TERKINI :

Saturday, January 7, 2012

Ustaz Azhar Idrus jawab fitnah puak UMNO...



Sekadar Iklan ambik semnagat untuk 901..

AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN - Adakah rakyat Malaysia penakut?

http://2.bp.blogspot.com/-btEijrqBiMc/TnNFlV0TnkI/AAAAAAAAAyc/nnbhbnI6NH0/s1600/MalaysiaFlag_PremiumBeautiful_NaaKamaruddin_HanisHaizi.jpg

Alhamdulillah kita masih sempat diketemukan Allah pada akhir tahun 2011, dan kini 2012 sudah masuk hari ke enam. Banyak peristiwa yang tidak sempat dicatat dan diulas dalam blog ini kerana kesibukan mencari rezeki dan kesihatan yang kian menurun. Namun Allah masih memberikan kekuatan untuk kita menghadapi tahun 2012 yang dijangka akan berlangsungnya PRU ke 13.

Banyak ramalan yang dibuat bahawa PRU 13 adalah peluang yang sama peratus (percentage) nya antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Apapun, sebagai rakyat kita berhak menentukan kerajaan yang memerintah. Gunakanlah peluang ini untuk membuat perubahan ke arah hidup yang lebih terjamin dan lebih adil. Kita sudah berada lebih 50 tahun di bawah BN. Kini kita sudah tentu dapat menilai buruk baiknya BN memerintah. Di bawah PR kita dapat merasakan sedikit kelainan terutama empat negeri yang diperintah PR. Walaupun dengan kuasa yang terbatas, kita seharusnya dapat menilai siapakah yang lebih baik dan adil, telus dan seimbang dalam pemerintahannya.

Mengapa rakyat Malaysia tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini? Adakah rakyat Malaysia penakut? Ataukah rakyat Malaysia ditakut-takutkan oleh BN dengan media yang mereka kuasai, baik elektronik mahupun media cetak. Media memang memainkan peranan membentuk pemikiran masyarakat sekaligus menentukan mereka membuat pilihan samada untuk membeli rumah, barangan, perkhidmatan sehinggalah kepada parti politik yang menentukan corak pemerintahan. Orang yang memahami agenda media tentu tidak akan termakan dengan permainan media ini. Tetapi berapa peratuskah rakyat Malaysia yang memahami agenda media, yang menjadi satu bidang kajian komunikasi. Siapa yang mengawal media, dia akan dapat mengawal arus pemikiran rakyat massa, demikian kata seorang sarjana. Sebab itu menguasai media adalah penting dalam menentukan masa depan negara.

Tetapi untuk menguasai media elektronik dan media cetak tentunya sukar kerana ada pelbagai sekatan dan akta yang menghadkan kebebasan kita. Namun kita masih ada pilihan, media baru, iaitu blog, facebook, laman web, akhbar dalam talian adalah tempat terbaik untuk kita mengemukakan gagasan kita terhadap rakyat, di samping menawarkan mereka pilihan yang lebih baik jika mereka menggunakan akal yang waras. Namun kadangkala kepentingan mengatasi kewarasan. Ini adalah masalah yang sukar kita atasi. Kebatilan yang tersusun sering mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.

Namun rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi kian bertambah saban tahun. Mudah-mudahan mereka menggunakan akal waras mereka dalam membuat pertimbangan demi masa depan negara. Hanya itulah harapan kita, di samping usaha kita yang terhad dalam ceramah, pengajian, usrah, media baru dan sebagainya untuk menyampaikan fikrah kita terhadap perkembangan politik kini, dan perlunya memilih pilihan yang betul dalam menentukan hala tuju negara.

AlKundangi,
6.1.2012

Setiausaha Sulit Kanan TPM dituduh menerima suapan RM10,000 sebulan sebagai bayaran tol untuk berjumpa TPM

Dedah segera siasatan Setiausaha Sulit Kanan TPM

Apabila Setiausaha Sulit Kanan TPM dituduh menerima suapan RM10,000 sebulan sebagai bayaran tol untuk berjumpa TPM ini telah membuka mata rakyat peranan mereka yang disekeling Pak Menteri atau ‘the all President Men’.

‘The all President Man’ ini selalunya mereka yang rapat dengan Pak Menteri dari Pemandu, Setiausaha Sulit, Seiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Khas, Bodyguard, Isteri dan anak-anak sehinggalah kepada Budak Pejabat.

Mereka-mereka ini bukanlah berkuasa sangat tetapi kelebihan mereka ini mereka tahu pergerakan Pak Menteri. Mereka tahu mood Pak Menteri. Mereka juga tahu muzik,makanan dan hobi kesukaan Pak Menteri. Dan mereka juga amat tahu maklumat-maklumat sulit dalaman.

Mereka cukup berkuasa untuk membakul sampahkan surat-surat yang sampai kepada Pak Menteri.Mereka akan pastikan cerita-cerita baik sahaja sampai kepada Pak Menteri. Kalau terdapat surat-surat yang dikirim dari pengirim yang mereka tidak suka cepat-cepat mereka bakulsampahkan.

Begitu juga lah jika sampai surat-surat yang ada ashoook atau dari rakan karib mereka cepat-cepat mereka angkat kepada Pak Menteri.

Mereka ini lah yang jika tidak amanah akan menjahanamkan Pak Menteri dan kerjaya politik Pak Menteri menjadi pendek.

Pengalaman MR sendiri menulis kepada Pak Menteri memberi beberapa cadangan isu-isu rakyat pada bulan Februari 2011 sehingga hari ini 2012 langsung tidak dibalasnya, mungkin surat tersebut telah menjadi bangkai.

Pilihanraya umum tahun ini akan menyaksikan Pak Menteri mana yang akan menjadi bangkai.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/01/dedah-segera-siasatan-seiausaha-sulit.html

MAJORITI RAKYAT BENCIKAN UMNO/APCO

ALKISAHNYA:
Mengapakah orang-orang Melayu sekarang sangat bencikan UMNO/APCO ?? Adakah kerana ahli-ahlinya terdiri daripada orang Melayu itu sendiri?? Ini bukan jawapannya.... Adakah kerana namanya UMNO/APCO?? Ini juga bukan jawapannya...Adakah kerana UMNO/APCO sukakan penindasan, kezaliman, rasuah, penyelewengan serta berpura-pura memperjuangkan Melayu dan Islam?? Ya..inilah jawapan yang paling tepat dan berasas....Siapa yang suka menipu??? Jawapannya iblis... Siapakah agen penipu ??? Jawapannya UMNO/APCO....kalau inilah kebenarannya...Adakah anda akan pangkah "DACING" pada PRU akan datang ??? Jika anda pangkah dacing, itu bermakna anda lemah, bodoh dan tertipu dan tertipu dan tertipu dan tertipu dan akan terus tertipu....Oleh itu...TOLONG UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PADA "DACING"...
APABILA UMNO/APCO HILANG PUNCA INILAH KERJA MEREKA:
Apabila kian terdesak imam masjid pun diperkuda untuk membaca Khutbah UMNO/APCO. Sudah diduga, UMNO/APCO akan menggunakan apa jua saluran untuk pertahan kerakusan sistem yang zalim. Khatib-khatib demikian bukankah bersubahat? Andainya PR yang berbuat demikian, akan diselar sebagai menggunakan masjid-masjid untuk berpolitik. Namun, hanya kuasa Allah sahaja yang akan menentukan tumbangnya kekuasaan ' demokrat dajal ' pimpinan UMNO/APCO.
KATAKAN:
JANGAN LUPA! INI YANG KITA MAHU




http://bilahrotan.blogspot.com/2012/01/majoriti-rakyat-bencikan-umnoapco.html

Azmin dedah yang Mahadet perkenalkan dia kepada Anwar dan suruh bantu Anwar....!!

Bahagian Pertama

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir, Izmil Amri dan Mazir Ibrahim serta jurugambar Wira Andika untuk berkongsi pengalaman dan cabaran politik semasa. Dalam suara dan bahasanya sendiri, beliau memperkenalkan dirinya.

Saya boleh katakan saya ini reluctant politician. Saya bukan seorang ahli politik daripada asal. Saya berkhidmat dengan orang politik. Saya memberikan sumbangan dan khidmat saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selama 13 tahun, mulai seawal 1987 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, kemudian kita beralih ke Kementerian Kewangan, sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan sehingga beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun sebelum itu kalau diperlukan saya kongsi sedikit latar belakang saya, saya ini bukanlah daripada keluarga aristokrat. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana.

Ayah saya

Allahyarham ayah saya seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan British Army di Singapura, sebaik sahaja Singpura berpisah dengan Malaysia, beliau balik ke Kementerian Pertahanan dan semenjak itu kita mula meneroka tanah kerajaan di kampung Klang Gate Baru Hulu Kelang semenjak tahun 1968.

Dan ketika itu saya berumur 4 tahun, mula dibesarkan dalam keluarga ini di kampung Klang Gate. Sebagai seorang anggota tentera, pegawai rendah, ayah saya seorang sarjan mejar sahaja, nombor tenteranya 3443, saya ingat lagi. Seorang yang cukup berdisiplin, tegas.

Mungkin latihan yang diterima dalam ketenteraan, dan dia menerapkan watak ketegasan dan disiplin ini di kalangan ahli keluarga khususnya anak-anaknya, dan saya dibesarkan dalam keluarga sebegini, tegas berdisipllin patuh kepada arahan dan ianya telah membentuk saya daripada kecil. Dan Allahyarham ayah saya ini walau pun dia berkhidmat dengan tentera selama 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menceburkan diri dengan advertising company di jalan Riong Bangsar.

Kambing, ayam dan ikan keluarga saya

Pada masa yang sama juga dia mahu kami melalui satu proses pembesaran yang tidak dengan jalan yang mudah. Sebenarnya, tak ramai yang mengetahui saya pernah menjadi penternak kambing…bukan lembu, ya.

Ketika saya berusia 17 tahun dan sedang menghadapi SPM saya masih ingat lagi di kampung Klang Gate, ketika itu Taman Melawati sedang dibangunkan, iaitu pada tahun 1981, saya di tingkatan 5. Dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk SPM, ayah saya mendesak supaya saya menternak kambing.

Saya ingat lagi 20 ekor kambing, tidak mudah cara menternak kambing ini kerana kalau hujan dia tak boleh keluar, kita terpaksa pergi cari daun nangka untuk memberi makan kepada kambing. Kalau cuacanya baik saya terpaksa bawa kambing-kambing ini pergi ke dalam kebun getah daripada pukul 4 petang hinggalah waktu maghrib, bawa kambing balik ke kandang.

Saya telah melalui proses ini, saya juga telah dididik untuk menjadi seorang pekebun, kita ada tanah kerajaan yang kita teroka di empangan kampung Klang Gate, di mana sekitar dua ekar tanah dibangunkan dengan menanam pisang, nangka, durian, serai, cili sayur-sayuran dan ulam dan lain.

Setiap hari Sabtu dan Ahad, merupakan dua hari yang wajib saya bersama ayah dan abang saya untuk berada di kebun tersebut dan hasil daripada penanaman ini kita kumpulkan dan kita bawa ke pasar tani untuk dijual. Saya melalui proses tersebut, dan tidak cukup dengan itu, ayah juga cuba menternak ayam daging.

Lebih lima ribu ekor diternak dan sekali lagi saya diarahkan terlibat secara langsung dalam membantu beliau dalam menternak ayam daging ini, tidak mudah untuk uruskan najis-najis ayam yang dijadikan baja, untuk memberikan makanan dan menjaganya dengan memasang lampu pada stiap malam juga saya melalui proses itu.

Tak cukup itu saya juga telah terlibat secara langsung dalam menternak ikan air tawar, dalam halaman rumah juga tanah liat tanah yang keras. Namun saya tahu bahawa ayah saya bukan mendera tetapi melatih kita melalui satu proses pembesaran dengan jalan yang sukar supaya kita faham apa itu erti kemiskinan, apa itu erti kepayahan.

Walau pun kita tidak perlu sebenarnya melalui proses ini, dia mahu anak-anaknya supaya memahami masalah rakyat pada ketika itu dan tanah-tanah yang keras di keliling rumah dikorek menjadi kolam-kolam ikan, dan kita menternak ikan keli dan ikan air tawar yang lain dan kita telah pun berjayalah dari segi itu.

Melanjutkan pengajian tinggi ke Amerika Syarikat

Sehinggalah saya selesai SPM dan Alhamdulillah keputusan itu membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan tajaan MARA untuk membuat kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik. Pada waktu saya dalam program MARA di mana saya perlu balik dan mengajar di Maktab Rendah Sains MARA.

Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi.

Kemudian saya telah membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang matematik dan juga ekonomi. Dan saya pulang ke Malaysia pada tahun 1987 untuk berkhidmat dengan MARA, tetapi pada ketika itulah DSAI menawarkan saya berkhidmat dengan beliau sebagai pegawai khas pada ketika itu sebagai Menteri Pendidikan dengan mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada (Perdana Menteri pada masa itu) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, sewaktu perbicaraan DSAI, saya pernah memberikan keterangan dalam mahkamah, bahawa saya diperkenalkan kepada DSAI oleh Dr. Mahathir sebenarnya. Saya tidak kenal DSAI, saya lebih mengenali Dr. Mahathir kerana aktiviti saya di Amerika Syarikat dalam kesatuan pelajar yang aktif untuk membantu mempertahankan dasar-dasar kerajaan pada waktu itu.
Bagaimana Dr Mahathir perkenalkan saya kepada Anwar

Sekitar pertengahan tahun 1980-an ada satu kebangkitan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang menentang kerajaan (Malaysia) secara besar-besaran. Ketika itu isu mengkafirkan orang UMNO oleh PAS, dan oleh kerana ketika itu gerakan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Amerika itu cukup kuat, maka mereka juga sama-sama menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Saya masih ingat insiden di mana Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mohktar yang juga Naib Presiden UMNO masa itu membuat lawatan ke AS dengan membawa dana yang besar untuk menyampaikan kepada pelajar-pelajar tetapi ditolak malahan dihalau oleh pelajar-pelajar.

Itu menunjukkan sentimen para pelajar ketika itu. Maka ketika itulah saya diperkenalkan kepada Dr. Mahathir oleh Duta Besar Malaysia, Liew Sik Hon, orang kuat MCA yang menjadi Duta di Washinton DC. Dia membawa saya bertemu dengan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 di Chicago. Itulah kali pertama saya bertemu dengan Dr. Mahathir dan beliau meminta saya membantu bagaimana kita dapat mendekati pelajar-pelajar dan menerangkan dasar-dasar kerajaan supaya dapat meredakan ketegangan pada ketika itu.

Alhamdulillah, saya telah memberikan pandangan dan sumbangan ke arah tersebut dan hubungan saya dengan Dr. Mahathir semakin akrab dan setelah tamat pengajian, Dr Mahathir yang pada ketika itu akrab dengan saudara Anwar telah meminta saya membantu DSAI.

Maka itu saya mula bersama dengan DSAI mulai tahun 1987 sehingga 1998. Memang benar saya salah seorang yang paling lama berkhidmat dengan DSAI. Berbeza dengan satu, dua watak yang baru mengenali DSAI tetapi telah mengkhianati beliau dan perjuangan, malah telah membuat kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan perwatakan dan personaliti DSAI.
Anwar yang saya kenali

Bagi saya mereka ini adalah mereka yang tidak mengenali beliau sepenuhnya dan dipergunakan oleh musuh-musuh DSAI untuk menyerang dan melakukan fitnah. Sebagai orang yang lama dan paling lama sebenarnya berkhidmat dengan DSAI, bagi saya beliau seorang yang cukup tegas dan memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab seorang Muslim yang kuat aqidahnya, seorang Melayu yang kuat keMelayuannya tetapi pada masa yang sama mempunyai sikap yang adil dan saksama kepada kaum-kaum yang lain.

Ini semua kerana beliau melihat kepelbagaian ini juga dituntut oleh Islam tidak sekadar melihat Islam dan Melayu itu sebagai agenda tetapi menolak kaum-kaum yang lain. Sebab itu prinsip kepelbagaian ini atau pun apa yang sering disebut-sebutnya dalam Bahasa Cina yang bermaksud “kita semua dalam satu keluarga”.

Kata-kata ini diucapkan bukan dalam zaman Reformasi, beliau telah menyebut ini ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi. Ini bermakna ia merupakan satu conviction beliau sebagai Islam, sebagai Melayu tetapi pada yang sama kita mesti menerima kenyataan yang Islam menuntut kepelbagaian, Islam menuntut kerjasama dengan kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Jadi beliau memegang prinsip yang berkenaan.

Bagi saya, saya bersyukur kerana pengalaman berkhidmat dengan DSAI ini banyak mendidik saya dan membentuk perwatakan saya.

Yang pertama, saya dapat belajar bagaimana kita nak menguruskan manusia ini. Tidak mudah dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai watak tetapi kita mesti ada kebijaksanaan untuk urus perkara-perkara ini.

Yang kedua, sudah tentulah bagaimana kita nak mengurus dan mentadbir krisis dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sudah tentulah isu-isu lain, soal foreign policy, isu-isu antarabangsa, isu-isu politik, ekonomi dan sebahagian besarnya kita tak ada peluang untuk belajar di dalam kuliah di universiti atau kolej.

Tetapi melalui pengalaman seperti ini, saya mula berkhidmat dengan beliau seawal usia 24 tahun dan di usia begitu muda saya diberikan pendedahan untuk bersama-sama dengan beliau dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh negarawan besar di dunia bukan saja di Timur Tengah atau pun di Eropah dan juga di negara Barat.

Kalau di peringkat Malaysia ini saya masih ingat ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ada satu Forum Ilmuan Malaysia (FIM), dan kita bertemu dengan mereka setiap bulan di mana ia melibatkan tokoh-tokoh akademik daripada universiti, daripada civil society, tokoh-tokoh politik untuk membincangkan bukan isu kepartian tetapi isu masyarakat, isu negara dan mendapat input dan maklum balas daripada pakar-pakar berkenaan sebagai resource persons.

Itu bagi saya amat penting. Orang-orang politik ini jangan terlalu banyak bermain politik sehingga memutuskan hubungan mereka dengan tradisi keilmuan. Sebab itu sehingga hari ini DSAI menekankan pimpinan keadilan mesti banyak membaca, mesti banyak berdamping dengan tokoh-tokoh ilmuan sama ada soal Islamnya, soal ekonominya dan juga bidang-bidang yang lain supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan ilmu, kita tidak membuat keputusan berasaskan emosi atau sentimen.

Apa-apa isu itu dapat ditangani kalau kita memiliki ilmu yang tinggi. Dan, ilmu ini perlu dipelajari walau pun kita sudah berada di suatu kedudukan yang tinggi, tetapi ia tidak bermakna jika kita tidak berdampingan atau pun hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh akademik.

Di peringkat regional juga sudah tentulah DSAI merupakan tokoh yang dilihat dapat menjana perubahan. Sebab itu saya kesal dengan serangan-serangan jahat termasuk Raja Petra Kamaruddin dan pecacai-pecacai UMNO yang lain dengan mengatakan DSAI ini unfit to be a Prime Minister (“tidak layak menjadi Perdana Menteri”).

Bagi saya, siapa mereka ini untuk menentukan masa depan parti dan DSAI, sedangkan pandangan dunia tidak begitu. Pandangan dunia melihat DSAI ini bukan sahaja milik keadilan, bukan sahaja milik Malaysia tetapi milik antarabangsa. Sebab itu beliau mendapat undangan hampir setiap minggu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau bagaimana dunia ini dapat bekerjasama dalam konteks globalisasi pada hari ini.

Sebagai contoh, pada 9 Januari ini, pada hari keputusan mahkamahnya, sepatutnya beliau berada di India atas undangan cucu Mahatma Gandhi dalam satu seminar penting dalam soal demokrasi. Begitu juga Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menyusun satu program besar untuk beliau pada 12 Januari ini bersama dengan tokoh-tokoh akademik dan kemasyarakatan di Turki untuk membincangkan soal bagaimana masa depan Islam dan Barat untuk kita maju kehadapan.

Kesetiaan saya kepada idealisme dan perjuangan Anwar

Bagi saya, kalau dunia melihat ketokohan kewibawaan DSAI, siapa satu, dua kerat manusia upahan UMNO ini untuk mempertikaikan kewibawaan dan juga ketokohan DSAI. Dan saya sebagai orang yang lama dengan beliau, 13 tahun dalam kerajaan semenjak beliau dipecat dalam tahun 1998 sehingga hari ini saya masih setia dengan beliau.

Saya sudah hampir 30 tahun bersama DSAI. Isu yang harus kita bincangkan, iaitu soal kesetiaan, ini juga bagi saya isu penting dalam perjuangan. Dan bagi saya, saya bukan setia kepada DSAI kerana batang tubuhnya, tetapi kerana prinsipnya dan idealisme yang dibawa oleh beliau yang saya tertarik dan saya melihat ia dapat mendidik anak bangsa untuk berpegang kepada prinsipnya.

Itulah rentetan yang dapat saya kongsi dari zaman persekolahan saya, zaman universiti dan khidmat saya kepada DSAI. Sekarang saya terlibat langsung dalam KeADILan (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Bagi saya rumusannya ialah saya bersyukur kerana saya dapat mendekati DSAI dalam konteks rasmi ketika dalam kerajaan dan hari ini dalam konteks perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Pengalaman yang saya perolehi cukup luas, bukan saja dalam konteks kedaerahan atau pun dalam konteks tempatan tetapi juga pengalaman-pengalaman saya berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa melalui DSAI itu cukup luas. Sudah tentulah ia dapat membantu KeADILan khususnya dan juga Pakatan Rakyat dalam meneroka masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Inilah peranan saya dan saya akan terus memberi khidmat kepada parti dan perjuangan Pakatan Rakyat walau apa pun berlaku kepada DSAI pada 9 Januari nanti. – Roketkini.com

Ikutilah Bahagian Kedua wawancara Roketkini bersama Azmin Ali pada petang Isnin 9 Januari ini

Ini dia Penghasut, Batu Api dan Penderhaka Kepada YDP Agong


Apa la nak jadi dengan UMNO sekarang ni haa?? Ada ke patut failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah..... aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'....adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah.

Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.

Bagi Sk Orang yang layak di panggil batu api, penghasut, pengkhianat dan penderhaka adalah Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) iaitu Mansor Ahmad (gambar atas berbaju kuning). Sk amat mengenali mamat berbaju kuning ni. Seorang kontraktor kelas F. Kononnya nak jadi hero, nak jadi jaguh kampung. Nak jadi hero selamatkan madrasah ni dah nampak bagus dah.. tapi yang sebenarnya pengerusi berbaju kuning ni sendiri pun taktau hujung pangkal, taktau kepala ekoq. Pakai hentam saja.

Bab Agama diri sendiri pun lintang pukang. Sepatutnya tindakan patut diambil keatas pengerusi BBSMS ni kerana menghina Datuk Mufti Kedah. Hina Mufti Kedah dah kira Menghina Sultan Kedah, Hina Sultan Kedah dah dikira Menghina YDP Agong. Sk mengharapkan agar ada individu yang berani tampil bersuara di atas kedurjanaan dan keceluparan pengerusi ini.



Ini dia bukti keputusan yang oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berkaitan Madrasah Salihiah. Segala keputusan yang dibuat tiada kena mengena langsung dengan Kerajaan Negeri kedah. Nilaikanlah sendiri.

http://siasahkini.blogspot.com/2012/01/ini-dia-penghasut-batu-api-dan.html

Awat yang duk sembang juak sangat tu duit mai dari poket UMNO kaa???

Kalau dunia nak kiamat pun, janganlah kita jadi pembawa dalilnya

Oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-c7I4nXJ2bRU/TcoYEAZYIII/AAAAAAAABAI/-Ro1VRsFsf8/s1600/politik.jpgDalam kegawatan politik yang sedang dihadapi rakyat kini, banyak perkara yang dapat kita pelajari dan ianya melambangkan sikap dan nilai pemikiran masing-masing yang bermain dalam politik ini. Berbahas dalam politik tidak ada etikanya di sini. Kalau di negara maju mereka berbincang dan berbahas menggunakan isu yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Tetapi di sini mereka berbincang tentang budi dan membalas budi walaupun yang berbudi itu sekarang sedang melencong jauh dari apa yang sepatutnya mereka lakukan dan perjuangkan. Kalau telah mendapat subsidi gigi palsu dari jabatan kesihatan mereka tidak boleh lagi menegur kerajaan yang korap itu dan wajib menyokong pimpinan yang melakukan korapsi itu.

Jika kita telah mendapat pinjaman untuk anak kita belajar ke luar negara, kita di minta jangan mempersoalkan apa-apa yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan. Rakyat di kurung pemikiran mereka semata-mata telah mendapat gigi palsu percuma dan pinjaman dan pembiayaan pelajaran anak-anak kita. Apabila termakan sedikit wang rakyat yang bukan pun wang BN atau pun UMNO, rakyat mesti duduk diam dan memerhatikan sahaja segala kerja rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak yang memimpin.

Budaya ini telah dibentuk oleh UMNO sejak bertahun-tahun dahulu dan ini membuatkan orang Melayu tidak boleh berfikir jauh sedikit dari pemikiran mereka yang melakukan tekanan ini.

Telah banyak kali diperkatakan yang wang diberikan kepada rakyat itu adalah wang mereka sendiri. Kos gigi palsu itu dibiayai oleh pembayar cukai yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama serta rakyat yang menjadi ahli kepada parti kerajaan dan parti-parti pembangkang. Kos membiayai gigi palsu itu bukannya wang UMNO, malahan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan bantuan itu pun dibiayai oleh rakyat termasuk ahli PAS, DAP dan PKR.

Saya menulis ini kerana ramai yang menyuruh saya menulisnya kerana UMNO sedang berkempen yang segala bantuan itu adalah keperihatinan pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Justru rakyat mesti mengundi parti kerajaan. Jika ini dilakukan terus-terusan maka elok cari formula supaya ahli-ahli kepada parti pembangkang itu tidak payah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan dan membayar cukai jualan ke atas rokok yang di hisap oleh mereka yang telah menjadi ahli parti pembangkang.

Kalau ini dapat dilakukan maka barulah UMNO dan BN boleh mengaku yang wang pemberian untuk membiayai gigi palsu atau pinjaman pelajaran itu adalah hak UMNO untuk menagih sokongan melalui pemberian itu.

Oleh yang demikian maka kita tidak akan dapat melakukan perubahan walaupun wang negara kita telah di bawa keluar sebanyak RM1trillion sejak sepuluh tahun dahulu. Jika kita tidak melawan, segala kemungkaran ekonomi dan politik yang dilakukan oleh pimpinan kita, maka sampai bila-bila pun negara kita akan diperlakukan sekehendak hati pimpinan yang tidak jujur dan kita akan hanya menunggu kehancuran yang mungkin datang tidak berapa ketika sahaja lagi. Kemungkinan negara akan menghadapi pengalaman negara-negara kaya yang akhirnya tersungkur di hadapan mata masyarakat antarabangsa akan berlaku kepada negara kita.

Kalau kita tidak lakukan sesuatu maka cerita pemimpin menggunakan hampir RM2 billion untuk menyelesaikan perniagaan anaknya yang gagal, akan berlaku lagi. Negara perlu membeli kelengkapan senjata terus menerus untuk keselamatan negara. Jika tidak ada perubahan maka kita akan menanggung pembiayaan pembelian peralatan yang telah dinaikkan harga berlipat kali ganda untuk membayar ‘kick back’ kepada pihak yang bertanggungjawab dalam jumlah yang berbillion. Semuanya ini ditanggung oleh kita rakyat negara ini.

Itulah persepsi rakyat terhadap pemimpin-pemimpin parti yang memerintah kita. Baru-baru ini terbongkar isu NFC yang melibatkan Sharizat dan keluarganya. Sharizat telah diminta berhenti oleh banyak pihak kerana permasalahan yang beliau sedang hadapi. Sharizat membuat kenyataan, ‘siapa dalam UMNO yang tidak bermasalah?’ Kata-kata Sharizat itu selari dengan persepsi rakyat terhadap barisan kepimpinan hari ini.

Saya menyertai orang ramai yang telah merasakan keletihan mengikut perangai dan budaya UMNO ini. Kita disuruh menjadi rakyat yang setia tetapi mereka (pemimpin-pemimpin) tidak pernah menunjukkan sikap dan perasaan kesetiaan kepada negara tercinta ini.

Merekalah (pemimpin) yang telah menjadikan UMNO dan ahli-ahlinya serta rakyat yang telah di kelirukan itu untuk menjadi modal perniagaan peribadi mereka. Apabila ada rakyat yang berdegil tidak mahu menjadi modal kepada perniagaan peribadi mereka, rakyat gulungan ini dianggap sebagai pengkhianat pula sedangkan pengkhianat sebenar adalah di kalangan pimpinan yang mencuri wang rakyat dalam jumlah yang beratus billion ringgit nilainya.

Budaya dan pemikiran mereka (pemimpin-pemimpin) sudah terbalik. Yang benar dikatakan salah dan yang salah mereka katakan betul. Saya dan mereka yang sama pemikiran, tidak mahu menjadi gulungan yang menjadi pembawa dalil kedatangan kiamat.

Pembawa dalil kiamat selalunya bertindak dan mempunyai budaya serta pemikiran yang terbalik….yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik. Yang hak terhimpit dan yang bathil bermaharajalela. Menuju ke jalan yang lurus tidak di gemari oleh mereka yang sedang berkuasa secara rakus.

Lagi pun Tuhan memberikan kita ingatan, ‘selagi masih ada umat ku yang masih berzikir kepada ku, walaupun seorang, dunia belum lagi akan kiamat’
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Bagaimana keputusan kes Anwar akan gugat Najib

Oleh SiasahDaily

http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgNegara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.

Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.

Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.

Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.

Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.

Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.

Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.

Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.

Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.

Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.

Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.

Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.

Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.

Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.

Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.

Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.
http://siasahdaily.blogspot.com

901 - Nah ambik...hangpa ingat depa nak bagi senang-senang macam tuu jaa kaa...ada syarat...!!!

Polis kenakan 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

NONESyarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh
timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie.... [part 2]

Kak Wok mati dibunuh kejam

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

KLANG – Hajat seorang wanita warga emas untuk menunaikan umrah buat kali pertama tahun ini tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh dengan kejam di rumahnya di sini kelmarin.

Rahimah Mohd. Noh yang berusia 74 tahun dan tidak pernah berkahwin menemui ajal dengan lehernya dijerut rantai emas dipercayai miliknya sendiri.

Wanita malang itu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam seorang suspek yang menyamunnya pada waktu siang sebelum mayat mangsa ditemui pada pukul 10 malam.

Siasatan polis turut mendapati kepala wanita malang itu dihentak ke lantai sehingga mengakibatkan mangsa mati dalam kejadian di rumahnya di Jalan Wan Hassan, Kapar di sini.

Mangsa yang tinggal bersendirian turut kehilangan seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang dipakainya dipercayai dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Dearah Klang Utara, Suprintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian disedari oleh beberapa adik-beradik Rahimah yang tinggal berdekatan rumah mereka apabila pelik melihat kediaman mangsa gelap.

Menurutnya, mereka kemudian berusaha mencari mangsa di surau berdekatan yang sering dikunjungi si mati namun arwah didapati tiada dan mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke lokasi kejadian.

"Setelah pintu rumah dibuka, mereka yang mencari mangsa di dalam rumah tersebut terkejut apabila menemui mangsa telah dibaluti dengan kain tebal di dalam sebuah bilik.

"Mangsa yang mengalami cedera di muka dipercayai akibat dihentak ke lantai didapati sudah tidak bernyawa lagi dan laporan polis terus dibuat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Admin - Dok pikiaq macamana laa keselamatan mak ayah di kampung sana.. rumah kampung mau tau laa bukan ada cctv dan alarm system pun... tingkap pun mau pakai guni baja jaa sendalnya...dunia dunia... Ya Allah kau lindungilah mereka Ya Allah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...