TERKINI :

Wednesday, January 4, 2012

Ketidakadilan antara dua darjat dalam filem OMBAK RINDU dan LEMBU KAK JAT..!!

Ketidakadilan antara dua darjat
NIK NAZMI
January 4, 2012

Baru-baru ini, selepas menonton Ombak Rindu, saya bertanya di Twitter – mengapa banyak filem Melayu ada elemen cinta dua darjat. Pelbagai reaksi dan jawapan yang saya terima, lebih banyak daripada tweet politik saya.

Tetapi mungkin kerana masyarakat merasakan masih wujud sistem di mana dua darjat masyarakat menerima layanan yang berbeza.

Contohnya skandal National Feedlot Corporation yang telah menarik perhatian ramai. NFC telah diberikan peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk menguruskan pengeluaran produk daging lembu negara.

Secara ‘kebetulan’ NFC dipengerusikan suami seorang menteri dan anak-anak mereka pula merupakan pengarah syarikat tersebut dan menerima gaji bulanan antara RM30,000 dan RM100,000. NFC juga telah membelanjakan RM20 juta untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar dan satu unit kondominium mewah di Singapura.

Hanya selepas didesak berkali-kali oleh Pakatan Rakyat barulah SPRM dan pihak polis membuat siasatan. Sehingga hari ini, keluarga menteri mahupun menteri tersebut tidak didakwa di atas apa-apa kesalahan.

Pada Mei tahun lepas, seorang penganggur, Nor Azmi Mohd Amin dihukum penjara dua tahun kerana didapati bersalah mencuri enam botol syampu bernilai kira-kira RM100. Beliau tidak diwakili peguam sewaktu diadili di mahkamah majistret.

Satu lagi kes yang mengejutkan ramai ialah dakwaan penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membiayai kes guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah MAIWP dan Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan.

Ketua Audit Negara telah mengesahkan kos guaman sebanyak hampir RM70,000 dibiayai menggunakan wang zakat pada 2010 kerana geran kerajaan MAIWP tidak mencukupi pada waktu itu. Wang zakat hanya digantikan pada hujung tahun 2010, enam bulan selepas geran kerajaan yang baru diterima.

Pada tahun lepas ada kes Redzuan Mohd Said, seorang amil zakat di Johor yang menghilangkan diri bersama hampir RM20,000 wang zakat. Pihak berkuasa telah berusaha menangkapnya dan beliau menyerah diri dan memulangkan kesemua wang zakat yang dihilangkannya. Beliau telah dihukum mahkamah majistret empat tahun penjara dan tiga kali sebatan.

Justeru, adakah rakyat harus dipersalahkan sekiranya mereka merasakan wujud dua darjat antara seorang menteri dengan rakyat biasa? Ya, rakyat yang terlibat dalam jenayah wajar dihukum, tetapi begitu juga mana-mana menteri dan keluarga mereka.

Majalah Time memilih the Protestor sebagai tokoh pilihan mereka pada 2011. Ini sebagai pengiktirafan kepada kuasa kebangkitan rakyat yang bermula di Tunisia kemudian merebak ke Mesir dan seluruh Timur Tengah, sebelum akhirnya merebak ke seluruh dunia.

Meskipun wujud banyak perbezaan, namun antara persamaan yang ada di antara kebangkitan rakyat di seluruh dunia pada 2011 ialah bagaimana rakyat yang ramai merasakan wujud dua darjat antara golongan elit pemerintah dan tauke-tauke kaya dengan rakyat biasa. Jika pada 1989 komunisme tumbang di tangan demokrasi liberal, pada 2011 rakyat bangkit menentang kelemahan dan ketempangan demokrasi liberal.

Dua darjat ini bukanlah sesuatu yang baru – filem Antara Dua Darjat Allahyarham P Ramlee merakamkan perbezaan ini yang wujud sekian lamanya.

Namun kini, rakyat biasa khususnya generasi muda didedahkan kepada dunia maklumat menerusi Facebook, Twitter dan blog yang boleh diakses di hujung jari mereka menerusi iPhone dan Blackberry. Jaringan maklumat ini mengatasi monopoli media tradisional yang kebanyakannya masih lagi dikawal oleh pemerintah.

Justeru dengan menuduh anak-anak muda yang menyuarakan ketidakpuasan hati sebagai diperkuda mana-mana tokoh atau parti pembangkang merupakan suatu tuduhan semata-mata untuk menyedapkan hati pemerintah.

Hakikatnya, gelombang ini akan terus tersebar didorong oleh ketidakadilan antara dua darjat tersebut.

Sembang Pasai Saham... Lu syeir banyak Lu Tokey Itu Kompeni... Betoi kaa..???

Siapa pernah main saham dan siapa tahu pasal saham... kerana apa yg kawan tahu setiap kita kalau kita beli saham yg dijualkan ia ibarat kita ada syeir dalam kompeni tu sebab kita beli persen[%] dia... jadi jika sesuatu syarikat tu juai syeir kompeni dia tentulah org yg beli tu ada syeirnya... maka dalam erti kata jika FELDA di apungkan dalam pasaran saham maka tentulah org yg ada duit dapat membelinya... dan apa kata yg beli tu orang asing...maka ianya sudah tentu dalam ertikata FELDA juga dimiliki oleh orang asing... betul ka apa yg gua merepek nie??
· · · 3 hours ago ·

    • Mohamad Sukri ada yang betul dan ada yang kurang tepat..hehehe..untuk maklumat lebih lanjut pergilah ke website bursa malaysia dah suruhanjaya sekuriti malaysia (SC)..masalahnya ramai yang tak faham tentang saham akan cuba meng'komen' sesuatu yang dia sendiri tidak memahaminya.. :-)
      3 hours ago · · 1
    • Syamsul Faiz Saad pas... tuhh nk mcmna.....
      2 hours ago ·
    • Arbaie Richmind'r Betul le tu... tak payah tanya jauh... En Osman Ketua pun boleh cerita. Sesiapa sahaja yang beli saham dan saham tu terjual kepadanya... maka dia adalah PEMEGANG SAHAM syarikat tu... cumanya minoriti atau majoriti. Kalau syarikat beras Jati beli saham Bernas, maka Boss sykt beras Jati adalah pemegang saham Bernas.
      2 hours ago · · 1
    • Arbaie Richmind'r Lupa pulak... Kalau Ah Chong atau Gobalakrisnan beli saham Felda, maka depa berdua tu adalah pemegang saham Felda. Bila diapungkan... orang2 yg ada duit lebih akan beli, tak kira Melayu ke, Cina ke, Org Putih ke... Semua Boleh... hehehe
      2 hours ago ·
    • Mohd Noor betul betul betul
      about an hour ago ·
    • Rizul Hashim saham akhirat gak tak rugi
      about an hour ago ·
    • Shaharuddin Omar lebih kurang macam tu...kita takut nanti orang asing akan beli saham FELDA di pasaran terbuka..macam mana kita beli saham guthrie kat pasaran saham london dulu...takut nanti pelabur asing akan buat macam mana kita buat dulu...atau pun memang sengaja nak bagi peabur asing beli saham FELDA Global....peneroka semua kena berfikir dan jangan hanya menurut saja mainan ISA...
      about an hour ago ·
    • Shaharuddin Omar dalam kes guthrie kena tanya Tan Sri Khalid..MB Selangor la ni...sebab dia ada memainkan peranan penting dalam urusan beli saham guthrie ari tu..lepas guhtrie dah dapat balik kat malaysia..dia pun depa tendang...
      about an hour ago ·
    • KedahLanie begitu juga dengan saham PETRONAS GAS serta PETRONAS CHEMICAL... dengaq kata orang luaq juga dah belinya..... jadi nak kata Petronas tu milik kita mcmana lagik yaa....???
      about an hour ago ·
    • Shaharuddin Omar nama je petrolium nasional....isi dalam tah semua orang asing punya..
      about an hour ago ·
    • Damien Haq kahkahlah... idup UMporNO pungkoq... abis semua depa nak gadai utk beli sextoy rosmah... phuikkkk
      48 minutes ago ·

Isu Madrasah Salihiah - Panasss..!!! Debat Antara Blogger BN dengan Blogger Pakatan Rakyat...

Kita lawan habis2an isu Bangunan Salihiah sampai depa rebah tersungkok bersama APCO!!!

Debat Kedah Times lawan Saiburi Sudin (Kedah La)



Selepas tertunggu-tunggu komen terhadap hujah mantop Exco Penerangan Kerajaan Negeri kedah, YB Abdul Ghani Ahmad terhadap 10 perkara yang beliau timbulkan, akhirnya muncul jugak jawapan dari sebuah blog pro Datuk Mukhriz iaitu Kedah Times berhubung isu Bangunan Salihiah, Kanchut.

SS siarkan hujah mereka di sini tanpa tapisan biar rakyat nilai ungkapan yang penuh dengan maki hamun dan sumpah seranah itu. Ungkapan2 ‘mulia’ yang dikeluarkan oleh pihak yang kononnya mahu perjuangkan Islam, pertahankan ‘Rumah Allah’. Bodoh, kurang ajar, takdak otak, hipokrit, buta, bahlol, barua, pekak, penyangak dan lain2 lagi bahasa kesat telah digunakan oleh orang yang mengaku lebih alim dari 10 ulamak majlis Fatwa Negeri Kedah. Arwah mak SS selalu pesan dulu, jangan lancang mulut kita dok maki orang, dok kata orang bodoh, kerana ia adalah doa untuk anak cucu kita. Agaknya blogger UMNO pro Mukhriz tu sedang 'berdoa' untuk anak dia kot dengan ungkapan2 tu.

Mungkin itu kaedah berhujah yang diajar oleh Yahudi APCO iaitu kalau rasa isi hujah tak berapa meyakinkan, maki peribadi pihak lawan tu banyak2...

Baiklah mai kita masuk gelanggang debat antara Saiburi Sudin dengan Kedah Times.... (teng, teng)

Kedah Times: Beliau berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis dan berbagai-bagai perlakuan maksiat.

Saiburi Sudin: Ambik akhbar Sinar Harian baca betoi-betoi. YB Ghani kata bangunan Madrasah Salihiah (ulang sekali lagi BANGUNAN, maksudnya bangunan keseluruhan tu..) tidak boleh dinamakan ‘Rumah Allah’ kerana di situ ada tandas, pejabat dan surau yang tidak terpisah. Tujuannya, jangan sewenang-wenangnya nak kata, bila runtuh bangunan tu bermakna runtuh Rumah Allah. Kalau setakat ada surau kat situ kita nak isytiharkan sebagai ‘Rumah Allah’ bermakna Wisma Darul Aman, Kompleks Shahab Perdana, Pekan Rabu juga adalah ‘Rumah Allah’ kerana dalamnya ada surau. Macam tu ka?

KT tanya apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Jawabnya, samalah! mana boleh kata Aman Central itu ‘Rumah Allah’ hanya kerana sebuah surau besar akan dibina di situ. Masjid adalah sahih layak menerima gelaran Rumah Allah, tapi harus diingat ia hanya merujuk kepada bangunan rungan solat itu sahaja, tidak termasuk tandas masjid. Sebab itu ikut Mazhab Shafie bangunan musolla mesti terpisah dengan tandas. Tak taula pulak kalau ada mazhab baru UMNO yang isytihar tandas sebagai ‘Rumah Allah’. Waliyazubillah.

Kedah Times: Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama?

Saiburi Sudin: Ada sorang rakan marahkan kerajaan negeri depan SS kerana ‘runtuhkan surau untuk bina shopping complex’. Rupanya dia dapat maklumat tu dari TV3 dan Utusan Melayu. Bila diterang perkara sebenar dari A sampai Z. Orang tu pun faham, lantas berkata, “Kalau macam tu aku pun setuju 100%”. Begitu juga dengan Majlis Fatwa, kali pertama dia membuat keputusan hanya berdasarkan isu ‘roboh surau, untuk buat shopping complex’, memang jelas haram. Tapi selepas diberi penjelasan dan Majlis Fatwa pun tahu hujung pangkal isu sebenar... maka keputusan kedua yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang sebenar dan tepat, tentulah keputusan kedua itu yang lebih berwibawa dan haq.

Kedah Times: Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama?

Saiburi Sudin: Fatwa tidak dibuat oleh Dato’ Mufti seorang tetapi setelah bermuzakarah dengan 9 lagi ahli Majlis Fatwa yang arif lagi berwibawa. Jangan hina Mufti seolah-olah beliau boleh dipaksa buat keputusan menurut kehendak Exco. Ingat Mufti Kedah tu macam ulamak UMNO ke?

Kedah Times: Adakah penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama.

Saiburi Sudin: Prosedurnya mesti macam tu, kalau masih tak percaya pergi jumpa Dato’ Mufti minta penjelasan.

Kedah Times: Penjelasan yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.

Saiburi Sudin: Apa punya hujah.. “Jika benar tidak dipersembah...” lepas tu “Ghani Ahmad/kerajaan negeri Kedah adalah pembohong besar”. Lepas tu lagi.. “Sekarang terbukti bahawa..” Orang berakal tak berhujah bersandarkan ‘kalau’, ‘andai’, ‘jika’, ‘sekiranya’..lalu terus jatuh hukum. Macam nilah contoh.. “Sekiranya hang curi duit aku, hang memang jahat, tak guna punya orang, maka terbuktilah hang tipu kata hang tak curi, hang patut dihukum” @!#$%^&*#$... wayar putuih punya ayat.

Kedah Times: BBSMS bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua tahun yang lalu.

Saiburi Sudin: Habag terus terang macam tu bukan ka senang. Ini tidak, siang malam TV3, Utusan Meloya lapor ‘Surau yang berusia 100 tahun’ (ulang beratus kali).. sampai la la ni pun tiap2 hari dok sebut benda tu, Naina Marikan sebut surau 100 tahun ada nilai sejarah wajar dikekalkan. Takpala Naina tu orang Penang dia tak tau apa satu... ini Mat Bashah, Datuk Tengku Non Persatuan Kerabat yang dok kelewark dalam Aloq Setaq tiap-tiap hari pun sebut ‘surau 100 tahun’ apa kejadahnya. Nampak sangat tak ikuti perkembangan langsung tapi gatai nak bagi ulasan.

Kedah Times: Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?.

Saiburi Sudin: YB Ghani ada kata salah ka? Yang salahnya dok pi habag satu satu dunia kononnya kerajaan negeri nak runtuh ‘Rumah Allah’ seolah-olah seluruh bangunan tu adalah tempat musolla. Habagla elok-elok kata yang nak diruntuh tu bangunan Salihiah yang di dalamnya ada surau, pejabat, tandas dll.

Kedah Times: Tiada anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih... Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat, terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol.

Saiburi Sudin: Seorang pemimpin tak perlu pi tengok sendiri. Dia ada kakitangan untuk siasat. PM dok ceramah macam-macam isu tu, awat setiap kejadian dia turun pi tengok sendiri ka? Untuk jawab soalan ni senang saja, pi sendiri waktu Maghrib, Isya dan Subuh kat surau tu maka dapatlah jawapannya. Sejak isu ni disensasikan, baru ada lampu kat surau Maghrib dan Isya, tuu pun ada orang ke takdak tak tau. Tapi nak habag lagi sebelum ni.. lepas waktu Asar siap boh rantai dengan pedai ayam (pad lock).

Tujuan isu tak dak orang berjemaah ni dibangkitkan, nak habag bagi.. kesian dekat pewakaf tu. Bukankah jika wakaf tu dipindahkan (istibdal) ke tempat yang lebih dimakmurkan... dengan modal RM1.48 juta tu mampu bina 7 buah surau di tempat lain, insya Allah pahala mengalir dekat pewakaf tak putus-putus dengan banyaknya. Tang mana pulak wakaf yang baharu tu nak buat? Itu serah dekat MAIK, depa akan umumkan nanti nak buat tang mana nak buat apa, lagu mana tapi buat tetap buat depa tak boleh guna duit tu selain wakaf yang lebih baik, depa pun reti hukum hakam, toksah dok kalutlah.

Kedah Times: Orang berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu.

Saiburi Sudin: Habih 200 ahli kariah kononnya yang ada kat situ awat tak prihatin sama? Betoi ka dari segenap ceruk rantau? Yang SS tau Bet Ketua Pemuda Taman Wira angkut puak muda UMNO Taman Wira dengan beberapa orang geng Perkasa. Nak burukkan peribadi tak maula, tapi SS kenai sekog-sekog kalau hak mai dari Taman Wira tu. SS nasihat beberapa orang dari depa tu elok lengkapkan solat fardhu 5 waktu dulu sebelum kalut dok solat hajat politik tu. Toksah cadang nak mandi darahlah, buat mati katak saja.

Kedah Times: Pernahkah Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang.

Saiburi Sudin: Maka terjawablah fitnah yang mengatakan azan dilarang dikumandangkan di masjid dan surau di Pulau Pinang yang diperintah PR yang ketua menterinya DAP.

Kedah Times: Jadi, sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak jangan perbodohkan orang.

Saiburi Sudin: Tak sama aih, kat surau Salihiah tu.. waktu Maghrib, Isya dan Subuh pada kebanyakan waktu tak ada orang pun pi dok memakmurkan surau tu.

Kedah Times: Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir.

Saiburi Sudin: Taktik alih isu setelah takleh pii dah isu bangunan Salihiah. YB Ghani lari pi mana? Yang SS tau siang malam dia berendam air banjir bersama penduduk. Pi tanya orang Jerlun, jangan tanya ahli UMNO Johor Bharu. Yang tak nampak batang hidung ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Cuba tanya dia, berapa kali dia turun masa banjir besaq hari tu?

Kedah Times: Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...?

Dalam lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut kat Islam?

Saiburi Sudin: YB Ghani dah bagi alasan tapi masih tak faham. Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita.

Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru.



Kedah Times: Ghani jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak muda Islam di Alor Star.

Saiburi Sudin: Tok sah dok loyaq buruk memang tak sama.. sana runtuh masjid, sini roboh surau. Sana Giant, sini Aman Central. Yang samanya ialah konsep istibdal, yakni pindah wakaf kepada yang lebih besar manfaat. Wakaf masjid lama tu pindah ke masjid Bukhari yang baru, bukan pindah fizikal masjid tapi pindah kepentingan, maknanya masjid baru tu adalah kesinambungan dari masjid lama sebab tak boleh buat dua masjid dalam satu khariah.

Wakaf Madrasah Salihiah pindah ke tempat lain yang akan diputuskan oleh MAIK. Runtuh bangunan Salihin bukan kerana keperluan buat kompleks. Tak cukup tanah wakaf besaq kelemboi tu nak buat keseluruhan Aman Central tapi runtuh untuk naik taraf surau kat situ, daripada dok tersorok celah pembangunan yang nanti akan nampak lebih lekeh dan tersisih. Betoi ka segala bentuk maksiat akan muncul di situ, tolong senarai sat kedai-kedai maksiat tu?


Kedah Times: Perbezaannya diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT.

Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam.

Saiburi Sudin: Itulah bahasa orang yang nak mengangkat martabat Islam konon, pakat-pakat nilai tengoklah nuu. Nak kalih isu pulak dah, dari isu masjid dan surau kepada isu Bukhary dan Sanny Ho. Kalau nak bahas bab penguasaan ekonomi Melayu/Cina.. tunggu lepas ni, sebab apa Melayu jadi ‘kucing kurap’ dalam ekonomi Malaysia? Siapa pengkhianatnya? Laa kita fokus isu Salihiah dulu.

Kedah Times: Masaalahynyaaa.... PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya sekarang ini.

Saiburi Sudin: Tak perlu serahkan pada SPRM, tapi kita serahkan kepada Allah SWT untuk ‘menjawab’ segala fitnah jahat yang dilemparkan terhadap pemimpin PAS itu.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar member taufik dan hidayah kepada golongan yang ghurur atau tertipu dengan perjuangan yang kononnya mengangkat martabat Islam tapi hakikatnya mereka sedang memusnahkan imej Islam. Amiiiiin.

Mai download cepat..Dokumen Asas Scandal NFC dan Dokumen Perbelanjaan Terperinci NFC....


Untuk makluman semua.. Semua dokumen yang berada dalam simpanan Rafizi Ramli ini akan serahkan kepada pihak PDRM iaitu Pihak Penyiasat dari Bukit Aman petang ini untuk mempercepatkan siasatan.

Dan Pengarah Strategi KeAdilan Saudara Rafizi Ramli akan hadir dan memberikan keterangan di Bukit Perdana pada jam 3 petang hari ini 4 Januari 2012

Kenyataan berikut dipetik dari Rafiziramli.com

Pihak penyiasat dari Bukit Aman telah menghubungi saya untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan terhadap skandal NFC. Saya telah bersetuju untuk hadir dan memberikan keterangan di Bukit Perdana pada jam 3 petang hari ini.

Sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada KEADILAN.

Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri.

Siasatan lain dijalankan sendiri oleh KEADILAN berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.

Oleh yang demikian, KEADILAN yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman KEADILAN sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat sehingga ke peringkat tertinggi penglibatan dan kecuaian pimpinan kerajaan yang mengakibatkan kerugian RM250 juta wang rakyat ini, termasuklah:

1)Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan

2)Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang.

Semua maklumat yang saya miliki setakat ini saya akan serahkan kepada pihak PDRM petang ini untuk mempercepatkan siasatan - Rafiziramli.com

Download dokumen asas yang telah dihantar secara sulit di SINI
Download dokumen senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC di SINI

Korang download dan tengoklah.. Duit raya pun digunakan dari Dana untuk NFC..

SELOKA KEDAH BUAT YB AHMAD BASYAH

Mohdfauzimurad Punk

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394987_318942718138507_100000683453167_1012345_157817221_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394987_318942718138507_100000683453167_1012345_157817221_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394987_318942718138507_100000683453167_1012345_157817221_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394987_318942718138507_100000683453167_1012345_157817221_n.jpg
KITA TUAS SAMPAI KETUNJANG.. ,
BIAR MAT BASAH DOK TAK SENANG... ,
PASTIKAN PILIHANRAYA NI DIA KENA TENDANG....,
MATLAMAT BIAR KITA MENANG... ,

ABIH DISAPU TANAH DAN BENDANG... ,
HAK ORANG RAMAI JUGA DIA SUKA MEMANDANG... .
PENDUDUK KAMPUNG BATIN TELAH BERGELANDANG....,
ADANYA MAT BASAH PENDUDUK SEBERANG TERUS HATI TAK SENANG.. ,

KATA MEREKA YB ADA TAPI TAK PENAH BERSAMA BERJUANG....,
MUNGKIN MATA DIKABURI RINGGIT DAN WANG...,
KAMI DAN DEPA TAK MAU MAT BASAH MENANG.... ,
JASA MEREKA MAT BASAH TAK PENAH KENANG....,
SEKARANG MAT BASAH HAMPIR KENA TENDANG....,

TEMAN SEKAPAL DAH HUNUS PEDANG....,
TUNGGU NAK CANTAS BAGI JATUH TERLENTANG.....,
BIAR TERGOLEK MACAM UBI SENGKUANG....,
PEJABAT DIA TADAK DOK MENEMPEK MENUMPANG.. .
SAMPAI PENGHULU DIBUATNYA KONGKANG...,

KALI INI DIA TAKKAN MENANG...,
SEBAB SEMAKIN RAMAI SINIS MEMANDANG...,
DI KAWASAN BAKAR BATA DAH MULA MERADANG...,
JARANG SEKALI DIA TURUN PADANG....,

ADA MEDIA BARU DIA DATANG...
UNTUK PENDUDUK KAWASAN APA YANG DIA PERJUANG...,
MALAH KEPENTINGAN DIRI ITU YANG DITATANG...,
JANGAN BAGI MAT BASAH MENANG...,
TIDAK NANTI HIDUP TAK SENANG...,

YB AHMAD BASHAH KAMI MENENTANG...,
BUAT SEMAK KAWASAN TAKGUNA SEKUPANG..,
JOM PAKAT TUAS SAMPAI KETUJANG...!!

Sudah-sudah la tu KJ ajak orang berdebat... bila di ajaknya banyak songeh alasah kamu berikan..!!

Debat NFC: Rafizi Nasihat Khairy Berhenti Cabar Orang

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/11/rafizi-kj-debat-211.jpg
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menasihati Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar berhenti melemparkan cabaran kepada orang lain dalam sebarang isu di masa hadapan.

Beliau membuat kenyataan itu ekoran Khairy sehingga kini masih berdiam diri berhubung cabaran debat mengenai isu salahguna dana oleh National Feedlot Corporation (NFC).

“(Kepada Khairy) cukup-cukuplah cabar orang. Sebelum ini dia yang paling garang.

“Sekarang kredibiliti dia untuk mencabar orang dah terhakis. Kalau dia ada maruah henti-hentilah cabar orang,” kata beliau.

Bagaimanapun katanya, rakyat yang marah berhubung skandal itu, kini menerima mesej jelas bahawa Umno gemar mempertahankan pimpinannya yang melakukan salahguna kuasa.

“Mesej kepada rakyat dah jelas…Umno gemar bersekongkol dan membela mereka yang bersalah.
“Dia (Khairy) tahu dan lihat kemarahan rakyat memuncak,” katanya kepada keadilandaily.

Khairy sebelum ini beria-ia mempertahankan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal berkenaan.

Ekoran itu, Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat berhubung isu itu diadakan pada 12 Disember dan memberi tempoh sebulan untuk Khairy menjawabnya.

Namun debat itu terpaksa dibatalkan selepas Khairy dilapor tidak dapat hadir pada tarikh itu, dan ingin menetapkan tarikh baru yang dipersetujui bersama.

Justeru Rafizi mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Beliau turut meminta Khairy memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari, namun sehingga kini tiada sebarang respon dari Ahli Parlimen Rembau itu.

http://www.keadilandaily.com/debat-nfc-rafizi-nasihat-khairy-berhenti-cabar-orang/

PM tiru lagi janji RM900 gaji minima Buku Jingga

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya meniru satu lagi janji Buku Jingga Pakatan Rakyat, iaitu menyelaras gaji minima sektor swasta selaras sama dengan sektor awam.

Penyelarasan RM900 gaji minima dalam sektir swasta yang diumumkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) itu sekaligus memberi kemenangan pada tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama ini.

Sumber mendedahkan kerajaan, majlis serta wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sebulat suara bersetuju dengan desakan MTUC sebelum suatu laporan penuh dihantar ke Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa teknikal sudah selesai menjalankan tanggungjawab dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramniam.

Semua pihak yang terbabit dengan MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh perlaksanaannya, iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan kabinet,” katanya semalam.

Ketetapan terbaru itu bagaimanapun masih menggamit perbagai persoalan, termasuk dianggap bermotif politik sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramal awal tahun ini.

Ini kerana, dilaporkan, cadangan kerajaan Umno Barisan Nasional mahu melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk semua pekerja di negara ini masih belum melalui proses pengubalan akta di Parlimen Malaysia.

Dua tahun lepas, bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamad mendedahkan, kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah paras RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.

MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili sektor swasta menuntt polisi gaji minima ini sejak 1999 lagi tetapi ditolak oleh kerajaan Umno BN secara mentah saban tahun.

Selepas kesatuan tersebut baru-baru ini melancarkan perang dingin dengan pentadbiran Najib serta memberi isyarat untuk menyokong Pakatan Rakyat secara tidak langsung dalam pilihan umum depan, baru hari ini kerajaan pusat tuduk pada tuntutan mereka.

Sumber berkata pelaksanaan RM900 gaji mina dapat membendung kebanjiran pekerja asing selain menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor am rendah di negara ini.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum…,tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan,” katanya.

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Oleh P. Aruna

http://3.bp.blogspot.com/_B8XpLN4MxfI/TO_Svds0gYI/AAAAAAAAEs4/TnylcNQH5XI/s1600/jebateja%2Bminyak%2Bmasak%2Btikus%2Blicin%2B%25282%2529.JPG

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Rosmah Dan Lembu Adalah Dua Maskot Politik

Oleh Mohd Sayuti Omar

Orang Umno yang besar-besar nampaknya semua ada penyakit atau liabiliti tersendiri. Liabiliti ini tentu akan dijadikan isu pada pilihan raya akan datang. Walaupun liabiliti atau isu peribadi ini tidak manis dan tidak profesional dijadikan modal untuk menyerang di antara satu sama lain, tetapi nama lagi politik ia tidak akan mengenal siapa mangsanya dan pemainnya akan menggunakan apa jua senjata termasuk bola api.

Dalam politik kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan, putaran itu berterusan sepanjang masa akan berterusan zaman berzaman selagi ada politik. Sebab itu ada orang mengatakan politik itu kotor yang dikotorkan oleh pamancunya.

Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh mereka selain dari Anwar Ibrahim ada isu atau penyakitnya. Masing-masing ada liabiliti atau pun tanggungjawab yang boleh membawa kerugian.

Buat permulaan biarlah saya menyenaraikan isu-isu atau penyakit yang dihidapi oleh ahli politik di sebelah Umno dulu. Saya mulakan dengan orang nombor satu Umno Ha Najib Razak. Apakah penyakit Najib Razak? Dia bukan seorang penghidap barah tulang atau barah darah yang kronik (leukemia) seperti arwah bapaknya.

Tetapi penyakit atau pun isu yang membelenggu Najib ialah isterinya, Rosmah Mansor. Peranan, pengaruh dan juga gila glamour Rosmah akan menadi liabiti kepada Najib. Pergilah ke mana-mana dan tanya siapa orang akan mengatakan Najib bagus, tetapi isteri yang buruk. Wanita yang berparut di dahi itulah pembawa masalah dan sialnya.

Bekas seorang pemimpin tertinggi negara jiran pernah menyebut tentang Najib. Katanya kalau Najib hendak jadi PM dia harus menceraikan Rosmah Mansur. Nauzubalihiminazalik. Tidaklah kita memaksa Najib sampai ke situ tetapi cemuhan orang kepada Rosmah yang merosakan reputasi Najib sampai ke tahap itu. Ertinya Rosmah dengan gelagat, fiil dan perangainya menjadi masalah kepada Najib.

Kesimpulannya Najib tidak rosak dengan harta, dengan lembu tetapi rosak oleh isterinya sendiri yang gila glamour dan bertindak lebih sudu dari kuah. Saya yakin dalam pilihan raya nanti Rosmah akan menjadi isu untuk memburukkan Najib bin Razak. Poster Rosmah bersama cincin, selonggok kasut, beg tangan berjenama atau gaya dia sedang 'berkhasidah' di depan karaoke akan dipamirkan seluas-luasnya.

Seperti saya kata tadi kandati isu atau liabiliti bersifat peribadi itu tidak manis, tetapi nama lagi politik ia tetap akan dimain dan akan dipusing bagaikana piring hitam lama. Makanya Rosmah akan menjadi 'algojo' kepada politik Najib dalam pilihan raya kelak. Rosmah adalah maskot politik Najib.

Orang kedua yang akan berbelit dengan isu peribadi ialah Sharizat Jalil. Isu yang akan ditaburkan kepada Sharizat ialah isu projek lembu gemuk (NFC) yang diuruskan oleh suaminya, Mohamad Salleh. Walaupun Sharizat tidak terlibat tetapi kerana Mohamad Salleh suaminya, dan para pengarah di syarikat NFC itu anak-anaknya yang bergaji sampai RM40,000 sebulan, Sharizat tidak dapat lari dari isu lembuk gemuk itu.

Sudah lumrah dalam politik orang akan selak bukan saja setakat lengan tetapi sampai ke paha sekali. Sebab itu kalau kita ada kudis, panau, kurau dan jerawat... jangan sesekali cuba hendak masuk politik. Apa lagi kalau kita mempunyai rekod buruk, main dengan isteri orang, ambil isteri orang, bawa lari anak muda dan sebagainya, ia akan mengancam kita. Satu hari kisah-kisah lama yang sudah berlapuk dalam surat itu akan diungkit balik.

Tentang isu yang membelenggu Sharizat, bersumpah laknatlah Sharizat di 100 masjid di seluruh negara hatta termasuk masjidi Haram di Makkah dan masjid Al Aqsa di Palestin, orang tidak percaya. Selagi tudung kepala Sharizat tidak menutup rambutnya ussahlah bersumpah dan mengatakan tidak. Bau hamis tahi lembu dan lendir air liurnya tetap 'terselet' kepadanya.

Sharizat kena tanggung dan pukul liabiliti itu. Kalau takdir dia bertanding lagi dalam pilihan raya ke-13 nanti pasti banting kempen di pihak Pakatan Rakyat akan penuh dengan foto-foto lembu, gambar banglo di Bangsar dan juga di Singapura. Justeru maskot politik bagi Ketua Wanita Umno itu selama dia berkecimpungan dalam politik ialah LEMBU.

http://msomelayu.blogspot.com

Mengapa PAS pilih DAP, KeADILan tapi tolak Umno?

Oleh ABU FIRDAUS

http://4.bp.blogspot.com/-kGwnji5SbBY/Ts0n3Md6rWI/AAAAAAAAGm8/oMAbSe-jBic/s1600/pas-umno.jpgAPAKAH akar PAS? Akar PAS ialah parti politik Islam untuk Se-Malaysia. Parti politik menyertai proses yang ada untuk mendapatkan kuasa. Islam dalam perjuangan adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang berakhlak, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan keadilan.

PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik. Inilah akar PAS, dan parti ini masih memilikinya.

Adakah bekerjasama dengan DAP dan KeADILan itu lari daripada akarnya? Tentulah tidak. Untuk mendapatkan kuasa, sebagai sebuah parti politik, ia perlu kerjasama dengan parti lain. Tidak salah.

DAP memperjuangan negara mengimpikan Malaysia yang adil, justeru ia boleh bekerjasama dengan parti Islam. Sememangnya DAP dan KeADILan mempunyai fahaman tersendiri yang ciricirinya berbeza dengan PAS, tetapi platform Pakatan Rakyat menyediakan kerjasama yang selaras.

Mengapa PAS memilih DAP dan KeADILan tetapi menolak Umno? Rekod Umno dan BN yang dipimpinnya adalah korup dan tidak dapat diterima.

Tetapi tidakkah DAP dan KeADILan akan menjadi korup juga apabila memegang kuasa begitu lama seperti Umno? Boleh jadi tetapi hakikatnya buat masa ini rekod korup dipegang oleh Umno kerana mereka yang berkuasa terutama di peringkat Pusat.

Mengapakah PAS mahu bekerjasama dengan DAP dan KeADILan sedangkan mereka bukanlah parti orang Islam seperti Umno? Persefahaman bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh Islam yang selaras dengan PAS. Tetapi rekod Umno yang korup tidak dapat diterima oleh PAS.

Apa yang disebut sebagai Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk. Baik secara langsung atau tidak langsung.

Keadilan dan kebebasan adalah Islami walaupun tidak diistilahkan sedemikian.

Sebaliknya yang telah lari dari akar ialah Umno. Ketika melawan MalayanUnion dan memperjuangkan kemerdekaan, akar Umno adalah kebebasan dan keadilan. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Tetapi selepas pelaksanaannya, ia menimbulkan imej korup.

Gejala korupsi adalah penyelewengan landasan pada mana-mana parti. Demokrasi bertujuan untuk mengimbangi supaya dikurangkan ancaman korupsi. Kuasa mutlak membawa kepada korupsi penuh. Justeru, imbangan dan pembetulan wajar dilakukan dan itulah inti demokrasi.

Korupsi di sini bukanlah bermaksud dari sudut kewangan semata-mata tetapi lebih utama ialah kekuasaan. Keseluruhan mesej Islam ialah perlindungan masyarakat daripada korupsi.

Inilah akar PAS dan juga Pakatan Rakyat. Umpamanya, mesej utama zakat adalah keadilan sosial yang merupakan usaha menghalang korupsi di kalangan elit masyarakat.

Selain itu, PAS bukan saja memiliki dahan dan ranting. Daripada akar itu, sudah berkembang dahan iaitu tradisi dan pengalaman parti.

PAS adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia, seperti mana juga Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Parti Annahdhah Tunisia, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi dan Parti Kebebasan dan Pembangunan (PFD) Mesir.

Mengapa Najib elak bertindak ke atas Shahrizat?

Oleh SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

http://mppas.files.wordpress.com/2008/10/saif-di-parlimen.jpgMEMANDANGKAN Umno dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KeADILan akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KeADILan boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KeADILan sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikatsyarikat peribadi milik keluarga Shahrizat seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikatsyarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KeADILan boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Wan Shahinur Izran dengan Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Shahrizat .

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Shahrizat dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikatsyarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikatsyarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...