TERKINI :

Thursday, January 19, 2012

UMNO tanya DAP jawab.......

Soalan-soalan lazim mengenai DAP

Adakah DAP anti-Melayu dan anti-Islam?

DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang secara terang-terangan mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas. Hakikat ini termakbul dalam perlembagaan parti DAP yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang paling agung di negara kita.

Apakah pendirian DAP mengenai konsep ‘negara Islam’?


DAP merupakan sebuah parti yang berpolitik sekular. DAP menegakkan dan melaksanakan apa-apa yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan serta menyempurnakan hak kepada umat Islam dalam pentadbiran negeri (Pulau Pinang) dan memelihara hak agama-agama lain untuk diamalkan. DAP tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya.

Adakah DAP ingin menubuhkan sebuah ‘negara Kristian’?


Seperti yang sudah dijelaskan, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.

Adakah DAP menyokong seorang Perdana Menteri beragama Kristian?


Walau pun Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Perdana Menteri dilantik daripada mana-mana kaum dan agama, DAP tetap akan menyokong seorang pemimpin Melayu yang berwibawa, beramanah dan berprinsip sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini adalah berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.

Adakah DAP komunis atau mempunyai unsur komunis?


Fahaman komunis adalah satu idelogi yang ditolak sepenuhnya oleh DAP and pimpinannya sejak ia ditubuhkan pada 1966. Ideologi DAP adalah demokrasi sosial yang mengambil jalan tengah dalam aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial.

Dalam satu wawancara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah berkata bahawa kemunduran negara China dalam tahun 1960-an dan 1970-an adalah akibat daripada dasar komunisme yang tidak membawa manfaat malah melembabkan daya saingan negara tersebut. Baginya, sistem komunis akan mengakibatkan rakyat menjadi malas dan ekonomi hancur.

Adakah DAP mahu memansuhkan kedudukan istimewa Melayu?


Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Adakah DAP ingin menggantikan dasar tindakan afirmatif seperti DEB dengan dasar meritokrasi?


Sebagai sebuah parti demokratik sosial, salah satu dasar yang terpenting adalah kebajikan sosial dan masyarakat. Oleh itu, dasar tindakan afirmatif adalah selaras dengan pendirian DAP. Akan tetapi, ia wajib dilakukan atas dasar keperluan dan bukan mengikut kaum atau agama. Pokoknya, manfaat harus disampaikan kepada golongan yang miskin dan terpinggir, dan bukan golongan yang mempunyai kabel politik. Yang DAP pertikaikan tentang DEB ialah pelaksanaannya yang gagal membantu orang miskin secara menyeluruh, sebaliknya cuma melahirkan segelintir jutawan-jutawan kroni.

Kesimpulannya, DAP menyokong dasar-dasar tindakan afirmatif yang dapat membantu rakyat miskin mendapat pertolongan dalam pendidikan, perumahan dan lain-lain lagi, tanpa mengira kaum atau agama. Keperluan menjadi keutamaan untuk diberi bantuan manakala pencapaian dan merit perlu dijadikan ukuran kelayakan.

Adakah DAP parti cauvinis yang hanya memperjuangkan hak kaum Cina semata-mata?


DAP terbuka kepada semua bangsa dan kaum. Malah, DAP kini mempunyai bilangan wakil rakyat daripada kaum India yang terbanyak antara semua parti di Malaysia. Sungguh pun begitu, kebanyakan ahli DAP memang berketurunan Cina. Belum ramai Melayu menyertai DAP akibat daripada tekanan dan kekangan oleh media arus perdana, terutamanya media Bahasa Malaysia, yang telah sekian lama memomokkan DAP di kalangan orang Melayu. Sebaliknya, kerana maklumat dapat disemaikan dengan lebih tulus dan matang dalam media bahasa Cina yang tidak dikawal seketat media lain, maka lebih ramai ahli dan penyokong dapat dipikat daripada kalangan rakyat berbahasa Cina.

DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama. Ia berjuang demi keadilan sosial, kebebasan dan peluang saksama tanpa mengira kaum atau agama. Kini DAP sedang berusaha lebih kuat untuk meningkatkan pendekatan terhadap semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, Kadazandusun, Iban, Bidayuh dan kaum-kaum Bumiputera lain.

Pernahkah DAP mempunyai pimpinan dan calon-calon Melayu?


Dalam sejarah DAP sejak penubuhannya pada tahun 1966, terdapat ramai pemimpin dan calon-calon daripada berbilang bangsa termasuk Melayu. Malah, DAP telah menurunkan calon-calon Melayu dalam setiap pilihan raya umum yang telah ditandinginya sejak 1969.

Seramai 6 wakil rakyat Melayu daripada DAP telah memenangi kerusi-kerusi dewan undangan negeri serta parlimen, termasuk Ibrahim Singgeh dan Ahmad Nor. Selain itu, Senator Dewan Negara yang pertama daripada DAP merupakan seorang Melayu, iaitu Tunku Abdul Aziz yang merangkap Naib Pengerusi DAP. Beliau seorang bekas presiden badan anti-rasuah yang terkemuka Transparency International dan pernah menjadi penasihat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Adakah DAP menggalakkan orang Melayu menyertainya?


Kecil tapak tangan, nyiru DAP tadahkan. DAP mengalu-alukan sesiapa sahaja warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang mahu sama-sama berjuang untuk mengubah negara supaya menjadi lebih baik, lebih aman, lebih stabil, lebih adil, lebih demokratik, lebih bebas, lebih berpeluang saksama, lebih makmur dan lebih maju, untuk menyertai parti.

Adakah DAP menggalakkan wanita menyertainya?


Sebagaimana DAP menggalakkan penyertaan dari mana-mana individu pelbagai latar belakang yang percaya kepada sistem demokrasi dan keadilan sebenar, DAP juga amat memerlukan tenaga wanita untuk sama-sama berjuang. DAP menghormati prinsip kesaksamaan gender dan mahu wanita berperanan besar dalam usaha mengubah Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.

Benarkah DAP memperalatkan PAS dan PKR?

Bukan sahaja tidak benar, malah tuduhan ini yang sering dilemparkan oleh UMNO cuba menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan PKR tidak bijak, boleh berfikir sendiri dan tidak faham politik. Niat tuduhan ini ialah untuk menimbulkan kecurigaan dan rasa was-was orang Melayu terhadap DAP. Matlamat tuduhan ini ialah supaya Pakatan Rakyat berpecah-belah dan ini akan memudahkan UMNO terus memerintah negara ini bersama 12 lagi parti komponen Barisan Nasional yang hanya mengikut sahaja kehendak UMNO.

Isu madrasah Salihiah - Bab ROBOH pakat hingaq.. Bab nak bina baru awat tak hingaq..?? : MB


Perisytiharaan harta - Nazri pembelit bagi alasan 'gampang' untuk mengatakan tidak..!!

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

NONE"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Kak ROS dah jadi GAME..!!

Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Pengguna alat elektronik Apple, - iPod, iPad dan iPhone kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEPermainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulan”.

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama adasebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

NONESetiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Ini dia punca dok kata Anwar sokong Gay..!!!

Memang lapok pun undang2 liwat di Malaysia.. UMNO nak anggap ia lebih mulia dari undang2 Allah?



KEADILAN menggesa rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya tidak terpedaya dan terpegaruh dengan fitnah baru yang dilemparkan Umno, kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hubungan sejenis di negara ini.

Fitnah yang disebar melalui media Umno seperti Utusan Malaysia itu memetik jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC), kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Kenyataan tersebut berbunyi "We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant.

We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that.

I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated,"

"Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis)," jelas beliau.

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," kata Ahmad Kassim.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," katanya.

2,095,556,344.18 - Ini nombor ekoq MB KEDAH bagi suruh puak pembangkang pie tikam esok..!!!

Kisah mula-mula PAS ambilalih kerajaan dulu

Oleh: SAIBURI SUDIN

Sebaik Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa Mac 2008, tunggakan hutang kerajaan terdahulu ialah sebanyak RM2,095,556,344.18!

Kira-kira ¾ dari peruntukan untuk ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri sudah habiskan, hanya dalam masa dua bulan pertama 2008. Semacam ‘sudah tahu’ bahawa hayat kuasa mereka setakat 8 Mac 2008.

Terdapat kira-kira 99 buah syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, dimana kira-kira separuh darinya adalah syarikat yang sudah tidak berperanan tetapi tidak ditutup. Terdapat sebahagian syarikat yang termasuk dalam kategori hidup segan mati tak mahu. Syarikat tersebut tetap mempunyai kos penyelenggaraan setiap tahun, sekalipun tidak beroperasi.

Empat buah syarikat utama yang bernaung di bawah kerajaan negeri Kedah iaitu Yayasan Islam, Permodalan Kedah Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar Incorporated. Setiap empat induk utama itu, mengandungi berpuluh pula anak syarikat di bawahnya.

Amanah Saham Kedah, di bawah PKB, memulakan operasi dengan pengumpulan modal sebanyak RM400,000.00. Sahamnya adalah dari duit rakyat, termasuk orang-orang kampung. Sahamnya jatuh merudum, sehingga nilainya tinggal kira-kira RM30,000.00 sahaja.

Sekalipun mengalami kerugian, elaun lembaga pengarah terpaksa dibekalkan ialah sebanyak RM400,000.00 setahun. Mereka terdiri dari tokoh-tokoh politik UMNO.

Banyak lagi lantikan dalam GLC yang berupa ehsan politik. Ketua Puteri UMNO Kedah, Shahanim Yusof adalah merupakan Pegawai Khas Menteri Besar sewaktu era Dato’ Seri Mahdzir Khalid, bagi urusan GLC. Tetapi dalam waktu yang sama dia juga adalah lembaga pengarah kepada beberapa buah GLC.

Ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang ditempatkan dalam GLC sedangkan syarikat tersebut tidak membuat untung pun serta mereka pula bukan professional di bidang tersebut. Elaun yang diterima amat mengejutkan dan juga menakutkan. Begitu banyak duit rakyat dibazirkan oleh kepimpinan kerajaan BN dahulu.

Contohnya, Kumpulan Ladang yang menempatkan tokoh-tokoh UMNO terpaksa menyediakan elaun lembaga pengarah sebanyak RM 760,000.00 setahun.

(Nanti kita cerita sikit demi sedikit... takleh banyak2 sangat, biag faham satu, satu)

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar?

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar? Sabtu lalu, Najib telah untuk kali ke-tiga dicabar oleh Anwar untuk berdebat. Tiada jawapan daripada Najib. Najib nampaknya lebih berminat untuk menyendiri disebalik bayangannya dan melemparkan batu. Ada nama untuk orang begitu: pengecut.

Najib yang dikelilingi penyokong dan pempropaganda daripada media arus perdana seperti The Star, NST dan Utusan telah memberanikan diri bersuara mengenai polisi yang dicadangkan Pakatan.

Beliau dengan tiada rasa bersalah, mengenepikan rasa hormat diri dan maruah dan bertindak seperti budak sekolah nakal serta melaungkan kata-kata hinakepada Anwar dari tempat yang selamat. Tetapi Najib enggan bersemuka dengan Anwar dalam suatu debat terbuka kerana beliau tidak ada kekuatan untuk melakukan yang demikian.

Berselindung bermaksud pengecut

Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia kerana mendapat seorang Perdana Menteri pengecut. Jika Najib mempunyai keyakinan pada polisi beliau, tiada sebab beliau takut untuk ia diperiksa dengan melakukan perdebatan. Kesimpulan yang kita boleh buat mengenai polisi Najib adalah ia tidak akan dapat berhadapan dengan zaman kritikal reformasi politik dan ekonomi

Tiada reformasi sebenar yang ditegakkan dalam kebebasan politik itu. Najib dan pasukan beliau sedang bermain-main dengan perundangan dan semantik sedang mereka sebenarnya masih mencengkam kebebasan rakyat. Najib akan mengekalkan Akta Perhimpuanan Aman beliau. Tidak perlu beliau menyajikan kita dengan pengumuman penuh sandiwara beliau seperti dilakukan pada Hari Malaysia. Tiada yang kukuh dalam apa yang dilaungkan beliau. Najib hanyalah seorang penipu.

Penipuan

Dari segi ekonomilah Najib paling banyak berbohong kepada rakyat. Beliau enggan mengakui bahawa polisi ekonomi beliau telah gagal dan pertumbuhannya akan menjadi perlahan pada 2012. Beliau tidak memberitahu nilai inflasi sebenar dan ia bukanlah pada 3.3% seperti yang dicanangkan Bank Negara. Beliau enggan mengakui impak kelembapan globalisasi dan Asian terhadap export Malaysia dan berbuat seolah-oleh ia tiada kesan terhadap kita.

Projek ETP Najib tidak berbaloi dan GTP beliau juga suatu penipuan. Ada di antara program ETP beliau itu tidak pun di Malaysia. Apalah gunanya projek sistem penerbangan MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) di Hyderbad untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia? Pemandu dibawah Idri Jala adalah lebih sedikit daripada mencantikkan nombor yang membolehkan ia berjumlah kepada apa sahaja yang dikehendaki. Idris Jala adalah yang terakhir mentadbir MAS di mana beliau telah menunjukkan banyak peningkatan sehinggalah dia meninggalkan MAS.

Beliau menjana keuntungan bukan dengan menambahbaik operasi atau jualan tetapi menghentikan penerbangan ke desitnasi-destinasi tertentu dan menjual bangunan. Apabila beliau meninggalkan MAS, segala langkah-langkah pemulihan beliau tidak bertahan dan MAS kembali kepada keadaan asal. Perkara yang sama akan berlaku kepada Malaysia sekiranya Najib dibiarkan terus mentadbir ekonomi negara selepas pilihanraya.

Sekiranya Najib tidak bersetuju dengan analisis ini, berdebatlah dengan Anwar. Beliau akan berpeluang untuk menyoal Anwar mengenai polisi Anwar juga. Tetapi Najib tidak akan melakukan perkara ini dan Malaysia akan menjadi lebih miskin sekiranya kita terus memilih beliau mentadbir untuk 5 tahun yang seterusnya.

Malaysia Chronicle

Isu madrasah Salihiah - Jika mahkamah kata jangan roboh tak pa kita takan roboh tapi projek Aman Central tetap berjalan - MB

Keputusan mahkamah tidak akan halang projek Aman Central
Wartawan Sinar Harian
January 19, 2012
MB KEDAH

ALOR SETAR - Sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek Aman Central berharga RM500 juta akan dilaksanakan mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lepas untuk menghalang madrasah itu dirobohkan akan mengubah pendirian mereka.

Writ saman tersebut akan didengar pada 6 Februari ini.
"Saya fikir masalah ini akan selesai...projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

"...jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang," kata Azizan.
Beliau yang ditemui pemberita selepas jamuan dan penyampaian buah limau kepada masyarakat Tionghua yang bakal menyambut Tahun Baru Cina beberapa hari lagi di sini petang semalam berkata Aman Central bakal menjadi seperti Orchard Road, Singapura.
Katanya sebuah hotel lima bintang jua akan dibina di tapak bertentangan Aman Central untuk merancakkan pertumbuhan kawasan itu.

Projek tersebut menggantikan kompleks Tunku Yaacob yang terbiar lebih 30 tahun kerana gagal dimajukan sehingga siap selain beberapa kali bertukar pemaju.

Menurut Azizan surau seluas 4,800 kaki akan dibina di tingkat bawah dekat tapak asal oleh pemaju, Bellview Sdn Bhd.
"Jika dikira sekaki RM1,000 ia bernilai RM4.8 juta yang disumbangkan Bellview kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan campur RM1.4 juta yang telah dibayar, kita ada lebih RM6 juta," katanya.
Beliau berkata MAIK telah mengenal pasti enam tapak di kawasan berdekatan untuk dipilih bagi menggantikan wakaf khas madrasah itu.
Katanya MAIK sebagai pemegang amanah wang RM1.4 juta yang dibayar kerajaan negeri bagi pengambilan tapak madrasah itu akan menggunakannya bagi membina madrasah baru di tapak baru sekiranya Jawatankuasa Madrasah Salihiah mengubah fikiran.

Rapat Rakyat - Ucapan Anwar Ibrahim : "MALAYSIAN SPRING"






Kedah bayar hutang kerajaan pusat RM10 juta

Rekod Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Pimpinan PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/faktahutangkerajaanpasa.jpg

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.

Depa Kata Tektik UMNO & MCA Kedah dah terbongkaq..betoi ka..!!??

oleh depakata

Hari nie kami nak habaq satu tektik yang mana depa-kata dua parti besaq BN kawtim baik punya nak perdeje kerajaan Azizan....

Oleh itu buat kepada pemimpin Parti UMNO Kedah hangpa.........

1. Tolong nasihat kawan-kawan hangpa dari MCA agar tidak membuka pusat-pusat hiburan maksiat secara berleluasa dibandar besar dan kecil seluruh Kedah.

2. Kami tau tujuan pusat-pusat hiburan maksiat itu dibuka bukan sangat untuk keuntungan kewangan tetapi untuk menimbulkan keresahan masyarakat Islam dan kesalahan di letakkan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Islam SeMalaysia. PBT arah tutup sini buka sana, tutup pula sana buka sinun...cam haremmmmm....

3. Kami juga tau jika tindakan menutup secara drastik diambil oleh pihak PBT, hangpa akan cucuk masyarakat Cina pula bahawa Kerajaan Negeri menzalimi masyarakat Cina.

Oleh itu, kami mengharapkan hangpa pemimpin UMNO janganlah menggunakan taktik kotor ini bersama kawan hangpa MCA tuuu hanya semata untuk meraih undi.

Kepada masyarakat Islam dan Bukan Islam kami harap hangpa faham permainan kotoq yang dilakukan oleh kedua-dua kawan yang menunggu masa untuk di tolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU13 akan datang....


Luahan Pemain Import Kedah....

ini daripada pemandu pemain import kedah 2012:

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/392118_230455663696311_213012752107269_530139_248717460_n.jpg

salam pd semua fan kedah dan admin..saya cuma ingin meluahkan apa yg dirasakan oleh baroni skrg ni.. semlm sy tgk live kdh bersama danilo dan beberapa rakan lg..slps hbs game baroni trs call danilo...... dia mrh,frust..sbb masa meeting ptg coach dah janji nak bg dia main tmpt asal dia,attactking.tp bila start game main stiker.dia dah bgtau dia bkn stiker,tp attactking.klu kita sbg penyokong nak menilai dia,suruh coach letak dia di posisi asal.lps tue br kita nilai bguih ke tak dia nie..

Dan lg satu dia ada ckp dgn nada frust,jika next game dia disuruh main stiker,dia takkan main stiker tp attactking midfielder.klu kedah tak puas hati,blh bg release letter kat dia..sy simpati dgn dia sebenarnya...dia ada kemampuan,tp tak dpt nak tunjuk..skrg terpulang kpd peminat..nak bg peluang atau nak buang?

note : Kami dapat ini di facebook KedahLanie

Serang dasar dan perjuangan yang di bawa bukannya peribadi manusia

Serang dasar bukan peribadi manusia: Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
January 19, 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas menyelar tindakan pihak tertentu yang masih menyerang keperibadian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpendapat apa diperkatakan Anwar ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa berlainan laporan akhbar tempatan.

"Anwar sebut benda lain, tetapi akhbar kita tidak serik-serik tuduh benda lain. Sudahkan kes liwat bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata.

"Jika hendak berpolitik mesti serang dasar bukan peribadi manusia, serang manusia itu mengumpat," katanya selepas menerima rombongan delegasi China di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan temu bual wartawan BBC, baru-baru ini bersama Anwar yang mempertikaikan undang-undang bersifat diskriminasi terhadap golongan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai lapuk, Penasihat PKR itu dilaporkan berkata, ia tidak boleh diterima sebagai relevan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan BBC mengenai sokongan diterima beliau daripada gay seluruh dunia berikutan pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 9 Januari lalu.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, terpulang kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali mengenai rancangannya untuk mengadakan ceramah seluruh negara.

"Beliau sudah dipecat dari Pas. Ikut dialah. Kes sudah tamat. Pedulikanlah beliau hendak buat apa pun," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut mengucapkan tahniah kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...