Thursday, January 26, 2012
TQ BOB !! Lagi ramai orang cam hang lagi cepat UMNO BN bungkus. Syabas !
Terima kaseh Bob
Lagi ramai orang cam Bob ni, lagi cepat diorang bungkus. Syabas !
Kali pertama Bajet Kedah mencecah RM1 billion

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, peningkatan perbelanjaan ini adalah berikutan peningkatan hasil yang diperolehi kerajaan negeri serta amalan belanja berhemah.
“Dalam sejarah Kedah tak pernah bincang belanjawan melebihi RM1 billion, tapi tahun ini kita telah ada peruntukan tersebut, padahal Kedah hanya bergantung pada pertanian, tak macam negeri-negeri industri lain, saya berharap tahun depan kita akan tingkatkan lagi belanjawan kita.
"Walaupun pendapatan kita terhad, tetapi kita pandai berbelanja kewangan kita, kita belanja ikut yang perlu, saya yakin kita berada dalam keadaan yang selesa, tetapi kalau kita ada pendapatan lumayan, tetapi belanja wang ikut suka hati, tak ikut peraturan, maka kita akan hadapi kesulitan dan rakyat juga merasainya,” jelas beliau pada majlis sumbangan Tahun Baru Cina 2012, di sini.
Tambah beliau, peningkatan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina bagi tahun 2012 adalah atas dasar keprihatinan kerajaan kepada pembangunan pendidikan, bukannya untuk memikat hati mahupun kempen pilihanraya.
“Tahun ini kita tingkatkan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina, dan InsyaAllah jika kita punyai lebihan kewangan hasil daripada belanja berhemah, kita akan tambah.
“Bantuan ini adalah bertujuan membantu pembangunan pendidikan rakyat, bukannya untuk menagih kempen pilihanraya,” ujar beliau.
Darah cina dalam diri saya
January 25, 2012

Hampir separuh daripada rakan-rakan di sekolah adalah dari kaum Cina. Di sekolah rendah, saya biasa bermain kejar-kejar, teng-teng dan belon acah bersama mereka. Di sekolah menengah, saya bermain badminton, bersukan dan belajar secara study group bersama mereka. Malah, saya punyai lebih ramai rakan-rakan sekolah daripada kaum Cina berbanding bangsa Melayu.
Di zaman remaja, cabaran mula sampai. Ketika kawan-kawan mula ada girlfriend, saya pun teringin. Malangnya, saya tidak dapat seorang pun kerana wajah saya. Bila saya hendak tackle budak Melayu, mereka tidak layan kerana wajah saya. (Berbeza dengan budak-budak Melayu sekarang kerana ada yang suka budak lelaki Chinese, Japanese atau Korean look). Bila saya hendak tackle amoi Cina, senyuman yang dihulur akan berbalas. Namun, cebikan akan saya terima sebaik sahaja saya mula berbicara. Saya yang disangkakan Cina rupa-rupanya orang Melayu!
Setelah tamat belajar, saya pernah menceburi bidang kejurujualan. Persoalan wajah saya timbul lagi. Saya teringat insiden di kawasan Petaling Jaya, tempat saya berjual dari rumah ke rumah. Salam saya di rumah orang Melayu tidak dibalas. Malah ada yang enggan membuka pintu. Sebaliknya, apabila berkunjung ke rumah orang Cina pula, mereka akan menyambut kedatangan saya. Hanya setelah saya mula bertutur baharulah mereka mengubah fikiran. Kata-kata saya hanya disambut dengan gelengan hingga saya terpaksa angkat kaki.
Begitulah. Semakin saya dewasa, wajah kecinaan saya lama-lama bukan lagi sesuatu yang perlu saya ambil pusing lagi. Saya perlu hidup dengan wajah ini. Ia adalah fizikal saya, malah identiti saya. Namun, semangat saya pula adalah semangat orang Melayu. Saya berasa hebat berketurunan darah pahlawan Laksamana Bentan di sebelah ibu. Dan saya berasa bangga mempunyai darah pengembara orang Cina di sebelah bapa.
Di peringkat awal hidup sendiri, saya banyak belajar petua perniagaan daripada orang Cina bila berniaga dengan mereka. Saya teringat Teh Kim Seng, tuan punya sebuah syarikat pengeluar baju di Melaka, tempat saya mendapatkan bekalan pakaian. Dia hanya mengambil 20 sen untung daripada setiap baju yang saya tempah. Tindakannya menghairankan saya kerana sepatutnya dia ambil untung lebih daripada saya.
Suatu hari saya bertanya kepadanya, mengapa dia ambil hanya 20 sen untung daripada setiap helai pakaian yang saya beli. Katanya, ‘Memang betul saya untung 20 sen dari awak. Tapi ini lebih baik daripada duduk tepi jalan dan minta wang 20 sen daripada orang.’ Maknanya, untung yang sedikit lebih mulia daripada meminta-minta.
Ketika berniaga dalam bidang percetakan pula, saya punyai masalah hutang dengan Mr Lam. Saya akan minta dia panjangkan terma kredit apabila saya punyai masalah kutipan. Suatu hari, selepas puas dia bahasakan saya, dia berkata sesuatu yang membuatkan saya terkedu. Katanya, ‘Kalau awak tak ada wang, jangan berniaga. Lebih baik kerja dengan orang. Berniaga hanya untuk orang yang ada wang!’ Meskipun kata-katanya pedas, ia menyedarkan saya supaya mengumpul secukup wang sebelum berniaga.
Seorang kenalan saya, bernama Lim yang berniaga char kue teow, menyimpan RM10 setiap hari di dalam sebuah tin biskut yang buruk. Saya bertanya, mengapa dia berbuat begitu dan tidak menyimpan kesemua wangnya di dalam bank? Katanya, ‘Ini adalah duit mati. Saya tak akan gunakan wang ini sampai bila-bila. Tapi kalau perniagaan saya mati dan terpaksa tutup, wang inilah yang akan saya pakai untuk buka bisnes baru.’
Ya, di sebalik darah Cina yang mengalir di dalam diri, interaksi dan persahabatan, saya menambah pengetahuan tentang minda dan falsafah orang Cina daripada pelbagai buku. Saya kagum dengan daya pengamatan fikiran strategik Sun Tzu, falsafah Confucious, keberanian maharaja Shih Huang Ti serta kekentalan semangat Laksamana Cheng Ho.
Walau apa pun yang mereka lakukan, mereka tetap bertindak dengan tangkas, bukannya cepat. Mereka mahukan kesungguhan, bukan kedegilan. Mereka mencongak, bukan berkira. Dan mereka akhirnya mahukan kemakmuran, bukannya kekayaan. Inilah yang saya lihat apa yang ada di dalam diri mereka. Mudah-mudahan, kita memperoleh banyak ilmu daripada orang Cina.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dengan harapan memperoleh tenaga yang membawa kemakmuran sempena tahun naga air.
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.
MCA, Umno dan PM Melayu atau Cina
Adakah anda semua ketahui kenapa persoalan ini timbul? Sungguh mencabar serta sensitif apabila persoalan ini sering timbul di kalangan kita, tetapi ianya telah menjadi suatu lumrah politik di dalam Barisan Nasional (BN) di dalam usaha Umno dan MCA untuk meraih semula sokongan daripada masyarakat Melayu dan masyarakat Cina yang kononnya mereka wakili.
Oleh kerana kedua-dua Umno dan MCA adalah merupakan parti komponen utama di dalam BN, ramai yang tertanya-tanya sama ada Umno akan mengikut rentak MCA ataupun sebaliknya.
Ini adalah kerana masing-masing asyik berbalah mengenai bangsa manakah yang patut menjawat jawatan perdana menteri selepas pilihanraya umum yang berikutnya.
Ketetapan berbeza Umno dan MCA
Umno di dalam kebanyakan siri ceramahnya di kalangan orang-orang Melayu dan dalam kampung-kampung di dalam kawasan pedalaman asyik mengatakan bahawa jika rakyat memilih Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka DAP yang menguasai pakatan pembangkang tersebut akan melantik seorang pemimpin Cina daripada partinya untuk menjawat jawatan perdana menteri.
Di sebelah MCA pula, para pemimpin partinya asyik berceramah kepada masyarakat Cina dengan mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya di dalam pilihanraya umum yang akan datang, PAS yang menguasai pakatan pembangkang tersebut akan melantik pemimpin partinya untuk menjadi perdana menteri.
Justeru dari itu, PAS yang mengepalai Pakatan akan memperkenalkan undang-undang dan sistem pentadbiran Islam di negara ini dan akan mengenakan amalan Syariah tersebut terhadap semua tanpa mengira sama ada seseorang itu beragama Islam atau sebaliknya.
Ini jelas menunjukkan ketetapan kedua-dua Umno dan MCA adalah berbeza. Masing-masing tidak mahukan seorang perdana menteri yang berbangsa Cina dan berbangsa Melayu untuk memerintah negara ini.
Apakah kemahuan mereka berdua ini sebenarnya?
BN masih berasaskan parti-parti kaum yang tidak bersatu
BN walaupun menampakkan seperti suatu gabungan parti-parti berasaskan kaum-kaum yang diwakili masing-masing yang inginkan perpaduan, namum ia sebenarnya tidak.
Ini adalah kerana di dalam BN, Umno masih mementingkan perpaduan orang-orang Melayu, manakala MCA masih memperjuangkan perpaduan masyarakat Cina dan MIC pula untuk perpaduan kaum India. Ketiga-tiga parti utama di dalam BN ini masih menumpukan kepada perpaduan kaum yang kononnya diwakili masing-masing.
Sementara parti komponen BN yang paling besar, iaitu Umno pula akan menguasai sepenuhnya ganbungan tersebut dengan menitikberatkan ideologi ketuanan yang dipeloporinya.Akibat daripada itu, parti-parti komponen BN yang berasaskan berbilang kaum seperti Gerakan dan PPP menjadi tidak dapat berbuat apa-apa demi menegakkan idealisma Bangsa Malaysia yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti tersebut.
Manakala di Sabah dan Sarawak pula, parti-parti komponen BN di sana turut diagihkan mengikut kaum-kaum yang tertentu seperti Umno (untuk orang Melayu), PBS (untuk Kadazan), PBRS dan UPKO (juga untuk orang Kadazan), LDP (untuk orang Cina), PBB (untuk Melanau), SUPP (untuk masyarakat Cina), SPDP dan PRS (untuk orang-orang Dayak).
Ini jelas merupakan suatu bentuk pecah dan perintah yang dipelopori oleh Umno selama ini bagi memastikan kaum-kaum yang lain asyik dipecah dan diagihkan mengikut beberapa buah parti politik.
Jadi hakikatnya adalah dengan perpecahan di kalangan parti-parti komponen BN yang akan berterusan, Umno akan terus membolosi jawatan perdana menteri itu selama-lamanya jika gabungan tersebut berpeluang untuk terus berkuasa.
PM bangsa mana tidak penting!
Bagi kami, soal perdana menteri daripada bangsa mana adalah tidak penting. Tetapi yang lebih penting adalah kita perlukan seorang perdana menteri Malaysia tulen yang boleh memimpin masyarakat kita yang berbilang kaum ke arah perpaduan yang lebih erat dan saksama.
Yang kita mahukan adalah seorang perdana menteri yang berjiwa Malaysia, yang matang dan lebih mengutamakan keMalaysiaan beliau lebih daripada bangsa dan agama peribadinya, lebih mengutamakan perpaduan nasional daripada konsep ketuanan satu kaum dan suatu agama, menitikberatkan kebajikan rakyat Malaysia pada keseluruhannya dan menjunjung serta menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak-hak dan kesamarataan semua kaum dan agama.
Apa yang sering dipermainkan oleh Umno dan MCA di dalam soal perdana menteri berbangsa Cina atau Melayu selama ini adalah keganasan politik semata-mata yang bertujuan untuk memastikan perpecahan dan syak-wasangka di kalangan masyarakat Melayu dan Cina akan berterusan demi mengekalkan kuasa dan pengaruh masing-masing.
Bahaya soal bangsa PM terus dipermainkan
Adalah amat berbahaya sekali, jika sekiranya soal bangsa perdana menteri yang akan datang terus dipermainkan oleh Umno dan MCA terhadap masyarakat Melayu dan di kalangan orang-orang Cina di seluruh negara kerana perbuatan ini bukan sahaja akan memudaratkan lagi soal perpaduan di antara kaum, malah ianya akan juga mengakibatkan timbulnya kebencian masyarakat Melayu terhadap mereka yang bukan Melayu, manakala masyarakat Cina pula akan terus menaruh rasa tidak percaya terhadap orang-orang Melayu.
Oleh yang demikian, kita perlu mengulangi dan bertegas terhadap sifat-sifat politik amalan Umno dan MCA yang sungguh jijik ini bahawa taktik mereka yang suka menimbulkan sama ada perdana menteri itu berbangsa Melayu atau Cina adalah tidak penting ataupun berfaedah lagi
Jika sekiranya seseorang perdana menteri itu hanyalah seorang Melayu sahaja, beliau tidak akan menghiraukan soal perpaduan semua kaum dan pentingnya negara kita Malaysia akan kekal sebagai satu Bangsa Malaysia dan sama juga jika sekiranya seseorang perdana menteri itu hanyalah berbangsa Cina sahaja, keadaan tersebut akan sama seperti yang disebut di sini.
Yang kita mahukan adalah seorang perdana menteri Malaysia yang memperakui dirinya seorang berbangsa Malaysia dan bukannya asyik mengungkit ketuanan dan kuasa satu kaum terhadap yang lain.
- Viktor Wong - Malaysia Chronicle
JIKA POPULAR, KENAPA TAKUT BERDEBAT?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan cadangan diadakan perdebatan antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dicadangkan oleh banyak pihak. Ini menunjukkan banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.
Bagi DPPM, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini. Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit.
Dengan suasana sudah berubah, rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima. Rakyat memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.
Tambahan pula, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Mungkin debat yang bakal dianjurkan ini pula bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.
Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan. Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan?
Apa yang DPPM harapkan, wacana politik yang bakal dianjurkan nanti perlu dibuat secara terbuka dan jika dapat, disiarkan secara langsung supaya setiap rakyat boleh melihat hujah perdebatan tersebut. Perdebatan ini pastinya penting sebagai usaha bagi membangunkan negara dan masa depan rakyat di negara ini.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUIN Vs AUKU - Lagi pencerahan dari apa yang gua faham... !!



Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.
5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.
Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?
Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?
SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?
Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

hangpa buat rayuan dak..??
Kerana 5 orang nie hangpa maki dia berkandaq sampai nak suruh dia letak jawatan tapi masa dia dok buat komplek KUIN yg baru di KUALA KETIL sana hangpa tak mau puji... jadi pada2 la bro nak bantai orang tua nie pon... Gua pon jika tak kena gua bantai jugak...
http://anakkedah007.blogspot.com/Bank Islam tawar RM330 juta
Oleh AZMAN IBRAHIM
azman.ibrahim@ utusan.com.my
Zukri Samat (dua dari kiri) menyerahkan dokumen perjanjian kemudahan kewangan kepada Jahubar Sathik Abdul Razak sambil diperhatikan Azizan Abdul Razak (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) telah menawarkan kemudahan kewangan Islam bersindiket bernilai RM330 juta kepada Kedah Sato Sdn. Bhd. (KSSB) untuk projek pembinaan pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling, Kedah.Kedah Sato adalah kontraktor kelas A yang juga merupakan anak syarikat Bina Darulaman Bhd. (Bina Darulaman).
Bank Islam dilantik sebagai pengatur utama pembiayaan bagi kemudahan itu bersama-sama Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) yang bertindak sebagai pengatur bersama.
Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, sebagai pengatur utama, pihaknya membiayai RM200 juta untuk kemudahan itu manakala baki RM130 juta lagi dibiayai oleh Affin Islamic Bank Bhd.
Katanya, di bawah pembiayaan itu, Kedah Sato akan membayar balik pembiayaan tersebut dalam tempoh 15 tahun, termasuk tempoh tertangguh selama tiga tahun... [Selebihnya disini..]
Ini cerita Pejabat UMNO aka Pejabat Penghulu tempat Mat Bashah tumpang nak kena "BOM"
January 25, 2012

ALOR SETAR - Pejabat Umno Bahagian Alor Setar digemparkan dengan panggilan palsu mendakwa terdapat bom di kawasan pejabat itu, lewat petang semalam.
Pembantu Am pejabat, Shamshul Anuar Aziz, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang, yang memaklumkan ‘aku letak bom bawah pentas’.
Sebelum itu, katanya, telefon pejabat itu berdering sebanyak lima kali namun tidak dijawabnya kerana pejabat itu yang juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ditutup sempena cuti umum Tahun Baru Cina.
“Saya jawab panggilan keenam itu kerana bimbang ada kecemasan. Tak sangka pula ianya panggilan bom. Mulanya saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar, mungkin ada orang nak bergurau sahaja, selepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar,” katanya.
Shamshul Anuar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha pejabat, Abdul Kader Mohamad yang menasihatinya supaya membuat laporan polis.
“Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam,” katanya.
Ahmad Bashah yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kedah, malam semalam berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sepanjang beliau bergelar wakil rakyat.
“Saya difahamkan anggota polis terus ke lokasi pejabat saya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada bahan seperti bom ditemui. Walaupun hanya panggilan palsu namun kawalan keselamatan terhadap pekerja dan diri saya perlu dibuat,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini hanya bangunan pejabat Umno diconteng dengan kata-kata nista beberapa kali, namun inilah kali pertama ugutan seperti ini dibuat terhadapnya.
“Saya andaikan perkara ini ada unsur ugutan untuk menakut-nakutkan saya dan pekerja. Mungkin ada pihak yang marahkan saya, dan buat perkara tidak berfaedah seperti ni. Namun ianya tidak jejaskan apa-apa,” katanya.
Ahmad Bashah turut menyelar perbuatan individu yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kawasan pejabatnya dan menyifatkan ianya tindakan seorang pengecut.
Rumusan :
- Telefon Berdering 6X
- pejabat ditutup cuti raya cina
- dering ke 6 baru jawab takut kecemasan
- Tak sangka pula ianya panggilan bom
- Mulanya tidak percaya mungkin ada orang nak bergurau
- lepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar maklum kat s/u pejabat
- dinasihat lapor polis
- polis mai..bla ba bla....
Jln-Jln Masuk Kg: Walaupun semiskin mana rakyat Malaysia..Yakinlah...Tuhan Itu Ada
Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua.
Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan.
Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.
Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini.
Ini pula lain kisahnya.

Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab:
Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.
Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:
“ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!”

Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak.
Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah – yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah.
Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:
“Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan”
Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras “jatuh mai dari langit” berlonggok kat pelantar rumah dia tu.
Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:
“Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!”
Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.
Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
Kedah sedia isytihar harta
January 25, 2012

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah belum membincangkan isu sama ada wakil rakyat perlu mengisytiharkan aset dan harta milik mereka, namun bersedia berbuat demikian sekiranya diarahkan oleh pimpinan Pusat.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya tiada halangan untuk menyenaraikan harta milik setiap wakil rakyatnya, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
“Buat masa ini kita belum bincang mengenai perkara ini. Jika ianya menjadi arahan Pusat, kita akan lakukan,” katanya.
Menurutnya, pengisytiharan harta oleh Kerajaan PR Pulau Pinang membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat dan telus, termasuk kepimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang berani mendedahkan aset kesemua wakil rakyatnya kepada umum.
Hasil pengisytiharan itu, Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi Exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.
Manakala Exco paling tidak berharta ialah Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malek Kassim yang hanya mempunyai sebuah kereta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000 yang baru dibeli menggunakan pinjaman kerajaan negeri.
Sejurus itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria turut membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.
Baru-baru ini pula, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh mencadangkan kerajaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat termasuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan dokumen pengisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.