TERKINI :

Friday, February 3, 2012

Bersedialah rakyat jelata... Parlimen akan dibubarkan minggu depan...

Umno parti perasuah dan peras-ugut!

Kawan-kawan saya dalam UMNO bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang dipimpin oleh UMNO menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak dijalankan.

Tapi apa yang hendak dirisaukan? Bukankah ini hasil pejuangan UMNO dan bukti UMNO dan BN amat prihatin kepada rakyat?

Mereka bertanya kepada saya, bayaran-bayaran ini, adakah ianya meningkatkan peluang UMNO dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh-musuh UMNO.

Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri-memberi ini, UMNO selalu menghadapi masalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.

Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik-beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir lebih ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetengah ketua kampung. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga- yang jadi pagar yang memakan padi.

Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah disapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak-saudara didahulukan. Bahkan lot-lot tanah diberi kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.

Apabila saham Felcra diberi oleh kerajaan- yang sepatutnya diberi kepada KEPALA keluarga, pemimpin kampung mendesak diberi kepada anggota isi rumah. Kalau keluarga nya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra diberi kepada kelima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini dibiarkan? Ianya bermakna, lima ketua keluarga yang lain dinafikan peluang untuk dapat saham Felcra.

Nah , sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang dinafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.

Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak ruang kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan-rakan dan ahli UMNO. Jangan buka terlalu banyak ruang untuk orang membenci kita.

Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat?

Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang dilakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan UMNO yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapatan kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya dilakukan melalui pejabat-pejabat daerah. Kenapa wang tersebut disampaikan oleh ketua bahagian UMNO dan bakal-bakal calon dari komponen BN?

Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM500 ini menonjolkan bakal calon dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU-13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu ‘outcome’ PRU tersebut.

Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin dikalahkan oleh rasuah Gerakan dan UMNO.

Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini- ianya bukanlah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu-satunya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masalah. Cara nya ialah membayar sana-sini. Itu dianya, cara parti UMNO dan pemimpin tertingginya menyelesaikan masalah.

Elok kita biarkan UMNO mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti UMNO yang mempertahankan sokongan kepadanya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai-nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.

Saya mahu orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta UMNO (Agama , Bangsa dan Tanah Air) sudah lama disingkirkan dan digantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.

Adakah UMNO berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?

Ianya hanya suatu metos yang dibina oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah UMNO akan menjerit sana sini, bahawa hanya merekalah yang melindungi kepentingan bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air.
Berhentilah daripada menipu bangsa Melayu.

Jika UMNO berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalti minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majoritinya Melayu, tapi mengapakah royalti minyak tidak diberi secara langsung kepada rakyat di kedua-dua negeri itu secara langsung?

Rakyat Kelantan dinafikan hak mendapat royalti hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang UMNO sendiri tidak percaya kepada pemimpin UMNO negeri untuk mengendali pemberian wang royalti minyak.

Orang UMNO tak percaya kepada orang UMNO sendiri kerana mereka tahu, jika royalti minyak Terengganu dikendalikan oleh Mat Said dan geng-geng, wang tersebut akan masuk ke dalam poket orang lain.

Maka nya, UMNO bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan.

Pertama, orang Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO itu, tidak termasuk Melayu yang bukan dalam UMNO. Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO ialah Melayu dalam UMNO itulah jua.

Dalam kamus UMNO orang Melayu hanya ahli UMNO yang tiga juta itu sahajalah yang layak digelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata- kepala bapak awaok! Maka bila orang UMNO kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!

Kedua, daripada tiga juta ahli itu, UMNO berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan UMNO mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri daripada yang sekabilah dengannya. Amalan ini dilakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatannya di atas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi - adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

Dasar yang ada dan diamalkan oleh UMNO ialah dasar BUMIPUTERA - yang berada di hadapan mengaut dan memonopoli segala hasil pejuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT UMNO dan putera-putera orang berkuasa dan ternama. Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang PUTERA tanpa apa-apa selain dari memegang telur sendiri.

- Sakmongkol AK47

JAMIL KHIR kencing beradap... dia ingat rakyat JERAI bodoooo kot...

Ini kenyataan beliau dalam UTUSAN hari ini..
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/426224_2561153590689_1309530202_32072978_951538516_n.jpg

Ini pulak Jawapan dalam hanset parlimen yg mana
MP JERAI Ust Firdaus Jaafar bertanyakan soalan...
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423402_2561152950673_1309530202_32072976_2001020592_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/408064_2561153470686_1309530202_32072977_1825266805_n.jpg

Baucar Buku 1Malaysia bagi pun macam tak ikhlas jaa...!!!!

Baucer 1 Malaysia tidak berkesan



Baucer buku dikeluarkan saat student menghadapi Final Exam. Selepas exam, student akan bercuti panjang. Tempoh sah Baucer pula akan tamat pada 31 hb Mac 2012. Baucer itu juga tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM 200.00.

Berasas beberapa fakta di atas, Baucer tersebut dilihat tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah untuk meraikan perkara berikut. Antara contohnya :

a] Awal pembukaan semester untuk sessi baru pengajian [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

b] Permulaan pengajian Matrikulasi [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

c] Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

Baucer tidak menepati masa yang sesuai inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai. Kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku sebab final exam telah berlangsung dan mereka akan bercuti.

Justeru itu Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti :

a] kos yuran
b] sewa rumah yang tinggi
c] kos hidup
d] PTPTN dan lain - lain.

Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one - off seperti baucer buku tersebut.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hadi: Ramai layak ganti saya

Farush Khan, Wan Normi Hasan & Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin
3 Februari 2012
HADI AWANG

MUKADIMAH: Bukan senang bertemu bual dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau sibuk setiap hari. Sebagai tok guru yang sangat dihormati, beliau tidak putus-putus dikunjungi rakyat yang dahagakan ilmu agama dan sebagai Presiden Pas, Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Rhu Rendang, Abdul Hadi kerap mempengerusikan mesyuarat di pelbagai peringkat dan turun padang bagi mengatur strategi parti, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa.

Justeru, adalah sesuatu istimewa apabila Sinar Harian diberi peluang berwawancara dengan beliau baru-baru ini. Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung selama 1 ½ jam di kediaman beliau di sebelah Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Boleh Datuk Seri jelaskan kedudukan Pas setakat ini?

HADI: Culaan terperinci (dibuat oleh petugas Pas menunjukkan) jumlah pengundi muda berumur 40 tahun ke bawah, sangat besar. Ini adalah undi penentu; di Terengganu dan di mana-mana pun begitu.

Inilah barangkali menyebabkan Umno dan BN (Barisan Nasional) teragak-agak membuat pilihan raya dengan cepat. Jadi apabila saya dapat maklumat begini, ini menandakan cawangan kita dan Dun (Dewan Undangan Negeri) kita bekerja bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat maklumat terperinci.

Harapan Datuk Seri pada PRU13?

Hadi: Harapan kita untuk mencapai kemenangan memang tinggi. Untuk Terengganu kita sudah meneroka asas-asas me­ngisi kemenangan bermula daripada kita meminda Perlembagaan Negeri Terengganu kembali kepada asalnya, kepada Perlembagaan Itqan al Muluk Bitta’addilissuluk tahun 1911, yang menjadikan hukum Islam hukum tertinggi, di mana kedudukan ini sudah dihapuskan oleh penjajah British dan diteruskan zaman, setelah kita mencapai kemerdekaan sehinggalah kita menang tahun 1999.

Pas telah membuat satu pindaan, di antaranya meletakkan semula Islam hukum tertinggi bagi negeri Terengganu. Sudah tentulah selepas itu ada pengisian-pengisian. Alhamdulillah, pindaan kita ini tidak dirombak BN, cuma mereka tidak isi.

Itu terpulang kepada kita untuk mengisi. Yang kita menunggu, kepercayaan yang diberi oleh rakyat melalui keputusan pilihan raya.

Adakah Datuk Seri akan bertan­ding pada PRU13 nanti?

Hadi: Terpulang kepada parti sama ada di peringkat atas ataupun dari bawah. Memang saya terlalu lama menjadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung, di Dun sudah 30 tahun lebih, sejak 1982, Parlimen sudah belas-belas tahun; sudah lama.

Sebab itu saya memberi tawaran yang pertama, sama ada saya tidak bertanding semua, kerana dengan itu saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Itu harapan saya.

Kerusi Parlimen atau Dun?

Hadi: Terpulang kepada parti menilainya.

Adakah harapan Datuk Seri untuk memberi laluan kepada pengundi muda atau anak Datuk Seri sendiri?

Hadi: Anak saya biar dulu; biar jadi petugas parti. Pas ada dua tokoh besar; tok guru (Mursyidul Am) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri sendiri.

Sekiranya Datuk Seri undur diri, tidakkah kedudukan Pas akan terjejas?

Hadi: Saya melihat pemimpin-pemimpin pelapis, sama ada dalam kalangan yang sebaya dengan saya, ataupun kurang sikit umur daripada saya, ataupun dalam kalangan muda. Kita ada ramai pemimpin pelapis, sama ada yang sudah berpengalaman mengikuti parti sejak dari awal ataupun yang baru menyertai parti; daripada pelbagai lapisan. Saya secara kebetulan mengikuti parti sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, generasi kedua, sampai kini. Itu penyertaan saya dan saya diberi amanah oleh kepimpinan dan mendapat kerusi Dun ketika saya terlalu muda. Masa menjadi Naib Presiden, usia saya dalam 30-an. Saya rasa terlalu lama sangat menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan tinggi dalam parti.

Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi peluang dan laluan kepada pemimpin pelapis pula. Ramai yang layak untuk mengganti.

Angpau Putih : PERKASA kena main dengan BN....

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

NONE“Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

NONE"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

Bukti Kerajaan PR Selamatkan Perumahan Orang Melayu

ULASAN: Perumahan kos rendah ini adalah majoritinya dibeli oleh bangsa Melayu. Projek Seksyen U5 ini telah terbengkalai semenjak 1993 lagi. Perumahan ini asalnya dibina bagi menggantikan peneroka2 Bandar yang tanah mereka telah diambil pemaju2 (baca:kroni).

Malangnya, perumahan mereka telah terbiar dan tidak disiapkan oleh pemaju menyebabkan orang2 Melayu yang telah dihalau dari tanah mereka teroka ini terpaksa merempat di perumahan sementara lebih 1 dekad lamanya.

Syukur kerajaan Pakatan Rakyat yang dituduh anti melayu ini berhati perut dan memaksa perumahan ini disiapkan. Walaupun parti2 dalam PAkatan Rakyat bukan parti Melayu, tapi mereka tak sanggup melihat orang2 Melayu yang tanah mereka diambil kroni dihina sebegitu rupa.

Tapi, UMNO yang mengaku Melayu tidak ada sedikit rasa bersalah. Dibiarkan bangsa nya sendiri merempat di rumah2 sementara.

Untuk menutup kesalahan serta kemaluan UMNO, maka disebarkan berita kononya para peneroka bandar ini terpaksa membayar kos "top-up" sebanyak RM30k.

Bukan apa, mereka tak mahu orang tahu mereka telah mengkhianati orang2 Melayu yang menjadi mangsa dalam projek Rumah Kos Rendah U5 ini.

KENYATAAN MEDIA: DAKWAAN HARGA RUMAH KOS RENDAH SEKSYEN U5 DINAIKKAN ADALAH TIDAK BENAR

Dakwaan bahawa pembeli projek perumahan kos rendah di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam perlu menambah pembayaran atau "top-up" sehingga RM30,000 jika mahu rumah mereka disiapkan adalah tidak benar.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang-wenangnya walaupun ia melibatkan projek terbengkalai.

Harga rumah kos rendah dikawal oleh Kerajaan Negeri iaitu RM42,000 sebuah. Tetapi RM35,000 pula untuk peneroka bandar (setinggan) di mana subsidi RM7,000 dibayar oleh pemilik tanah tapak rumah peneroka bandar tersebut.

Pembeli-pembeli projek perumahan itu telah dijanjikan rumah sejak 1993 di zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor. Walau bagaimanapun projek tersebut telah terbengkalai dan hanya dalam tahun 2010 ketika pentadbiran Pakatan Rakyat pemaju baru telah dengan secara rasmi mengambil alih.

Pengambil alihan projek ini oleh pemaju baru dari pemaju lama adalah hasil rundingan di antara kedua-dua pihak. Kerajaan Negeri tidak pernah memaksa mana-mana pemaju projek terbengkalai menerima pemaju baru.

Di dalam pembentangan kepada YAB Dato Menteri Besar pada bulan Disember 2010, pemaju baru projek ini telah diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan sama sekali menaikkan harga rumah kos rendah. Malah mereka telah diarah untuk menanggung subsidi RM7,000 bagi setiap peneroka bandar.

Tetapi pemaju dibenarkan menukar 2 dari 6 blok rumah kos rendah yang belum dijual kepada rumah mampu milik supaya mereka dapat membiayai kos membaikpulih dan kos subsidi RM7,000 itu. Sejak itu Kerajaan Negeri telah memantau kemajuan projek ini dari masa ke semasa.

Adalah diharapkan mereka yang mempolitikkan pelaksanaan projek ini agar berhenti dari melakukannya. Projek ini telah bertahun-tahun terbengkalai di bawah Barisan Nasional. Mereka telah gagal menyelesaikan masalah ini ketika Selangor di bawah pentadbiran mereka tetapi sekarang cuba berlagak seperti wira yang akan membantu rakyat.

Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor
Merangkap ADUN Chempaka

Menteri Agama nafi guna wang Yayasan Taqwa

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan wang peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politiknya di Jerai.

NONEBahkan beliau juga menjelaskan bantuan yang diberikan bukan menggunakan duit Yayasan Taqwa.

"Ini dakwaan tidak betul. Ia bukan duit Yayasan Taqwa.... Matlamat penubuhannya beroperasi Yayasan Taqwa di luar Wilayah Persekutuan. Sebab itu kita tengok seluruh Malaysia, bukan setakat Jerai sahaja.

"Seluruh negara kita beri bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru ni saya bagi bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Semalam Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jamil menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEAntaranya bantuan yang diberikan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk di kawasan yang didakwa akan ditandinginya.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Aksi hambar tonggak kunci Kedah longlai

PERSEMBAHAN hambar beberapa pemain Kedah termasuk Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Badrol Bakhtiar, Mohd Sabri Abu dan Amar Rohidan dikenal pasti punca aksi merudum skuad Kenari.

Walaupun keempat-empat tonggak utama itu pernah mewakili pasukan kebangsaan, prestasi mereka belum memuaskan termasuk kurang menyengat hingga menyebabkan peminat fanatik kecewa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, beberapa pemain skuad Hijau Kuning dikelaskan dalam kategori terbaik kerana pernah mewakili pasukan kebangsaan namun aksi mereka amat menghampakan.

“Namun, kita tidak boleh hanya menuding jari kepada mana-mana individu mengenai prestasi pasukan bola sepak Kedah yang merudum, malah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk berusaha memulihkannya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran iPad2 di Perpustakaan Awam Negeri Kedah di Alor Setar, Kedah, kelmarin.

Beliau berkata, pemain import Kedah juga tidak banyak membantu pasukan untuk mencapai kemenangan hingga terpaksa digugurkan bagi mencari pemain import baru yang lebih baik.

Dalam mesyuarat baru-baru ini, KFA sudah memutuskan untuk mencari dua pemain import di bahagian serangan dan pemain tengah menyerang untuk menguatkan jentera pasukan.

Beliau berkata, KFA tidak mempunyai masalah membabitkan isu gaji dan kebajikan pemain dan turut memberi insentif sekiranya menang atau seri perlawanan Liga Super.

“KFA turut menubuhkan satu pasukan pemantau terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta isu berkaitan bola sepak negeri ini seperti rasuah,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/AksihambartonggakkunciKedahlonglai/Article

Mahasiswa dan peredaran masa....

Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa demontrasi, dan cara pergerakan mahasiswa, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa ini. Sehingga ramai pihak, rakyat mahupun mahasiswa sendiri menjadi muak dan memandang buruk serta sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya.

Kita imbas kembali sejarah penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini dianggap gerakan yang mula mendapat kritikan langsung dari rakyat dan aktivis mahasiswa sendiri. Pada hujung era 90an, Gamis melihat bahawasanya perlu kepada mahasiswa ini bergerak untuk memastikan bukan hanya isu-isu Islam tetapi bergerak juga dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan hak asasi secara universal.

Pada tahun 2001 dengan isu ISA, Gamis bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) kemudian pada tahun 2002 apabila Amerika menyerang Afganistan, Gamis sekali lagi bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Anti Perang (GEMPAR). Tetapi gerakan-gerakan ini ianya hanya bersifat isu dan hanya sementara ataupun bergabung atas sebab isu-isu tertentu sahaja.

Pada akhir tahun 2002, Gamis mencari kesimpulan yang lebih baik, bagaimana hendak memastikan gerakan bukan hanya terhenti dengan isu tetapi pergi kepada suatu benda yang lebih besar iaitu satu solidariti di antara gerakan-gerakan mahasiswa ini baik mahasiswa Islam mahupun bukan Islam.

Pimpinan Gamis berbincang untuk mewujudkan satu pakatan dan Gamis bersama dengan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan banyak lagi. Bahkan pada waktu itu ada 14 front mahasiswa dan anak muda termasuk Food Not Bomb (FNB), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan lainya. Hasil daripada perhimpunan gerakan-gerakan mahasiswa ini, diakhiri dengan satu kesimpulan untuk tubuhkan satu solidariti yang namanya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Itu secara ringkas sejarahnya.

SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden DEMA , presiden KAMI atau presiden PKPIM. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini.

Saya melihat pengunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpul tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju. Sebagai contoh, jika DEMA setuju dengan hak kebebasan beragama tetapi front gabungan lainnya tidak bersetuju lalu itu atas nama DEMA sahaja. SMM ianya tidak mengikat. Saya bagi contoh, Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi Presiden PAS, Tuan guru Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan sebarang keputusan Anwar Ibrahim kecuali permuafakatan bersama dan keterikatan itu bukan bersifat mutlak. PR berjanji ingin mansuhkan AUKU jika Berjaya memerintah Malaysia pada masa akan datang, atas permuafakatan bersama PAS, PR dan DAP mesti melaksanakannya.

SMM dalam satu-satu keputusan dan gerakan yang ingin di buat, mesti di sepakati oleh semua front gabungan. Jika satu sahaja front tidak bersetuju, kita tidak boleh namakan statement kita, gerakan kita atas nama SMM, tetapi hanya nama individu. Saya berpandangan, keadaan ini perlu di pandang serius oleh semua aktivis dan gerakan mahasiswa. Saya cadangkan setiap kenyataan media yang di buat SMM, memorandum dan sebagainya, mesti lampirkan persetujuan bersama GAMIS, PKPIM, DEMA dan KARISMA. Jika tidak dilampirkan atau salah satu nama front tidak ada, jangan sesuaka hati menggunakan nama SMM. Bagi saya, GAMIS, KARISMA, DEMA dan PKPIM perlu bertegas soal ini, kerana mahasiswa dan rakyat melihat setiap tindakkan SMM atas kebersamaan front-front yang ada dalam gabungannya.

Saya berharap, Gamis, Karisma, Dema dan Pkpim perlu nyatakan pendirian tegas, supaya gerakan yang dibuat tidak disalah tafsir oleh rakyat mahupun mahasiswa. Akhirnya, semoga gerakan mahasiswa dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gerakan mahasiswa dan terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mahasiswa terus dihormati.
MOHD YUSOF HADHARI BIN SAIDON
Aktivis Mahasiswa
Mantan Ketua Penerangan Gamis 2010/2011

Ada pihak pelik kerana tiada kes rasuah di Kedah

ALOR SETAR, 31 Januari 2012 – Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak yang ingin menyiasat kerajaan negeri mengenai rasuah.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri sedang berusaha bagi menghapuskan gejala rasuah di negeri ini, kerana orang yang sukakan rasuah adalah orang yang pemalas.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Dewan Perhimpunan Cina, di Jalan Tunku Bendahara.

“Ada pihak yang mahu menyiasat kerajaan negeri kerana mereka pelik di negeri ini tiada kes rasuah.

“Oleh itu, saya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin menghapuskan jenayah rasuah ini,” terangnya.

Menurut beliau lagi, sifat si perasuah adalah apabila terdapat wang yang perlu disalurkan kepada rakyat, maka dia akan gunakan wang tersebut kepada tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau juga bersyukur kerana buat masa sekarang tiada lagi kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan di negeri Kedah.

Pelabuhan kargo akan dibina di Yan

ALOR SETAR, 1 Februari 2012 – Negeri Kedah tidak lama lagi mempunyai pelabuhan yang pesat apabila sebuah pelabuhan kargo akan dibina di pantai Yan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pada bulan Mac ini akan diadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia bagi membina sebuah pelabuhan baru di Pulau Bunting, Yan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Dewan Perhimpunan Cina, di Jalan Tunku Bendahara.

“Pelabuhan yang akan dibina ini akan digunakan untuk tujuan kargo.

“Selain itu, pada dasarnya kerajaan negeri dan pusat telah bersetuju untuk membina jalan dari Gurun ke Pulau Bunting serta jalan kereta api dari Kobah ke pulau tersebut,” terangnya.

Tambah beliau lagi, ianya adalah antara satu perancangan yang selari dengan projek kereta api berkembar yang sedang dibina dari Ipoh, Perak ke Komeng, Thailand.

Jika projek ini dapat dilaksanakan pada tahun ini maka ianya akan menyediakan banyak peluang pekerjaan dan peniagaan kepada orang ramai.

“Manakala, pada bulan Februari ini pula, satu MoU lagi akan diadakan dengan syarikat tersebut mengenai projek saluran paip minyak dari Jerlun ke Songkla, Thailand.

“Walaupun ianya adalah kejayaan yang orang ramai tidak tahu tetapi ianya merupakan sebuah kejayaan yang sedang kita kecapi,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri walaupun berbeza fahaman politik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...