TERKINI :

Saturday, January 21, 2012

Baguslah tuu Anak-Anak Penyamun Istihar Harta kat Bapak Penyamun...!!

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/R2Liv5-d7_I/AAAAAAAACvk/dLg6-4BYiY8/s200/nazri-nst-26.jpgSekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu.

Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat ‘public scrutiny’ seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Meneterri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola.

"Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau.

Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

"Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang.

"Tetapi kalau otak dan pemikiran masih lagi dalam acuan pemikiran jumud Umno walaupun mendabik dada kononnya pejuang aqidah seolah-olah hancur musnahlah aqidah semua orang tanpa beliau, tentulah Islam dan perjuangan memartabatkannya dilihat dari pemikiran yang sempit dan jumud," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, orang yang melihat Islam sebagai ajaran suci yang mencakupi semua ruang dan bidang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak mengeluarkan cakap-cakap tidak menggunakan akal yang menyesatkan orang lain.

"Tetapi, dengan pemikiran sempit ajaran Umno, keluarlah cakap-cakap menyesatkan kononnya maruah dipijak kerana tidak dapat memegang portfolion hal ehwal Islam.

"Sedangkan orang yang memijak-mihak maruahnya sendiri ialah orang tidak puas-puas mendedahkan sisi-sisi buruk dan jelik dirinya sendiri," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ikhlas memperjuangkan Islam.

"Bila kita memperjuangakan Islam, berusahalah untuk mengikhlaskan diri, tidak gila talak kerana tidak dapat jawatan lalu menjadi pengacau kerana sakit hati tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan seperti jawatan menteri besar dan sebagainya.

"Bagi melindungi sebab sebenar membuat kacau, pengacau sentiasa berubah-ubah alasannya membuat perangai, mula-mula dia mendakwa puncanya perkara ini, kemudian perkara itu dan selepas itu perkara yang lain pula.

"Hampir setiap hari bertukar-tukar sebab dan punca beliau menggelupur," katanya.

Mahfuz juga merasa geli hati melihat Umno berpesta di dalam media-medianya seperti orang mabuk seolah-olah mendapat "tangkapan yang lumayan".

"Kalau Umno ingat ia sudah mendapat tangkapan yang lumayan sebasgai modal kempennya, ia tentu amat menggelikan hati kerana apa yang dapat dicekup oleh Umno itu sudah ditolak oleh akar umbi sehingga tidak mendapat pencalonan dari akar umbi untuk terus menjadi wakil mereka," katanya.

Bagaimanapun, Mahfuz yakin Umno akan tetap "terkinja-kinja keseronokan dengan apa yang dicekupnya itu" walaupun menjadi bahan ketawa orang ramai.[HarakahDaily]

Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis

Anwar tetap berpegang kepada pendirian bahawa perbicaraan kes liwat beliau merupakan konspirasi politik. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air.

Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.

James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.

“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.

Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”

“Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.

Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara.

Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan “merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”

“Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.

Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.

Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.

Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.

“Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!” katanya melalu Twitter semalam.

Selamat Tahun Baru Cina - MB Kedah


Kisah RM3 Billion laa pulak...!!!!!

RM3 Billion Dari Arab Untuk Bantu UBN?

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SiFlUeXpXGI/AAAAAAAAFmg/nOQx0LQ_jG0/s1600/umno62.jpg
Cerita atau cakap-cakap Ha Najib Razak kini dalam keadaan resah gelisah bukan saja terbatas di kalangan orang politik yang jadi tukang syarah atau propagandis. Cerita itu juga mula dibawa atau dibualkan oleh pegawai tinggi kerajaan baik dalam perkhidmatan awam maupun tentera.

Dua tiga hari lepas saya makan nasi kerabu di Setapak bersama seorang kawan dan kawannya eorang bekas pegawai tentera. Sambil makan kami bercerita perihal politik negara. Pegawai tentera itu yang pernah berkhidmat sebagai atasi (atase) di sebuah negara jiran memberi tahu perihal laporan nyang disediakan oleh risikkan tentera mengenai kedudukan Najib dan UBN hari ini.

Ia sedikit mengejutkan saya dengan apa yang dicakapkan itu.

Katanya hasil risikan itu sikap dan penerimaan rakyat kepada UBN sekarang ini sungguh membimbangkan Najib. Begitu juga dengan pengaruh UBN di hampir seluruh negeri berada di bawah 60 peratus ke bawah. Menurutnya, Najib tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Katanya menurut laporan risik itu, dalam pilihan raya akan datang UBN bukan saja tidak mampu untuk merampas balik beberapa buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kini, tetapi parti itu juga kemungkinan akan hilang beberapa buah negeri lain. Ini paling mencemaskan.

Menurut kajian itu negeri yang mungkin akan berpindah tangan ialah Negeri Sembilan. Kedudukan UBN di negeri ini sungguh mencemaskan. Di samping itu risik yang bekerja langsung dengan Najib itu juga memaklumkan peluang UBN untuk mempertahankan Terengganu juga dalam keadaan 50 - 50.

Perak yang diambil menerusi rampasan kuasa menggunakan undang-undang, istana dan mahkamah juga akan terlepas semula kepada Pakatan Rakyat.

Manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor adalah amat sukar untuk UBN menawan atau merampas negeri berkenaan.

"Inilah yang memeningkan Najib," ujar kawan itu menceritakan apa yang diucapkan risik berkenaan.

Dalam pada itu menurut kawan itu seperti mana dibualkan oleh risik berkenaan UBN kini sedang mengumpul wang sebanyak yang mungkin. Sebanyak RM3 billion kini sudah pun ada dalam tangan dan wang berkenaan katanya dari Arab Saudi?

Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kawan itu dan akan ada maklumat baru dari pegawai tinggi tentera yang dikatakan berkhidmat langsung dengan Najib itu. Sedikit yang menjadi persoalan saya sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini, masakan risik berkenaan menjadi ringan mulut untuk mendedahkan keadaan itu? [wm.kl.10:27 am 21/01/12]

Mohd Sayuti Omar,

Bola Kedah - Tak kena tang mana....?? Ini jawapan Nizam Adha...

Playernya kah atau Pengurusannya kah atau Peminatnya kah..?

rakan facebook - Castbunny Hallucinogen

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/404303_10150535305139906_246271459905_8770731_1435398655_n.jpg
Semalam aku ada ckp dgn Baroni (serius ni wey) aku ckp dia main agk bagus dan dia ckp mmg tu posisi dia so dia puas hati.

Pastu kami segelintir penyokong menemuramah Nidzam Adha(ekslusif!).

Antara soalan yg kami ajukan adalah:-

*Adakah DKD msuk cmpur dlm taktikal? -Tidak sama sekali

*Kenapa Kedah bermasalah cmni?Adakah player ada yg x sekepala? - Tidak sama sekali.Semua player memberi kerjasama antara 1 sama lain

*Pengurusan teruk atau duit x ckup?- Yg tu kurang pasti

*Kenapa Kedah bnyk main bola tinggi? - Sy dh ajar supaya main taktikal sperti lain (membuat posisi segitiga/segi empat-short pass) tp depa msih main cmtu. Masih ada player yg takut bila atas padang sperti player baru.Khyrill dan Bad pun marah dan nasihat supaya player baru jgn takut

Kesimpulan yg aku dpt bg hasil temuramah kami adalah Kedah sememangnya kekurangan player! Tu luahan hati Nidzam Adha. Kita buang Syakir,Pelam,Azmi Muslim,Azlan Ismail,Pak Long,tp sapa yg msuk sbgai gnti di posisi depa?

Aku mampu tulis stakat tu shj.Klu ada kesilapan yg mana dgr skali interview tu,tlg perbetuikan.Klu ada yg nk tambah...... komen la noo..

Salam..

antara KUIN dan BOLA..punca Azizan tesungkoq....!!

oleh DepaKata.co.cc



http://4.bp.blogspot.com/__d10aNX-Dt4/TEPjfeBRY1I/AAAAAAAAFSs/GTIy4H0EuJU/s1600/azizan1.jpg
aduhai Azizan depa kata hang gedebe.... Depa kata hang pongouih.... Depa kata hang ketegaq..... Depa kata hang diktator..... Depa kata cenge.... Itu depa kata laaa... Tapi ini aku nak kata.... Hang sebenaqnya hebat di segi pentadbiran namun sekali sekala hang memang tak boleh pakai akai hang yg depa dok kata tuuu.... Dok gedebe tak kena tempat.....

Dengan akai yang depa kata tu lah akan menyebabkan hang akan tersungkoq pada pru13 nanti.... Pasai apa aku kata macam tu..sebab 2 benda tu iaitu KUIN dan BOLA ia merupakah sentuhan golongan dari anak muda... Anak muda yg mana nanti mereka merupakan pengundi majority.... Suara dan jiwa raga mereka dekat dengan 2 intitusi ini... Jadi paham-paham laa noooo...kalau hang dok buat kerja berlawan arus nie.... Kira hang dah berlaga dengan anak muda...

jadi lu pikir la sendiri....

www.depakata.co.cc

Karaoke kotak - Undang-Undang macam nie patut juga di jalankan di Kedah..!!

Henti karaoke kotak
ERMA YUSNIDA JUSOH
January 21, 2012
Karaoke

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat keputusan menghentikan pengeluaran lesen karaoke kotak selepas menerima laporan negatif dari pelbagai pihak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu mengenai operasi hiburan berkenaan.

Aduan yang sering diterima PBT tersebut ialah sebahagian besar pengunjung terutamanya remaja yang berhibur di pusat-pusat hiburan yang menyediakan karaoke kotak sering berperangai tidak sopan.

Tinjauan di sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar ini semalam, mendapati lebih 40 karaoke kotak tidak lagi beroperasi dan lengang berbanding sebelum ini.
Rata-rata pengunjung pusat beli belah yang ditemui menyambut baik keputusan MPK yang tidak membenarkan pusat hiburan itu beroperasi kerana ia lebih memberi kesan negatif terutama kepada golongan remaja.
Seorang pengunjung, Hamidah Abdullah, 39, berkata, keputusan MPK adalah tepat ketika orang ramai memandang serong kewujudan karaoke kotak itu yang seolah-olah menggalakkan orang ramai terutama golongan remaja bersosial.
“Karaoke Kotak ini biasanya menjadi pilihan golongan remaja dan mereka terdedah kepada perlakuan negatif seperti berpelukan bersama pasangan masing-masing dan ini memberikan pandangan yang kurang sopan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulong, berkata, keputusan menghentikan pengeluaran lesen kepada pengusaha terbabit berdasarkan aduan diterima.
Menurutnya, kewujudan karaoke terbabit menimbulkan rasa tidak selesa dan permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan maksiat adalah sebab keputusan itu dibuat.
“Namun begitu, kita masih membenarkan perniagaan karaoke yang berkonsepkan famili bagi memastikan operasi perniagaan itu lebih terkawal.
“Setakat ini, pengusaha terbabit akur dengan peraturan dan semua karaoke kotak yang beroperasi di beberapa pusat beli belah dan premis perniagaan tidak lagi beroperasi sejak awal tahun ini,” katanya.

Di Sebalik Yang Tersirat & Tersurat kelaku gedebe Azizan dalam bab AUKU..

AUKAKU.....

aku malas nk bancuh sebenarnya isu AUKU nih....tapi dok tengok ramai sangat dah dok pong pang ping pong macam-macam....aku pun nk bancuh lah serba sikit setakat yg aku paham....iku paham cara aku lah orang kampung ulu banat nih.....

semenjak dok heboh kes mahasiswa, depa balikkan pulak isu mahasiswa yg digantung dari KUIN...lepas tu dok kaitkan dgn PAS....kalau kaitkan dengan kerajaan negeri, itu memang patut sbb KUIN ada perkaitan dengan kerajaan negeri, tapi kalau dok kait dgn PAS....itu tak patut sbb benda2 yg depa dok cakap tu melibatkan pentadbiran, bukan melibatkan parti PAS....


sememangnya PAS menyokong pemansuhan AUKU secara total dan aku pulak mencadangkan supaya diwujudkan akta lain yg lebih mesra mahasiswa dan tidak menyekat pergerakan mahasiswa sebagai suatu golongan yg bakal mewarisi negara.....kalau tidak, negara ini akan diwarisi oleh puak2 penagih dadah, penyamun dan penyangak.....


berbalik pasai isu KUIN yg beberapa orang telah digantung dari pengajian akibat dari menyertai satu demonstrasi.....aku nk bancuh mcm ni lah....KUIN sebagai sebuah Kolej Universiti swasta diurustadbir oleh oleh lembaga tadbirnya yg berada di bawah kerajaan negeri Kedah....kena paham elok-elok...PAS bukan kerajaan negeri dan kerajaan negeri bukan PAS....PAS adalah parti yg menjalankan pentadbiran negeri mengikut peruntukan undang-undang sedia ada....manakala dalam kerajaan negeri adanya penjawat awam, ahli politik dsb yg tak perlu aku nk cerita banyak sbb bukan itu tujuan aku....

ringkasnya, KUIN atau mana2 kolej atau universiti yg ditubuhkan dalam Malaysia WAJIB akur kepada AUKU samada suka atau tidak....dan disebabkan itu juga lah, pentadbir KUIN atau mana2 kolej universiti perlu akur kepada peruntukan AUKU walaupun secara tidak langsungnya menentang dasar-dasar parti yg memperjuangkan kebebasan mahasiswa....ini kerana, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan undang-undang yg terpakai kerana ianya juga tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia...kalau kerajaan negeri suka-suka mengabaikan, ianya boleh mewujudkan natijah lain yg lebih besar dan membuka ruang kepada kerajaan persekutuan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri atau lebih teruk boleh mengheret KUIN ke mahkamah dsb yg memungkinkan lesen KUIN di tarik balik atau sebagainya tindakan....justeru, tindakan tersebut akan lebih merugikan seluruh pelajar KUIN dan akan lebih merugikan apa yg telah diusahakan selama ini......

ini juga tidak bermaksud meng'kambing hitam'kan pelajar yg telah pun dikenakan tindakan...tetapi bagi aku, tindakan bijak untuk menjaga maslahah yg lebih besar perlu dibuat, dan dalam tindakan itu...pasti ada pengorbanan yg perlu dilakukan....jika mengikut pertimbangan yg disebutkan oleh Dr Yusof al Qardhawi dalam kitabnya iaitu 'fi fiqh al awlawiyyat' ada menyebutkan....jika terpaksa membebaskan seorang panglima perang yg ditawan musuh dgn bakal terkorbannya seratus orang pejuang, ianya terpaksa dilakukan kerana panglima perang yg ditawan itu adalah yg terbaik dari seribu orang....sebegitu sekali yg terpaksa diambil bagi menjaga maslahah yg lebih besar dari maslahah yg besar.....

budak2 yg dikenakan tindakan tu sebenarnya diberi peluang utk membuat rayuan....kalau bagi yg ada akai, tentu boleh pikiaq apa sebab diberi peluang utk membuat rayuan dan apa sebab keputusan yg dibuat tidak dimuktamadkan dgn tidak dibenarkan membuat rayuan.....tapi apa sebab depa tak buat rayuan??? lepas tu dok hingaq tak ketahuan..... masing2 kena paham....ini soal pentadbiran, bukan soal politik....keputusan dibuat oleh lembaga tadbir yg dianggotai oleh bukan seorang...maka, dalam perbicaraan dan didapati bersalah, maka hukuman terpaksa dijatuhkan berdasarkan peruntukan undang-undang....lain lah kalau diputuskan tak bersalah, tetapi dijatuhkan hukuman jugak....itu zalim namanya

siasatan juga dibuat berdasarkan peruntukan AUKU...jika di dapati bersalah, maka keputusan dijatuhkan berdasarkan AUKU juga....apa sbb kena ikut AUKU...sebabnya adalah spt yg aku sebut di atas...tak perlu pengulangan....cumanya, diberikan ruang utk membuat rayuan....kalau depa buat rayuan, nah!!! masa itulah baru ada satu benda yg ramai pandai dok sebut "budi bicara"....masa tu, barulah boleh digunakan budi bicara dalam memutuskan hukuman samada ditarik balik atau diringankan....tetapi masih lagi perlu tertakluk kpd AUKU juga.....aku bagi contoh mudah ginilah....kalau seorang anggota polis berpakaian biasa (preman), naik motor tak pakai topi keledar....kena tahan dgn JPJ dan di saman....adakah saman tu tak laku hanya kerana dia anggota polis??? mau tak mau, kena bayar juga saman tu....

kemudian, polis tu tak bayar...dan kena naik court...bila pi mahkamah...ngaku salah dan hakim jatuhkan hukuman denda RM300...lepas tu, hakim bagi peluang nk merayu....kalau yg jenis tak mau pikiaq, tentu kata hakim tu bodo sbb dia yg jatuh hukum denda RM300...tapi bagi pulak peluang merayu....awat tak hukum terus denda RM150...tak payah rayu dah, tak payah buang masa....ha!!! itulah aku kata, ini prinsip undang-undang...bila dah jatuh hukum ikut undang-undang, kemudian dibenarkan merayu dan dibuat rayuan....barulah hakim boleh gunakan budi bicara utk kurangkan denda atau hukuman....tapi kalau hakim tu awal2 lagi dah bagi gunakan budi bicara hukum denda RM150 dan tak benarkan rayuan....jenuh hakim tu nk tulis notis penghakiman dia....nk cerita sebab musabab RM150 dikenakan (sedangkan peruntukan undang-undang sebut maksima RM300), hakim juga nk kena explain apa pasai tak benarkan rayuan (sedangkan dalam undang-undang ianya dibenarkan)....hangpa jgn ingat senang mcm aku dok bancuh nih.....

come on lah mahasiswa ooi....jgn dok heret benda2 melibatkan pentadbiran ke kancah politik mcm ni... memang PAS sokong 100% utk memansuhkan AUKU dan memberi peluang kpd kebebasan mahasiswa... tp pada masa yg sama, hangpa kena paham konsep federalisme....bukan boleh dok lawan ikut suka....kalau kerajaan negeri boleh buat ikut suka, dah lama dah aku minta MB boh pagaq keliling negeri Kedah....org luaq Kedah nk masuk negeri Kedah....kena daftar nama...kena check-in dan check-out

sapa tak setuju dgn aku....pi bancuh sendiri....jgn dok hingaq tak ketahuan hala mcm anak ayam buta

sikit tambahan....itu sbbnya PAS hanya menyokong sebarang gerakan mahasiswa menentang AUKU, dan bukannya menentang pentadbiran KUIN atau pentadbiran mana2 universiti pun....lembaga tadbir universiti atau kolej ni hanya menjalankan peruntukan yg telah ditetapkan....depa ni hanya drebar....dok marah kt drebar boleh jadi apa??? kena marah yg pengeluar kereta atau tuan punya kereta lah....itu baru betoi.... yg kuatkuasa AUKU adalah kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.....kalau hangpa nak sangat mansuhkan AUKU di Kedah....suruh ja kerajaan negeri tutup KUIN....tak perlu tertakluk dah kpd AUKU...lagi senang..

http://bancuh.blogspot.com/2012/01/aukaku.html

Aduhaiii... Gua nak kata aman macamana bumi Malaysia nie.... Tengah Solat pun depa bantainya..!!!

Kena samun ketika solat
Wartawan Sinar Harian
January 20, 2012
Kena samun ketika solat

SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.

“Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

“Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Hadir sama, Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Halim Mat Jelani

Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.


Adik Aminah turut ditumbuk

Kejadian malang yang menimpa Aminah turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah.

Aisyah berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.

Jelasnya, setelah selesai solat, secara tiba-tiba, dia ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.

"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.

Kata Aisyah, kedua-dua lelaki berkenaan sempat mengunci kembali pintu rumahnya sebelum melarikan diri.

“Kedua-dua lelaki itu sempat mengunci kembali pintu sebelum anak saudara kami, Nazri Zakaria, 43, datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi tadi (semalam), ”katanya.

Aisyah berkata, anak saudaranya mereka terus membawa kedua-dua warga emas itu ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebaik sahaja menyedari ibu saudaranya disamun serta dicederakan.

“Kejadian awal pagi tadi (semalam) menakutkan malahan kami adik-beradik masih trauma akibat kejadian itu.

“Mungkin dalam tempoh tertentu kami akan berada di rumah saudara kerana bimbang kejadian itu akan berulang kembali,” katanya.


Dua lelaki diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohamad Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan membuat laporan di IPD Hilir Perak, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan anggaran kerugian yang dialami warga emas berkenaan kira-kira RM2,500.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan usaha mencari suspek sedang giat dijalankan oleh pihak kami,” katanya.

Kejadian malang yang dialami dua warga emas berkenaan mendapat perhatian Ketua Kampung Permatang, Abdul Halim Abdul Rashid, 50.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan berharap

permohonan kampung tersebut memasang lampu jalan dapat diluluskan dengan segera.

Menurutnya, keadaan beberapa jalan di kawasannya gelap pada waktu malam menyebabkan rumah penduduk berhampiran laluan berkenaan menjadi sasaran penjenayah.

"Kami sering mengadakan rondaan pada setiap malam, tetapi tidak menyangka penjenayah akan bertindak pada awal pagi.

“Mungkin selepas ini saya akan memastikan rondaan akan dijalankan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali,” katanya.

Keputusan Liga Super dan Perdana






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...