TERKINI :

Sunday, January 22, 2012

Facebook Edisi Cina NAJIB di pintas oleh Anwar dalam 24 jam saja..!!

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH

Oleh Muhammad Sanusi

kOLeJ uNivERsiTi iNsAniAh...Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untukmemberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut. Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh
kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

​ Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka.. kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.

'Umno-BN memerintah, semua masalah selesai?'

Oleh Lanh

http://2.bp.blogspot.com/-nO6-MYiExIc/TXHXpaiVvUI/AAAAAAAAL5A/Zg94oCmnpEE/s1600/najib%2Bbn%2Bbarang%2Bnaik.jpgPEMIMPIN Umno-BN, khasnya PM Najib Razak begitu kemaruk merampas Selangor sehinggakan pada satu majlis bersama rakyat di negeri terkaya itu, Najib antara lain berkata: "Apabila BN memerintah semua masalah selesai." Beliau berlagak bagaikan Raja Midas dalam cerita dongeng kanak-kanak; apa saja yang disentuhnya akan menjadi emas.

Apabila Umno-BN kembali memerintah Selangor, apa saja disentuh pemimpinnya akan menjadi - masalah peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam akan selesai, masalah sampah akan berakhir, pendeknya semua masalah akan selesai. Demikianlah bagaikan Raja Midas, Najib Razak dan pemimpin Umno-BN berlagak.


Tetapi masalahnya di sini, mengapa menanam tebu di bibir mahu selesai semua masalah di Selangor sedangkan masalah-masalah yang melanda negeri-negeri ditadbir BN malah di peringkat kerajaan Pusat gagal diselesaikan? Ambil contoh mudah; satu isu yang membabitkan kepentingan rakyat bawahan iaitu pengangkutan awam.

Apa sudah jadi dengan pengangkutan awam negara yang baru-baru ini memerlukan suntikan RM400 juta apabila pengusaha bas mengugut memberhentikan perkhidmatan mereka termasuk di negeri-negeri dikuasai BN seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka? Ramai pengguna tersadai, jadi selesaikan masalah ini dulu sebelum menguar-uarkan kata-kata bagaikan perbuatan Raja Midas itu. Kanak-kanak pun tahu kisah Raja Midas ini hanya dongeng saja; jadi adakah pemimpin Umno-BN mahu melagukan dongeng yang sama di Selangor atau di peringkat Pusat?

Di peringkat Pusat, lihatlah isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terus menjadi masalah, sekali gus mencetuskan perasaan marah sesetengah kakitangan awam sehingga terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya. Kenapa tidak menjadi Raja Midas, sentuh saja masalah ini, semuanya akan selesai? Demikianlah betapa tidak selari antara janji dan cakap-cakap pemimpin berlidah bercabang dengan hakikat sesuatu perkara itu. Walaupun demikian, perlu disedar bahawa pemimpin satu hal, rakyat pula satu hal juga. Persoalannya jika pemimpin bercakap 'merapu', mengapa rakyat beriya-iya mahu menyakininya? Fikir dan fikirlah akan logik sesuatu perkara itu.

Bagaimanapun dalam permasalahan ini, kita tidak tidak menyalahkan rakyat 100 peratus kerana orang awam sekarang ini diasak oleh media massa tali barut Umno-BN yang berterusan mempropagandakan apa saja yang dianggap kebaikan Umno-BN sehingga perkara tidak masuk akal seperti "BN memerintah semua masalah selesai", sebaliknya menghujani pihak lawan dengan peluru berpandu yang juga kadang-kadang tidak masuk akal seperti "DAP yang cauvanis perkauman akan terajui negara" sedangkan parti itu hanya bertanding kira-kira 40 daripada 222 kerusi Parlimen sekali gus tidak memungkinkan hal itu berlaku.

Berhubung perkara ini, kita percaya adalah penting untuk rakyat didedahkan ilmu dan informasi agar mereka tidak diperbodohkan pihak yang berlagak bagaikan Raja Midas itu. Kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) sekarang ini, media massa pengampu boleh dikesampingkan peranannya, sebaliknya media baru mengambil tempatnya. Bagi kita, kejayaan kebangkitan rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir, Tunisia dan Libya yang turut disemarakkan oleh media baru sewajarnya menjadi panduan dalam kita menangkis propaganda murahan pihak terbabit.

Tentunya usaha ini memerlukan kerja keras kerana tidak semua rakyat terutama mereka yang tinggal nun jauh di kawasan pedalaman termasuk tanah rancangan Felda dapat mengakses terus media baru ini. Namun jika orang China pada zaman lampau dapat membangkitkan semangat rakyat melalui nota-nota yang dimasukkan dalam kuih bakul atau bulan yang kemudian diseludupkan bagi menjatuhkan maharaja korup, maka sempena perayaan Tahun Baru ini, marilah kita giatkan usaha memperilmu rakyat dengan informasi berguna agar mereka tidak termakan janji tak masuk akal Raja Midas seperti "jika Umno-BN memerintah semua masalah selesai"!

Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta jika perlu

NORHASRAM MOHAMAD
January 22, 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.

Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.

"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini.

Polis Malaysia...jangan jadi macam polis India....

Oleh : PUTERI BULAN

Terasa benar, di Malaysia ni memang mengamalkan double standart yang sangat ketara. Ketidakadilan secara terang-terangan. Hingga menjadikan segolongan itu kebal dan tidak boleh ditembusi oleh kritikan-kritikan.

Puteri kesal sangat dengan sikap dan tindakan polis..( walau pun Puteri tahu, mereka bertindak atas arahan) tetapi tindakan tersebut melambangkan Malaysia bukanlah negara demokrasi yang adil apatah lagi kalau suara-suara mengkritik kerajaan UMNO/BN.

Awal tahun ini, kita dikejutkan dengan penangkapan seorang mahasiswa USM yang kononnya membuat kenyataan ugut meletupkan helikopter yang akan dinaiki oleh Tok Najib di laman sosialnya. Keluar di televisyen dan akhbar-akhbar, memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan berbau ugutan bunuh dan sebagainya kepada pimpinan-pimpinan.Puteri juga tidak berpihak kepada kenyataan-kenyataan ugut bunuh, ugut cedera atau apa jua yang melibatkan nyawa dan keselamatan seseorang tetapi Puteri kesal dengan sikap tidak adil terutama pihak polis dalam menangani isu ini.

Apa pula tindakan pihak polis terhadap Mohd Safuan Hilmi yang terang-terangan mengeluarkan kata-kata hendak membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Siap dengan memberi jaminan sanggup dihukum agar Tuan Guru dapat dibunuh. Adakah ini boleh dikatakan gurauan..kalau nak letup helikopter yang dinaiki Tok Najib tidak diterima sebagai gurauan...jadi yang pasal nak bunuh Tuan Guru..apa pulak?

Kalau polis menganggap gurauan mahasiswa USM itu boleh menggugat keselamatan negara...macamana pula dengan gurauan Mohd Safuan Hilmi itu...tidak ke Tuan Guru itu merupakan Menteri Besar Kelantan kalau tidak pun menghormati beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

Begitu juga dengan kes bakar gambar Menteri Besar Perak. Cepat sungguh polis mengambil tindakan, walhalnya ada yang bersikap kurang ajar,,kencing atas gambar Menteri Besar Kelantan...polis buat-buat pejam mata.

Kalau nak tunjuk, kita ni telus, adil dan mengambil kira keselamatan negara, polis kena bersikap adil dan jangan dipengaruhi mana-mana pemimpin politik atau lebih sesuai jangan hanya jadi polis UMNO/BN. Anda semua polis Malaysia dan bertanggungjawab kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. Jangan jadi polis India yang hanya menjaga pimpinan atasan India dan sanggup menindas rakyat tanpa mengenal erti keadilan.

Jangan biarkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN hamprak menjadikan polis seperti kuda tunggangan atau robot kontrol. Tunjukkan kewibawaan anda. Ingatlah...UMNO/BN bukannya akan menungkat langit memerintah Malaysia sampai hari kiamat...bila Pakatan Rakyat ambil alih..anda-anda semua akan dinaungi oleh Pakatan Rakyat pulak..

Puteri : Polis sedia berkhidmat..untuk negeri dan rakyat...jangan pula jadi macamni...polis sedia berkhidmat..untuk UMNO yang jahat....

Selongkar penyelewengan zaman dulu kala... duit GLC depa buat macam duit mak bapak depa..

Penyelewengan Yiked Kuari di zaman BN

Oleh: SAIBURI SUDIN

Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.

Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand.

Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Kedah Bakal Gugurkan Dua Import Gagal Bantu Pasukan Cipta Kemenangan


ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) — Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal menyingkirkan dua importnya yang tidak menyerlah dan gagal membantu pasukan itu mencipta gol kemenangan dalam empat perlawanan Liga Super 2012.

Dua import Kedah dari Brazil, Daniel Soares Neves Baroni yang bermain di posisi tengah gagal beraksi dengan baik manakala Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo tidak dapat beraksi kerana kecederaan pada kaki dan terpaksa berehat selama tiga bulan.

Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din berkata keputusan itu akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi kerana pihaknya sedang melakukan proses mencari pemain baru dari Afrika Selatan dan Korea. “Kita fokus kepada pemain di bahagian serangan dan pertahanan bagi memantapkan pasukan Kedah.

Kita lihat sekarang mereka main bagus tetapi tidak ada sebarang jaringan gol,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam Jumaat. Katanya KFA akan berusaha sedaya upaya mencari pemain import yang berkualiti sebelum 14 Feb bagi membolehkan pasukan itu merancakkan kempen Liga Malaysia tahun ini.

Pemain pertahanan Danilo Rafael sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC, Bangladesh dan Daniel Soares yang mewakili Cruzeiro E. Clube, Brazil dipilih berdasarkan prestasi cemerlang mereka sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha yang kecewa dengan prestasi anak buahnya berkata pihaknya bakal merombak semula posisi pemain dalam masa terdekat. Beliau berkata pemain berpengalaman seperti Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Badrol Bakhtiar juga gagal menyerlah kerana tidak berada pada posisi sebenar iaitu sayap kiri dan kanan ekoran tidak ada pemain di bahagian serangan.

Pada perlawanan malam Jumaat di Kedah kalah 0-3 kepada Kelantan di hadapan lebih 15,000 penyokongnya hasil jaringan dua pemain import Kelantan Mohammed Mahmoud Ghaddar, minit ke-35 dan Danny Atwi minit ke-90 serta Norshahrul Idlan Talaha minit ke-78. Dalam empat perlawanan sebelum ini,

Kedah gagal mencipta sebarang kemenangan apabila dua kali tewas dan dua lagi sekadar seri tanpa jaringan. Sementara itu, lebih 2,000 penyokong pasukan Kedah berhimpun di luar Stadium Darul Aman mendesak pihak pengurusan KFA terutamanya Khazali meletak jawatan serta merta.

Mereka berbuat demikian ekoran prestasi hambar pemain Kedah yang gagal mencipta sebarang kemenangan seperti yang diharapkan peminat tahun ini dan menyatakan KFA bertanggungjawab terhadap perkara ini. Khazali berkata beliau akan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan itu sekiranya pihak pengurusan tertinggi KFA mengarahkannya untuk berbuat demikian. “Saya bukan main bola tetapi hanya menguruskan pasukan dan saya bukan cari makan dengan bola. Saya bekerja secara sukarela dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menguruskan pasukan ini.

sumber: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newssport.php?id=641534 (21/01/2012)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...