TERKINI :

Wednesday, January 25, 2012

Bekas YB Umno akui pemimpin Umno bukan berjuang untuk bangsa


KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.

"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.

Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.

Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu," katanya.

Datuk Mohd Ariff adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya Suhakam sifatkan POLIS "Bodoh" & "Tidak Matang"

Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

NONESebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.

Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.
NONE
Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).

Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.

DEBAT : Najib dah ketaq lutut...tapi nak tunjuk 'macho' lagi.. jadi di suruhlah menteri bangang bagi alasan..!!

Sungguh bodoh alasan dari Ahmad Maslan.. mamat nih memang tak layan jadi menteri. Alasan yang diberikan menggambarkan rakyat Malaysia sungguh rendah tahap intelektualnya. Boleh diibaratkan tak tahu menilai yang mana baik dan buruk.

Jikalau macam tu apa ke jadahnya diadakan debat merebut Piala Perdana Menteri jika ianya jelas bertentangan dengan budaya negara ini. Ini menampakkan satu dalil yang teramat bodoh bila UMNO cuba mengelak sesuatu yang akan mendatangkan kerugian kepada UMNO tetapi menguntungkan kepada rakyat apabila boleh menilai pemimpin yang betul-betul layak memimpin negara ini.

Selama ini Najib hanya berani berteriak seorang diri di media pencacai tanpa boleh dijawab oleh sesiapa pun. Inilah tahap keberanian pemimpin UMNO yang hanya berani bila tidak berdepan.. Najib.. hang memang bukan anak jantan.. dasar lelaki berbibir merah...[Sumber]
Umno: Najib, Anwar tak perlu debat

SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

“Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini.

“Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

“Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis.

“Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain,” katanya. ~sinar harian

Betoika nie..??? Air tercemar sebab tebang balak tak terkawal... Azizan hang pie cek sat..!!!

Terpaksa guna air tercemar
Wartawan Sinar Harian
January 24, 2012
air-tercemar
BALING - Lebih 2,000 penduduk di Mukim Siong kecewa berikutan terpaksa berdepan dengan bekalan air yang kotor dan tercemar sejak beberapa bulan lalu sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Bekalan air masyarakat (air bukit) dalam keadaan kotor dan berkelodak terutama ketika waktu hujan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk sekitar yang hanya bergantung kepada bekalan berkenaan.
Bekas Pengerusi Bekalan Air masyarakat Kampung, Weng Ibrahim Ahmad, 63, mendakwa masalah itu berlaku berikutan kesan pembalakan yang tidak terkawal sehingga memberi kesan kepada kualiti air sungai.
“Sebelum ini air jernih. Bila ada pembalakan, air semakin keruh dan berkelodak. Kami tidak menyalahkan mereka yang mengambil balak, itu hak mereka. Tetapi kami kecewa kerana masalah ini tidak dipandang serius oleh pihak sepatutnya.
“Walaupun ramai yang sedia maklum mengenai masalah ini, tiada tindakan sewajarnya yang diambil untuk membedung masalah ini dari terus menghantui penduduk. Sampai bila kami perlu berdepan dengan masalah air kotor ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun keadaan air tidak bersih, mereka terpaksa menggunakannya termasuklah untuk bekalan minuman berikutan tidak mempunyai pilihan lain.
“Kualiti air memang jauh berbeza selepas wujudnya aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Penduduk tiada hak untuk menghalang mereka menghentikan penebangan balak. Mereka ada hak untuk mengutip hasil, tetapi tidak seharusnya memandang remeh dengan masalah yang dihadapi penduduk.
“Kami tidak dapat bertahan lagi kerana ia melibatkan bekalan air penduduk, sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah ini,” katanya.
Weng Ibrahim berkata, sebelum berbangga dengan hasil balak, pihak berkenaan seharusnya memikirkan soal rakyat yang merana akibat kesan pembalakan melampau.
“Saya menyeru kepada pihak sepatutnya datang ke sini dan lihat sendiri masalah bekalan air kotor ini dan menilai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku kepada penduduk di daerah ini. Saya percaya, bukan di kampung ini sahaja, penduduk kampung lain turut berhadapan masalah sama.
“Kebanyakan penduduk kecewa dengan keadaan ini. Sehubungan itu, kami (penduduk) memohon agar masalah ini mendapat perhatian pihak berwajib. Hasil balak yang melonjak tidak membawa makna sekiranya rakyat yang menanggung derita,” katanya.

NEGERI KEDAH masih terkebelakang dalam 'PENYEBARAN MAKLUMAT'

Assalamualaikum...

Hari nie gua nak sentuh bab PENYEBARAN MAKLUMAT... tak mau sentuh bab KUIN ka AUKU ka.. semak kepala ja layan kerenah hangpa semua... janji hangpa marah la kot mana pon tapi dalam hati hangpa tetap ABU... habih cerita....

bab PENYEBARAN MAKLUMAT nie gua nak specifik kat KEDAH.. gua tengok dan lihat ianya tak sampai kesasaran lagi.. dulu gua bising bab MEDIA INTERNATE so far pada gua dah ada peningkatan sebab dengan adanya beberapa kelahiran laman web seperti KedahLa.blogspot, UtaraOnline.com, SedakaSejahtera.blogspot.com dengan di maintain kekal blog otai KedahLanie.info so far alhamdulillah... ditambah lagi dengan amanTV.net dan wartakedah.net ini semua sudah mencukupi....

namun sekarang gua nak bincang bab DELIVERY SYSTEM di mana nak menyampaikan maklumat-maklumat ini ke sasarannya di kampung-kampung sana... so far sehingga kini jika berharap medium ceramah sahaja ianya tak mencukupi tetapi skrg kita kena sampai ke target point nya iaitu sampai ke dalam rumah orang-orang kampung dan melekat dalam jiwa mereka apa yang akan di sampaikan....

Dulu ada satu penyebaran secara ac-hoc sewaktu ISU UUM dimana ada satu risalah "KEDAH LA" yang mana di tabur keserata pelusuk negeri Kedah ini.. dan dari apa yg dilihat ianya memang berkesan dan sampai kelubuk hati rakyat.... dengan bahasa santainya ianya menjadi perbincangan hangat akan topic yang dipaparkan itu.. namun itu semua suatu waktu DAHULU...

KINI..apa yang ada... BANNER-BANNER kejayaan negeri di pasang kepelusok negeri... so far Alhamdulillah ianya salah satu medium penyebaran namun pada gua ianya masih tak mencukupi.... kita nak target sekarang sasaran sebenar... jadi kaedah "KEDAH LA" dahulu dah berjaya dah namun sekadar 1X sahaja perkara seperti itu berlaku...

mana perginya Ketua Penerangan parti PAS, PKR dan DAP hangap pegang jawatan sekadar suka-suka kaa... pikiaq la panjang sikit buat pamplet-pamplet yang menyentuh hati serta mudah di fahami dan sebarkan kemerata... jangan dok merak dengan jawatan sahaja... UMNO/BN hari-hari dok bantai dalam TV & RADIO....

Jadi gua harap hangpa pulun la sikit.. kesian gua tengok pakcik-makcik kat kampung sana berbangga dengan UMNO nie disebabkan kita tak sampaikan maklumat dengan kaedah yang sebetulnya....

jadi pakat-pakat pikiaq dan pakat-pakat buat kerja laa nooo...............

- p/s : in ada contoh-contoh pamplet............

nukilan : AnakKedah007

Pejuang Melayu konon...!! Celakalah kepada pengkhianat Tanah Rizab Melayu...


Kalau hangpa nak sangat mansuhkan AUKU di Kedah.... suruh ja Azizan tutup KUIN....!!

Oleh Bancuh

aku malas nk bancuh sebenarnya isu AUKU nih....tapi dok tengok ramai sangat dah dok pong pang ping pong macam-macam....aku pun nk bancuh lah serba sikit setakat yg aku paham....iku paham cara aku lah orang kampung ulu banat nih.....

semenjak dok heboh kes mahasiswa, depa balikkan pulak isu mahasiswa yg digantung dari KUIN...lepas tu dok kaitkan dgn PAS....kalau kaitkan dengan kerajaan negeri, itu memang patut sbb KUIN ada perkaitan dengan kerajaan negeri, tapi kalau dok kait dgn PAS....itu tak patut sbb benda2 yg depa dok cakap tu melibatkan pentadbiran, bukan melibatkan parti PAS.

sememangnya PAS menyokong pemansuhan AUKU secara total dan aku pulak mencadangkan supaya diwujudkan akta lain yg lebih mesra mahasiswa dan tidak menyekat pergerakan mahasiswa sebagai suatu golongan yg bakal mewarisi negara.....kalau tidak, negara ini akan diwarisi oleh puak2 penagih dadah, penyamun dan penyangak.....

berbalik pasai isu KUIN yg beberapa orang telah digantung dari pengajian akibat dari menyertai satu demonstrasi.....aku nk bancuh mcm ni lah....KUIN sebagai sebuah Kolej Universiti swasta diurustadbir oleh oleh lembaga tadbirnya yg berada di bawah kerajaan negeri Kedah....kena paham elok-elok...PAS bukan kerajaan negeri dan kerajaan negeri bukan PAS....PAS adalah parti yg menjalankan pentadbiran negeri mengikut peruntukan undang-undang sedia ada....manakala dalam kerajaan negeri adanya penjawat awam, ahli politik dsb yg tak perlu aku nk cerita banyak sbb bukan itu tujuan aku....

ringkasnya, KUIN atau mana2 kolej atau universiti yg ditubuhkan dalam Malaysia WAJIB akur kepada AUKU samada suka atau tidak....dan disebabkan itu juga lah, pentadbir KUIN atau mana2 kolej universiti perlu akur kepada peruntukan AUKU walaupun secara tidak langsungnya menentang dasar-dasar parti yg memperjuangkan kebebasan mahasiswa....ini kerana, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan undang-undang yg terpakai kerana ianya juga tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia...kalau kerajaan negeri suka-suka mengabaikan, ianya boleh mewujudkan natijah lain yg lebih besar dan membuka ruang kepada kerajaan persekutuan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri atau lebih teruk boleh mengheret KUIN ke mahkamah dsb yg memungkinkan lesen KUIN di tarik balik atau sebagainya tindakan....justeru, tindakan tersebut akan lebih merugikan seluruh pelajar KUIN dan akan lebih merugikan apa yg telah diusahakan selama ini......

ini juga tidak bermaksud meng'kambing hitam'kan pelajar yg telah pun dikenakan tindakan...tetapi bagi aku, tindakan bijak untuk menjaga maslahah yg lebih besar perlu dibuat, dan dalam tindakan itu...pasti ada pengorbanan yg perlu dilakukan....jika mengikut pertimbangan yg disebutkan oleh Dr Yusof al Qardhawi dalam kitabnya iaitu 'fi fiqh al awlawiyyat' ada menyebutkan....jika terpaksa membebaskan seorang panglima perang yg ditawan musuh dgn bakal terkorbannya seratus orang pejuang, ianya terpaksa dilakukan kerana panglima perang yg ditawan itu adalah yg terbaik dari seribu orang....sebegitu sekali yg terpaksa diambil bagi menjaga maslahah yg lebih besar dari maslahah yg besar.....

budak2 yg dikenakan tindakan tu sebenarnya diberi peluang utk membuat rayuan....kalau bagi yg ada akai, tentu boleh pikiaq apa sebab diberi peluang utk membuat rayuan dan apa sebab keputusan yg dibuat tidak dimuktamadkan dgn tidak dibenarkan membuat rayuan.....tapi apa sebab depa tak buat rayuan??? lepas tu dok hingaq tak ketahuan..... masing2 kena paham....ini soal pentadbiran, bukan soal politik....keputusan dibuat oleh lembaga tadbir yg dianggotai oleh bukan seorang...maka, dalam perbicaraan dan didapati bersalah, maka hukuman terpaksa dijatuhkan berdasarkan peruntukan undang-undang....lain lah kalau diputuskan tak bersalah, tetapi dijatuhkan hukuman jugak....itu zalim namanya

siasatan juga dibuat berdasarkan peruntukan AUKU...jika di dapati bersalah, maka keputusan dijatuhkan berdasarkan AUKU juga....apa sbb kena ikut AUKU...sebabnya adalah spt yg aku sebut di atas...tak perlu pengulangan....cumanya, diberikan ruang utk membuat rayuan....kalau depa buat rayuan, nah!!! masa itulah baru ada satu benda yg ramai pandai dok sebut "budi bicara"....masa tu, barulah boleh digunakan budi bicara dalam memutuskan hukuman samada ditarik balik atau diringankan....tetapi masih lagi perlu tertakluk kpd AUKU juga.....aku bagi contoh mudah ginilah....kalau seorang anggota polis berpakaian biasa (preman), naik motor tak pakai topi keledar....kena tahan dgn JPJ dan di saman....adakah saman tu tak laku hanya kerana dia anggota polis??? mau tak mau, kena bayar juga saman tu....

kemudian, polis tu tak bayar...dan kena naik court...bila pi mahkamah...ngaku salah dan hakim jatuhkan hukuman denda RM300...lepas tu, hakim bagi peluang nk merayu....kalau yg jenis tak mau pikiaq, tentu kata hakim tu bodo sbb dia yg jatuh hukum denda RM300...tapi bagi pulak peluang merayu....awat tak hukum terus denda RM150...tak payah rayu dah, tak payah buang masa....ha!!! itulah aku kata, ini prinsip undang-undang...bila dah jatuh hukum ikut undang-undang, kemudian dibenarkan merayu dan dibuat rayuan....barulah hakim boleh gunakan budi bicara utk kurangkan denda atau hukuman....tapi kalau hakim tu awal2 lagi dah bagi gunakan budi bicara hukum denda RM150 dan tak benarkan rayuan....jenuh hakim tu nk tulis notis penghakiman dia....nk cerita sebab musabab RM150 dikenakan (sedangkan peruntukan undang-undang sebut maksima RM300), hakim juga nk kena explain apa pasai tak benarkan rayuan (sedangkan dalam undang-undang ianya dibenarkan)....hangpa jgn ingat senang mcm aku dok bancuh nih.....

come on lah mahasiswa ooi....jgn dok heret benda2 melibatkan pentadbiran ke kancah politik mcm ni... memang PAS sokong 100% utk memansuhkan AUKU dan memberi peluang kpd kebebasan mahasiswa... tp pada masa yg sama, hangpa kena paham konsep federalisme....bukan boleh dok lawan ikut suka....kalau kerajaan negeri boleh buat ikut suka, dah lama dah aku minta MB boh pagaq keliling negeri Kedah....org luaq Kedah nk masuk negeri Kedah....kena daftar nama...kena check-in dan check-out

sapa tak setuju dgn aku....pi bancuh sendiri....jgn dok hingaq tak ketahuan hala mcm anak ayam buta..........

sikit tambahan....itu sbbnya PAS hanya menyokong sebarang gerakan mahasiswa menentang AUKU, dan bukannya menentang pentadbiran KUIN atau pentadbiran mana2 universiti pun....lembaga tadbir universiti atau kolej ni hanya menjalankan peruntukan yg telah ditetapkan....depa ni hanya drebar....dok marah kt drebar boleh jadi apa??? kena marah yg pengeluar kereta atau tuan punya kereta lah....itu baru betoi.... yg kuatkuasa AUKU adalah kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.....kalau hangpa nak sangat mansuhkan AUKU di Kedah....suruh ja kerajaan negeri tutup KUIN....tak perlu tertakluk dah kpd AUKU...lagi senang


GEMPAQ !! Pejabat penghulu milik K'jaan Negeri yang Mat Bashah duduk secara haram ada orang nak bubuh "BOM"

Kisah Dato' Mat Bom


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Gelaran 'bom' cukup biasa di Kedah untuk golongan kaki auta, putarbelit dan muhong besaq. Kalau sebut nama seseorang yang belakangnya ada BOM maka tanpa perlu diperjelaskan orang dah tahu sebab apa dia digelar begitu.. Misalnya Umag Bom, Saleh Bom, Pak Din Bom dll.

Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah pulak seolah-olah nak ambilalih kerja 'mengebom' apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Polis pun siasat tak habih lagi sapa punya angkara yang buat panggilan bom tu, tiba-tiba Tok Mat Bashah lebih laju dari polis buat keputusan. Hang tau mana mereka yang buat panggilan tu adalah 'orang yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah'. Besar kemungkinan orang tu ialah orang UMNO sendiri yang anti Tok Mat Bashah, yeelah orang dalam tu saja yang tau nombor telefon pejabat depa. Tak mustahil juga Mat Bashah sendiri yang buat sebab nak cari publisiti murah. MK tak tuduh cuma sebut kata 'tak mustahil'.

Inilah berita syok sendiri yang dipetik dari portal UMNO Kedah:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.

"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".

"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.

Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.

Akai NAJIB terra nie jaa..!! Apabila kerajaan pusat membuat keputusan di peringkat kampung…

Apabila kerajaan pusat membuat keputusan di peringkat kampung…
– Oleh Mazir Ibrahim

21 January 2012

21 JANUARI – Kejayaan sesuatu idea, dasar dan matlamat bergantung kepada cara ia dilaksanakan. Dalam konteks demokrasi akar umbi – di mana Malaysia tidak mengamalkan pilihan raya tempatan – cara pelaksanaanya sekarang boleh menjadi bukti sama ada kerajaan pusat mampu membantu rakyat tanpa pembabitan penduduk tempatan,

Sebagai contoh, dalam usaha mengekalkan Kampung Puah sebagai kampung tradisi di tengah-tengah ibu kota, media-media cetak hari ini melaporkan Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn Bhd supaya pelan pembangunan dilakukan dengan “mengambil kira isi hati penduduk di situ.”

Berdasarkan kenyataan di atas, lojik akal kita ialah jika mahu “mengambil kita isi hati penduduk”, seharusnya pihak menteri berunding dengan penduduk, bukan dengan syarikat swasta.

Kerajaan dan masyarakat adalah rakan kongsi. Tetapi dalam kes ini, kelihatan jelas sekali bahawa rakan kongsi kerajaan kerajaan adalah syarikat swasta, bukan rakyat.

Politik dan perniagaan

Syarikat Aamin Development ini milik siapa? Adakah penduduk tempatan di situ tahu siapa pemiliknya? Bila dan bagaimanakah syarikat ini masuk tender? Berapa kos yang kerajaan negeri/wilayah (baca: rakyat) harus tanggung dengan cukai rakyat itu?

Malah laporan sebuah akhbar hari ini menyatakan Perdana Menteri memberi jaminan: “Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan supaya tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk kampung tradisi”.

Dalam konsep perniagaan, apa rasionalnya syarikat swasta dan kerajaan bersengkongkol untuk membahagi-bahagikan tanah kononnya atas nama keperluan untuk rakyat?

Najib juga dilaporkan berkata, “Kalau ada 30 ekar, berilah 10 atau 15 ekar untuk membina satu perkampungan budaya Melayu di sini. Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong.”

Adakah syarikat akan memberi percuma tanah? Jika bukan percuma, apa harga yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat swasta?

Adakah benar masyarakat tempatan kampong Puah mahukan kampung tradisi untuk tujuan pelancongan?

Bukankah di mana-mana kampung, yang menjadi keutamaan ialah mengekalkan keadaan semula jadi demi ketenangan dan ketenteraman hidup tanpa kebingitan pembangunan yang bersimpang-siur tanpa perancangan yang baik dan tersusun.

Ini isu keperluan asasi, tidak timbul isu sama ada masyarakat mahu kampung tradisi untuk pelancongan atau perkelahan. Jika ada keinginan itu sekali pun, masyarakat tetap mahukan satu pembangunan yang mereka sukai, iaitu dengan mewujudkan sistem perancangan yang teliti, mesra alam dan dengan kos yang munasabah. Ini kehendak asas mereka.

Sistem melahirkan korupsi

Ini menjadi gambaran apabila rakyat dan penduduk tempatan tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan pembangunan di tempat mereka sendiri. Sebaliknya, kuasa eksekutif pusat yang bersengkongkol dengan syarikat swasta yang menentukan setiap dasarnya. Amalan ini sudah berterusan puluhan tahun.

Dengan sistem inia, kita tidak dapat membayangkan berapa ratus juta wang cukai kita digunakan sewenang-wenangnya mengikut kepentingan pihak penguasa.

Sistem yang sedang kita amalkan ini hanyalah sistem sehala, dari atas turun ke bawah. Barangkali dalam suasana mundur dan penuh kekacauan, sistem ini dilihat perlu dan berkesan demi memacu kebangkitan dan meredakan kekacauan.

Tetapi dalam suasana yang sudah subur seperti hari ini, sistem seperti itu barangkali sudah ketinggalan zaman, apatah lagi ia penuh dengan kecacatan dan mudah berlakunya kegiatan korupsi di pelbagai peringkat.

Alternatif kepada sistem ini adalah konsep disentralisasi di antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan.

Kelestarian pembangunan

Ekonomi sesuatu kawasan itu mampu berkembang apabila pelaburan ekonomi bersih tanpa rasuah atau korupsi, selain kemudahan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan yang cekap. Inilah asasnya.

Aktiviti ekonomi wujud apabila ada pelaburan, dan pelaburan akan datang mencurah apabila indeks persepsi rasuah atau korupsi rendah. Untuk mencapai dua keperluan ini, harus wujud ketelusan, dan ketelusan ini hanya mampu dilaksana jika rakyat diberi kuasa untuk memilih dan memantau pentadbir sesuatu kawasan atau daerah.

Kita tidak katakan sistem disentralisasi ini sempurna seratus peratus, tetapi ia adalah kaedah yang jauh lebih baik untuk mencegah korupsi dan menjadikan manusia lebih bertanggungjawab dan amanah. Hubungan antara masyarakat dan kerajaan mestilah ada hubungan dua hala.

Dalam kes seperti yang dilaporkan di atas, jika kerajaan tempatan itu dipilih oleh masyarakat setempat, pasti Perdana Menteri yang melawat ke Kampung Puah itu hanya sebagai pendengar keluhan dan rintihan rakyat.

Sebaliknya, dalam sistem yang diamalkan hari ini, rakyat yang terpaksa mendengar Najib berucap dan berjanji itu dan ini. Rakyat, walau pun muak dengan gua-gula politik, tidak ada apa-apa pilihan kerana tidak diperkasakan di peringkat akar umbi.

Salah satu alternatif untuk rakyat adalah pilihan raya majlis tempatan. Sekurang-kurangnya rakyat tempatan mempunyai kuasa untuk memilih sendiri mana-mana pemimpin yang mampu membangunkan kawasan akar umbi atau menolak mereka yang gagal menunaikan tanggungjawab dan janji. – Roketkini.com

Gempar..!! NAJIB kantoi dok buat amalan 'khurafat'..??

KHURAFAT!!! Dulu Zambry sekarang Najib pula tepung tawar Van UMNO

KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA
Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image..


Atau sila lihat di SINI

Macam mana dia jadi PM?

– Oleh Asi Dani@Cerpen

Mata aku semakin kuyu, sudah menjadi kelaziman waktu tengah hari di hujung minggu, aku cukup mudah mengantuk. Biasanya sebelah pagi, masa aku akan dihabiskan dengan mencuci kereta, laman rumah dan tandas. Menjelang zohor, beginilah keadaannya.

Terdengar bunyi pintu pagar besi rumah dibuka, aku tak menjengah kerana sudah mengagak Sofea akan pulang dalam waktu-waktu begini. Mata yang kuyu tadi bertukar cerah.

“Salam baba,” sapa Sofea sambil membuka pintu.

“Awal Adik balik hari ni,” aku menyapa anak gadis ku tanpa menjawab salamnya.

Anak perempuan kesayangan ku yang sudah berumur empat belas tahun ini cukup lincah. Hari ini dia ke sekolah untuk bersukan, sebelah petang dia akan bersama ibunya akan ke taman untuk bersenam. Begitulah rutinnya setiap hujung minggu.

Dia menghulurkan tangan dan mencium pipi aku. Terus melabuhkan punggungnya di tepi sofa tempat aku berbaring.

“Baba tengok cerita apa? Muka macam tak nak tidur aje,” dia bertanya mesra.

“Tengok berita,” malas sekali jawapan aku.

“Mama mana?” dia menyoal sambil matanya menyorot tv buruk yang sedang terpasang.

“Di atas agaknya. Pergilah naik, tukar baju lepas tu turun teman Baba makan,” jawab ku tanpa memandang mukanya.
Najib tu Perdana Menteri kita kan…

Dia diam, matanya terus terpaku di depan TV. Aku juga ralit dengan berita yang sedang disiarkan. Tiba-tiba, Sofea bersuara, “Najib tu Perdana Menteri kita kan, Baba?”

“Yelah, tak kan Adik tak tahu,” jawab aku ringkas.

Dia cukup suka bertanya ketika menonton apa jua rancangan TV yang disiarkan. Kadangkala aku jadi letih dengan pelbagai soalan yang ditanyakan.

Pernah juga aku mengeluh pada ibunya tentang hal ini, tetapi aku sedar bahawa inilah proses dia membesar, lebih baik banyak bertanya tanda akalnya sentiasa aktif, daripada diam tanpa apa-apa soalan. Itu akan lebih merisaukan aku tetapi jika dia banyak bertanya tanda akal dan fizikalnya membesar dengan seiring.

Kali ini soalanya tentang berita yang sedang dipaparkan tentang lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Johor Bahru.

“Tapi Baba, macam mana dia boleh jadi Perdana Menteri?” soalnya kembali.

“Dia jadi sebab dia dipilih la,” ringkas aku menjawabnya.

“Siapa yang pilih dia?” dia bertanya lagi.

“PM yang sebelumnyalah, namanya Pak Lah.”

“Oh… jadi, kalau kita nak jadi PM kena dipilih oleh PM juga?” soalannya membuatkan aku bingkas duduk, terasa rimas.

“Kalau seseorang tu nak jadi PM, dia kenalah masuk politik, jadi ahli parti politik dan lepas tu kena bertanding dalam parti dia untuk jadi pemimpin, dan kemudian bertanding pilihan raya. Kalau parti dia menang besar, baru dia boleh jadi PM. Faham?” kata aku dengan mata memandang ke mukanya.

“Ok, ” pendek jawab Sofea sambil mencebik bibir, tanda tak senang dengan jawapan aku.

Anak gadis ku ini cukup sensitif. Kalau tak jawab, dia merajuk, kalau jawab dengan nada yang lain sedikit pun dia akan merajuk juga. Memang susah nak melayan anak perempuan yang satu ini.

“Tapi tadi Baba kata nak jadi PM kena masuk pilihan raya, orang ramai pilih. Tapi PM Najib tu jadi PM sebab Baba kata Pak Lah yang pilih, macam mana tu Baba? Tak fahamlah,” cukup panjang soalannya.

Aku membetulkan punggung di kerusi. Mata yang kuyu tadi bertukar jingga.

“Ya, betul. Nak jadi PM kena bertanding pilihan raya, Najib tu pun memang menang pilihan raya. Jadi dia jadilah PM. Faham tak, sayang?” jawab aku sambil tersenyum memandang wajahnya.

“Habis tu, Baba kata Pak Lah pilih dia?” Sofea kembali menyoal, entah dia tahu siapa itu Pak Laha atau tidak, dia nampaknya lebih ingin tahu cara bagaimana sesuatu itu boleh berlaku.

“Yang itu memanglah. Pak Lah kan dah berhenti jadi PM, jadi Najiblah gantikan dia,” jawab aku dengan harapan dia akan berhenti menyoal.

Jadi bukan orang ramai yang pilih dia jadi PM…

“Oh, maknanya, bukan orang ramai yang pilih dia jadi PM kan?” sambungnya, kali ini dia sudah duduk bersebelahan dengan aku.

Memang Sofea ini manja, dia tahu dengan soalannya buat aku rimas, jadi bila sudah banyak menyoal, dia akan duduk dekat-dekat dengan aku sambil bermanja-manja agar semua jawapannya aku jawab. Begitulah cara dia memujuk, aku faham benar dengan perangainya itu.

“Ya, kita tak pilih dia, tapi Pak lah yang pilih,” jawab aku ringkas.

“Oh, kalau macam tu dia bukan PM pilihan kita semua la, kan Baba?” Sofea bingkas bangun dan berjalan naik ke rumah atas sambil meneriak nama ibunya tanpa menunggu jawapan aku.

“Ya,” sepatah saja jawapan aku. Mata terjegil memandang dia berlalu.

Aku rasa cemburu dengannya. Dalam masa beberapa minit sahaja, dia rasakan dia sudah faham politik negara. Sedangkan aku yang bertahun-tahun berbahas, berdebat dan berborak di kedai kopi pejabat dengan kawan-kawan masih tidak faham dengan intrik dan hipokrasi politik semasa. – Roketkini.com

Bilik asrama lelaki SMA Nahdzah terbakar


http://abunuha.files.wordpress.com/2009/08/img_75492.jpg?w=640
YAN - Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah Adnan Osman berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu setelah seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar katil, tilam serta buku-buku sekolah sahaja," katanya.

Katanya blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Abdul Muin Ayob, yang mengetuai operasi memadam kebakaran, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah membaik pulih asrama itu. – Bernama

Mai Mai Mai... Jangan dok kedekut darah hangpa tuuu..!!!

Bekalan darah terus diperlukan
SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
January 24, 2012
ramli

ALOR SETAR - Penggunaan bekalan darah di hospital yang meningkat pada musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan tersebut.

Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ramli Mohd Yunus berkata, bekalan darah yang didermakan oleh orang ramai diperlukan bagi membantu kes kecemasan seperti kemalangan yang berlaku pada musim perayaan.

“Keperluan bekalan darah yang diperlukan itu juga bertujuan merawat pesakit talasemia, kanser, penyakit jantung dan hati.

“Orang ramai yang ingin menderma darah boleh pergi ke Aras 1, Jabatan Transfusi HSB yang beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Ramli berkata, selain itu bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, kaunter menderma darah turut dibuka di kompleks membeli belah pada masa ditetapkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...