk menakut-nakutkan orang melayu.

Mereka berbuat demikian dalam keadaan mereka menyekat pelbagai sumber lain untuk rakyat menilai dan berfikir. Minda rakyat terutamanya melayu dikongkong dengan sentimen basi ini. Pantang dikritik, pasti melenting dengan isu basi ketiga-tiga di atas.

Setiap kali pilihan raya, inilah antara melodi yang paling hangat. Rakyat bukan bodoh, tetapi mereka tidak mendapat maklumat yang meluas. Mereka dipaksa untuk menerima penipuan tersebut hidup-hidup.

Mereka yang tidak pernah di ajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat kemelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.

Setiap tahun mereka perbaharui penipuan ini di PWTC dengan laungan penuh semangat, Hidup Melayu!

Seperti saya tulis di atas, hal ini semua dilakukan demi survival kuasa memerintah mereka.

Datuk Onn pencetus idea politik matang

Saya masih ingat tentang sebuah artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar Harakah, mengulas panjang tentang fenomena di Malaysia semasa dan selepas PRU-12.

Kebanyakan orang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti orang melayu Islam mengundi calon Cina sebagai wakil rakyat mereka, dan juga masyarakat Cina yang sanggup menerima calon PAS sebagai wakil mereka.

Ini luar dari jangkaan ramai. Ketika Datuk Onn menyuarakan cadangan agar keahlian Umno dibuka kepada bukan Melayu, beliau telah ditentang oleh ahli-ahli Umno sendiri sehingga Datuk Onn membuat keputusan keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (Independence of Malaya Party).

Menjadi persoalan di sini, kenapa Datuk Onn mampu melontarkan cadangan yang begitu luar dari kerangka masyarakat ketika itu berfikir sehinggakan ramai menganggap beliau sudah tidak relevan?

Hakikatnya, beliau sendiri telah nampak perubahan politik yang bakal berlaku pada tahun 2008 ketika itu.

Namun, pemimpin Umno ketika itu membutakan mata mereka daripada memandang hal yang sama. Mereka lebih senang menggunakan helah dan penipuan seperti yang saya nyatakan di atas demi mengekalkan kuasa yang ada di tangan mereka.

Saya merasa amat yakin, jikalau cadangan Datuk Onn diterima ketika itu sudah tentu permasalahan sindrom politik takut yang melanda masyarakat Malaysia dapat ditamatkan.

Saya menghormati Datuk Onn kerana keberaniannya melawan arus masyarakat ketika itu, demi tujuan melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dan benar-benar harmoni.

Beliau cuba mendidik masyarakat melayu ketika itu, menyedarkan mereka dari tidur bahawa Malaysia ini bukan milik orang melayu sahaja tetapi mereka berkongsi tanah yang sama dengan rakan cina dan india. Beliau telah mencetuskan satu arus pencerahan yang amat sukar diterima pada waktu tersebut.

Kini, idea cetusan beliau itu makin marak malah telah menyebabkan pihak pemerintah menggigil ketakutan. Bayangkan seorang apek cina tidak malu mengangkat sepanduk "Kami Sayang Tok Guru" dan PAS sudah siap dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh mereka yang bukan Islam.

Kini, orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah!

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/83f394f9c265867bd0a34e1f443a8104.jpg

Kenapa sertai DAP?

Ya, saya mahu menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.

DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan Umno dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan Umno sudah sekian lama menipu rakyat.

Walaupun sudah ramai masyarakat Malaysia sedar tentang hakikat ini, namun hal ini hanya berlegar di kawasan yang mempunyai capaian maklumat yang tepat sahaja.

Bagaimana dengan nasib warga FELDA?

Bagaimana dengan nasib penduduk Sabah dan Sarawak?

Bagaimana dengan nasib masyarakat di kawasan pedalaman?

Hanya dengan kesediaan masyarakat yang sedar dan matang politik, untuk berani terjun melakukan sesuatu yang lain dari kelaziman maka cetusan pencerahan ke arah politik matang ini dapat dipercikkan.

Semakin ramai yang berani membuat keputusan begini, sudah tentu sindrom politik takut itu dapat dikurangkan hari demi hari. Pergiatkan program-program pencerahan kepada masyarakat.

Saya tidak tulis di sini bahawa hanya dengan menyertai DAP sahaja satu-satunya cara untuk membina sebuah masyarakat yang matang politiknya, tetapi ini salah satu usaha ke arah itu.

Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.

Saya terpegun dengan berita 2 graduan perundangan UiTM menyertai DAP. Timbul di benak saya, apakah ada "perancangan" yang gagal sehingga terjadinya kes sebegini terhadap graduan UiTM?

Mari kita baca ini, sambil berfikir secara orang dewasa yang matang.

Wallahualam.

Bob Lokman mai Jerai 5/2/2012

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/427352_297387580310739_100001184994820_750842_1903345682_n.jpg

Semua rakyat jelata di jemput hadir.....

Dua Menteri Besar berceramah di Langkawi

http://www.wartakedah.net/images/2mb.jpg

ALOR SETAR – Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah akan menganjurkan Program Ceramah 2 Menteri Besar Peringkat Negeri Kedah.

Program yang julung kali itu akan diadakan pada 5 Februari 2012 bertempat di Padang Awam (hadapan Maktab Mahmud) Ulu Melaka, Langkawi.

Pihak penganjur menampilkan dua tokoh tersohor iaitu Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ceramah akan dimulakan pada pukul 9.00 malam didahului dengan tayangan multimedia perkembangan kerajaan negeri Kedah disusuli dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Abd Ghani Ahmad.

Acara kemuncaknya adalah ceramah oleh kedua-dua Menteri Besar tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi mendengar sendiri maklumat yang bakal disampaikan oleh tokoh-tokoh besar tersebut.

IAM bantu mangsa kebakaran di Kedah [Utusan]


http://abunuha.files.wordpress.com/2009/08/img_75492.jpg?w=640
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Kebakaran di bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nadhzah di Yan, Kedah baru-baru ini mendapat perhatian Islamic Aid Malaysia (IAM) apabila pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa yang terlibat.

Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, pihaknya menyalurkan bantuan kelengkapan asas seperti selimut, bantal, tilam dan makanan kepada 10 pelajar yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

"Misi bantuan ini membuktikan keprihatinan kami terhadap keperluan masyarakat tempatan tanpa mengira di mana mereka berada. Kami akan berusaha membantu mereka mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, selain menghulurkan bantuan tersebut, IAM turut meneruskan program Charity Chef yang menampilkan seorang tukang masak terkenal iaitu Chef Yang Jamil.

"Melalui program ini, Yang Jamil telah dibawa khas oleh IAM dari ibu negara untuk menyediakan hidangan dan bersama-sama menceriakan mangsa kebakaran serta semua pelajar di sekolah tersebut.

"Beliau mengetuai program memasak secara gotong-royong itu bersama kira-kira 30 warga emas dari Pondok Pak Man bagi menyediakan hidangan nasi tomato diraja, ayam masak merah, dalca serta acar," katanya.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Adnan Osman berkata, tiada pelajar yang berada di asrama ketika kejadian itu memandangkan mereka sedang bercuti.

"Saya sangat berterima kasih kepada IAM kerana sudi menghulurkan bantuan kepada pelajar yang terlibat dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

15 lori tangki air baru di beli oleh SADA untuk Kesejahteraan Rakyat Kedah

SADA beli 15 lori tangki




ALOR SETAR 2 Feb. - Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah membeli sebanyak 15 buah lori tangki jenama Hino bernilai RM2.6 juta sebagai persediaan menghadapi krisis termasuk sewaktu banjir dan musim kemarau di negeri ini.

Pembelian itu melibatkan lapan buah lori tangki Hino 300 berkapasiti 600 gelen dan tujuh buah lori tangki Hino 500 berkapasiti 1,200 gelen.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kenderaan berkenaan akan digunakan bagi menghantar air bersih ke kawasan yang tidak memperoleh atau terputus bekalan khususnya pada musim kemarau.

Katanya, penggunaan lori berkenaan adalah satu perkembangan baik bagi meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di negeri ini.

"Lori ini akan digunakan pada waktu krisis termasuk banjir dan bersedia untuk digerakkan apabila bekalan air terputus di kawasan tertentu," katanya kepada pemberita selepas perasmian lori tangki baru itu di pekarangan Wisma Darulaman di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din.

Sementara itu, Adzmi memberitahu, lori itu akan ditempatkan di daerah tertentu seperti Sik, Baling dan Kuala Nerang bagi memudahkan urusan penghantaran bekalan air bersih kepada pengguna.

Hentikanlah sekejap PIMPINANku membuat kenyataan kontroversi.. Ingat warga Israel tidak mengundi di Malaysia

dari KedahLa

Cukup, hentikanlah kenyataan kontroversi!

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Semua petunjuk membayangkan bahawa pilihanraya umum ke 13 hampir pasti diadakan, selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan tahun ini. Presiden Umno dengan memakai baju Perdana Menteri turun bertemu rakyat dari pelbagai kelompok, satu demi satu, untuk berkempen meminta mandat dari rakyat supaya BN terus berkuasa.

Pelbagai jenis bantuan yang muncul 54 tahun sekali diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib, sehingga rakyat terasa lemas dengan sumbangan yang dihulurkan itu. Melayu mudah lupa, justeru jarak antara masa pemberian politik dengan PRU13 mestilah tidak terlalu jauh supaya rakyat tidak melupainya. Maka bagi BN, minda orang Melayu mesti dikepung dalam jarak waktu tersebut.

Semua sedia maklum bahawa dalam sistem pilihanraya di Malaysia, demokrasi hanya berlaku sewaktu mengundi dan menunggu keputusan. Itupun tidak termasuk undi pos.

Jadi dalam keadaan demokrasi yang pincang ini, kekuatan bagi pihak pembangkang ataupun Pakatan Rakyat ialah mengurangkan diri dari melakukan kesilapan kerana BN mempunyai kekuatan logistik untuk menyerang pembangkang secara besar-besaran. Jika sekali pemimpin PR tersasul dalam percakapan maka ia akan dijadikan modal untuk membelasah seseorang dan partinya berhari-hari malah berminggu-minggu lamanya. Sebahagian rakyat akan termakan juga dakyah mereka.

Yang menjadikan hati nurani ahli dan penyokong PR remuk redam ialah kerana yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ialah pemimpin peringkat atasan. Jentera penerangan PAS di semua peringkat yang sepatutnya berperanan menerang dan menyerang, terpaksa pula membuang masa menjelaskan isu kontroversi yang dibangkitkan. Akhirnya PR sentiasa defensif setiap kali menjelang pilihanraya.

Biarlah dalam waktu yang sangat kritikal ini semua tenaga dalam PR di semua peringkat menumpukan perhatian untuk mengajak majoriti rakyat menyokong PR dan menolak BN. Tumpukan perhatian dalam negara.

Rakyat Amerika atau rakyat Israel tidak menyumbang walau satu undi pun untuk kita, maka apa perlunya kenyataan ‘menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel’ dibuat. Entiti haram Israel terbangun atas tanah milik rakyat palestin yang dirampas. Jadi tiada seinci pun bumi Israel yang layak dipanggil negara. Sepatah kenyataan itu menyebabkan BN berjaya menimbus isu perunding APCO yang telah dimenangi oleh PR dua tahun lalu.

Kadangkala ayat terbuka yang diucapkan yang mempunyai pelbagai makna pun dimanipulasi, walhal maksudnya tidak begitu. Seperti isu kononnya pemimpin utama PR menyokong sodomi. Tetapi kalau media antarabangsa ini terus tidak dilayan sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, maka ia akan lebih memudahkan kerja PR menghadapi pilihanraya. Biarlah masyarakat dunia tidak ‘dipengaruhi’ terhadap apa-apa isu pun sebab mereka bukan boleh mengundi di Malaysia. Pedulikan mereka. Jangan ghairah sangat dengan mikrofon media antarabangsa.

Selepas kecewa dengan undi bukan Melayu, selama empat tahun BN berusaha mengembeling sokongan orang Melayu. Ia membuahkan hasil. Semua penganalisis politik bersepakat bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap PR terjejas. Momokan Umno cukup mudah; PR mengancam Melayu dan Islam. Satu demi satu ‘bukti’ dipaparkan. Malang jika pemimpin PR pula yang menambah ‘bukti-bukti’ tersebut.

Dalam sistem demokrasi seorang rakyat Malaysia yang cukup syaratnya hanya memiliki kuasa satu undi, tidak kira seorang professor atau seorang gila. Golongan intelek boleh menghakim sesuatu isu dengan analisis tetapi golongan biasa dan berpendidikan rendah biasanya tidak mempunyai keupayaan tersebut. Bagi golongan yang malas berfikir pula hanya menelan bulat-bulat apa yang terhidang.

Kenyataan seringkas ‘masuk perangkap Umno’, ’DAP boleh tanding kawasan Melayu’, ‘bersedia tidak jadi calon’, ‘memimpin sampai mati’, ‘menyokong AUKU’, ‘ambil tindakan disiplin’ – yang diucapkan secara terbuka, semuanya menjadi hidangan yang sangat enak kepada musuh untuk dieksploit. Tidak bercakap perkara tersebut adalah lebih baik bagi parti.

Di tengah-tengah PR perlu mengembeling seluruh kekuatan untuk menumbangkan BN dalam peluang sangat baik ini, datang pula satu lagi cabaran terhadap PAS dengan kemunculan bekas pemimpin parti dengan teori kuasa ketiganya. Pentas yang diguna untuk mempertahankan kemurnian aqidah kononnya, sebaliknya menjadi medan menghentam PAS serta memecahbelahkan masyarakat.

Janganlah nak kata, semua yang berlaku itu tidak memberi kesan terhadap parti. Semuanya mampu memudharatkan, justeru jangan menambah lagi kemudharatan dengan kenyataan sia-sia yang memberi peluru kepada musuh untuk menyerang.

Sabarlah sekejap wahai para pemimpinku, sementara keputusan PRU13 belum diumumkan; berhentilah membuat kenyataan yang boleh mengundang kontroversi!

Siapa kata K'jaan Negeri tidak prihatin isu Rumah Mampu Milik

Keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik perlu dipenuhi

KATA orang musang pun ada sarangnya inikan pula manusia. Keperluan memiliki rumah tidak menjadi masalah bagi rakyat yang berpendapatan tinggi dan bagi sebahagian rakyat yang mempusakai harta peninggalan ibu atau bapa mereka. Ini kerana apabila mempunyai tanah sendiri mereka hanya perlu menyediakan kos untuk membina rumah.

Menyentuh mengenai tanah pusaka sebahagian besar generasi masa depan tidak berpeluang lagi mempunyai tanah pusaka kerana perkembangan pesat sesebuah keluarga mengikut perjalanan masa. Keperluan tanah adalah menjadi penting sebagai tapak rumah selain untuk aktiviti pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Md Zawawi berkata, mengikut perancangan 2020 kira-kira 60 peratus penduduk akan tinggal dalam taman-taman perumahan manakala 40 peratus lagi akan tinggal di kampung tradisional atau kampung baru.

Beliau berandaian begitu kerana generasi akan datang kebanayakan tidak mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri tetapi mereka mempunyai pekerjaan yang layak membuat pinjaman membeli rumah. Selain itu katanya trend itu bergantung kepada citarasa generasi itu memerlukan kawasan perumahan yang lengkap pelbagai kemudahan, berdekatan bandar serta pusat perniagaan. Ketika itu berlaku transformasi penduduk yang menyebabkan kampung tradisonal mengecil dari segi peratusan penduduk.

Selain itu perlu diingat ada segolongan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai sebarang harta atau tanah pusaka. Mereka ini akan tinggal di rumah-rumah sewa atau mendirikan rumah-rumah kecil di tanah milik orang atau milik kerajaan tanpa kebenaran.

Inilah golongan yang dikategorikan dibawah paras kemiskinan yang perlu difikirkan cara menyelesaikan masalah mereka selaras dengan agenda kerajaan mahu seluruh rakyat memiliki rumah sendiri. Rumah mampu milik berharga antara RM100 ribu sehingga RM150 ribu sama sekali tidak mampu dimiliki oleh golongan ini. Rumah kos rendah berharga antara RM35 ribu hingga RM45 ribu juga tidak mampu mereka miliki kerana tidak layak membuat pinjaman bank.

Golongan ini yang mendaftar di Bahagian Perumahan untuk mendapatkan rumah kini menjangkau 23,000 pemohon. Sehubungan itu penghuni yang mendiami perumahan awam dirayu melunaskan tunggakan sewa beli rumah mereka supaya kerajaan boleh membayar hutang perumahan kepada kerajaan Pusat. Dengan itu Negeri boleh meminjam dari Pusat untuk pembinaan rumah mampu milik yang baru.

Bagaimanapun bagi memenuhi agenda ke arah memberi keselesaan kepada rakyat Kerajaan negeri giat berusaha membantu golongan ini memiliki rumah sendiri seperti yang telah dilaksanakan di Pokok Sena sebanyak 1,811 unit rumah di Bandar Sejahtera akan dilaksanakan pula di Kubang Pasu dan Baling.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...