TERKINI :

Sunday, January 8, 2012

901 - Tu dia aihh dah penuh tali kuning di paking Mahkamah Jalan Duta.. Esok jangan tak bagi masuk sudah..

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- GARISAN POLIS... Kawasan parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta sudah ditutup sempena Himpunan 901 yang akan diadakan esok.

Himpunan 901 telah mendapat kebenaran pihak polis Kuala Lumpur untuk berhimpun pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Anwar yang menghadapi pertuduhan liwat II akan menunggu keputusan dari Hakim Mahkamah tinggi Dato Zainal Abidin Md Diah.

Menjawab tuduhan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Himpunan 901, bagi Tuan Guru Haji Hadi mengatakan Perhimpunan 901 ini bukanlah untuk soal peribadi Anwar semata-mata, “Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman,”


Kedua-dua belah kiri dan kanan kawasan parkir kenderaan ditutup.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini telah memohon Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Perhimpunan 901 esok yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901, dan keputusannya pihak polis memberi kebenaran untuk berhimpun.

Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali “Hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan dan kita datang untuk mendengar keputusan mahkamah dan, apapun keputusannya, kita akan bersurai dengan aman”.


Kredit : Bernama

Akhirnya Sakmongkol, Aspan sertai DAP…

SHAH ALAM, 8 Jan – Dua blogger terkenal yang juga pemimpin UMNO, Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias, telah menyertai DAP secara rasmi hari ini.

Sakmongkol AK47 adalah nama samaran untuk bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang pernah menyandang tugas Ketua Penerangan UMNO Pekan di bawah kerusi Parlimen Perdana Menteri DAtuk Seri Najib Razak.


Blogger Aspan aktif dengan UMNO sejak tahun 1970-an dan 1980-an memulakan blognya sejak beberapa tahun lalu apabila menyedari parti yang disertainya semakin menyeleweng daripada perjuangan asal untuk membela rakyat miskin.

Kemasukan dua veteran UMNO ke dalam DAP ketika berlangsungnya persidangan DAP di sini hari ini memberi isyarat jelas bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Setiausaha Agung DAP  Lim Guan Eng yang mengalu-alukan penyertaan kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berkata, ia adalah satu lagi bukti bahawa perjuangan DAP tidak pernah diasaskan atas dasar kaum.

Katanya, penyertaan ahli-ahli baru DAP yang mencecah 150,000 orang, termasuk daripada kalangan orang Melayu, menunjukkan penerimaan positif masyarakat Melayu kepada DAP yang sentiasa difitnah sebagai sebuah parti cauvinis Cina.

Bercakap kepada pemberita, Aspan menyebut bahawa beliau menyertai DAP disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang korup dan mengamalkan politik perkauman sempit. Bagi beliau, DAP memiliki disiplin politik yang jauh lebih baik.

"Setelah saya menyertai DAP, ramai kawan-kawan UMNO yang datang menemui saya. Saya memberitahu mereka bahawa menyertai DAP bukanlah satu kesalahan. Korupsi dalam UMNO lah yang menjadi kesalahan besar," tambah beliau.

Sakmongkol (Ariff) pula mengingatkan bahawa orang Melayu tidak harus takut pada DAP kerana ia mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus.

Katanya, model pembangunan ekonomi DAP tidak bergantung kepada skim piramid UMNO yang hanya menguntungkan kroni UMNO sahaja, sebaliknya DAP bersama Pakatan menawarkan alternatif yang lebih baik. roketkini.com

Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan dan pesan anwar..continue to support the reform agenda

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

PAS pecat Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Semua akan diadili semula di akhirat

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.

Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.

Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

2012 : Kalau tak ubah, gelap masa depan kita di bawah BN

Oleh Nujum Pak Atan

Mengikut kalendar kaum Maya di Amerika Selatan, mereka percaya bahawa tahun 2012 merupakan tahun dunia yang kita ketahui bakal kiamat. Apakah ‘dunia’ pemerintahan kerajaan paling lama di dunia juga akan mengalami nasib yang sama?

Semakin lama di bawah UMNO-Barisan Nasional, semakin parah dan teruk negara yang kita cintai ini. Amanah rakyat dianggap sebagai hak mereka, penindasan dan kezaliman terus berleluasa, dan rakyat diporakperandakan dengan perkauman melampau agar mereka terus dapat mencengkam kuku mereka menggenggam kuasa.

Apakah yang menanti rakyat untuk tahun 2012 di bawah UMNO-BN? Ini adalah antara ramalan Nujum Pak Atan. Walau pun Pak Atan tak sekolah tinggi, Pak Atan belajar sendiri tentang ekonomi dan isu semasa dari internet. Maklumlah semua maklumat yang ada dalam surat khabar hanya omong kosong BN saja.

1. Ketirisan Wang Perbendaharaan Negara terus didedahkan Laporan Ketua Audit Negara dan peningkatan hutang negara.

Tahun demi tahun, bajet belanjawan negara sentiasa berada dalam defisit sehinggakan ia dianggap normal. Mana tidaknya, apabila jabatan kerajaan membeli teropong lebih mahal daripada kereta Myvi dan banyak lagi contoh lain telah didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan ia bukanlah suatu pekara yang baru. Ketirisan dan kebocoran seperti inilah yang menyebabkan kerugian wang rakyat. Belum lagi dikira berapa banyak wang negara telah hilang akibat rasuah.

Malah negara telah mencapai kedudukan nombor 4 dunia tahun ini dalam carta pengaliran wang haram ke luar negara untuk tahun 2011. Malahan, jika dikira jumlah pengaliran wang haram ke luar negara dalam dekad ini sahaja ia sudah melebihi RM1 trilion (iaitu RM1,000,000,000,000.00).

Kesan langsung daripada ketirisan, kebocoran, rasuah, dan penyelewengan oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab ialah peningkatan kadar hutang negara.

Tahun demi tahun kadar hutang negara terus meningkat. Pada tahun 2006, hutang negara ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion. Tahun demi tahun ia meningkat dan ini tidak akan berubah untuk 2012. Sejarah telah membuktikan ramalan ini.

Pasal apa hutang ini penting untuk kita tahu? Sebab hutang kerajaan itu duit rakyat. Jadi kita sebagai rakyat yang kena tanggung dan kena bayar. Tengoklah nanti, macam-macam jenis cukai, bayaran perkhidmatan dan entah apa lagi kita dipaksa bayar.

Ramalan Pak Atan: Laporan Ketua Audit Negara 20112 akan menjumpai perbelanjaan yang tidak masuk akal oleh jabatan awam, orang yang berkaitan perbelanjaan itu hanya akan diberi ‘surat amaran’. Defisit bajet sudah pasti, dan hutang awam negara turut meningkat.

2. Pemotongan subsidi, peningkatan harga barangan, pengenalan cukai-cukai baru

Apabila sebuah kerajaan bersikap boros dan tidak bertanggungjawab, maka hanya terpaksa menanggung ialah rakyat. Untuk menambah hasil, maka subsidi harus dikurangkan dan cukai akan ditambah atau cukai baru terpaksa diperkenalkan.

Ini sudah terlihat dengan pelbagai pengenalan cukai baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti cukai 6% untuk perkhidmatan telefon bimbit pra-bayar dan goods and services tax (GST).

GST ini dianggap satu sistem pencukaian yang amat tidak adil dan akan menyusahkan rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Jika ingin tahu tentang GST ini, sila lihat kembali berita dan rencana tentangnya di roketkini.com mahu pun di internet.

Sama ada kita rakyat biasa atau pakar ekonomi Harvard, terdapat dua jaminan yang tidak boleh disangkal dengan wujudnya GST ini.

Yang pertama, lagi miskin seseorang itu, maka lagi banyak cukai dia terpaksa bayar atas prinsip ekonomi yang mudah.

Yang kedua, pelaksanaan GST menjanjikan inflasi sekurang-kurangnya sekali, dan kesannya amat buruk. Manakan tidak, setiap benda pun akan dicukaikan. Jika sebab harga petrol meningkat maka harga makanan meningkat.

Cuba bayangkan apa akan jadi jika semua benda meningkat harganya kerana GST? Sudah pasti pihak pengeluar tidak akan menyerap, malah memindahkan beban tersebut kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, malah infrastruktur dan tenaga kerja untuk mengutip cukai GST yang dikenakan kepada setiap benda hidup atau mati pun pasti akan mengambil kos yang tinggi. Bersiap sedialah rakyat Malaysia untuk mengalami satu inflasi terbesar negara dengan pelaksaan GST.

Ramalan Pak Atan: GST dilaksanakan dalam setahun jika BN mengekalkan kuasa Putrajaya. Satu inflasi besar akan berlaku dan pemimpin BN akan menyuruh rakyat untuk mengubah gaya hidup.

3. Negara semakin bergolak dengan sentimen perkauman.

Sejak azali kita mengetahui BN tiada modal untuk mengekalkan kerelevanannya melainkan memisahkan setiap rakyat Malaysia berdasarkan kaum. Ini terutamanya diamalkan oleh parti UMNO. Agama dan penganut Kristian, kaum-kaum Cina dan India, Majlis Peguam, lembu, katak dan sebagainya dijadikan musuh dalam imaginasi liar mereka untuk mengajak manusia ke jalan kebencian dan bukannya kasih saying.

Sejak 2008, ada saja fitnah untuk mencipta imej bahawa semua orang di Malaysia adalah musuh orang Melayu. DAP dikatakan ejen Kristian, DAP dituduh nak menubuhkan republik, semua orang yang bersimpati, menyokong dan menjadi ahli DAP ditohmah sebagai ‘bangsat’.

Malah skandal barangan tidak selamat dimakan di Kedai Rakyat 1Malaysia pun dijadikan isu perkauman. Sehingga skandal wang rakyat untuk ternak lembu yang digunakan oleh keluarga seorang menteri untuk membeli kondo mewah dikatakan usaha menghancurkan Melayu.

Tanpa penciptaan benci ini, maka UMNO-BN dilihat sebagai tidak relevan lagi. Selain perkauman, apa yang mereka boleh sumbangkan kepada rakyat di negara kita? Ekonomi teruk, rasuah teruk, kesemuanya teruk belaka.

Inilah apa yang rakyat perlu fikirkan. Siapakah yang mencipta pergolakan kaum? Siapa yang akan memperoleh keberuntungan dengan pergolakan kaum? Tanpa kebencian, tanpa perkauman, UMNO-BN tidak mungkin relevan.

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu harus mengorak langkah ke hadapan dan jangan terperangkap ke kancah perkauman dan kebencian yang diciptakan oleh UMNO-BN untuk melemahkan orang Melayu supaya kononnya orang Melayu boleh berlindung di bawah payung UMNO-BN.

Ramalan Pak Atan: Penganut agama Hindu dan Kristian sudah menjadi mangsa para pemimpin UMNO, selepas ini penganut-penganut agama lain yang berani menuntut hak akan menjadi sasaran pula. Pertubuhan-pertubuhan perkauman yang seangkatan dengan UMNO akan semakin menjadi-jadi dalam mengeluarkan kenyataan perkauman.

4. Undang-Undang baru lebih bebas dan adil? Tunggulah kucing bertanduk…

Dengar ceritanya, pada tahun 2012 ini kerajaan UMNO-BN nak ‘menukar ‘undang-undang yang dianggap sebagai zalim atau menghapuskannya terus! Baik sungguh UMNO-BN. Terima kasih UMNO-BN…selepas ini ramailah pemimpin pembangkang, pelajar dan aktivis menjadi mangsa undang-undang baru.

Jika dilihat dengan janji-janji yang terdahulu, Datuk Seri Najib Razak belum pernah menunaikan janji yang tidak menyokong kepentingan beliau. Daripada janji nak beri Stadium Merdeka untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kepada pembelasahan peserta Bersih 2.0, dan kini kepada serangan ganas polis terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), inilah wajah sebenar Perdana Menteri.

Jika PM telah menjanjikan undang-undang yang lebih bebas untuk orang ramai berhimpun, kita ucapkan tahniah kerana ia adalah perubahan yang baik ke arah kematangan demokrasi. Namun jika undang-undang tersebut lebih teruk daripada undang-undang perhimpunan di Myanmar yang dipimpin oleh rejim tentera, kita pun amat marah bagaikan panglima perang ludah UMNO Petaling Jaya kerana rakyat cuba diperbodohkan dan diperlekehkan.

Ramalan Pak Atan: Undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) akan lebih teruk dari rejim-rejim diktator di dunia. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan terus kekal, atau sedikit dipinda, kerana kerajaan UMNO-BN amat takut jika pelajar dan mahasiswa bangkit menuntut perubahan.

Jelas, semakin lama di bawah UMNO-BN, lebih parah keadaannya di negara yang kita cintai ini. Kalau kita cinta orang yang disayangi, kasih kepada anak-anak dan cucu-cucu kita, dan tidak mahu ibu bapa serta generasi akan datang menjadi bangsa yang hina di bumi sendiri, maka kita perlu ubah sekarang untuk selamatkan Malaysia. – Roketkini.com

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PELBAGhttp://img.timeinc.net/time/2008/time_100_2008/anwar_ibrahim.jpgAI peristiwa ‘pelik’ berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel ‘DNA Y’ lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki ‘Y’ serta seorang lelaki misteri.

Ketika menjelaskan sama ada wujud pihak ketiga sebagai penyumbang DNA ‘misteri’ itu, Dr Lay Hong berkata, jika berdasarkan andaian berkemungkinan akibat tercemar seperti penggunaan mangkuk tandas sama atau barang mandian lain.

Menurutnya, andaian itu diberikan kerana beliau bukan pakar untuk memperjelaskan mengenai keadaan itu.

Dr Lay Hong memberi keterangan berdasarkan laporan hasil ujian DNA beliau ke atas sampel Mohd Saiful ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Entah bagaimana tiba-tiba ada pula ‘kesan air mani’ yang entah datang dari mana agaknya terdapat di dubur dan melekat di seluar dalam Saiful.

Dalam keterangannya sebagai saksi pada 17 Februari, Dr Cheah berkata, sampel DNA sama itu telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani – iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya: Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada 2 Julai 2008.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

Seah berkata calitan kapas yang ditandakan sebagai B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik ‘Lelaki Y’. Sampel B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

“Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu ‘Lelaki Y’, ujar Dr Seah dan menambah sampel B5 bukan ekstrak sperma. “Oleh kerana ia adalah calitan pada perianal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri anal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

“Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Dr Seah pada mulanya mendedahkan, tompokan pertama air mani daripada seluar milik Saiful dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful.

Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA, satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai ‘lelaki Y’.

Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

Lebih memeranjatkan, dalam perbicaraan yang sama, beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Dalam satu keterangannya, Dr Seah memberi makluman dalam borang tersebut Saiful hanya terlibat dalam ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Sedangkan, Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pasukan yang mewakili Anwar, yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah dalam perbicaraan 17 Februari ialah wakil daripada Kedutaan Australia dan dua orang pakar daripada negara itu iaitu ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Dalam perbicaraan tersebut, pihak pendakwa juga gagal membekalkan carta DNA kepada pihak pembelaan kerana tidak mencukupi.

Terdahulu, pada bicara sebelah pagi hari yang sama, tiga bukti baru dikemukakan di hadapan Hakim, Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah, sehelai permaidani pelbagai warna, sehelai selimut tebal dan bulu kemaluan.

Manakala empat bahan bukti sebelum ini turut dibuka melibatkan sehelai seluar panjang hitam, kemeja Ralph Lauren, sehelai kemeja hijau G2000, dua seluar dalam warna biru gelap dan kelabu jenama Levis.

Menerusi perbicaraan itu, Anwar diwakili Peguam Sankara Nair dan Ram Karpal Singh. Hadir sama, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya individu terbabit (yang memiliki DNA Y) yang ‘mungkin bersama’ dengan Saiful dalam masa yang sama meninggalkan kesan mungkin ‘selepas bersama’.

Siapakah sebenarnya Saiful dalam kes ini dan apakah kewujudan individu lain dalam kes ini akan nanti membawa interpretasi dan kesan lain dalam perbicaraan.

Namun Dr Cheah sendiri tidak menolak pandangan campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

Hingga kini, persoalan kewujudan DNA lelaki Y masih membayangi kes perbicaraan, malah permintaan Anwar untuk memaksa Najib serta Rosmah berdepan di mahkamah menjadi saksi tidak juga dibenarkan.

Kini dalam perbicaraan terakhir, pihak tertentu cuba memesongkan pemikiran rakyat bahawa benar Anwar meliwat Saiful tetapi bukan dengan keadaan seperti yang disebutkan Saiful iaitu secara ganas dan rakus.

Walhal, keterangan Saiful mengesahkan beliau dipaksa, diperlakukan dengan rakus kononnya ketika bersama dengan Anwar. Awal Januari ini bakal menentukan nasib Anwar, sama ada akan didapati bersalah atau sebaliknya. Keadilan yang dikenakan ke atas Anwar seolah-olah ‘tersangat berpihak’.

Sementara, permintaan Anwar untuk mengukuhkan hujah pembelaan tidak kesampaian kerana seperti kata Saifuddin Nasution, kes ini telah diskripkan sejak daripada awal lagi.

Segala kedangkalan ini menyelaputi pertuduhan terancang yang dilakukan Umno- BN untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tidak pasti apakah keputusan Mahkamah Tinggi 9 Januari ini, tetapi berdasarkan suasana politik hari ini, tidak mustahil Anwar disumbat ke dalam penjara sekali lagi, untuk menyelamatkan masa depan politik Umno.

Banyak songeh betul lah SPR nie.. Pusat kata lain Negeri kata lain...Celup ajalah jari tuu...!!!!!

Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?
Wartawan Sinar Harian
January 1, 2012
Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan kerana mengetepikan keputusan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), ber hubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan dibuat Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib adalah bertentangan dengan PSC yang mahu penggunaan dakwat kekal, undi pos dan peranan Mimos untuk mengesahkan senarai pengundi induk di teruskan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terkejut apabila Shafie memaklumkan perkara ini, seolah-olah tidak memahami kehendak PSC yang mendapat keputusan sebulat suara di Parlimen baru-baru ini. Adakah SPR lebih berkuasa daripada Parlimen?

“Kami mahu penjelasan daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kenapa SPR negeri membuat keputusan tidak sama dengan SPR Persekutuan. Apa akan berlaku sekiranya setiap negeri berlainan ketika membuat keputusan. Mungkin di Kedah, kata boleh guna dakwat kekal manakala di Selangor sebalik nya,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tindakan ini mengelirukan pengundi keraguan pada SPR mengendalikan urusan pilihan raya.

Malah katanya, penjelasan SPR dengan melarang dakwat kekal untuk pengundi awal dan pengundi pos sesuatu yang pelik.

Nurul Izzah berkata, apa motif SPR negeri mahu tidak mahu mencalit dakwat itu kepada pengundi pos, sedangkan 28 Disember tahun lalu pengerusinya telah memberi lampu hijau.

Beliau turut mempersoalkan SPR negeri kerana tidak mahu menggunakan khidmat syarikat Mimos Sdn Bhd yang berperanan melakukan audit dan mengesahkan integriti pangkalan data senarai pengundi induk.

Antara Madrasah Salihiah dan Al-Islahiyah.. kenapa ada double standard membantahnya...!!!??

Pertahan Madrasah Al-Islahiyah jika betul niat murni
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
January 7, 2012
Pertahan Madrasah Al-Islahiyah jika betul niat murni

SIMPANG EMPAT - Pas Perlis mencabar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno Malaysia, Fathul Bahri Mat Jahaya membantah perobohan bangunan Madrasah Al-Islahiyah, Behor Mali di sini oleh Kerajaan Negeri sekiranya ulama muda itu benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan berkata, Fathul Bahri tidak seharusnya memilih bulu dalam memperjuangkan hak Islam sebagaimana dilakukannya terhadap Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar memandangkan kawasan bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang dirobohkan minggu lalu oleh Kerajaan Negeri merupakan tapak tanah wakaf.

Menurutnya, tindakan Fathul Bahri menyertai program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah tempoh hari atas alasan mahu membantu menegakkan jihad Islam, menyerlahkan sikap hipokritnya yang dilihat sekadar mahu mempertahankan politik Umno dan BN.

"Apabila mendengar seorang ulama besar dari Perlis sanggup turun ke Alor Setar semata-mata mahu 'mempertahankan' sebuah madrasah diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah untuk dirobohkan, saya kecewa kerana tindakan sama tidak dilakukan terhadap Madrasah Al-Islahiyah.

"Adakah perjuangan menegakkan Islam turut mengambil kira baju parti? Apabila sesebuah negeri diperintah kerajaan BN, adakah segala tindakannya termasuk merobohkan bangunan wakaf dihalalkan?" katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, tindakan merobohkan dua blok bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang terletak di atas tanah wakaf dibuat setelah Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang dirobohkan.

Bagaimanapun, tindakan perobohan bangunan itu yang dilakukan minggu lalu tidak dipersetujui lembaga pengurusan madrasah itu yang menyifatkan pelan pembinaan bangunan baru disiapkan tanpa merujuk mereka.

"Perobohan bangunan dilakukan walaupun terdapat bantahan dikemukakan lembaga pengurusan madrasah. Mereka terpaksa akur disebabkan tidak mendapat sokongan pihak lain.

"Saya minta Fathul Bari lebih peka dengan keadaan semasa di negeri sendiri memandangkan terdapat banyak lagi kes perobohan bangunan di atas tanah wakaf yang berlaku terhadap rakyat Perlis tanpa pembelaan mana-mana pihak," katanya.

Hadi tidak kisah jadi nelayan asalkan PM kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara

W. SAIDATUL FADZILAH W. NAJEMUDIN
January 7, 2012

HULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.

“Yang penting ialah mereka yang berjaya menyelamatkan negara. Itu yang penting. Apabila sudah menang, ada orang mahu pimpin negara, saya balik jadi nelayan, tidak mengapa.

“Saya mahu orang yang pimpin negara selamat ikut Islam. Siapa pimpin ikut Islam, saya tidak mengapa (tidak menjadi masalah) balik ke laut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang di sini malam tadi.

Beliau mengulas ketika ditanya mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mencadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.

Bagaimanapun, sekiranya umur Nik Aziz menjadi penghalang, beliau mencadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi bagaimanapun menegaskan bahawa perbincangan mengenai siapa layak menjadi Perdana Menteri akan dibincang dan diumumkan selepas PR berjaya memerintah negara.

Buat masa ini, beliau menegaskan untuk berpegang sebagaimana pendirian Rasulullah SAW berhubung pelantikan seseorang sebagai pemimpin.

“Saya jawab sebagaimana Nabi Muhammad SAW jawab, kalau menang siapa (layak jadi pemimpin), Nabi jawab akan diberi kepada sesiapa yang akan diberi oleh Allah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau akan akur terhadap segala keputusan yang berlaku selepas PR berjaya mengambil alih pemerintahan negara kelak.

GAMIS Menyokong Kenyataan KPT Berhubung Perhimpunan 901

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin membenarkan mahasiswa IPT untuk menyertai perhimpunan 9 Januari di Kuala Lumpur.

Di peringkat GAMIS kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas ‘tiket’ mahasiswa tetapi atas ‘tiket’ rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya.

GAMIS menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti. Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT.

Mahasiswa bersama KPT

Mahasiswa Aman sewajarnya mempunyai pendirian tersendiri berhubung perhimpunan 9 januari nanti, bukannya terpengaruh dengan tindakan PERKASA mahupun UMNO.

Wakil dari Mahasiswa Aman, Mohd Shahar Abdullah, yang juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) telah menghantar satu memorandum kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantah perhimpunan 9 januari nanti.

GAMIS secara tegas menyangkal dengan dakwaan Mahasiswa Aman kononnya perhimpunan tersebut merupakan agenda politik individu yang terdesak memperalatkan mahasiswa.

GAMIS menaruh keyakinan yang tinggi terhadap mahasiswa yang akan turun ke perhimpunan tersebut mempunyai kebijaksaan untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara.

Mereka harus sedar bahawa rakyat ada hak untuk berhimpun secara aman. Perkara ini diakui apabila tiada sebarang sekatan yang dilakukan terhadap demonstrasi pelajar pro-Aspirasi pada 21 Disember 2011 yang diketuai oleh ASPIRASI. Malah tiada sebarang laporan polis dibuat untuk membantah demonstrasi tersebut.

Saranan GAMIS kepada Mahasiswa Aman dan ASPIRASI, supaya bertindak dengan matang dan seharusnya mendokong hasrat kerajaan untuk meminda AUKU dan membenarkan mahasiswa ke perhimpunan pada 9 Januari nanti.

GAMSI juga menasihati ASPIRASI supaya menghentikan desakan supaya Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Sepatutnya ASPIRASI bertindak dengan lebih matang dan profesional iaitu dengan menjadi medium perantaraan bagi pihak kerajaan dan mahasiswa.

Sekiranya desakan supaya Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan atas alasan beliau tidak selari dengan dasar kerajaan, GAMIS dengan tegas menggesa ASPIRASI perlu dibubarkan kerana tidak menyokong hasrat kerajaan untuk meminda AUKU dan membantah kenyataan KPT berhubung perhimpunan 9 Januari.

GAMIS menyarankan kepada seluruh mahasiswa yang ingin turun ke perhimpunan 9 Januari ini mematuhi arahan dan peraturan yang telah dipersetujui. Yang paling utama ialah tujuan menyertai perhimpunan tersebut bukan untuk membela Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi kita ingin membela keadilan bagi rakyat Malaysia dan kita ingin menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara . Sejajar dengan prinsip ‘seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah’.


Gamis Inspirasi Anak Muda!

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden GAMIS

Isu Madrasah Salihiah - Tak tau Hujung Pangkal itu yang komen hangit tuu... puncanya dengki sahaja..!!


Duit penangan Mat Sabu bela komunis... RM3000 tuu...ambik jangan tak ambik...

Sagu hati RM3,000 dibayar esok



KUALA LUMPUR - Seramai 72,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000 mulai esok.

Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lepas sebagai menghargai jasa mereka kepada negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam (gambar) berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat melalui kaedah yang telah mereka pilih sewaktu membuat permohonan dahulu.

"Bekas anggota atau wakil boleh datang sendiri menuntut di pejabat KDN ataupun memilih bayaran secara pos menggunakan cek," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).

Beliau berkata, bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti.

Aduhai dah sampai tahap membunuh dah nie..Pengiring Wan Azizah Fayad, disuntik jarum beracun

Pengiring Wan Azizah Fayad, disuntik jarum beracun

PENGIRING keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri yang sebelum ini cedera parah akibat ditembak bom asap di saat melindungi Anwar Ibrahim pada perhimpunan BERSIH 2.0, rujuk sini [Fayad], sekali lagi menjadi mangsa.

Semasa mengiringi Wan Azizah dalam satu program ceramah di Cheruk Tok Kun, malam tadi, Fayyad dipercayai terkena jarum suntikan beracun, saat dikerumuni ribuan rakyat semasa masuk ke pentas ceramah.

Keadaan wajah beliau sedari awal sudah kelihatan pucat dan tidak bermaya akibat suntikan itu. Akhirnya, semasa perjalanan pulang jantung dan nadi Fayad didapati terhenti, memaksa mereka berpatah balik untuk ke hospital.

Berikut gambar terrbaru Fayad di hospital yang diambil dan dikirimkan oleh salah seorang rakan.




Maklumat terbaru, tidak rasmi dari pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik menggunakan dadah jenis Morphine. Meskipun masih dalam keadaan lemah dan kritikal, jantung beliau dikatakan sudah kembali berdegup.

Rujuk link ini untuk melihat bagaimana dadah jenis Morphine mampu bertindak sebagai racun yang mampu membunuh [MedlinePlus]


ReJaM© "Maklumat lanjut menyusul..."

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/pengiring-wan-azizah-fayad-disuntik.html

Video Anwar Ibrahim di program Subang Jaya 6/1/2012






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...