TERKINI :

Sunday, January 29, 2012

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa.

SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Kelaku MKK sama ja macam JKKK...!!!

oleh paksu

http://screenshot.xfire.com/avatar/160/jkkk1.jpg?9622http://screenshot.xfire.com/avatar/160/jkkk1.jpg?9622
ini ja yg patut bagi kat MKK kelaku hebiaq tuu..

Hari ini, pagi ini, aku tertarik nak menaip serba sedikit apa yg aku tau pasal politik. Tak kisah la, PAS atau UMNO, aku nak kongsi berdasarkan pengalaman aku yang sedikit ini. UMNO, zaman pentadbiran yang dikatakan zalim, kuku besi, autokratik, kroni, nepotisme, dan mcm2 lagi yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, esp PAS. Aku rasa mungkin ada betolnya, dan mmg betol pon.... So, aku memohon andaikata PAS yg memerintah menggantikan UMNO yang dikatakan dengan pelbagai tuduhan tadi (ada yg betol dan ada yg fitnah). Tup tup, 2008, doa makbul, PAS perintah Kedah, negeri jelapang padi...Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, tuhan semesta alam. Maka, pengalaman aku yg sedikit ini akan kuceritakan berdasarkan PAS vs UMNO.

Dulu, UMNO menyalurkan bantuan melalui JKKK n.k.a JKKKP kepada rakyat jelata. Kini, PAS (khusus di Kedah shj yea), menyalurkan bantuan melalui MKK-nya. Apa beza? Ya, ada beza. Pertama, pada namanya (semua org tau). Kedua, pada pelaksanaannya. Aku guna analogi la senang. Kalo dulu, ikan besar 'makan' makanan, akan tinggal jua sedikit habuan utk ikan yg kecil (rakyat marhaen). Kini, ikan-ikan besar tu 'makan' semua, x tinggal sehabok pun sisa utk ikan-ikan kecil, dgn harapan ikan kecil ini boleh cari makan sendiri.

Contoh sebenar, tanpa menyebut nama individu yg terbabit bagi menjaga kemaslahatan umum, dulu, waktu UMNO memerintah, sebahagian besar peruntukan di'makan' habis oleh kroni dan nepo masing2, yg tinggal sedikit habuan utk rakyat jelata (xpa la, ada jugak sikit - walau gula 1 kilo, kain pulicat 1 pasang). Namun, kini, habis, habis di'makan' di'ratah' oleh org2 besar yg bergelar pejuang islam, pejuang PAS, tanpa sedikit ditinggalkan utk rakyat jelata. Contoh lagi, pemberian rumah bantuan diagihkan kepada kroni2 terdekat walaupun pada masa yg sama masih ada rakyat jelata yg lebih memerlukan dan mengimpikan rumah selama ini. Pengagihan netbook juga diagihkan kepada kroni2, yg anaknya walaupun x bersekolah, padahal pada masa yg sama masih ramai yg bersekolah memerlukan netbook tersebut (mcmana daapt? wallahu 'alam). Seterusnya, skim kafalah. Skim yg baik, kerana zaman UMNO xdak skim ni. Baguslah diwujudkan satu skim yg boleh membantu rakyat. Menjadi bahan ceramah para pemidato politikus di atas pentas2 yg ribuan hadirin hadir tanpa diberi sebarang imbuhan, malah memberi untuk membantu, kata politikus PAS, di Kedah, sapa2 yg meninggal dunia, automatik dapat bantuan (kafalah). Nak habaq kata, kerajaan Kedah kini baguih. Apa berlaku? Impelementasinya (Pelaksaannya) yang sedikit 'haprak' iaitu hanya diberikan kepada kroni2 jugak. Bagaimana? Kata MKK kepada seorang tua yg miskin yg kematian waris, isi borang eSinar tak? Org tua tu kata, tak isi. MKK tu kata, so mintak maaflah, x dapat. Maka, berkonyong-konyong org tua tu balik ke rumah tanpa sebarang kata. Jirannya hadir, menanyakan status, kata org tua itu, x dapat. Jiran terkejut, kerana baru saja jirannya yg kaya, tanah berpuloh relong, duit berpuloh ribu dlm TH, pun dapat bantuan kafalah tu, drp MKK yg sama (x ke kroni namanya tuh?).

Ada banyak lagi, tapi, cukop dulu setakat ini untuk contoh2 sebenar yang berlaku di tempat aku. Nanti aku bgtau lebih lagi sekiranya keadaan masih tidak berubah, agar dengan pengalaman sedikit ini, para juak2 PAS lebih insof dan sedar. Org atasan (tok-tok guru) berhempas pulas menegakkan yg haq, menumbangkan yg baathil, hgpa kat bawah2 ni (esp MKK yg x ketahuan), syok2 ja memusnahkan harapan rakyat marhaen.

*p/s: "Antara perompak yang merogol org, dgn seorang ustaz yg merogol org jugak, yg mana anda lebih gerrraaammm???" -kwn aku tanya, sekian.

Amanah Ibarat Bola Api - Presiden PAS mengundur diri..!!!

oleh Aris Awang @ PakTeh



Ahli PAS (bukan untuk ahli parti lain) perlu faham mesej yang ingin disampaikan oleh Presiden. Ketika memegang jawatan sebagai Presiden pun masih merasa tidak layak untuk menjadi calon dan jika sudah pernah menjadi calon dan menang menjadi Wakil Rakyat pun menyerahkan soal itu kepada parti. Apakah pimpinan/ahli lain sudah merasa terlalu layak?

Pak Teh: Menjadi calon (menang atau kalah) adalah amanah Tuhan, amanah itu pula adalah umpama memegang bola api, jika ada orang dalam jamaah yang mahu merebut bola api tersebut, lebih baik kita beri kepadanya kerana dia merasa mampu mengawal bola api itu, dan akan terselamatlah tangan kita dari kepanasan bola api itu.

Namun jika bola api (amanah itu) tiada lagi anggota jamaah ingin memegangnya dan akan terlepas kepada UMNO memegangnya yang memang sejarah membuktikan mereka tidak tahu mengawalnya yang akan membakar seluruh manusia disekitarnya. Maka ketika itu wajib kita memikul bola api tersebut walaupun tangan hampir hangus menahan kepanasan bola api tersebut.

Sehingga sekarang mungkin masih ramai ahli yang mengidam bola api tersebut...


Program Sempena Maulidur Rasul - 4,5,6 Feb 2012

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/425274_10150514484207157_319981142156_8917057_444173509_n.jpg

Mai Debat BUDAYA BARAT.. mai 10 perkara nie bukan buaya barat kaa..???

Oleh Ameno World

Rasanya ramai dah tahu bahawa ahmad maslan bagi alasan DEBAT BUDAYA BARAT sebagai respon balas dalam isu DEBAT NAJIB VS ANWAR. Mungkin ahmad mhttp://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/d65885a0515f97e5177077dfca6ecc57_XL.jpgaslan tidak faham bahawa malaysia sudah lama mengamalkan budaya2 barat neh dan yang lebih dasat ia dipelopori oleh umno, parti yang dianggotai oleh ahmad maslan itu sendiri.

Dalam isu neh, soal samada debat itu budaya barat ka islam ka apa ka bukan isu langsung. Isu nya sejauh mana debat neh boleh membantu aku, ko dan kita semua mengenali apa yang ingin di bawakan oleh najib dan anwar kepada rakyat malaysia.

Jika debat neh boleh membuka jalan supaya rakyat2 macam aku dan ko kenal apa yang ingin pemimpin2 kita buat, maka aku tak nampak apa silapnya. Yang penting ialah isi debat ialah isi ilmiah. Bukan isi maki hamun, fitnah, meroyan, lari topik apatah lagi label melabel.

Mari kita lihat 10 perkara barat yang di amalkan oleh kerajaan dan umno tanpa banyak soal dan pertikaian oleh ahmad maslan selama neh. Jika yang di bawah neh boleh, kenapa debat tidak boleh pula?

1. Perlembagaan malaysia.

Ini sah2 budaya barat. Sistem pentadbiran yang diwarisi dari penjajah yang pernah menjajah tanah melayu. Walaupun perlembagaan malaysia telah diubahsuai agar mengikuti acuan dan budaya negara kita tetapi still ini budaya barat yang kita bawa, tiru dan amal. Yang neh ahmad maslan dah lupa ka?



2. Pakaian.

Lihat baju yang ahmad maslan neh pakai. Dari mana? Budaya malaysia kah?


3. Tidak menutup aurat.

Bab tudung aku no komen. Sebab tidak bertudung neh ramai orang dah amalkan sebelum2 neh tak kira dari barat or timur. Tapi bab dedah2 badan neh. Yang seksi2 neh asalnya dari mana? Bukan barat kah?


4. English.

Bukan budaya barat ka? Bukan kah kita selama neh belajar bahasa enggeris bagi memperkasakan ilmu pengetahuan kita supaya kita boleh cipta pelbagai teknologi dan macam2 lagi bagi membantu kehidupan kita? Jadi, jika english boleh, kenapa debat tidak boleh?



5. Komputer.

Walaupun asalnya bukan dari barat tapi benda neh melalui pelbagai evolusi di barat sehingga berjaya dikembangkan. Di bawa masuk ke malaysia dan digunakan dengan meluas. Jika komputer boleh, kenapa debat tidak boleh? Ahmad maslan pun guna komputer rasanya, kan?



6. Kasino dan pusat hiburan.


Yang neh aku tak sure kenapa umno dulu2 bawa masuk ke malaysia. Aku pun tak sure kenapa umno masih meneruskan perangai2 begini pada zaman sekarang. Tapi yang aku sure ia ada kaitan dengan cara hidup barat yang suka kepada hiburan berdasarkan kepada sejarah penubuhan kasino di genting yang aku pernah baca dulu2. So, kalau yang neh boleh, kenapa debat tidak boleh?

7. Kilang arak.


Yang neh pun aku tak pasti kenapa umno setuju luluskan pembinaan kilang arak neh di malaysia. Tapi still ada involvement dari orang2 putih dalam kilang neh. Kalau arak boleh, kenapa debat tidak boleh?

8. Program hiburan dan konsert2.

Tidak adil menyalahkan semua program hiburan dan konsert2 itu melalaikan. Tapi still neh bukan budaya yang dicipta oleh orang malaysia. Ia masih budaya luar yang di bawa masuk. Lebih2 lagi konsert adam dan elton yang gay dari barat tue pernah berlangsung di malaysia tahun lepas. Rileks jek. Jika budaya barat neh boleh ditiru, kenapa debat tidak boleh?


9. Cara bersosial yang mengikut budaya barat.

Parti larh, sambutan harijadi larh, sambut halloween larh, raikan valentine larh.. itu apa? Bukan dari luar yang dibawa masuk ke malaysia ka? Tindik hidung, mulut, warna rambut, pakai rantai, seks bebas dan lain2, itu apa? Bukan nak main isu peribadi anak2 pemimpin umno disini tapi kalau anak2 pemimpin umno pun kebaratan dan sekarang mungkin kekoreaan, tapi kenapa yang itu okey tapi bab debat tak okey pula?


10. U.M.N.O



United Malays National Organization. <== nama parti gunakan bahasa enggeris sebab ketika itu ramai anak2 muda yang belajar di luar negara [barat] kembali ke malaysia dan mula menyertai perjuangan bagi menentang malayan union. Kalau dah umno itu sendiri membawa masuk konsep2 barat ke malaysia, jadi kenapa debat tidak boleh pula?

Bukan seme budaya2 barat neh teruk. Kita kena pandai bezakan ia. Ada yang baik boleh follow, ada yang buruk memang kena tinggal. Tapi silap kita bagi muka pada umno = geng2 barat. Hah tengok, neh lah musibah dia bila budaya2 barat = umno, mai malaysia dan tadbir negara neh. Habis rosak seme nya. Heh.

Ahmad Maslan, jawab. Kalau berani larh. Heh.

petikan dari http://amenoworld.blogspot.com

Bagamana UMNO Nak Berubah, Najib Pun Tak Berubah!!

Oleh Shahbudin Husin

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/january/21/j21najib.jpgSejak keputusan pilihanraya 2008 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan kejatuhan beberapa negeri kepada pembangkang, seruan agar UMNO dan pemimpinya perlu berubah mulai kedengaran. Apabila Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Pak Lah pada April 2009, seruan kepada perubahan itu semakin dilihat perlu dan seolah-olah suatu keutamaan serta pra syarat penting jika UMNO dan BN mahu terus berkuasa.

Ia semakin meniti dibibir rakyat apabila Najib sendiri memberi amaran "UMNO akan rebah jika tidak berubah". Kemudian semua orang bercakap soal perubahan itu serta menokoktambahya mengikut definasi, kefahaman, kepentingan dan selera masing-masing. Namun hakikat yang diakui oleh semua pihak ialah UMNO dilihat sudah begitu tenat serta nazak dan jika tidak berubah ia akan ditolak rakyat, seterusnya akan menuju persemadian yang abadi.

Perubahan yang sebenarnya perlu dilakukan untuk menawan kembali hati rakyat ialah dengan mereka yang menjadi pemimpin UMNO berjuang dengan ikhlas, jujur serta amanah untuk agama, bangsa dan negara. Pemimpin juga harus menolong, membantu dan menyelesaikan masalah rakyat dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri, kaum keluarga, anak isteri, kroni dan saudara mara. Mereka yang menjadi pemimpin juga harus hidup sederhana, tidak sombong, mudah mesra, tidak berpura-pura dan tidak mempunyai dua wajah.

Itu adalah antara perubahan yang paling umum yang perlu dilakukan oleh pemimpin UMNO jika ingin kembali mendapat sokongan dan dokongan dariada rakyat. Ini kerana penolakan rakyat sehingga menatijahkan keputusan pilihanraya 2008 adalah kerana rakyat sudah muak melihat karenah dan gaya pemimpin yang sombong, berlagak, gemar mempamer kemewahan, tidak ikhlas serta tidak serius menyelesaikan masalah rakyat, anak isteri dan kaum kerabat pemimpin bergentayangan mempamer kemewahan sehingga lupa kepada rakyat. Rakyat hanya dijenguk pada waktu-waktu tertentu, selebihnya kedatangan rakyat dengan pelbagai masalah sudah dianggap sebagai beban.

Soalnya di sebalik segala seruan dan laungan itu, benarkah UMNO dan pemimpinnya sudah berubah? Najib sendiri bagaimana, sudahkah beliau berubah sama?

Menyelak kembali helaian-helaian peristiwa dalam perjalanan politik negara selepas piliharaya 2008,adalah jelas bahawa UMNO dan para pemimpinnya belum lagi berubah. Mereka nampaknya tidak mahu berubah dan tidak akan berubah. Kalau ia mahu berubah dan sayang kepada kuasa pemerintahan yang ada, sudah lama sebenarnya perubahan itu dilakukan kerana pilihanraya 2008 sudah menyaksikan kuasa hampir terlepas dan beberapa negeri sudah pun jatuh ke tangan pembangkang. Jadi mahu tunggu apa lagi?

Sebagai parti pemerintah, wajah UMNO sebenarnya diserlah melalui perilaku para pemimpinya. Kalau baik pemimpinnya, cantiklah wajah UMNO. Kalau macam pelesit perilaku pemimpinnya, hodohlah wajah UMNO.

Yang mesti berubah dulu ialah pemimpin. Tetapi selepas pilihanraya 2008, kita masih juga dihidangkan dengan pelbagai cerita skandal, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, pemborosan dan pebagai lagak mewah yang membabitkan kehidupan pemimpin dan kaum keluarganya. Masih juga kedengaran lagi kesusahan rakyat di mana-mana. Juga masih kedapatan lagi rakyat yang mengeluh serta merintih kerana tidak dijenguk dan diambil peduli oleh pemimpin.

Daripada kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang dihadapkan atas kes rasuah, skandal lembu NFC yang membabitkan Shahrizat Jalil, kes Jamil Khir mengubahsuai rumah secara mewah dan menggunakan wang zakat untuk kes qazaf, Zahid Hamidi menggunakan jet peribadi milik kenalannya untuk menunaikan haji bersama keluarga, penglibatan beberapa menteri dalam amalan konisme dan nepotisme, bekas menteri Azalina dan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussain mengumpul sumbangan kewangan dalam tiga akaun peribadi dan pelbagai lagi.

Lebih dahsyat lagi, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Najib sendiri turut terkait sama. Muhyiddin dikaitkan dengan anak dan menantuya yang dikatakan memperolehi beberapa peluang perniagaan melalui bidang kuasa TPM iatu pembekalan mesin biometrik untuk Program 6P dan pegawainya yang dikaitkan menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan Johor.

Najib pula dikaitkan dengan karenah isterinya, Rosmah Mansor dan kaum keluarganya yang berbelanja mewah, mengumpul koleksi perhiasan mahal-mahal dan memperolehi peruntukan besar melalui Permata serta penglibatan adik-beradik Najib dalam beberapa perniagaan.

Semakin berlegar dan munculnya kes-kes baru dari segi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pemborosan serta pembaziran yang melibatkan pemimpin UMNO dan kaum keluarga mereka ini jelas membuktikan bahawa laungan dan seruan kepada perubahan selama ini hanyalah omong kosong belaka. Tidak ada pemimpin UMNO yang mahu berubah sebenarnya. Mereka masih menjadi kelompok manusia yang geli terhadap kuasa dan wang ringgit sehingga lupa kepada kuasa rakyat yang menjadikan mereka sebagai pemimpin selama ini.

Najib pula sebagai Perdana Menteri dan pemimpin utama negara dilihat paling tidak mahu berubah. Sebagai orang yang mula-mula menyuarakan tentang perubahan dan memperkenalkan slogan "rebah jika tak berubah" beliau seharusnya menunjukkan contoh teladan dalam hal ini. Di ketika beliau meminta rakyat diutamakan, mahukan pemimpin berjimat cermat dan memperkenalkan wassatiayah atau kesederhanaan, beliau yang paling afdal memulakannya dahulu. Mengutamakan rakyat bermakna bantuan dan pertolongan haruslah dijadikan agenda berterusan, bukannya dilakukan semata-mata untuk mendapat undi serta sokongan sebagaimana yang beliau perkenalkan melalui bantaun BR1M, bantuan RM100 kepada murid sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar universiti. Jadikanlah bantuan ini dasar yang dilaksanakan setiap tahun, bukan untuk tahun 2012 sahaja dan mungkin muncul lima tahun kemudian.

Di ketika beliau meminta rakyat berjimat cermat dan bersederhana, adalah afdal anak isteri dan kaum keluarganya mengamalkannya dahulu. Munculnya pebagai pendedahan mengenai isteri dan anak-anaknya dalam berbelanja serta bergaya mewah, tidak lebih menggambarkan kegagalan Najib sebagai pemimpin.

Nampaknya laungan dan seruan kepada perubahan itu semata-mata dilakukan untuk mengekalkan kuasa, bukannya untuk membela rakyat dan menzahirkan iltizam yang ikhlas kepada perubahan itu sendiri.

Tidak ada apa-apa yang berubah sebenarnya. UMNO dan perangai pemimpinnya tetap sama. Kuasa yang tinggal sedikit dan hampir terlepas tidak memberi apa-apa iktibar, jika tidak masakan kita terus dihidangkan dengan pelbagai berita skandal dan penyelewengan. Lebih menyedihkan sesetengahnya yang dikaitkan dengan cerita buruk itu melibatkan pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram dan sering pula bercakap soal dosa dan pahala.

Agaknya mereka bersikap begitu kerana melihat Najib sendiri pun tidak pernah berubah!!!

Skim Sara 1M....membantu atau menjahanamkan???

pada beberapa hari lepas, Najib melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) iaitu pada 12/1/2012 yg akan mula dibuka kpd orang ramai menyertainya bermula 30/1/2012....

untuk berita : baca SINI / SINI

maka, adakah skim ini sebenarnya berupaya membantu rakyat??? atau ianya lebih menjahanamkan rakyat??? aku bukanlah pakar ekonomi nk bicara secara ditil segala bentuk perjalanannya...tetapi apa yg aku nk bancuh apa yg aku paham saja.....

pertamanya aku dah buat carian di laman web SPNB sendiri...tiada maklumat skim ini diberikan, aku juga cari di laman web Kementerian Kewangan....langsung tak disebutkan....adakah skim ini dilancarkan dalam keadaan tergesa2 atau hanya diputuskan di atas meja PM saja dan memaksa SPNB dan Kementerian Kewangan menjalankannya tanpa kajian yg lebih mendalam!!!!

Skim ini walaupun tak salah aku ada disebutkan oleh PM sewaktu pembentangan bajet 2012 pada tahun lalu, sepatutnya disediakan bersama prospektus dan ditil2nya sepertimana skim pelaburan yg lain iaitu bagi memberikan maklumat segala bentuk perjalanan dan risiko yg bakal ditanggung oleh pelabur.....

kemudiannya, ia bakal pula dijalankan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat Kementerian Kewangan....mengapa tidak ianya diserahkan terus kpd SPNB utk diuruskan spt skim2 amanah yg sedia ada spt ASN, ASB, ASW2020 dll....aku boleh ja sebut nama sbb aku tak melabur pun...aku melabur dgn cara lain....

paling pentingnya iaitu skim ini berbentuk pinjaman dan bukan dalam bentuk tunai diterima....disebabkan tak ada prospektus, aku tak tahu secara ditil lagi kaedah pinjamannya guna kaedah apa...kaedah Islam kah atau kaedah konvensional kah??? dan kalau ikutkan ayat berita Bernama, ditulisnya "...amounting to RM5000" kalau ikut paham aku, ini bermaksud maksima pinjaman RM5000 dan bayaran balik selama tempoh 5 tahun.... bayaran balik yg ada disebutkan iaitu sebanyak RM86 sebulan dan pulangan setiap bulan dijanjikan adalah sebanyak RM134 sebulan yg dinamakan sebagai insentif tambahan.....tapi ikutkan cakap Najib dalam berita tv3 suku serta laporan utusan, dikatakan para peserta akan dapat lebihan tunai RM50 setiap bulan setelah ditolak bayaran bulanan....aku agak hairan jugak lah sbb yg aku belajar matematik, kalau RM134 - RM86 = RM48....kok mana depa kira dapat jawapan RM50!!!!

cuba kita pikiaq lagu ni lah....skim ni berbentuk pinjaman yg perlu kita bayaq tiap2 bulan sebanyak RM86...tak boleh bayaq sebulan, dah ganda....lagi tak banyaq...berganda lagi.....insentif yg dijanjikan tu pun kita kena paham...namanya saja pun dah tak boleh nk harap iaitu 'insentif' yg pada paham aku boleh diberi dan boleh ditangguhkan atau ditarik balik....kemudian pulak, kalau didarab RM86 x 5 tahun = RM5,160...itu kira kita dah bayar lebih dari apa yg dipinjamkan....dah nampak mcm ada unsur RIBA...kemudian insentif yg dijanjikan pulak adalah bersifat tetap...ini juga sebenarnya mempunyai unsur riba (sila rujuk kpd pakar)...yg aku paham, ianya berunsurkan RIBA jika dalam satu perniagaan/urusan...kadar pulangan adalah ditetapkan pada satu kadar kerana tidak beri keadilan kpd kedua2 pihak atau hanya menguntungkan sebelah pihak....

kemudiannya pulak, mengapa ianya dijadikan dalam bentuk pinjaman yg perlukan kpd komitmen bayaran ansuran bulanan??? dan kemudian, kerajaan janjikan pulangan pada satu nilai, ditolak balik bayaran pinjaman dan hanya baki diserahkan....adakah dgn cara ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat dan seterusnya akan dapat membantu rakyat mengatasi kemelut kenaikan harga barang??? hahahahaaha.... bagi aku, sama sekali TIDAK membantu dan akan lebih membebankan....

dgn cara ini, peserta sebenarnya akan kehilangan 'kuasa beli'....pendapatan yg diperolehi terpaksa digunakan sebanyak RM86 utk membuat bayaran balik pinjaman....walaupun insentif disediakan, tetapi adakah ianya ditentukan atau dibayar secara bulanan??? kerana setakat yg aku paham, tiada dinyatakan demikian...mgkn ianya dibayar secara tahunan ataupun berkala.....lagipun, namanya saja pun 'insentif'.....

dan kesimpulannya bagi aku, skim ini hanya umpama satu bentuk jualan BON oleh kerajaan kepada rakyat...cuma dinamakan sedemikian....kerajaan buat pinjaman dan salurkan risiko membayar kpd rakyat dalam bentuk skim yg disebutkan....jika benar ikhlas kerajaan nk bantu rakyat, tak perlu skim seperti ini kerana lebih membebankan.....jika ikhlas nk bantu rakyat, kerajaan perlu ada di pasaran dan mengawal pasaran melalui insentif-insentif yg lebih baik atau melalui pengurusan ekonomi yg lebih cekap, sistem pencukaian yg mesra rakyat...pendek kata yg panjang tak kata, masih banyak kaedah lain dan bagi aku, rakyat tak perlukan skim bodoh ini...... dan boleh juga aku andaikan skim ini lebih menjahanamkan!!!!!

http://bancuh.blogspot.com/2012/01/skim-sara-1mmembantu-atau-menjahanamkan.html

DSAI : Sekejap Homoseksual Sekejap Israel...Sudah laaa tu mai kita Sembang "Isu Rakyat"..!!!


Azizan & Bola : CENGEI apa kejadahnya.. dok kena buli dalam mesyuarat jaa..

oleh depakata.co.cc

Depan Penyokong Sendiri Bukan Main CENGEI.. Mai depan puak sana pijak semut pon tak mati...

http://1.bp.blogspot.com/_J6a8xWUYEVI/TOtWI6K1sFI/AAAAAAAAMQs/nYo9EZKBu70/s1600/Azizan_thumb.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_J6a8xWUYEVI/TOtWI6K1sFI/AAAAAAAAMQs/nYo9EZKBu70/s1600/Azizan_thumb.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/402042_10150546941454906_246271459905_8806082_392669345_n.jpg
Apa nak jadi dengan team bola kedah sehari dua nie kami pon tak tau.. depa kot luaq nu dok hingaq dah marah KFA.... sebab bodoh mengurus team bola yg hebat sampai jadi team belasahan....

Nak kata ada tangan HITAM macam sahabat di kedahlanie dok bincangkan tu ada laa jugak sangkut pautnya namun... tok ketua dia si MB KEDAH pilihan rakyat... takan TOK KETUA nak buat kelaku macam isu KUIN juga kot... mau dengaq semua kata putus dalam mesyuarat... memang la dok nampak ada puak-puak dalam KFA tu macam nak pedejai team kedah supaya main sampai hancuq lunyai supaya rakyat naik memberontak marahkan pihak pengurusan dan dah tentu dok nampak KERAJAAN NEGERI yg jadi puncanya nie....

memang kami setuju cara MB tu..memang macam tu laa yg patut dilakukan... tetapi sebelum masuk mesyuarat tu study la sikit pasai team kesayangan rakyat nie... tanya peminat... tanya penyokong kat luaq nie apa patut kena buat... bila masuk mesyuarat tak la kena kencing dengan lembaga pengarah... nie tak team kedah tak ada striker yg mesyuarat dok kalu nak ambik midfiel attacker tu apa kejadahnya.... masa nie la hang nak tunjuk CENGEI hang tu wahai MB... jerekah depa dalam mesyuarat tu pasai pa hangpa nak ambik jugak midfield nie..sbb fan kat luaq nak suruh cari striker... baru la CENGEI kena tempat.... nie dak dengan penyokong dan pimpinan cengei nak mampos tapi dengan puak-puak UMNO pijak semut pon tak mati....

Satu lagi depa dok hingaq kata duit KFA takdak....itu yg ambik player pon cam ciput-ciput jaaa....ingat seperti DATO HAMDAN kata dalam sidang DUN baru-baru nie dimana MENJAGA PASUKAN BOLASEPAK LEBIH BERAT LAGI BEBANNYA DARI MENJAGA SEBUAH NEGERI.... jadi jika dah tau nak jaga dia teruk maka pandai2lah hangpa olahnya....tak cukup duit pie la cari duit..susun budjet bagi elok..insya'allah aih kalau kena susun atuqnya modai bajet tu akan mai balik melimpah ruah....stadium akan penoh punya....takan benda nie tak leh pikiaq kot...

Susah sangat hangpa buat macam SELANGOR dan KELANTAN....tapi hakikat dan pandangan kami tak susah pun..namun kena la CENGEI sikit kat puak-puak talam dua muka dalam KFA tuuu itu saja.....

Tu dia depa kata ada benda busuk dok berlaku kat Wisma Darulaman...Siapa JAJARAN UTARA?

dari DepaKata.co.cc

Tu dia depa kata ada benda busuk dok berlaku kat Wisma Darulaman... hangpa nak tau apa dia mai la pakat2 kelebek sorang sikit cerita pasai nie...

http://2.bp.blogspot.com/-3hMuK9fViOw/TyRhhRFeUZI/AAAAAAAAFxU/TKc0tJad06A/s1600/2012-01-29_045712.jpg

Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR....

oleh Anakkedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/422940_351752794844371_193731771_n.jpg
Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR.. bukan lu nie macam gila microphone laaa jugak macam sesetengah pimpinan yang lain tuu... cakap street to the point jaa tak yah madah-madah sangat.. bila madah-madah macam nie la jadinya... sebelum tu bab HOMOSEKSUALITY atau IKTIRAF GAY.. cuba tengok masa tuu berjabu dok kena tepis berita dari media pencacai.... sekarang ko buat pulak.... Gua rasa lepas nie jangan laa ketagih buat kenyataan sangat dah semak kepala dah nie....

Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya'
Wartawan Sinar Harian
28 Januari 2012

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."

Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan Bernama awal petang tadi memetik Muhyiddin berkata beliau meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita di Muar.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York," katanya.

Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.

ADMIN TAMBAH SIKIT : Ini penjelasan DSAI


Awat Ust Azizan tak buat kenyataan macam ni dari awal?


MalaysianInsider melaporkan:
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.” - TMI.
Patutnya dari awal Ust Azizan sebagai Menteri besar Kedah buat kenyataan macam ni. Sepatutnya memang dari awal Ust Azizan boleh play save dalam isu ni. Kalau Ust Azizan play save dalam isu ni, orang lain pun senang nak play save jugak.

Masalahnya dengan Ust Azizan ni, dia punya mantiq lain sikit, tambah-tambah pulak kalau dengan soalan yang bagi serabut kepala. Dan dalam masa yang sama Ust Azizan ni macam nak ujudkan situasi 'dia yang berkuasa dan yang memegang kuasa'.

Cara dia jawab tu memang berkesan untuk tutup mulut orang yang tanya soalan terutama sekali wartawan media pemfitnah, maksudnya dia tak payah pening kelapa nak fikir macamana nak jawab soalan seterusnya.

Masalahnya cara jawab soalan macam tu tak selesaikan masalah, malah boleh bagi orang yang bertanya jadi lebih keliru. Tambah-tambah pulak kalau cara jawab macam tu jugak dia gunakan kalau ditanya melalui saluran parti.

Sepatutnya dari awal lagi Ust Azizan gunakan ayat:
"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat"
Masalahnya, bila isu Auku KUIN ni berlarutan sampai macam ni, dan diteliti jawapan yang Ust Azizan bagi sebelum-sebelum ni, timbul pulak satu lagi persepsi, adakah selama ni Ust Azizan cuba nak backing pihak pengurusan dan pentadbiran KUIN? Apa perlu Ust Azizan backing sampai macam tu sekali...

Berkaitan
[Gambar atas tu aku cilog dari blog Penarikbeca]

Video Komen "BANG MISAI" - Satu Stadium Maki Dia Suruh Letak Jawatan namun beliau tetap "COOL"


HKCtv | POST MATCH INTERVIEW | Kedah vs Johor FC 28.1.2012 | Pengurus Kedah dan Jurulatih Johor FC

melayu di bangsatkan selama 54 tahun oleh UMNO


adakah kita sedar atau kita buat-buat tak sedar yg selama umno memerintah malaysia melayu di bangsatkan,melayu di tindas,melayu di anak tirikan ,melayu di haprakkan......??/ megapa kita diam bila tanah melayu di rampas secara hormat, tanah melayu di jual kepada warga asing.....

pemimpin umno kaya raya, pemimpin mca ,mic dan gerakan kaya raya harta berbilion di dalam bank luar negara dan bank yahudi, pemimpin2 BN kaya dan terkaya adalah dari hasil negara dan wang hak rakyat. bukan mereka kaya sebelum jadi pemimpin, jangan gadai maruah bangsa kita dan jangan kita bangsat kan bangsa kita ini wahai melayu...?

biar umno dan pemimpin mereka saja yg bangsat. wang dan harta rakyat di guankan sewenang-wenangnya oleh pemimpin2 ini. sedangkan melayu masih terlalu ramai merempata kerana kekangan hidup dalam kos sara hidup yg tinggi tetapi pendapatan tak seberapa yg boleh di dapati setiap hari, dengan kos minyak,kos barangan yg tinggi bagai mana harus rakyat mahu menyara kehidupan seharaian, kos pelajaran yg tinggi untuk belajar di univesiti2 di dalam dan luar negara,bagai mana harus melayu hadapinya.

kemana perginya wang negara yg berpendantan berbilion setiap hari.?/benarlah pemimpin-pemimpin BN ini perompak wang untuk rakyat..???

akhirnya melayu kehilangan segala-galanya,melayu merempat di negara sendiri....

http://www.kedahkita.com/2012/01/melayu-bangsatkan-selama-54-tahun-oleh.html

Mungkinkah wujud tangan-tangan hitam dalam KFA nak sabotaj pentadbiran Azizan Cengei..!!

Apa dah jadi... Adakah ada tangan tangan hitam sedang mencorak team kedah untuk bagi nampak huduh kerajaan negeri pimpinan ust azizan razak....?
· · · 6 hours ago via Mobile

  • 28 people like this.
    • Zul Hazmi Takkan bola pon nak sabotaj kot????
      6 hours ago · · 1
    • Nur Amin Kakarot klaw mb lmbt bertndak kedah kna kalih blik la..sory ckap..rsa xhpy kalw bola kedah lingkop..sangop bg kt bn blik klaw keadaaan memaksa
      6 hours ago · · 1
    • Asy Sybilla Khalil karut sgt kalau kita fikir mcm nie admin...post mortem laa.. player lack pasai pa?? coaching ka?? gaji tak cukup ka?? player quality worse ka??..
      6 hours ago · · 1
    • Ahmad Amin MB jgn senyap ja.. bola pown pntg jgk.. tgk mna yg xelok 2 buang2 la.. Km yg muda nk buang undi kat MB la nie.. TLG AMEK TINDAKAN TUK KFA
      6 hours ago · · 1
    • Nur Amin Kakarot pndangan saya xdk tangan hitam..smua berpnca drpda persatuan sndri..dri taun lepas lg perkara n terjadi..taun n kta tgk persiapan kedah..mna da yg special..ambik import yg paling murah tp nk kualiti..nk cari mna???friendly lwn ngn team coach pn xdk..nk cari pengalaman cmna..
      6 hours ago ·
    • Encik Muhammad Muhaimin hm mgkn ade sabotaj jgk la...
      dulu kat team perak pun depa bt mcm ni gak waktu nizar jd presiden...
      6 hours ago · · 2
    • KedahLanie Dalam persatuan tu kita kena tengoknya...yg baru cuma mb dan dr hamdan jaaaa yg lain masih yg lama
      6 hours ago · · 2
    • Naseq Seq gaji sikit la tu..main cmtu larrr.... Kdah nk gna dwet kot lain...jgn smpai pmain jual plwanan ha...tpi dpa nk dwet jga....ha Ha
      6 hours ago ·
    • Mohd Rizlan Bin Shahidan adakah puak2 tgn hitam ni jgk yg hrp banjir berlaku kt KEdah. Supaya senang bg bantuan. masuk tv3
      6 hours ago · · 2
    • Nur Amin Kakarot apa kuasa president..xkn takot kt ank buah kot..logik dak ketua tkut ank buah..4 taun dah xkn xnmpak mna 1 mnusia ngn setan
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Nak kata gaji....kami rasa tak...lekeh2 dapat pon player baru 10k... Yg senior busuk2 pon 15k - 17k
      6 hours ago ·
    • Mohdsalleh Ibrahim mesti ada tak kena tang mana mana ni. Kna ajak depa baca Yassin dan tarbiah kot.
      6 hours ago ·
    • Asy Sybilla Khalil kalau dah tau ada politiking dalam persatuan, Presiden patut ensure tadak perlantikan org politik dalam pengurusan sukan...Appoint org yg layak,credible,and Professional lah...Org2 politik bukan tau semua pon..sampai sports management pon nak org politik jugak...
      6 hours ago ·
    • Deq Wan pecat ja khazali din tu
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Cuba fahami balik kuasa presiden dgn isu kuin.....?
      6 hours ago · · 2
    • Sony Man Myb btol kata admin..mcm2 isu depa buat utk alihkn kprcyaan rakyat Kedah Sejahtera..tp Kerajaan d bwh pimpinan ust azizan msih tetap kukuh..so depa alihkan kprcyaan guna cara mcm ni plak..mcm2 depa akan buat utk jtuhkan Kerajaan di bwh pimpinan ust azizan..
      6 hours ago ·
    • Mohd Nazrin nasihat mb letak jwtan la..biar org lain pegang, pinda la balik peraturan dlm kfa..aku dah x laarat dengaq dah org kutuk pr...tolong habaq kat dr hamdan aku dah tension tgok bola
      6 hours ago · · 1
    • Didie Irfan klu mcm tu mb kena cepat bertindak buat perjumpaan dgn player tnya apa prob...
      6 hours ago ·
    • Asy Sybilla Khalil kalau admin nak relate isu kuin dengan KFA presiden authority..PRESIDEN RESIGN JA LAA...
      6 hours ago · · 1
    • Taufik Naaim ni keja si din misai tu la
      6 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot klaw kta tgk blik..msa tahun pertama mnng kedah kat pas..stadium p jgk..lpas 2 tingai kerusi ja..p mna abih..xminat ckap xminat..bt mcm kelantan abih cerita..
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Letak jawatan salah satu caranya.. Buat mcm mb kelantan... Tapi ada lagi cara utk tgk kelaku puak2 tangan hitam nie... Nak kata tak terra handle bab bola.. Depa laaa yg jgk pegang masa menang bnyk piala dulu....
      6 hours ago ·
    • Muhammad Zamri aduyai kfa kena bertindak dari sekarang...kalau tidak perkara ni akan menjadi semakin parah...hidup kedah.sokong sepangjang zaman
      6 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot masalahnya lanie dpa tgh perbodohkan kta..la n kta dk umah tgk sja apaa dpa nk wat..klaw dpa pro msalah n dh lma selesai
      6 hours ago · · 1
    • KedahLanie Masa mola import masih ada....tapi bila dah tak ada tu dia mula start kelaku...
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Cuba pikiaq balik apa punya gila keputusan mesyuarat kedah tak ada striker boleh p ambik midfield.....nie semua nak menjahanam kedah laaa....
      6 hours ago · · 2
    • Hamdan Abdullah A.B.U
      6 hours ago · · 1
    • Shaharuddin Omar kerat je tangan hitam..ganti dengan tangan hijau pulak...
      6 hours ago ·
    • Zul K-ry'z xkan nak kena buat style kelantan kot.....bakaq habih apa hat ada kot stadium baru nak buka mata
      6 hours ago ·
    • Fadzil Manaf presiden kna kuar knytaan gak..dok diam ja..pnyokong nak dgar gak apa tndakan presiden
      6 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot psai pa azrai nk pengang kedah blik xmaw ambik..akmal rizal nk mai tp kfa bt bodo..tp mmng bodo pn..bila lg nk maju klaw perangai cmni..pikir sndri la..marlon nk mai sangup bohong ktaa dya xmcm dlu..tp la ni dah kantoi..7 bijik dh dya la n..kedah bru score sebjk..bodo btoi
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Zul tak yah rasanya... Kami rasa kita just bg tekanan supaya tangan2 hitam nie tak berani buat keputusan berlawan arus dgn kehendak penonton...ini dinamakan suara rakyat suara keramat...
      6 hours ago ·
    • KedahLanie Hangpa paham dak lg apa yg kami nampak dlm team bola kita nie.... Jika misai belah pon tak ada gunanya dis bkn boleh buat apa pon.....kerintin misai boleh laaaa...
      6 hours ago ·
    • Nazli Mansor tp mb kena msuk cmpur cepat..klu x alamtnya pru13 jatuh balik jd tganu..dh la mai isu bru plak sgn KUIN..aku xtau napa ust zizan ambil tindakan cmni..aduh!!!tlglah ust..jgn bagi kedah jatuh..naikkan balik bola kedah n buang klu ada duri dlm daging..aku rs naib presiden KFA ada prob
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Amin... Dah mesyuarat kfa buat keputusan mcm tuuu.... Nak kata apanya takan nsk suruh presiden override mesyuarat ikut kata dia... Itu kelaku dah nak mcm isu kuin....(faham kot related dgn kuin)
      5 hours ago ·
    • Fadzil Manaf mb selalu lmbat bg pnjelasan dlm ssuatu isu...sory to say klu trus cm ni xmustahil kedah kena kalih balik pru13 nnt
      5 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot knapa xambil tndakan segera..knal pasti yg mna nk jatuhkan dya..xkan kfa xdk penasihat bahagian sukan kot
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Insyaallah kita yg faham sama2 bg penjelasan...mcm isu kuin...sekali dia buka mulut hari nie...semua dah kangcing gigi x tsu nak smash kot mana.... Bab bola nie pon lagu tuuu laaa tp kita kena bg tekanan lebih sikit...sb bola lg org sembang dr auku....
      5 hours ago ·
    • Ahmad Firdaus Ibrahim La nie suruh team kedah tarik diri... Duit gaji depa buat pembangunan utk negeri lg baik... Daripada dok buang duit macam nie...
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Mcm ada sahabat katakan td laa... Ada satu puak nak penaik dan ada satu plak nak pelingkop...jadi kita yg penonton dan peminat nie kena bg tekanan untuk puak pelingkop tu nie tersungkoq...
      5 hours ago · · 1
    • Nur Amin Kakarot kta tgk apa tindakan lepas n..aku rsa player dh xdk semngat sbb persatuan la n tunggang langgang..klaw dk sbb pa pak long lari pelam lari azrai pn xmaw dh tp hti mreka msih sayangkan kedah...smua n angkara mangkuk hyaun yg dk dlm kfa..
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Tak pa ahmad sabaq thn lepas pon awai mcm tu jgk....depa buat taik sat jaa...lepas peminat mengamok protest depan stadium depa slop sat...tahun nie depa buat balik
      5 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot larat tiap2 taun cmni..wartawan tya nk smua piala..mcm orng xdk akai ja cara ckap
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Insyaallah...sama2 kita berdoa agaq puak2 tgn hitam nie gagal dlm misi depa.... Cth kat perak dan perlis pasai pa tahun nizar pegang dok junam...dan perlis thn nie junam.. X ada support pihak berkenaan.... So far misi depa berjaya disana dan di kedah kami berkeyakinan mb kita ada cara mengatasinya....sukan nombot satu takan dia nak lepas tangan kot...
      5 hours ago ·
    • Nur Amin Kakarot taw xpa...pa2 pn kmbalikn kegemilangn hijau kning
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Mesej kami mlm nie nak habaq kata ada ramai lg yg dok dalam urusan mentadbir negeri nie dalam hati depa biru cuma x pakai songkok jaa sebab depa buang letak dlm almari sat..... Jd dah LIKE cepat....he he he lepas tu p hujah dgn puak yg dok tibai kata mb tak reti buat kerja nuuu....
      5 hours ago ·
    • Nazli Mansor dlm bab ni kita kena ligan MB..mgkin mb x dbgtau krisis yg jd..hrap ada la jln keluaq..puak2 umno cuba nk jahanamkan kerajaan..isu yg plg mudah utk depa alihkan perhatian org muda is soccer..tp smpai arini MB msih x kata pa..thn pas jd lgu ni jugak.tp bla MB bersuara jd elok sat..
      5 hours ago · · 1
    • Nazli Mansor aku even exco pemuda n su mkk pun berasa mcm kegagalan di pihak kita..kurg2 bg penjelasan mcm mb ganu n mb n9..
      5 hours ago · · 1
    • KedahLanie Insyaallah lepas nie kita tgk player baru yg depa nak beli... Jika betoi nak ambik striker...rasanya masalah selesai...lepas tu mb luku sikit kepala puak2 tuu kira x panggung kepala laa kot....
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Bab mkk dan su dia tu kita sembang kat tempat lain cuma satu ja pesanan kami... Ko buat bising kata mkk tak buat kerja..takpon pm kami mkk kwsn mana nanti tau la kami buat apanya
      5 hours ago ·
    • Nazli Mansor aku cuma nk tgk kedah naik balik ja sbb bila kdh naik balik..insyalah suma akan jd ok..umno pun x da idea nk pangkah kita lg..i love kedah n i also love kdg gov state..we need to do smthg..please..kita just org bawahan yg mampu suarakan dlm medium cmni ja..tp bila kita ramai..suara kita akan jd lbih kuat n insyalah akan didengari..bila kita sokong sst..pasti kita nk ada benefit dia..
      5 hours ago · · 2
    • Musang Berjanggut Kedekut xsabaq tunggu pru 13 ...kalih tetap kalih....demiii maruahh bolaa....
      hahahaha
      5 hours ago ·
    • KedahLanie Demi kerana bola hangpa sanggup lihat kedah hutang semula 2billion, duit bocoq p kat kaum kerabat dgn jadi pengerusi glc, pelari duit hasil balak yg dah terbukti banyak, terus lingkop balik projek mcm komplek tengku yaakop tuu, perabih tanah rizab melayu spt tak berganti sampai skrg nie....
      5 hours ago ·
    • Musang Berjanggut Kedekut bilaa bola kuat...baru modalll maiii balikkk.....
      5 hours ago ·
    • Zam Klaas Huntelaar benda ni dah lama saya duk hingaq,tadak sapa peduli...sabotaj ni..cumanya jenis sabotaj ni tiada bukti....pelan-pelan depa taruh,mcm santau tu....
      4 hours ago ·




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...