TERKINI :

Thursday, January 5, 2012

Pertembungan di antara UMNO dengan rakyat bertambah serius

Oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-d4cqNmoIJ5o/TXI3NOacquI/AAAAAAAADyQ/gJh9gxZj6Ac/s1600/1MSIA%2BTOLAK%2BBN.jpgSejak berita yang dilapurkan oleh Malaysian Insider dan Utusan dan beberapa blogger yang pro UMNO beberapa hari yang lepas, blog saya telah dibanjiri dengan pelawat yang ramai dan kebanyakkannya memberikan sokongan kepada saya jika saya menyertai DAP

Media perdana Utusan dan blogger UMNO telah menulis dengan panjang lebar dan membuat kritikan keras terhadap saya. Tetapi yang menggalakan ialah sokongan dari orang-orang biasa ini sangat menggalakan dan ianya benar-benar membuka minda ramai orang Melayu yang sebenarnya menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak ‘unpatriotic’.

Tidak ada parti akan dibenarkan untuk ditubuhkan jika parti-parti itu tidak memperjuangkan kebaikan untuk negara dan rakyatnya. Apa yang asas kepada segala-galanya dalam penubuhan parti itu ialah Bab Asas dan Tujuan dalam Perlembagaan sesebuah parti itu. Kalau di selidik secara teliti semua parti yang terdaftar dengan halal di negara ini bertujuan yang tidak lari dari kandungan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semuanya mempunyai matlamat menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Apa yang membezakan dari satu parti dengan parti yang lain ialah samada pimpinan sesebuah parti itu benar-benar mengikuti apa yang diperuntukan di dalam Bab Asas Dan Tujuan yang terkandung di dalam parti-parti itu. Baik atau tidak sesuatu parti itu bergantung samada pimpinan parti itu benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah di tulis dalam Perlembagaan parti itu.

BN pada asasnya bukannya tidak baik, tetapi semangat yang ada di dalam BN itu tidak di sempurnakan dengan betul sehinggakan rakyat tidak lagi berselera dengan komponen itu. Asasnya ialah rakyat atau kaum yang menganggotai parti-parti dalam BN itu bersatu dan seterusnya parti-parti yang berada di dalam BN itu bekerjasama dengan baik dan menjadikan komponen itu sebagai wadah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perpaduan kaum (national unity).

Apabila BN tidak lagi melaksanakan matlamat yang baik itu maka rakyat mula berasa tersentuh dan meninggalkan BN itu sekarang ini. Oleh kerana BN khususnya UMNO dipimpin oleh pemimpin Melayu yang lemah maka pimpinan dan ahli-ahli UMNO memainkan isu rasis yang menebal bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya untuk mengekalkan kuasa yang mereka sangat seronok mendapatnya. Bagi UMNO asalkan orang Melayu bersatu mereka mendapat kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat dan merelakan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Tetapi meniupkan isu bangsa dan bersifat rasis yang keterlaluan maka rakyat berbilang kaum telah berpecah dan ianya membunuh semangat rakyat di antara kaum untuk bersatu. UMNO menggunakan isu perkauman dengan mengingatkan insiden 13 Mei 1969 dahulu sebagai senjata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan perkara itulah yang sepatutnya cuba di baiki oleh BN, bukannya menggunakan 13 Mei itu sebagai cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Apabila perkara ini terjadi ia bukan sahaja menjadikan MCA dan MIC bermasalah, ianya juga telah menjadikan semua rakyat merasa tidak selamat jika BN yang dipimpin oleh UMNO itu terus-menerus mentadbir negara dengan cara menakut-nakutkan rakyat. MCA pula terpaksa menjadi chauvinis cina untuk mendapatkan sokongan kaum cina terhadap mereka. Tetapi DAP pula yang di tuduh chauvinistic dan ini lah yang tidak dapat disabarkan oleh rakyat lagi.

Sifat chauvinis cina MCA itu menaikkan lagi suhu perpecahan kaum dalam BN sendiri sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi sentimen perkauman ini dimainkan kerana mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan muhibbah di bawah ini. Rakyat sekarang sudah menolak isu-isu rasis ini dan inilah sebenarnya perjuangan kita selama ini. Rakyat telah bersabar menantikan pembaikpulihan sikap dan perangai pemimpin dalam BN itu untuk terus diberikan mandat, tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN tidak mungkin mampu lagi untuk melaksanakan tugas menyatukan rakyat lagi.

Secara tidak sedar atau secara sedar rakyat mula tidak lagi mempercayai momokan UMNO terhadap PAS dan DAP yang selama ini mereka dengar melalui media masa perdana dan percakapan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam keadaan ‘keferasatan’ rakyat terhadap BN mereka telah berusaha menolak BN dan di dalam pilihanraya yang lalu BN hanya memenangi 85 kerusi di Semenanjung dan PR pula memenangi 82 kerusi. Kalau tidak kerana sumbangan kerusi dari Sabah dan Sarawak BN sepatutnya telah tumbang dalam pilihanraya yang lalu.

Rakyat melalui PR telah berjaya mengambil alih pentadbiran lima buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai legislatif negerinya sendiri. Sejak itu negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat seperti di P Pinang telah menunjukkan bakat kepimpinan kerajaan yang baik dengan etika dan pentadbiran yang jauh lebih baik dari pentadbiran BN dahulu.

Keadaan ini tidak menyenangkan pihak BN yang telah dikalahkan oleh rakyat itu. Segala usaha dilakukan oleh pihak penyokong BN di negeri itu untuk ‘discredit’ kerajaan P Pinang sehinggakan kumpulan penyokong BN telah menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri negeri itu. Inilah contoh-contoh buruk yang sedang dilakukan oleh penyokong BN di P Pinang dan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu tidak langsung mahu menegur sikap buruk penyokong-penyokong mereka itu.

Itu adalah tindakan desperado. Tindakan meloyakan ini membuatkan imej UMNO dan BN di P Pinang bertambah buruk dan tidak memungkinkan BN akan menjadi pilihan rakyat bukan sahaja di negeri itu tetapi menyeluruh di seluruh negara. Perkara buruk ini juga dilakukan oleh penyokong BN di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan TV3 dan Utusan sebagai ‘kuda pelejangnya’. Setiap malam media perdana ini meyiarkan perkara-perkara seperti ini untuk membantu BN mendapatkan kembali sokongan yang sudah ditarik balik oleh rakyat itu.

Jika ditanya saya samada usaha mereka, media perdana, itu akan berjaya, saya dengan jelas menjawabnya yang itu merupakan mimpi di siang hari sahaja. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap media perdana ini kerana tujuannya sangat mudah untuk difahami oleh rakyat yang ramai…iaitu untuk memecah belahkan rakyat. Selalunya UMNO hanya berjaya dalam keadaan perpecahan.

Sesudah bercakap tentang perkara yang telah di cakapkan ini, siapa yang sebenarnya yang patriotik? Orang yang patriotik ini sebenarnya orang yang macam mana? Adakah orang dan pemimpin yang telah memperkosa harta rakyat itu patriotik? Adakah pemimpin yang menggunakan kedudukannya untuk membelasah harta rakyat itu pemimpin patriotik?

Adakah pemimpin yang menambah harga perlengkapan persenjataan negara itu untuk mendapatkan ‘kick back’ itu patriotik? Adakah pentadbiran yang beretika dan bersih yang dilakukan oleh DAP di P Pinang dan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan itu tidak patriotik? Adakah sayangkan UMNO itu sahaja yang patriotik walaupun pemimpin yang mencuri di sana sini itu adalah pemimpin UMNO?

Adakah tindakan membawa keluar wang negara secara haram sebanyak RM1 trillion keluar negara itu tindakan yang sangat patriotik? DAN yang mengkritik pemimpin negara kerana membiarkan wang yang bertrillion itu tidak patriotik. Siapa sebenarnya manusia dan rakyat yang patriotik kepada pemimpn UMNO dan penyokongnya?

Masing-masing boleh membuat penilaian dan menjawab samada segala tindakan semua pihak itu tindakan yang patriotik. Buatlah keputusan sendirian. Yang penting sebelum membuat keputusan kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita ambil itu.

Jangan kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Kita sepatutnya ada rasa malu sikit-sikit kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua. Silapnya UMNO ini, mereka memandang orang ramai ini semuanya tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis dan seterusnya tidak berkemampuan untuk berfikir.

Pada UMNO rakyat khususnya orang Melayu senang dipersendakan dan mereka (orang Melayu) tetap akan sokong UMNO sampai hari kiamat. Mungkin itu jugalah cara setengah blogger pro UMNO berfikir….memaki hamun mereka yang tidak menyokong UMNO dan mengharapkan orang ramai akan mengikut mereka.

Pengamal media perdana serta penulis-penulis dalam alam cyber nampaknya terus-terusan mewujudkan keadaan yang berlawanan di antara RAKYAT dan UMNO.

Isu Madrasah Salihiah - PAKEJ DERHAKA : 1 derhaka kat Tok Mufti..2 derhaka kat AGUNG..!!!

Hari ni lawan Mufti, apakah esok depa akan lawan Agong?


Cisss puak2 derhaka ni sudah melampau, sudah war2kan dalam blog depa untuk bermandi darah pada 8 jan ni, kerana nak pertahankan pejabat Takaful Ikhlas dari dirobohkan. Kalau geng PR yang buat cadangan macam tu, penuh dah balai polis depa buat report. Sapa ada kelapangan pi tolong buat report polis terhadap tindakan dan kenyataan biadap puak-puak yang lawan dengan Mufti dan Majlis fatwa itu... sekaligus mereka tak hormat, atau bahasa mudahnya DERHAKA terhadap yang DiPertuan Agong.

Mufti ajak bersemuka depa tak mau, takut berhujah. Yang depa tau melalak sana sini, tak pasai2 SPRM pulak dibabitkan.. apa kena mengena? Kes rasuah bolehlah report kat situ, ni bukan kes rasuah.. isunya nak roboh sebuah bangunan yang ada surau dan pejabat Insuran untuk diganti dengan sebuah surau baru lebih besar. Kalau kata bingai marah, tapi tindakan hangpa tu nak habag bagi @#$%&*.

Hari ni depa berani lawan Mufti.. jangan terkejut kalau besok-besok ada kemungkinan depa akan lawan Yang DiPertuan Agong pulak...

Undang-undang di Malaysia siapa yang melancarkan perang terhadap yang DiPertuan Agong boleh dihukum gantung sampai mati... cuba terai mandi darah kalau berani!!!

Perhimpunan 901 - Polis OK.. tapi bukan di mahkamah... [macam cerita BERSIH 2.0 jee nie]

Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain

Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi
yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

- Bernama

Gempar!!! Kadir Sheikh Fadzir mengaku pernah diberi satu longgok cash untuk diedar dua tiga hari sebelum pilihan raya

P'raya selepas kerja JK Parlimen selesai - Kadir Sheikh Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

Jamil Khir secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan Ketua Audit Negara

Zakat: Jingga 13 minta penjelasan Ketua Audit

PUTRAJAYA, 5 Jan: Ketua Audit Negara diminta menjelaskan kepada umum percanggahan fakta yang telah dibuat Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal penggunaan wang zakat olehnya dan dua yang lain.

Sehubungan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di sini, petang ini.

Menurut Fariz, surat itu berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Jamil Khir, Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

“Ketibaan kami untuk penyerahan surat itu disambut oleh Pegawai Khas Ketua Audit Negara, Jamilah Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat,” ujarnya.

Menurutnya, Ambrian perlu membuat penjelasan segera bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar kerana jelas wujud percanggahan laporan.

Beliau di dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Jamil Khir selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh Bernama bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”.

Baginya, ia ternyata menyimpang dan cuba memutarbelitkannya malah ternyata memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara.

Katanya, pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

Menruutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bertarikh 21 November 2011 , di mana pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) tetapi telah dinafikan oleh Jamil Khir.

Beliau mendakwa Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan memutarbelit fakta dqan berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sepertimana yang dimaklumkan, ujarnya bahawa isu pembayaran balik wang zakat oleh MAIWP adalah tidak timbul dengan menggunakan geran kerajaan, tetapi sewaktu pembayaran dibuat terhadap kos guaman sejumlah RM63,650 selama hampir sebelas (11) bulan adalah menggunakan wang zakat.

“Justeru, Jingga 13 hari ini menyampai surat kepadaTan Sri Ketua Audit Negara memohon agar satu penjelasan dan respons segera dibuat kerana kredebiliti dan integriti Jabatan Audit Negara telah diperlekeh dan dinafikan oleh Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” ujarnya.

Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

.

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31

http://akuislam.com/blog/renungan/menjawab-alasan-mereka-yang-tak-nak-menutup-aurat/#axzz1ia1fgNGs

Isu Madrasah Salihiah - DEDAH !! : Surat Kebenaran Majlis Fatwa di dedahkan....

sila klik gambar untuk lebih jelas...


Bila kalah berhujah dengan PAS, ungkit cerita zaman dulu..

dari kedahla

Oleh: Tok Non

Tok Non nak bongkarkan strategi orang UMNO bila tersandaq ke dinding akibat tak mampu berhujah dengan PAS. Caranya ialah...

http://3.bp.blogspot.com/-25PmvGzs3F4/TwKLDky8UrI/AAAAAAAAHEU/BLsMZjkKRUE/s1600/Jasa%2BUMNO.png

1. Maki hamun dan serang peribadi penghujah pihak lawan, bukan fokuskan sangat pada hujahnya. Tujuannya nak bagi penghujah tu, kalau jenis tak biasa dengan bahasa2 celupar, akan tinggalkan medan hujah kerana tak mahu berdebat dengan orang 'bodoh'

2. Ungkit cerita lama yang boleh dikaitkan dengan PAS. Misalnya cerita PAS tuduh UMNO kafir, tak makan sembelihan, solat dua imam, walhal puak2 yang dok kafirkan orang tu semua dah masuk UMNO. Atau apa-apa cerita yang berlaku zaman dulu sampai generasi baru PAS la ni nak kena rujuk balik kitab sejarah tua politik lalu untuk tau apa cerita sebenagnya.

Cuba tengok trend yang itu digunakan oleh orang2 UMNO dalam FB, blog atau media maya dalam berdebat atau berhujah... memang macam tu. Agaknya ilmu dipelajari dari APCO sebuah penasihat Yahudi yang dibayar RM77 juta oleh Najib untuk mempertahankan imej UMNO/BN.

Biar 'dia' hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya - dsai

Anwar: Sama ada saya dipenjarakan tak penting

Menjelang demonstrasi kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan selagi tiada pihak yang tampil membuat provokasi.

anwar ceramah in melaka 040112Katanya, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan.

"Saya meletakkan tiga keputusan yang mungkin berlaku, ia termasuk saya diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau berkemungkinan besar dipenjarakan.

"Keputusan itu tidak penting sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan sedia dalam proses pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka malam tadi.

Hukum Umno

Hampir, 3,000 orang hadir termasuk, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Jelasnya, kekacauan ketika kempen "Bebaskan Anwar 901" tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat perhimpunan secara aman itu.

"Kita minta seperti biasa, perhimpunan kita bersih daripada semua perhimpunan yang dibuat sebelum ini, aman dan selesai dengan baik dan bersurai pun dengan baik.

anwar ceramah in melaka 040112"Yang penting jangan benarkan sesiapa menganggu termasuk tindakan polis supaya mengawal keadaan dan jangan ada provokasi," katanya.

Serentak itu, menurut bekas timbalan perdana menteri itu, solat hajat akan diadakan di seluruh negara bagi mengelakkan fitnah dan kezaliman serta keputusan mahkamah yang adil.

"Solat hajat akan dibuat secara berterusan di berpuluh tempat termasuk di Permatang Pauh supaya diselamatkan daripada fitnah dan kezaliman.

"Saya yakin kemenangan akan berlaku, kalau tidak esok, dalam beberapa bulan lagi akan berlaku perubahan besar dalam negara kita.

"Biar dia hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya.

"Pada 9 Januari ini kita boleh dengar keputusan mahkamah tetapi fokus kita adalah pilihan raya.

"Meskipun, Anwar dipenjarakan namun pilihan raya masih penting, dihukum dengan ikat jamin, pilihan raya masih penting, rakyat putuskan kerajaan ini tumbang akhirnya," katanya.

Jenayah - Tu dia bawak masuk dadah RM630 juta... apa yang bestnya negara kita nie..???

903.2 kilogram syabu RM630 juta dirampas


ZAINUL ABIDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil syabu bernilai RM630 juta yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Sepang semalam.


SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas lima juta pil syabu bernilai RM630 juta jika diproses semula Sabtu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan tersebut dilakukan di susur keluar tol Bukit Tagar, lebuh raya PLUS, menghala ke utara dari Klang, kira-kira pukul 8.30 malam.

"Pil seberat 903.2 kilogram yang boleh menghasilkan lebih 80 juta pil sekiranya diproses semula, berjaya dirampas dalam satu operasi yang dilakukan empat hari lalu oleh JKDM dan PDRM.

"Dua lelaki iaitu warga Singapura dan Taiwan serta dua lelaki warga tempatan yang berusia di antara 40 dan 50 tahun turut ditahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Isu Madrasah Salihiah - ILMU agama puak yang dok bantah lagi tinggi dari Majlis Fatwa Kedah..!!

http://3.bp.blogspot.com/-hTJvU6mOAX4/TwUH9vBNG_I/AAAAAAAAFmc/cP1riIc0J8E/s1600/2012-01-05_101353.jpg

isu Madrasah Salihiah - Wawancara Bersama Mufti Kedah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379077_10150465637537157_319981142156_8760210_1128489363_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/403727_10150465637792157_319981142156_8760213_1184659092_n.jpg
KLIK GAMBAR untuk lihat lebih jelas
[dari sinar harian edesi cetak]

UMNO sembang deras..... apa bezanya Adam Adli dengan Namawee

hangpa semua sembang jaa deras... nama pejuang MELAYU laa pejuang bangsa laa... mai tang ADAM ADLI sampai nak ludah laa apa laaa.... mai tang budak NAMAWE tu sekoq pon tak panggung kepala bila kerajaan hangpa julang dia sampai bagi loan buat filem...lepas tu lanie dah kaya raya dah mamat tu untung juta-juta buat filem nasik lemak 2.0.... awat ADAM ADLI tuuu budak negro dari afrika kaaa....
· · · 12 hours ago
  • 11 people like this.
    • Sobrima Aloq Staq cuba adam adli pi mengaku kat najib dia kena liwat dgn dsai, aku jamin siap depa wat live lagi, pastu kes dia pun selesailah...kah...kah...
      11 hours ago · · 1
    • Citteh BJ ADAM ADLI Islam, sbb tu puak nie bantai dia.. Klu Adam mau jilat pungkoQ depa nescaya xjd lagu tu...
      7 hours ago ·
    • Abg Arwai pemerintahan senget




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...