TERKINI :

Friday, January 6, 2012

SETPOL dedah punca UMNO melatah pasal Surau Salihiah.....

Mazhab Politik 'Pem-bangunan' - Bukan Pasal lain!

Bukan! Bukan! Bukan....bukan pasal surau, bukan pasal tanah wakaf, bukan pasal solat jemaah, pasal imarah, pasal Islam, pasal gereja, pasal apa pun bukan! Ia adalah pasal mazhab ciptaan ciptaan UMNO yang tertanam di benak mereka - hanya UMNO/BN sahaja boleh memerintah kerana hanya UMNO mampu membawa pem-bangunan!

Politik pem-bangunan adalah fahaman bahawa kejayaan sebuah kerajaan pemerintah ialah membangunkan bangunan besar- besar, tinggi-tinggi, panjang-panjang...hingga tiada bangunan di dunia ini boleh menandinginya. Kemajuan negara diukur dengan jumlah dan saiz bangunan. Kalau ada bangunan itu semua, berjayalah kerajaan, majulah negara, majulah rakyat, membangunlah masyarakat. Ini mazhab UMNO sejak Merdeka lagi. Tak percaya tunggu musim kempen pilihanraya PRU13 nanti, apa PM dan menteri-menteri nak syarahkan di TV dan akhbar.

Plaza Tengku Yaakob selama 33 tahun adalah lambang kegagalan politik pem-bangunan UMNO di Kedah. Ia semak, menyakitkan mata, sarang penagih dan bagai habuk dalam kelopak mata penganut mazhab ini. Selama beberapa dekad, bertukar menteri besar dan exco, ia gagal diselesaikan.

Kejayaan Kerajaan Negeri sekarang melalui PKNK menyelesaikan lambang kegagalan 33 tahun UMNO/BN dalam kes Plaza Tengku Yaaob adalah pukulan maut kepada mereka. Parti yang tidak bercakap pasal menara tertinggi di dunia, bangunan pencakar langit, jambatan terpanjang tiba-tiba dalam tempoh 3 tahun mampu menyelesaikan masalah bangunan yang cacat di tengah bandar Alor Setar. Hati mana yang tidak sakit, muka mana yang tak malu, telinga mana yang tak merah, lidah mana yang tak kelu!

Gara-gara malu dan jatuh saham mazhab politik pem-bangunan itu, satu-satunya modal yang ada untuk gagalkan Aman Central ialah Madrasah Solihiah dan tanah wakaf. Maka di pasanglah kaki dan perkakas yang sedia menurut perintah untuk GAGALKAN Aman Central. Cari apa saja alasan, gerakkan apa saja sentimen, pertikai apa saja keputusan dan fatwa, pusing apa saja fakta...asalkan Aman Central yang akan menjadi mercu tanda baru bandar Alor Setar dapat digagalkan. Bukti kewujudan perkakas ini ialah kelibat Sobri Sudin yang tetiba bertungkus lumus dalam isu surau dan wakaf...nampak macam bagai rusa masuk kampung. Sewaktu demontrasi depan majlis pelancaran pecah tanah Aman Central, dia terjumpa saya dan dia cakap lain daripada apa yang dia buat sekarang...

Tidak membina Aman Central tidak menjejaskan PAS Kedah...tidak mencafatkan Ustaz Azizan sebagai MB. Lagipun kata mereka PAS bukan pandai pun buat pem-bangunan..., PAS parti yang tolak kemajuan dunia, PAS tak pandai cipta kemajuan... PAS parti tok lebai...tak reti memerintah. Dalam tak pandai itu, PAS ada kompleks sendiri, setiap kawasan ada markaz sendiri...

Berjaya meneyelesaikan kes Plaza Tengku Yaakob adalah satu alamatul-kubra bahawa mazhab yang dianut oleh BN/UMNO sejak Merdeka sedang menuju ke kubur. Mari selamatkan madrasah adalah ayat lain untuk satu seruan Ayuh! Gagalkan Aman Central! Ke guane?

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB Kedah

Tu laa sapa suruh hina tok mufti dan majlis fatwa... orang dah meluat macam-macam orang boleh buatnya...

Kebencian rakyat Kedah terhadap UMNO tidak terbendung lagi



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Sebesaq tungau pun MK tak sokong tindakan tidak bertamadun manusia yang menconteng dinding bangunan UMNO. Marah dekat mana pun dekat UMNO janganlah sampai bertindak di luar batas akhlak, biaq polis segera menangkap mereka. MK percaya itu bukan perbuatan ahli parti pembangkang, lebih2 lagi ahli PAS. MK percaya ianya dilakukan oleh pembenci UMNO dan penyokong Pakatan Rakyat tapi bukan ahli PR.

Tapi hakikatnya itulah manifestasi dari kebencian merata rakyat negeri Kedah yang sudah tidak terbendung lagi terhadap UMNO apatah lagi mengenai isu terkini di mana UMNO sudah berani menyanggah Majlis Fatwa yang dinaungi Yang DiPertuan Agong.

MK berdoa semoga cepatlah datangnya pilihanraya supaya peluang rakyat menukar peneraju kerajaan Pusat yang mereka benci dapat dilakukan segera melalui cara aman, bukannya vandalisme.

Politik di Kedah setakad Conteng Kereta dan Pertikai Keputusan Majlis Fatwa... itu jaa akai yg dok ada...!!

Beberapa buah kenderaan di Kuala Nerang, Kedah didakwa telah conteng dengan tertera pelbagai tulisan 'Bebas Anwar' dan '901' menggunakan semburan cat... dan yang hebatnya kejadian tersebut berlaku di negeri Ust Azizan...

Gambar yang perolehi melalui kiriman email ini melibatkan kenderaan-kenderaan awam seperti Bas dan Kereta Myvi.... dipahamkan pemilik kenderaan tersebut masih gagal dipastikan ....




http://dppwm.blogspot.com/2012/01/penyokong-anwar-rosakkan-kenderaan-awam.html

... aku malas tuduh sape-sape la... korang teka la sendiri sape punye kerja...huhuhuhuhu.... sendiri makan sendiri tau laa beb...dulu depa lempaq batu dengan cat merah sampai pecah cermin kereta avanza haji nan... mai hari nie ada pulak dok contengnya...sendiri mau ingat laa... politik kat kedah nie bukan ada puak2 yg cerdik pon...sampai keputusan majlis fatwa pon bawak pie mahkamah tinggi..sendiri mau pikiaq laa...

Ramalan Gua - Road to Mahkamah Jalan Duta : Saiful 3-2 Anwar

Road to Mahkamah Jalan Duta

Oleh: Hilangpunca

Ada masa masanya aku gemar juga mengambil tahu hal-ehwal semasa tanah air. Kegemaran ini sudah lama muncul dalam diri aku. Malahan ketika sekolah rendah aku sudah mula berbual hal-ehwal semasa dengan beberapa kawanku yang berpandangan jauh dan berani menyatakan sokongan tentang sesuatu perkara. Idea dan rujukan aku ketika itu sudah tentulah dari mulut abah dan arwah emak aku yang memberikan komen di hadapan TV ketika menonton siaran warta berita. Aku fikir kawan-kawan aku juga begitu, tiada bezanya dengan aku.

Pada hari isnin akan datang, aku mendapat tahu ada satu perhimpunan besar akan berlangsung di Kuala Lumpur. Ini salah satu hal semasa yang muncul menarik minat aku. Perhimpunan itu katanya adalah satu perhimpunan untuk satu perlawanan pusingan akhir di antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Perlawanan sengit ini seperti yang diketahui sudah berlangsung agak lama. Namun hanya pada pusingan akhir ini keputusan akan diumumkan oleh pengadil.

Seperti mana-mana perlawanan akhir, ia semestinya berlangsung di sebuah gelanggang yang hebat. Maka selalu saja Kuala Lumpur dipilih tidak kira apa perlawanan sekalipun baik bola sepak atau peraduan menyanyi. Aku fikir barangkali mahkamah baru di Kuala Lipis ini yang gah berdiri di atas bukit menghadap Sungai Lipis masih tidak cukup hebat.

Khabar angin mengatakan perlawanan akhir ini mungkin dimenangi oleh Saiful Bukhari kerana pengadil kononnya lebih banyak memihak kepadanya. Aku tidak fikir begitu. Manchester United awal pagi semalam tewas 3-0 walaupun pengadilnya Howard Webb (kah kah kah!). Jadi keputusan perlawanan ini tidak boleh dijangka terlalu awal. Aku berpendapat bahawa yang bermain baik akan menang. Kadang-kadang Howard Webb juga pening kepala bagaimana mahu menolong Manchester United jika mereka sendiri bermain seperti tidak mahu menang. Mana mungkin dia meniup untuk mengarahkan penalti untuk Manchester United ketika bola di tengah padang. Lainlah kalau dia sudah gila tiba-tiba atau dirasuk iblis.

Di pihak Dato Seri Anwar Ibrahim, aku melihat persediaan mereka untuk perlawanan akhir ini cukup baik. Poster seperti yang aku tampal di atas sudah lama terpampang untuk para penyokongnya tidak lupa hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Saiful Bukhari pula aku tidak pasti berapa ramai penyokongnya. Mungkin ramai juga. Kalau tidak ramai atau kuat, mustahil untuk dia ke perlawanan akhir ini.

Yang sebenarnya aku juga terfikir mahu melihat perlawanan akhir ini walaupun kedua-dua pasukan tidak mempunyai kaitan denganku. Tapi aku rasa tidak salah untuk pergi melihatnya. Aku sebelum ini pernah juga ke lain-lain perlawanan akhir yang tidak ada kaitan denganku contohnya perlawanan MPPJ Selangor menentang Sabah beberapa tahun lepas. Aku cukup suka suasana perlawanan akhir yang jarang-jarang dapat dinikmati. Namun kali ini aku kekurangan wang untuk ke Kuala Lumpur. Jadi cukuplah aku menunggu keputusan semasa di televisyen atau internet sahaja.

Walau bagaimanapun pagi ini setelah aku meneliti beberapa berita dan maklumat, aku menjadi kurang faham dengan perlawanan akhir ini. Ada beberapa persoalan yang menghairankan.
  1. Kenapa polis melarang penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing untuk hadir berduyun-duyun ke gelanggang untuk memberi sokongan.
  2. Apa gila polis suruh penyokong duduk di tempat lain jauh dari gelanggang. Macam mana nak sokong ayam tambatan mereka?
  3. Apahal orang Kolumpo bising takut jalan jem. Dah nama pun perlawanan akhir memang la jalanraya havoc sikit.
  4. PERKASA sokong team mana?
  5. Apahal Tun Mahathir cakap perhimpunan penyokong ini ugut mahkamah seterusnya memberi tekanan. Pengadil bola rilek je dalam padang kena maki satu stadium.
  6. Apahal guru, pelajar dan kakitangan kerajaan dilarang pergi menyokong. Suka hati diorang la nak layan final.
  7. Apahal final ni diorang main isnin? Tak respek langsung tradisi final kena main hari minggu.
Apa pun gua harap penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir ini mampu tabah dan sporting seandainya beroleh kekalahan.

Ramalan: Anwar 2-3 Saiful Bukhari.
[Kredit: HilangPunca]

UMNO sudah melampau KEPUTUSAN MAJLIS FATWA pun di bawa ke Mahkamah..!!

oleh KedahLa

Puak UMNO ni dah gila tak ketahuan hala....depa failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah.....aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'....adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah.

Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.

Mereka tolak ulamak mentah2 dan lebih yakin dengan 'ilmu Islam' yang dimiliki oleh hakim. Mereka mereka begitu berani untuk biadap dengan ulamak serta menolak hasil muzakarah ulamak? Kerana depa lebih yakin dan taksub terhadap pandangan para penasihat mereka iaitu Yahudi APCO, Tuang Guru Chua Soi Lek, Tuang Guru Samy Vellu dan Tuang Guru Joseph Pairin Kitingan totok Kristian.

Marilah kita memerangi golongan yang MENOLAK ULAMAK ini sehingga mereka tersungkok makan tanah. Allahuakbar.

nukilan Pengundi PAS Kedah

admin kedahlanie : kat bawah nie kami sertakan surat rasmi MUFTI dan KEPUTUSAN MAJLSI FATWA...lepas tu hangpa pakat pikiaq sendiri laa nooo...




Isu Madrasah Salihiah - HARI INI DALAM SEJARAH : Keputusan Majlis Fatwa dipertikai hingga ke Mahkamah..!!

Isu Madrasah Salihiah ke Mahkamah Tinggi
Isu Madrasah Salihiah ke Mahkamah Tinggi

ALOR SETAR - Tindakan memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi semalam terpaksa dibuat bagi mempertahankan Madrasah Salihiah, setelah Kerajaan Negeri dilihat seperti mendesak untuk merobohkan bangunan berkenaan.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad berkata, tuntutan berkenaan dibuat melalui panel peguam Tetuan Ahmad Rusydi Md Nor & Partners, peguam cara bagi Plaintif sekitar jam 9.45 pagi di Mahkamah Tinggi, Alor Setar.

Katanya, berdasarkan penyataan tuntutan, Plaintif Jamludin Murad, 58, adalah seorang ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut dan turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi.

“Defendan pertama adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Maik) yang merupakan pemegang amanah wakaf bagi tanah berkenaan, defendan kedua iaitu Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar serta defendan ketiga adalah Kerajaan Negeri Kedah.

“Proses memfailkan tuntutan disaksikan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mohd Hadi Hakimi Harun dan tarikh sebutan akan dilakukan pada 6 Februari 2012,” katanya kepada sidang media, di Madrasah Salihiah, Tambang Badak, di sini, semalam.

Mansor berkata, tuntutan injunksi berkenaan dibuat untuk menghalang defendan kedua dan ketiga melalui apa cara sekalipun untuk mengosongkan tanah berkenaan atau meruntuhkan Madrasah Salihiah.

“Pengendorsan tuntutan turut melibatkan deklarasi bahawa keputusan fatwa yang dibuat pada 4 Julai 2011 adalah terbatal dan tidak sah, deklarasi keputusan fatwa pada 21 Jun 2010 adalah sah serta mengikat, kos, apa-apa perintah oleh Mahkamah Tinggi,” katanya.

Beliau berkata, mereka bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sentiasa menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan madrasah itu dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada panel peguam untuk membawa kes berkenaan.

“Keputusan untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah dibuat setelah Kerajaan Negeri seolah-olah tergesa-gesa untuk meneruskan proses merobohkan madrasah.

“Kita akan meneruskan usaha yang dirancang sebelum ini untuk mempertahankan madrasah termasuk menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan sebagai tindakan susulan berhubung isu ini,” katanya.

Lucu! Laporan bodoh dari Berita Harian... pada-pada lah bro nak auta pon...

SEPERTI biasa adik beradik kembar Utusan Malaysia, Berita Harian memang gemar menyebarkan laporan putar belit dan propaganda murahan bila melibatkan cerita dan berita politik.

Kali ini Berita Harian melaporkan berita lawak yang begitu jelas mahu memperbodohkan pembacanya terutama orang-orang kampung yang hanya bergantung harap kepada media-media arus perdana sebagai sumber berita.

Ibarat kentutkan orang di depan batang hidung kemudian menafikannya, Berita Harian melaporkan kononnya lebih 100,000 penduduk Taman Sentosa, Klang melakukan demonstrasi kerana kecewa terhadap ADUN Pakatan Rakyat Sri Andalas, Dr Xavier Kumar.

Berbekalkan gambar tak sampai 100 orang memegang sepanduk, Berita Harian mahu pembacanya percaya kononnya 100,000 rakyat telah turun melakukan demonstrasi [Berita Harian].



Betul ke 100,000 rakyat berdemo di situ? Mana FRU? Untuk mempercayai bahawa penduduk Taman Sentosa Klang mencecah angka 100,000 pun begitu sukar, apatah lagi mempercayai lebih 100,000 penduduk turun berdemo?

Kalau nak tengok bagaimana ramainya 100,000 orang berhimpun, jom turun perhimpunan di Mahkamah Jalan Duta, 9 Jan 2012 ini. Di situ anda akan lihat betapa ramainya manusia berhimpun.

Media-media pengampu seperti biasa akan melaporkan jumlah tipu, barangkali mereka akan hanya laporkan 10,000 orang yang berhimpun, atau mungkin kurang dari itu. Kita lihat nanti!

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/lucu-laporan-bodoh-dari-berita-harian.html

Manusia paling jahat di dunia rupa-rupanya di temui di Malaysia..!!

KALAU merujuk kepada media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, dan TV3, jelas Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling teruk diserang kiri kanan atas bawah, siang malam pagi dan petang.

Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau?

Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya.

Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara.

Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah.

Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak.




Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini.

Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini?


ReJaM© "Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/anwar-ibrahim-patut-dinobatkan-sebagai.html#ixzz1idsAYsQ6

901 - Ok line clear....hangpa tunggu lagi... Jom...!!!!

Setelah polis berbincang dengan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, Shamsul Iskandar Ketua Amk, Ketua Wanita Zuraidah, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Naib Presiden Surendran, akhirnya persetujuan dicapai, polis benarkan diadakan perhimpunan di kawasan tapak letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta dengan syarat tiada baner atau poster yang tertulis "BEBASKAN ANWAR"Ayuh rakyat yang cintakan keadilan, pastikan anda berada di sana..

Biarkan dr hasang ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..

Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/terkini-akhirnya-polis-benarkan.html


tambahan :
Di bawah ini salah seorang rakyat Malaysia berbangsa India yang sudah mengambil cuti awal-awal lagi untuk turun berhimpun di mahkamah Jalan Duta 9 Jan ini. Menurut beliau, kalau tak dapat cuti pun, beliau akan ambil MC.


Hangpa Ambik Artikal nie copy dan print kemudian pie lempaq muka UMNO suruh depa jawab soalan-soalan tuu..???!!

Siapa Lemahkan Melayu?

oleh Nurul Izzah Anwar,

Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran yang disemat di hati kita semua lah yang menjadi penentu kepada kejayaan kelak.

Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:

Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?

Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?

Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?

Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?

Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?

Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?

Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?

Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?

Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?

Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?

Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?

Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?

Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?

Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?

Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?

Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?

Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?

Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?

Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?

Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?

Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?

Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?

Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?

Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?

Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?

Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?

Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?

Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?

Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin?

Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu?

Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?

Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?

Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?

Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia?

Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?

Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?

Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?

Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit?

Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.

UMNO KEDAH rampas Dewan Orang Ramai pie buat Dewan UMNO..

UMNO GUNA NAMA RAKYAT AMBIK TANAH DAN GUNA NAMA DEWAN ORANG RAMAI....LEPAS TU BUH NAMA DEWAN UMNO..???

ini dia dewan orang ramai...
awat jadi dewan UMNO pulaksedangkan situ tulis Dewan Orang Ramai

DEWAN ORANG RAMAI YG DI POHON BERTUKAR NAMA KEPADA DEWAN UMNO, nampak sangat yg pemimpin umno ni bodoh lagi cerdik, dimana-mana dewan orang ramai di seluruh malaysia amnya di kedah menjadi hak milik umno,peruntukan di minta atas kegunaan dewan orang ramai, bila nama dewan org ramai bermakna dewan itu boleh di gunakan oleh semua masyarakat tak kira fahaman politik dan agama di sesebuah tempat, umno jijik dalam berpolitik tidak sebijak orang2 cina, setiap dewan orang2 cina boleh di guna oleh semua orang cina tak kira apa politik mereka....?? umno yg nama saja melayu tapi berfikiran sempit berotak seperti otak lembu, melayu di pinggir demi fahaman politik sempit umno...

Sampai bila umno boleh hidup..??? jika beginilah sampai kiamat pun umno tak akan maju malah umno akan semakin kecil, rakyat boleh menilai dan rakyat tahu hak siapa, kita lihat di mana-mana dewan-dewan yg umno bina semuanya di tanah-tanah kerajaan (rakyat) baik di taman-taman dan di kampung-kampung,ada dewan org ramai ini di bina di tanah-tanah wakaf masjid dan wakaf kubur, tetapi mengapa umno tidak tahu menilai fungsi dewan orang ramai itu,mereka mengunakan dewan orang ramai sebagai pejabat2 umno, mereka lupa yg dewan ini sumbernya adalah hak rakyat yg di ambil dari pej daearah,majlis perbandaran dll, tidak malukah umno..?? hak rakyat megaku hak sendiri....???

contoh di alor setar umno mengunakan tanah khas utk masyarakat utk riadah tetapi mereka menbina dewan orang ramai menjadi pejabat umno ,untuk kepentingan politik sempit.

Ini dewan rakyat taman wira mergong yg bersebelahan dengan kolej insaniah,telah di jadikan pej umno...sama juga dgn dato bashah yg masih menguna pejabat penghulu untuk kegunaan nya sebagai pejabat wakil rakyat ,sekarang umno sudah kalah jgn angap harta rakyat harta umno lagi....

http://www.kedahkita.com/2012/01/umno-guna-nama-rakyat-ambik-tanah-dan.html

Suasana di Program Lantunan Mahabbah Rasulillah

JERAI - Pelajar terima sumbangan basikal dan beg sekolah

http://www.wartakedah.net/images/gerek1.jpg

GUAR CHEMPEDAK, 27 Disember 2011 – Kira-kira enam puluh orang pelajar sekitar daerah Yan menerima sumbangan basikal dan beg sekolah sebagai persediaan persekolahan sesi 2012 sempena Majlis Penyampaian Bantuan Basikal Dan Beg Sekolah anjuran Pejabat Kebajikan Daerah Yan.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali, beliau memaklumkan, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta selain peruntukan sedia ada sebanyak RM17 juta dalam bajet 2012 untuk program-program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini kerana keperluan untuk membantu rakyat bawahan selain kita menaikkan bantuan am dari RM75 hingga ke RM150.

“Sedikit sebanyak hasil kerajaan negeri seperti keuntungan balak, cukai-cukai dan lain-lain dapatlah dikongsi bersama dan seterusnya membantu rakyat bawahan ,” tambahnya.

http://www.wartakedah.net/images/gerek.jpg

Beliau juga mengingatkan, bantuan dari JKM lebih kepada membantu dan bukan berterusan. Sekiranya penerima boleh berdikari atau mempunyai sumber pendapatan yang agak baik, JKM akan menamatkan bantuan tersebut tetapi ianya tidak temasuk kepada orang kurang upaya (OKU), orang sakit dan warga emas yang tiada saraan hidup.

“Untuk ibu-ibu tunggal dan golongan muda, JKM memperuntukan bantuan modal untuk memulakan perniagaan. Dengan modal tersebut, mereka bolehlah memulakan perniagaan mengikut kemahiran masing-masing,” jelasnya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut mengingati agar ibubapa perihatin kepada masalah sosial yang melanda golongan remaja. Walau pun terpaksa bekerja lebih masa mencari rezeki, perhatian dan pantauan kepada anak-anak jangan dilupakan. Ibubapa perlu memberi perhatian sewajarnya memandangkan kemudahan teknologi terkini membuatkan para remaja terdedah kepada perkara-perkara negatif dan sekiranya tiada kawalan boleh mengundang masalah-masalah sosial.

“Kepada adik-adik yang mendapat basikal hari ini, saya nak pesan, jangan gunakan kemudahan yang diberikan ini untuk perkara tidak baik. Gunakannya sebagai kemudahan untuk kita ke sekolah, menuntut ilmu sehingga berjaya dan suatu hari nanti boleh membantu ibubapa kita.

“Saya tak mahu tengok, waktu kita bagi tayar basikal ada dua, tapi bila dapat tayar tinggal satu,” nasihatnya sambil berseloroh.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan basikal kepada kira-kira enam puluh orang penerima. Ahli Parlimen Jerai, YB Firdaus Jaafar turut hadir bersama.

Majlis tersebut diadakan di dewan Sekolah Rendah Islam Integrasi Faizin (SAIF), Guar Chempedak.

Penjelasan oleh exco isu kedudukan plaza tunku yaakob surau solihiah


Peminat bolasepak Kedah serbu Stadium Mini Keladi

KULIM, 1 Jan 2012 – Kira-kira lima ribu penonton membanjiri Stadium Mini Keladi menyaksikan pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah pilihan dan pasukan pilihan Kulim.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan pilihan Kedah telah berjaya mengalahkan pasukan pilihan Kulim dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kedua-dua gol kemenangan itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua perlawanan.

Penonton dari setiap lapisan umur berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi ianya dihadiri oleh pemain bola sepak Kedah terkenal, Saudara Baddrol Bakhtiar. Sementara itu suasana diceriakan lagi dengan kehadiran Penolong Juru Latih Pasukan Bola Sepak Kedah, Radhi Md Din.

Hadiah-hadiah serta cenderamata disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar (Penerangan), Ustaz Musoddaq Ahmad.

Pertandingan bola sepak persahabatan itu diadakan sempena Program Ambang Sejahtera, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Kulim.

Aduhaiii... Gua nak kata aman macamana bumi Malaysia nie..sampai dalam kelambu pun di masuknya...!!??

Penyamun masuk kelambu
Penyamun

ALOR SETAR - Seorang warga emas, yang sedang nyenyak tidur terkejut apabila dibangunkan isterinya yang memberitahu ternampak kelibat orang di luar kelambu bilik mereka, dalam kejadian samun, di sini, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Shuid Ahmad, 66, berkata, semasa kejadian samun itu, dia hanya tinggal berdua bersama isterinya, Maimunah Lat, 61, di rumah.
Menurutnya, sebaik terlihat kelibat penyamun itu, dia terus menjerit meminta tolong sebelum diserbu empat penyamun ke dalam kelambu mereka.
“Penyamun itu kemudiannya meminta kami diam dan mengacukan parang ke leher saya. Tangan dan kaki kami diikat sementara mulut disumbat dengan kain.
“Mereka memakai topeng dan dua daripadanya bersenjatakan parang. Mereka turut menggeledah almari, laci dan seluruh bilik bagi mencari barang berharga,” katanya.
Shuid, yang juga Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) berkata, penyamun itu berjaya menemui barang kemas yang disimpan isterinya.
Menurutnya, seorang daripada mereka kembali mengacukan parang ke lehernya dan bertanya kepadanya lokasi dia menyimpan barang berharga lain dan wang tunai.
“Kerana ketakutan, saya memberitahu lokasi saya menyimpan wang tunai dan kemudiannya seorang penyamun pergi mendapatkannya, namun tidak berjaya.
“Penyamun itu kembali mengacukan parang di leher dan bertanyakan sekali lagi lokasi tersebut kerana mereka gagal mencarinya. Saya memberitahu dan menunjukkan laci tempat menyimpan dompet saya dan mereka terus menggeledah laci terbabit,” katanya.
Shuid berkata, mereka berdua yang diikat ditinggalkan di dalam bilik dan terdengar sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumah dipercayai digunakan penyamun untuk melarikan diri.
Sejurus itu katanya, mereka cuba meleraikan ikatan tangan dan kaki sebelum ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.
“Ketika itu jam menunjukkan 4.45 pagi dan saya dapati penyamun itu masuk ke rumah melalui pintu belakang rumah yang dipecahkan.
“Kami hanya tinggal berdua di rumah dan tidak mendengar apa-apa bunyi sebelum melihat kelibat mereka di luar kelambu di bilik tidur kami di tingkat atas,” katanya.
Shuid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pagi semalam dan anggaran kerugian RM48,000 termasuk wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.
Bagaimanapun, Shuid berkata, dia bersyukur kerana dia dan isteri tidak dicederakan penyamun semasa kejadian.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian dan setakat ini polis sedang mengesan penyamun terbabit. Masih tiada tangkapan dilakukan setakat ini (semalam),” katanya.

Dr. Ismail sumbang kipas untuk 14 buah surau

http://www.wartakedah.net/images/kipah.jpg

Alor Setar - ADUN Alor Mengkudu YB. Dr. Ismail Salleh mengagihkan 14 buah kipas bersaiz besar kepada 14 buah surau yang terdapat dalam kawasan DUN Alor Mengkudu.

Beliau yang juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, menyampaikan sumbangan kepada wakil setiap surau dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Pusat Khidmatnya di Alor Mengkudu.

Sementara itu semua penerima mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ismail dan menyifatkan pemberian kipas tepat pada masanya memandangkan Kedah sedang memasuki musim kemarau sekarang ini.

Biar miskin harta jangan miskin iman

Saya menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan. Selain persaingan mendapat kontrak, ada permintaan tertentu dalam bentuk entertainment.

Yang menjadi masalah, adakalanya bentuk keraian itu melibatkan minum arak dan juga melanggan gadis pelayan pelanggan. Apa hukumnya walaupun saya selalu cuba mengelak daripada terlibat dalam hal sebegini?

JAWAPAN:

Islam sangat menitikberatkan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah.

Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara muamalah Islam.

Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut setiap manusia berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syarak.

Keperluan mematuhi perkara tersebut adalah sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah.

Melalui persoalan yang saudara kemukakan jelas bahawa dalam proses pencarian rezeki ada keterlibatan dalam aktiviti yang tidak diredai dalam syariah islamiah.

Pertamanya, dalam sudut akhlak ia sangat bertentangan dengan moral dan norma Islam. Orang Islam ditegah menghadiri acara yang secara terang-terang bertentangan dengan Islam, minum arak, orang Islam ditegah, apatah lagi menganjurkan.

Sedangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menegah dengan tegas bahawa arak adalah ibu kepada segala punca masalah. Malahan baginda mengkategorikan penanam anggur (tujuan menghasilkan arak), pemetiknya, pemerahnya sehinggalah kepada penghidangnya, kesemua mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.

Walaupun aktiviti entertainment yang saudara terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, saudara tetap dilihat orang yang bersubahat. Biar apa pun maksud saudara ia tetap haram.

Selain arak, disediakan pula layanan dari wanita-wanita seksi sebagai penghibur. Maka sempurnalah maksiat ke peringkat yang maksimum. Apabila ada arak dan wanita sebagai pelaris dan pelincir tiada lain yang diundang melainkan kemurkaan Allah SWT. Perkara ini lebih kepada rasuah arak dan seks.

Ini bukan kali pertama saya ditanya mengenai hal sebegini, malahan saya pernah ditanya sebelum ini mengenai soalan yang hampir sama. Nampaknya, memang sudah kian lama wujud sikap sebegini dalam kalangan peniaga atau usahawan dalam melobi projek yang diinginkan.

Mungkin ini berlaku kerana dua punca. Pertama, kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Kedua-duanya tetap berdosa dan perbuatan mereka adalah haram.

Yang pastinya, peniaga kerap kehilangan projek, walaupun telah melabur dalam pelbagai aktiviti melobi. Yang untung pihak yang meluluskan atau memberi kata putus kepada projek tersebut.

Kalau ada 10 orang yang melobi belum tentu semua dapat. Jadi yang kenyang adalah pihak yang diraikan dalam aktiviti-aktiviti haram.

Rezeki yang tidak berkat

Jelasnya, rezeki yang diperolehi melalui aktiviti yang sebegini pastinya tidak diberkati Allah SWT.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? (Yunus: 59)

Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberi pandangannya bahawa Allah SWT mencela golongan yang dianugerahkan dengan rezeki-Nya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri.

Hakikatnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran agama.

Oleh yang demikian, manusia bertindak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Bagi mereka ini, azab seksaan yang pedih pada hari akhirat.

Islam memuji penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.

Justeru, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syarak sudah pasti akan diredai oleh Allah. Sekali gus mendapat pengiktirafan tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya.

Atas kemuliaan prinsip tersebut, muamalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya.

Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tadi bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syariah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.

Ingat Rasulullah SAW berpesan bahawa para peniaga akan dibangkit dalam keadaan untung mahupun rugi, sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur. (al-Tirmidzi)

Tidak ada makna saudara beroleh satu projek dengan menggadaikan iman dan takwa, lebih-lebih lagi Islam tergadai di dalam aktiviti entertainment melobi. Biar kita miskin harta, jangan miskin iman.

Saya ingat pesan isteri kepada suaminya sebelum keluar mencari rezeki, katanya: "Ingatlah wahai suamiku, sesungguhnya kami sanggup menanggung keperitan kemiskinan, tapi kami tidak sanggup menanggung seksa api neraka".

Doa saya agar Allah SWT memberi saudara kekuatan menghadapi dunia perniagaan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...