TERKINI :

Friday, January 20, 2012

Pastikan ini musim terakhir buat Azizan..!!

Wartamaya@MB Kedah ... apa lu cerita?


Rasanya cakap pun tak guna, kutuk pun tak guna. Azizan tu tak kan paham mende pun. Besar sangat pangkat MB tu? Sebab pangkat seperti sudah menutup akal. You're finished !

Pastikan ini musim terakhir buat Azizan

Aku tau bukan aku keseorangan dalam hal ni .. !
Peringatan Buat MB Azizan Razak - Cipan, Tapir & Tenuk (C++): 

Bongkar !! Apa ada di rumah ANWAR IBRAHIM..??

Rumah Anwar Dikunjungi Semula

Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II benar-benar melonjakkan semangat rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat. Betapa tidak, mereka yang sebelum ini menyepi atau memerhati dari jauh mengenai nasib dan masa depan politik Anwar kini sudah mendekati balik, kembali semula menjadi tetamu setia Anwar.

Mereka telah mendapat suntikan dan keyakinan baru dari pembebasan Anwar itu.

Tiga tahun - sepanjang perbicaraan tuduhan liwat II itu pengaruh atau sokongan ke atas Anwar agak berkurangan. Penyokong jadi tidak berapa bersemangat, kecuali mereka yang setia kepadanya. Majlis solat hajat dan munajat yang diadakan setiap malam Jumaat di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur tidak semeriah semasa Anwar di pecat dari Umno 3 September 1998.

Ketika itu penyokongnya berkampung dan berkhemah di rumah Anwar di Bukit Damansara. Solat hajat dan munajat dihadiri ratusan penyokong dan keluarga terdekatnya. Persekitaran rumah Anwar umpama 'jenawari', (pesta kenduri). Perkarangan rumah bakal PM itu juga menjadi medan tempat para peniaga seperti buku, kaset dan cenderamata refomasi mencari rezeki.

Berlainan di sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat II. Sesekali apabila saya ikut sama membaca yassin dan bersolat hajat timbul juga rasa bimbang dan cemas. Ada kalanya yang hadir tidak sampai 50 orang. Manakala muka-muka yang datang tidak pernah jemu adalah muka yang sama. Cam sangat. Ustaz Shamsul lah menjadi imam besar dan khas membimbing bacaan yassin dan munajat.

Kalau Shamsul bermasalah, Apandi Jeli yang menjadi imam dan membimbing bacaan yassin. Apandi seakan menjadikan tanggunjawab dia hadir ke rumah Anwar. Dalam satu tazkirah ringkas beliau pernah memberi tahu, sepanjang malam dia bersolat hajat untuk kebebasan Anwar.

Di celah-celah itu ada juga diganti dengan imam-imam atau penceramah tazkirah jemputan dari Indonesia atau pun Timur Tengah.

Tidak kira sama ada Anwar ada atau tidak, setiap Jumaat mesti bermunajat dan berdoa memohon keampunan Allah agar menyelamatkan Anwar. Dalam hal ini orang paling sibuk menguruskan dan mengundang teman-teman Anwar dan penyokong rapat ialah adiknya Rosli Ibrahim. Anwar bertuah mempunyai seorang adik seperti Rosli yang tidak tahu penat dan berputus asa dalam usaha membebas dan menyelamatkan Anwar.

Majlis kesyukuran malam tadi yang diisi dengan bacaan yassin agak berbeza dengan majlis sebelum ini. Seperti saya katakan tadi ia sudah berbeza. Ramai yang hadir meraikan majlis kesyukuran malam tadi. Angkanya sudah bertambah. Yang hadir bukan saja yang tingga sekitar Segambut dan menjadi tetamu setianya tetapi ada yang datang dari Sabah.

Muka-muka yang sebelum ini sudah lama tidak nampak muncul kembali. Malam ini penyokong Anwar bercampur kembali. Inilah yang saya katakan pembebasan itu memberi suntikan baru. Ia membuka semula pintu perjuangan untuk menuntut keadilan dan kebenaran yang sebelum ini hampir tertutup.

Di sinilah mungkin terlalu awal untuk saya menyatakan sesuatu kepada Anwar untuk beliau tidak mudah leka dengan kunjungan dan sokongan ramai yang bakal membuak selepas ini. Hendaknya beliau akan tetap mengenal mana tetamu yang muncul di hujung perjuangaan, saat berjaya dan mana tetamu yang setiap malam Jumaat menumpahkan air mata kerana memohon kepada Allah untuk pembebasannya.

Saya tetap yakin tetamu dan pendokong Anwar akan lebih ramai lagi selepas ini. Majlis malam tadi dihadiri sama oleh beberapa sahabat awal Anwar baik semasa dalam kerajaan ataupun Abim. Tetapi yang agak merujakan saya ialah kehadiran Timbalan Presiden Amanah, Abdul Kadir Sheikh Fadzil. [wm.kl.5:42 pm 20/01/12]

Kes Liwat II masuk mahkamah balik..!!

AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat II

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".

Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.

Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang, adalah terlaksana.

"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar. Kepada Allah saya berserah," tulis Saiful.

Baru edar beras cap "Tok Bashah" dah yakin tawan Kedah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


(Sumbangan ikhlas..Ikhlass jangan tak ikhlasss, ikhlas politik)

Bakal MB Kedah dalam khayalan, Tok Mat Bashah yakin BN akan tawan Kedah kerana kununnya rakyat tak menolak PR. Tabik Tok Bashah, macam tuulah kalau angan2 nak jadi MB kena pamerkan keyakinan tu pada rakyat, baru rakyat nampak kesungguhan BN walaupun hakikatnya nak jadi calon Bakaq Bata pun belum tentu lagi. Maklumlah gerakan BBBBB atau 5B semakin kuat sekarang ni. Gerakan Buang Bashah Bertanding Bakaq Bata dipelopori oleh orang-orang UMNO bahagian Alor Setar sendiri.

Politik diri sendiri pun belum tentu selamat, ada hati nak komen kononnya PAS sedang berpecah. Kesian kat hang Mat Bashah woii.

Keyakinan nak tawan balik Kedah dibuat selepas edar beberapa kampit beras cap Mat Bashah kepada penduduk sempena Tahun Baru Cina. Empat tahun jadi YB, hulog sekampit beras kat pengundi dah yakin nak tawan Kedah? Keh kehh kehhh...


- Posted using BlogPress from my iPad

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?

Harakahdaily, 20 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau.

Ust Azizan gedebe cari penyakit laksanakan AUKU di KUIN..

pleh anakkedah007


kalau Ust.Azizan terus berkeras utk melaksanakan AUKU di KUIN......PRU13 nih comfom ank muda akan bertukar angin !!! x lma g mybe akn bertukar MB !! isu ini sedikit sebnyak menjejaskan Pakatan Rakyat krna dlm buku Jingga PR menjanjikan akn memansuhkan Auku klau PR bleh memerintah.....hmm...tak tau la ust.Azizan weii...

Sorang parasit dah kena tendang....Lepas ni kita tengok siapa lagi parasit yang bakal kena tendang

"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.
Segalanya nampak macam elok dan baik. Cumanya terdapat beberapa persoalan dari kenyataan terbaru Ustaz Nasaruddin Mat Isa ini:
1.0 Apakah dengan dialog ini boleh menyelesaikan masaalah korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa sekarang ini?

2.0 Sekiranya boleh berdialog, apa perlunya PAS wujud? Tidakkah kewujudan PAS itu adalah sebagai mengganti tempat UMNO di dalam memimpin orang Melayu/Islam?

3.0 Apakah selama 50 tahun kebelakangan ini, PAS tidak pernah berdialog dengan UMNO?

4.0 Mengapa Ustaz Nasa tidak sebut banyaknya platform yg PAS telah gunakan untuk berdialog dengan UMNO dalam kaedah yang tidak membawa fitnah seperti:
a. Persidangan di Parlimen yg berlaku beberapa kali setahun
b. Persidangan di Dewan2 Undangan Negeri seluruh Malaysia
c. Program2 seperti forum dan wacana yang berlaku sepanjang tahun
d. Perbincangan melalui media-media milik UMNO dan milik PAS.
e. Perbincangan di dalam JK2 Parlimen dan DUN dalam berbagai2 aspek
dan banyak lagi platform2 yang PAS berdialog dengan UMNO.
PAS BERDIALOG DENGAN UMNO BANYAK KALI DALAM SATU TAHUN
Soalnya adalah mengapa isu ini ditimbulkan oleh ustaz Nasa?
Mengapa isu mengecilkan perbezaan dengan UMNO disebut oleh Ustaz Nasa?
Adakah demi memperkecilkan perbezaan, maka PAS akan tutup mulut dan mata dalam isu-isu seperti:
1.0 NFC dan lembu RM250 juta
2.0 Kehilangan wang FELDA RM3 billion
3.0 Fitnah Liwat 2 ke atas Anwar Ibrahim
4.0 Rampasan kuasa di Perak
5.0 Pemberian lesen judi bola kepada Vinsetan
6.0 Penggunaan JPA untuk mensabotaj kerajaan negeri Selangor
7.0 Pemberian 10 lesen judi dalam bulan pertama Najib menjadi MoF
8.0 Pembelian kapal selam Scorpene yg tidak tenggelam
Sekiranya PAS mengikut agenda Nasaruddin Mat Isa ini, maka:
1.0 PAS akan berhenti jadi bakal pengganti UMNO tetapi lebih kepada rakan dialog
2.0 PAS tidak boleh lagi menentang kemungkaran2 yang dilakukan oleh UMNO kerana pentingnya jurang perbezaan UMNO-PAS dikecilkan
3.0 PAS tidak perlu lagi wujud sebagai parti politik. Cuma perlu wujud sebagai NGO yang bisa mengadakan dialog bersama kepimpinan UMNO secara berkala
Bagi Tulang Besi, jelas Ustaz Nasa telah menjalankan agenda UMNO dan menguntungkan UMNO sepanjang selepas 2008.

Di waktu yang sepatutnya PAS bergerak gagah menyerang dan mengalahkan UMNO, terdapat ustaz nasa, yang menjadi Timbalan Presiden UMNO, mengorak langkah "mengurangkan perbezaaan".

Jelaslah, ustaz nasa telah berfungsi sebagai agen UMNO terutamanya selepas keputusan 2008.

Tak hairanlah, Ustaz NAsa adalah kepimpinan PAS yang pertama mendapat dossier kes Liwat 2 terus dari Pak Lah dan telah membentangkannya kepada pimpinan PAS.

Dengan kata lain, Nasaruddin Mat Isa mendedahkan kepada kita, kumpulan beliau yang mencintai agenda mahu merapatkan PAS dan UMNO ini adalah PARASIT sebenar dalam PAS.

Sorang parasit (Hasan Ali) dah kena tendang. Lepas ni kita tengok siapa lagi parasit yang bakal kena tendang

Tulang Besi

UMNO tension sebab jawatan EXCO Agama MB yang pegang...

MB: Ubah portfolio perlu kerana pelbagai faktor
AHMAD NORMAN ABU TALIB
January 19, 2012

KUALA LUMPUR - Perubahan portfolio Exco yang dibuat semalam mengambil kira beberapa faktor antaranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semakin hampir serta bagi memastikan pengurusan pentadbiran lancar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama kerana adalah tidak adil sekiranya Exco yang baru yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi diberikan tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, sebagai Exco baru Dr Ahmad Yunus memerlukan masa untuk memahami sistem yang ada.

Dr Ahmad Yunus kini memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

“Keputusan dibuat mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal pentadbiran dalam pengurusan dan sekarang masa hanya tinggal tidak lebih setahun menjelang pilihan raya.

“Berdasarkan spekulasi mungkin ia tidak lebih dari enam bulan, jadi sukar bagi Exco baru untuk melaksanakan tugasnya,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dan ramah mesra bersama penduduk Kampung Baru di sini malam tadi.

Abdul Khalid berkata, tugas Exco Hal Ehwal Agama digalasnya kerana setiausaha Kerajaan Negeri dan penasihat undang-undang terdiri daripada ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), maka ia memudahkan beliau untuk memantau perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berkata, rombakan tersebut perlu dilakukan setelah mengkaji faktor-faktor tersebut.

Isu Auku: PAS Kedah hanya cakap kosong, kata SMM

NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 18, 2012
KUALA LUMPUR – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dikatakan sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata, janji Pas bersama rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini yang kononnya mendesak Putrajaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) hanyalah janji kosong semata-mata.

“Kami dah tidak mahu menyerahkan memorandum lagi kerana sudah terlalu banyak memo yang diberikan, justeru sekarang kami mendesak pihak Pas untuk campur tangan isu Kuin kerana sampai sekarang tiada kenyataan rasmi yang mewakili kerajaan Kedah.

“Di mana pendirian Pas Kedah yang juga mewakili PR yang selama ini dicanang-canang konon mahukan kebebasan akademik dan tidak guna pakai Auku, tapi apa yang berlaku sangat bertentangan,” katanya pada sidang media.

Lima penuntut Kuin yang didakwa di bawah kesalahan Auku itu dikatakan melakukan kesalahan menyertai demonstrasi dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester bermula Jun tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan, penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.

“Kebebasan mahasiswa bersuara semakin ditindas, semalam 'road show' kami di Kuin juga dihalang daripada masuk ke dalam kolej, kami hanya boleh berjumpa di luar kolej saja, ini sangat bertentangan dengan hak kebabasan akademik," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat Pas sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.

Jom derma Darah - HSB perlukan bekalan darah

ALOR SETAR 19 Jan. - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini merayu orang ramai menderma darah bagi menampung keperluan di hospital itu.

Pengerusi Lembaga Pelawat HSB, Ramli Mohd. Yunus berkata, lazimnya keperluan darah meningkat setiap kali musim perayaan, termasuk ketika sambutan Tahun Baru Cina.

"Selain untuk membantu kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, kes-kes untuk merawat pesakit thaleseamia, kanser, penyakit jantung dan hati turut memerlukan bekalan darah," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Katanya, derma darah boleh dibuat di aras satu, Jabatan Transfusi HSB yang beroperasi Ahad hingga Khamis mulai 8 pagi hingga 5 petang.

"Selain itu, Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan jabatan itu dibuka 10 pagi hingga 4 petang," ujarnya.

Mendapat Keredhaan Allah.....

Sesiapa yang istiqamah dalam empat perkara maka ia akan mendapat keredhaan Allah swt:

1- YAKIN HANYA KEPADA ALLAH SWT yakni memberi rezeki,memberi kemudharatan dan segalanya dari Allah swt. Selain daripada Allah swt tidak akan dapat memberikan manfaat dan kemudharatan tanpa izin Allah swt.

2. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT SEMATA-MATA.Yakni menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan telah melakukan yang terbaik, maka yang selebihnya diserahkan kepada Allah swt.

3. IKHLAS HANYA KEPADA ALLAH SWT. Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan hanya untuk mendapat balasan Allah swt tanpa ingin mendapat pujian dan balasan daripada makhluk Allah yang lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...