TERKINI :

Tuesday, January 24, 2012

Kesian Gua Tengok Si Hasan Ali nie... dah tahap meroyan pintu dah nie..!!!

http://2.bp.blogspot.com/-CVU-2BSXS0w/TvBaEHxfPxI/AAAAAAAAJP0/fUHZS3iOiTk/s400/hasan-alia1.jpg

Mengikut maklumat yang TUlang Besi perolehi, Dato Hasan Ali tidak pernah membentangkan agenda memurnikan akidah yang sedang beliau kempenkan kepada seluruh Selangor. Maka, tidak hairanlah PAS tidak memberi sokongan kepada HIMPUN mahupun agenda beliau sewaktu beliau berada dalam PAS.

Berulang-ulang kali beliau dipanggil mesyuarat dan berdepan, namun beliau tidak mahu hadir.

Hanya sekali beliau hadir selepas serbuan JAIS ke atas DUMC. Itupun beliau gagal menyakinkan majoriti AJK PAS Pusat bahawa serbuan tersebut bukan agenda UMNO melalui JAIS.

Bagi TUlang Besi, agenda memurnikan akidah yang Hasan Ali juarai sekarang ini, sekiranya ia benar dan ikhlas, tiada masalaah untuk beliau mendapat sokongan dari PAS Pusat ataupun dari Perhubungan PAS Selangor.

Juga, sekiranya agenda HAsan Ali ini tiada motif politik mahupun berkaitan dengan UMNO, tiada sebab untuk PAS mahupun ahli2 PAS untuk menyokongnya.

Namun persoalanya adalah mengapa Hasan Ali tidak pernah membincangkan agenda ini baik dengan PAS Pusat mahupun PAS Selangor?

Tiada siapa dalam PAS menyedari projek Hasan Ali ini. Semuanya dirahsiakan oleh beliau dari pengetahuan PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor.

Bagi Tulang Besi, ini sudah menjadi bukti kempen memurnikan akidah tajaan Hasan Ali ini adalah agenda politik UMNO semata-mata.

Ia bukan bertujuan menentang murtad mahupun mahu menjaga akidah ummah. Ia hanya lah kempen untuk memburukkan PAS sahaja.

Manusia Hasan Ali telah terbukti menipu. Dia dakwa Anwar kotor, padahal mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim.

Dia dakwa dia tidak diberikan hak membela diri, padahal dia telah banyak kali dipanggil mengadap tapi dia tidak mahu hadir.

Dia dakwa dia dipecat kerana Anwar. Padahal Anwar tiada kena mengena di dalam proses pemecatan beliau. Anwar tidak hadir pun dlm mesyuarat yang memecat Hasan Ali itu.

Si pembohong mahu memperjuangkan murtad di Selangor.

Biarkan biarkan

TUlang Besi

Nostalgia Perahu Tambang Sg. Kedah

Tekad pengayuh perahu tambang Sungai Kedah


LEAN HOCK mengayuh perahu tambang untuk mengambil pelanggan di seberang Pekan Cina di Alor Setar baru-baru ini.


ALOR SETAR – Biarpun sudah mencecah usia 70 tahun, kudrat Teoh Lean Hock (gambar kecil) untuk mengemudi sebuah perahu tambang di Sungai Kedah di sini masih kuat.

Lean Hock berkata, dia mengemudi satu-satunya perahu tambang di pusat bandar Alor Setar sejak enam tahun lalu dengan bayaran 30 sen sehala.

“Ramai yang masih menggunakan perahu tambang ini terutama penduduk di beberapa kampung di Seberang Nyonya yang mahu berulang alik ke Pekan Cina,” katanya ketika ditemui di jeti pelantar kayu Pekan Cina di sini baru-baru ini.

Kata anak kelahiran Alor Setar itu, pada ingatannya, perkhidmatan perahu tambang wujud lebih 60 tahun lalu dengan tambang serendah lima sen sehala.

“Perahu tambang ini sangat unik kerana ia mengingatkan zaman lampau yang banyak menggunakan pengangkutan ini untuk bergerak,” ujarnya yang merupakan seorang bekas nelayan.

Dasar Jantan yang gila kepuasan Nafsu sendiri....

Maruah wanita di mana nilainya?
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA

Maruah wanita di mana nilainya?

“SAYA terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya,” demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini.

Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya.

Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah.

HARAM DALAM ISLAM

“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.

“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.

“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.

Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.

Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.

“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.

“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.

Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.


WANITA JADI BARANG SEWAAN

“Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata, sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi.

“Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran, malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak,” katanya.

Menurutnya , jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan, situasi yang sinonim dengan 'pelacuran'.

Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan.

Berdasarkan prinsip Islam, setiap individu, sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan." (surah al-Nahl ayat 14:97)

“Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan, dan tidak salah jika saya katakan ia adalah 'pelacuran yang terancang' dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad.


RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA

"Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?," soalnya.

Nabilah berkata, sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami, tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna, nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki.

“Besar implikasinya terhadap keturunan, cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya," katanya.

Ketua SPRM tempelak idea Nazri Aziz & Tun pasal Istihar harta..

Menteri isytihar harta kepada umum bukti telus

‘Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed berhasrat meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum. Beliau dilaporkan bersetuju dengan cadangan Presiden Majlis Peguam S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. Semua anggota kabinet kini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi ia tidak didedahkan kepada umum. Cadangan mengisytiharkan harta anggota kabinet pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.’

Ini di antara petikan akhbar berkenaan topik di atas lama sebelum ini.

Draf artikel ini saya simpan sehingga isu pengisytiharan harta muncul kembali dengan berita Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exconya mengisytiharkan harta dan kesediaan MursyidulAm PAS yang juga Menteri Besar Kelantan berbuat demikian jika diminta.

Pengisytiharan harta para penguasa sangat penting terutama di kalangan Perdana Menteri, Menteri kabinet, Menteri Besar dan exco. Mereka sebenarnya pemegang amanah dan pelaksana tanggungjawab mengurus dan mentadbir harta negara dan negeri, bukannya menjadikan jawatan itu tempat mengumpulkan harta dengan cara yang salah.

Kalau ada taqwa, seperti kata Tok Guru Nik Aziz, ia yang kawal cara pengumpulan harta tetapi apabila taqwa tidak ada, seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit yang lepas, pelbagai kos pengurusan dan pembaikian rumah Perdana Menteri dan Timbalannya, juga cara isteri Perdana Menteri berbelanja di dalam dan luarnegara, maka pengisytiharan harta menjadi sangat relevan dan sangat mendesak. Rakyat berhak tahu bahawa pemimpin yang diangkat oleh mereka bukannya penguasa-penguasa rakus yang membaham harta negara dengan cara salah.

Ketika Umar al-Khattab menjadi khalifah, beliau mengutus surat kepada para Sahabat yang menjadi gabenor di wilayah tertentu mengingat dan menegur mereka tentang kemewahan yang dilihat sudah melebihi dari yang sepatutnya sedangkan mereka tidak mungkin memiliki kemewahan itu kalau tidak menjadi gabenor.

Kes serupa terhadap Perdana Menteri dan Menteri kabinet. Kalau mereka tidak menjawat jawatan itu, adakah mereka akan punya kemewahan sedemikian? Atau kemewahan itu ialah hasil titik peluh menyimpan sepuluh dan duapuluh sen semenjak kecil sahaja?

Keberanian dan kesediaan Perdana Menteri dahulu serta Menteri kabinet mengisytiharkan harta menjadi bukti ketelusan, tetapi sebaliknya jika tidak berani maka ia seperti menyembunyikan sesuatu yang ditakuti rakyat akan tahu. Dan Allah Tetap Maha Mengetahui.

Nik Nasri Nik Malek,
Kemaman, Terengganu

Sedia Kopi Tea Lekaih.... BN Kedah nak pie Ziarah Rakyat Kedah melalui "Program 1Juta Pengundi"

BN Kedah lancar Program 1Juta Pengundi
Wartawan Sinar Harian
January 23, 2012

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah akan melancarkan program turun padang untuk menemui lebih 967,000 pengundi baru di negeri ini melalui Program 1Juta Pengundi bermula Februari ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata melalui program itu BN akan menggerakkan semua jentera parti komponennya terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap kawasan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi baru terhadap BN.

Katanya program ini bertujuan mengenal pasti kehendak pengundi baru agar mereka menyokong BN dalam usaha merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus pengundi muda yang dikenal pasti sebagai majoriti senyap menjadi keutamaan selain mendekatkan diri dengan penyokong-penyokong BN.

"Golongan ini memiliki ilmu pengetahuan yang amat luas dan mereka dapat menilai sama ada BN atau pembangkang yang dapat memberi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin masyarakat Cina di negeri ini akan kembali menyokong BN berdasarkan sokongan dan komitmen yang diberikan melalui program-program anjuran BN.

Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai pula berkata Gerakan telah bersedia sepenuhnya dan menguatkan jentera parti di kawasan yang dimenanginya.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan turut dihadiri lebih 3,000 tetamu pelbagai kaum. - BERNAMA

Pesanan Admin : Bila depa mai hangpa ambik artikal nie lempaq muka depa suruh depa jawab dulu solan-soalan yang di tanyakan tuuu.....

UMNO perasan duit RM500 mai dari kocek depa...

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://2.bp.blogspot.com/-n-TXQoKeCyw/TxOFPphNgoI/AAAAAAAADt0/aEbO1KnhTjk/s1600/semak+keputusan+br1m.jpgUmno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara. Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno.

Pemimpin Umno bising dan menjadi modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya mengenai pemberian BR1M..

Maklumlah pemberian yang diberi 55 tahun setahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk. Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno Bn untuk memberinya.

Keadaan yang sama juga berlaku di Trengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila Pas memerintah Terengganu 1999.

Percayalah Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan PR, walaupun mengalami kekangan kewangan. Kerajaan PR mampu laksanakan, kerana dasar penjimatan dan memerangi rasuah.
Umno terpaksa ikut, jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN. Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurang generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500.00 setelah 55 tahun merdeka

Demontrasi Pelajar KUIN depan Pejabat Agung PAS ,Untungkan Umno ?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

http://www.edidik.com/wp-content/uploads/2012/01/mahasiswa-bangkit1.jpgFenomena kebangkitan gerakan pelajar mutakhir ini mempamerkan beberapa kelainan dan keistimewaan. Biarpun nampak mereka menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan, sehingga ada yang diugut, tercedera, ditahan polis dan digantung pengajian, namun apa yang pasti semangat anak-anak muda ini untuk mengungguli kebenaran tidak mudah dilunakkan.

Walau dihalang dan juga dicemuh (ada kalanya oleh rakan-rakan sendiri), langkah mereka tetap maju menggugat. Idealisme "student power" terasa membahang. Jika kita sempat menghadiri perhimpunan (apatah lagi demonstrasi) mereka, semangat itu bagaikan membuak-buak. Panas menggelegak.

Menariknya, ia bukan ledakan amarah tanpa asas, atau hanya untuk melampiaskan dendam kesumat, sebaliknya ditunjangi kesedaran mendalam tentang tangungjawab besar insan berilmu.

Memang lantunan bicara mereka dalam aksi protes kedengaran garang berbisa, tetapilah itulah hakikatnya dunia anak muda. Bersedia untuk mencabar dan dicabar. "Gas pemedih mata dan belantan adalah asam garam dalam perjuangan mahasiswa. Semua itu pahit bila dilalui tetapi manis untuk di kenang," kata seorang rakan, yang pernah aktif dalam dunia kampus 1970-an.

Kepedulian sosial dan keprihatinan politik pelajar kini sekali lagi menembusi tembok menara gading, menganggu mimpi enak elit penguasa yang zalim dan korup. Benarlah ungkapan keramat, "gema suara mahasiswa kuat dan lantang bukan disebabkan loud-hailer tetapi berpunca dari nilai kebenaran yang dibawa".

Ada rakan-rakan cuba membayangkan bahawa zaman kegemilangan mahasiswa bakal berulang. Tafsiran "gemilang" mungkin menimbulkan perdebatan. Ramai yang merujuk era kegemilangan itu berlaku sebelum penguatkuasaan Akta Universiti. Pandangan itu sendiri terbahagi, sama ada sebelum pengenalan Auku 1971 atau beberapa ketika menjelang ia dipinda pada 1975.

Bagaimanapun, saya melihat setiap zaman ada kelebihan masing-masing. Generasi selepas pindaan Auku pun tidak semestinya ditanggap sebagai lesu dan beku. Aksi unjuk rasa memang tidak dapat dipisahkan daripada kegiatan tradisi mahasiswa, tetapi ia bukan kata kuncinya. Jiwa mereka resah gelisah melihat kemunafikan, penindasan dan kekejaman.

Ruang untuk bereksperimen tetap terbuka luas walaupun dikongkong peraturan ketat. Dan di sinilah kreativiti anak muda teruji. Perkembangan dakwah dan kesedaran menghayati cara hidup Islam, ketika aktiviti mahasiswa dicantas ciri "advokasi"nya (meminjam istilah Saifudddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) juga satu episod penting yang merakam sejarah.

Kini generasi Adam Adli dan Safwan Anang sedang membuka babak-babak kegemilangan mereka sendiri.

Keyakinan yang utuh terhadap akar perjuangan "kebebasan akademik" menjalar ke seluruh negara, bukan lagi terbatas sekitar dua tiga kampus utama di Lembah Klang. Malah, ekspedisi mereka melanggar negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, yang juga mempunyai institusi pengajian tinggi tersendiri.

Jika mereka berani berarak ke Ibu Pejabat Umno di PWTC demi autonomi universiti dan mencipta kejutan dengan menurunkan buat seketika bendera berwajah Najib Razak pada 17 Disember 2011, anak-anak muda ini juga turun menuntut kebebasan akademik di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pada 18 Januari 2012.

Mungkin ramai terkejut dan tidak kurang yang melatah dengan himpunan bantahan "ekoran sikap membisu PAS terhadap penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah. Masakan tidak ... kumpulan mahasiswa pemberani itu sering dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, dan KUIN merupakan IPTS dimiliki penuh kerajaan negeri Kedah, yang diterajui PAS.

Malaysiakini melaporkan kenyataan seorang daripada pelajar yang digantung itu, Mohd Aiman Abd Razab: "Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik). Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?"

Banyak pihak membandingkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan hasrat PAS dalam Dokumen Negara Berkebajikan, dengan pentadbiran KUIN (terutama pengendalian perbicaraan lembaga tatatertibnya) dan sikap kerajaan Kedah itu. Penyokong Pakatan mengharapkan isu penggantungan lima pelajar itu dapat ditangani dengan bijaksana dan berhemah.

"Dengar suaralah mahasiswa biarpun mungkin terasa agak menyakitkan bagi orang politik. Usah pertikai keikhlasan dan kejujuran mereka, apa lagi meremehkan. Tunjukkan sikap terbuka dan jiwa besar dengan meraikan luahan rasa anak-anak muda itu," seorang pembaca Harakah, dari UKM, menghantar SMS.

Dari sudut lain, generasi "yang tidak berkepentingan" ini sebenarnya berpotensi mewujudkan satu kekuatan baru, yang sebenarnya amat diperlukan rakyat dan negara, bagi menjamin pelaksanaan dan pemerataan keadilan.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Ungku Aziz dalam kata pengantar buku Mahasiswa Menggugat, tulisan Mohamad Abu Bakar (1973) mencatatkan: "Mahasiswa bukan sahaja berhak mengeluarkan suara intelek mereka, akan tetapi boleh dikatakan mereka wajib memberi syor serta teguran ..."

Tempoh mahasiswa di universiti cukup singkat, sekitar tiga tahun, tetapi masa efektif untuk terbabit aktif hanya lebih kurang setahun sahaja, namun bisa suara gerakan pelajar cukup menikam, seperti dibuktikan di negara-negara luar, malah berupaya menjatuhkan sesebuah regim.

"Saya lebih percaya ketulusan suara mahasiswa," kata seorang veteran politik, "dan jangan sakitkan hati mereka dengan membuat dakwaan melulu bahawa mereka diperalatkan oleh pihak tertentu. Kalau nak sanggah hujah mereka pun tolaklah dengan baik, jangan perlekeh seperti budak sekolah."

1 lagi projek perabih duit Rakyat berjaya di jalankan..

Taman Ekologi jadi gajah putih


JALAN masuk ke Taman Ekologi di Johor Bahru masih gagal disiapkan sehingga kini.


JOHOR BAHRU - Taman Ekologi di Hutan Bandar di sini umpama projek 'gajah putih' berikutan masih gagal dibuka kepada orang ramai sejak dibangunkan pada 2007.

Projek usaha sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan itu bertujuan mempamerkan hasil-hasil ekologi seperti flora dan fauna dan sepatutnya siap pada 2009.

Projek tersebut bersama dua lagi projek pelancongan lain yang dilaksanakan ketika itu menelan belanja RM7 juta.

Tinjauan Kosmo! mendapati Taman Ekologi itu sudah hampir siap dan hanya memerlukan kerja-kerja akhir seperti memasang lampu dan kemudahan lain.

Ekoran lama terbiar, keadaan bangunan berlumut, pokok-pokok hiasan mati dan semak memenuhi taman.

AUKU & KUIN.... Azizan lu best bro......!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

http://1.bp.blogspot.com/-qj7Xlw9ZttA/TbYQYQGTRjI/AAAAAAAAAVc/ffI7bH379bw/s320/azizan.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-qj7Xlw9ZttA/TbYQYQGTRjI/AAAAAAAAAVc/ffI7bH379bw/s320/azizan.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-qj7Xlw9ZttA/TbYQYQGTRjI/AAAAAAAAAVc/ffI7bH379bw/s320/azizan.jpg

Hari nie gua nak backup azizan.. Bukan apa gua tgk sakan hangpa seligi dia sampai rapat isu KUIN dan AUKU tuuu....

Relax laa bro.. Nie la akai org tua hgpa tak dapat baca... Dia nak tgk hangpa nak handle benda nie camna.... Cuba hgpa usha balik camna akai dia.... Skrg nie dia sebagai MB dia serahkan isu nie kat jawatan kuasa disiplin KUIN buat keputusan dan disini beliau tak masuk campoq urusan tersebut... Disini kecantikannya ialah kuasa KUIN tak ada camportangan pemerintah... Benda nie dulu jika kena kat UMNO kompom ada campuran politik mcm di uitm serta sewaktu dgnnya.... Ini satu....

Kedua pulak dia tak sentuh bab AUKU di KUIN kerana selagi tak dimansuhkan di pusat kuasa kerajaan tak ada..cuma mahkamah yg boleh kata ya atau tidaknya... Itu yg dia kata buat rayuan dan bawa kemahkamah... Jadi bila sampai disana..mcmana anda lihat dgn undang2 auku nie... Pas masih dengan pegangan dia iaitu menolak auku itu yg peguam Pas yg jadi peguam depa... Itu parti politik...tapi kerajaan ada law dia...itu yg azizan tgh dok buat skrg nie....

Jadi pada gua nielah otak org tua tua...berpandangan jauh beb....he he he

Pemberian Wang RM500 Rasuah Politik Yang Halal?

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://1.bp.blogspot.com/-stZzGaJYt6Q/TVvgx9aeiiI/AAAAAAAACRs/nnsz32SX8GQ/s1600/rm500+jaffar+vf+obverse.jpgPemberiaan wang bantuan dengan nama (BR1M) bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan rancak dilakukan di seluruh negara. Rakyat yang tinggal di beberapa kawasan yang melibatkan menteri, timbalan menteri atau orang utama dalam Umno sudah pun mulai menerima wang berkenaan.

Pembahagian itu dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen nanti. Setakat ini pembahagian wang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa lokasi timbul kekcohan disebabkan salah 'teknik'. Kekacauan sampai baling kerusi, tumbuk menumbuk dan koyak boucher berlaku apabila ada rakyat yang berhak menerima dinafikan kerana dokumen mereka tidak lengkap atau pun tiada pengesahan.

Aduh... begitu ketat sekali untuk memberi bantuan sejemput kera kepada rakyat itu. Sebelum ini timbul persoalan siapa yang bertanggungjawab atau pun valid untuk mengesahkan borang kelayakan itu. Wang itu adalah wang rakyat - wang kerajaan, di mana ianya sepatutnya hanya disahkan oleh agensi kerajaan. Tetapi yang anihnya ada sesetengah tempat memerlukan pengesahan dari ketua Umno Bahagian atau PPM.

Semoga kerajaan akan memantau perkara ini dan tidak membiarkan penyalahgunaan kuasa dan prosuder berleluasa serta ketidakadilan dalam menyampaikan bantuan ini. Soal-soal titik bengit begitu memerlukan pengesahan JKKK, ketua bahagian ataupun ada rekmen orang kuat Umno usahlah diambil berat sangat. Yang penting rakyat dapat menikmati wang kerajaan itu dengan sewajarnya.

Pemberian wang itu adalah sesuatu yang baik untuk meringkan beban rakyat. Walaupun ianya hanya sejemput kera setidak-tidak rakyat miskin dapat menggunakan wang berkenaan untuk membeli budu dan geram atau airskrim untuk anak-anak dan cucu cicit. Terimalah. Ia tidak menjadi kesalahan. Dan penerimaannya tidak terikat anda kena undi siapa dan parti mana.

Rakyat perlu seadar bahawa wang itu bukan dari sakut Umno. Jauh sekali dari begtangan Rosmah Mansor. Ia adalah wang rakyat yang tolong dikumpul oleh kerajaan dari pelbagai cukai dan potongan, atau diambil dari mana-mana wang yang diperuntukkan untuk rakyat. Wang itu tidak salah dan tidak pun berdosa seperti mana wang dari pusat-pusat perjudian atau pun hasil rasuah yang telah, sedang dan akan dibahagi-bahagikan semasa pilihan raya kelak.

Pun begitu Umno telah mengeksploitasikan pemberian wang itu sebagai jasa mereka. Mendakwa wang itu adalah bdi dan bakti mereka. Kepada rakyat yang buta huruf dan rendah akal politiknya di kampung-kampung dihebuhkan itu sebagai wang Umno. Wang itu menandakan keprihatinan Najib Razak sebagai perdana menteri. Memang ia adalah atas keprihatinan Najib sebagai perdana menteri, tetapi wang itu bukan dari Umno tetapi dari akaun kerajaan. Kerajaan dan Umno dua perkara yang berbeza yang sering kali dikelirukan oleh broker-broker Umno.

Bukan saja Najib, sesiapa yang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan boleh mengarahkan untuk memberi wang kepada rakyat. Hendak dengan tidak sahaja. Masa Dr Mahathir dan Abdullah Badawi jadi PM, mereka juga boleh berbuat demikian, kerana wang itu tidak perlu ambil dari akaun mereka. Tetapi Mahathir dan Abdullah tidak sampai ke peringkat itu untuk membeli undi rakyat marhain.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia wang bantuan seumpama itu lebih banyak lagi dan lebih kerap dipulangkan kepada rakyat sebab mereka akan membuat potongan terhadap wang-wang yang disalahgunakan dan disonglap oleh kerajaan kini untuk kepentingan segelintir rakyat.

Kenapa Najib berbuat demikian bukan semata-mata kerana baik hatinya. Tetapi ia ada motif. Suka tidak suka, faham tidak faham pemberian wang RM500 itu yang diluluskan dalam Bajet 2012 adalah bermotifkan politik. Wang RM500 adalah rasuah politik, umpan untuk meminta rakyat mengundi UBN dalam pilihan raya nanti.

Kenapa dikatakan begitu kerana kerajaan sengaja memilih saat pilihan raya hendak diadakan baru wang itu diberikan kepada rakyat. Baru susah-susah hendak membantu rakyat. Dan ia dikenakan syarat-syarat tertentu bertujuan untuk mendenda rakyat. Bolehlah disifatkan wang RM500 adalah wang rasuah halal dilakukan UBN untuk meraih sokongan.

Kenapa dikatakan rasuah halal kerana ia dilakukan di luar edah pilihan raya dan digunakan wang kerajaan atas nama hendak membantu rakyat. Kerajaan boleh memberi apa saja kepada rakyat atas apa juga nama kerana ia tidak tertakluk di bawah peraturan dan mana-mana kesalahan. Walhal orang yang faham cara dan masa wang itu dilunaskan jelas rasuah politik.

Biarlah rasuah atau tidak, asalkan rakyat dapat membeli kacang butir, budu dan garam dengan wang itu. Terima dan ambillah. Bukan itu saja kalau ada apa-apa tawaran dan pemberian percuma dari kerajaan selepas ini, ambillah dengan senang hati.

Persoalan kini apakah UBN khasnya Najib merasakan apa yang dilakukan itu bakal memberi pulangan lumayan kepadanya. Apakah rakyat akan terpesona dengan pemberian RM500 itu kemudian akan mengundi UBN dalam pilhan raya nanti? Ini yang menarik untuk dinilai dan diperkatakan.

Adalah salah kalau Najib berharap dan membuat hisab demikian. Bagi saya tidak sampai 50 peratus rakyat yang menerima wang itu akan membalas dengan mengundi UBN. Kenapa dikatakan begitu? Kerana rakyat sudah faham kedudukan wang itu dan juga sudah mengetahui tektik dan strategi UBN yang memperalatkan harta kerajaan itu. Pemberian wang kerjaan dengan cara dan nawaitu itu telah menyalahkan dana kerajaan untuk rakyat.

Dana itu haus diberi tanpa mengharap apa-apa balasan dan dipersulitkan dengan mengenakan syarat-syarat dan peraturan tertentu. Kalau kerajaan tulus dan ikhlas wang itu boleh dikredit terus ke dalam akaun rakyat tidak payah rakyat berjumpa mata dengan kerajaan dan mendengar tazkirah politik sejam-jam sebelum menerima bouchernya.

Rakyat juga akan bertanya kenapa baru kini kerajaan baik hati untuk memberikan mereka bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Sudah lebih 50 tahun datuk nenek mereka berada dalam naungan kerajaan BN tetapi tidak pernah mereka mendapat wang nasib baik itu?

Jadi apabila hari ini baru diberikan, baru kerajaan bersikap baik dan berbudi menyebabkan mereka akan menilai akan budi itu? Mereka akan menyelami apakah motif di sebalik wang RM500 itu yang akhirnya mereka sedari ianya hanya cacing yang disangkut joran sahaja dan bukan merupakan kebajikan ikhlas dari kerajaan.

Mungkin ada rakyat yang faham kenapa sekarang kerajaan bersikap baik ialah kerana keadaan UBN sudah begitut terdesak. Mereka sudah tahu usia kekuasaan mereka akan tamat bila-bila masa saja lagi. Sekiranya tidak ada berbagai-bagai plan penyelamat termasuk membeli undi mereka akan hanyut.

UBN mungkin akan tumbang dan ghaiab. Justeru walaupun cara mereka itu salah dan bertentangan dengan semangat demokrasi mereka tidak peduli. Yang penting kuasa dapat diselamatkan dan untuk menyelamatkan kuasa rakyat kena dibeli.

Langkah kerajaan UBN itu sia-sia saja. RM500 tidak akan dapat menyelamatkan kedudukan mereka yang bagaikan telor di hujung tanduk kini. Rakyat dapat manfaat sejemput kera tetapi kerajaan UBN akan rugi selaut kuasa.

Sebab itu pihak Pakatan Rakyat kelihatan tidak begitu risau dengan pemberian itu. Rakyat sudah faham dan arif dan bagaimana untuk menggunakan wang RM500 itu. Pemberian itu baik juga, rakyat boleh menggunakan wang RM500 itu untuk membeli minyak petrol untuk pergi ke majlis ceramah Pakatan Raykat. Atau pun guna wang itu untuk membeli bendera, buat banner ataupun peralatan-peralatan menghadapi pilihan raya.

Justeru rakyat perlu berterima kasih kepada pemberian wang itu tetapi rakyat tidak perlu membayar terima kasih dengan mengundi pihak yang mengharapkan pemberian itu agar rakyat mengundi mereka. Dari satu segi pemberian RM500 itu juga helah UBN untuk mengelabui mata rakyat bahawa mereka (UBN) telah melakukan kebajikan kepada rakyat. Bolehlah dikatakan aspirasi untuk memberi wang itu datangnya dari Pas yang telah melancar gagasan politik Negara Berkebajikan.
http://msomelayu.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...