TERKINI :

Tuesday, January 3, 2012

Madrasah Salihiah - Tempat dok bising tu MADRASAH ka PEJABAT TAKAFUL..???

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/396072_10150462204912157_319981142156_8743228_1103144338_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-EtKjczwrjZ4/TwJqDHrQ8HI/AAAAAAAACjA/0GpSiCL4_8k/s1600/2011-12-29_072725.jpg
Gua dok hairan nie.. mana dianya surau yang depa kata Kerajaan Negeri nak robohkan tuuu.. yang gua nampak kat sini signboard TAKAFUL IKHLAS ada laa.. Jika kata surau mana dia signboard MADRASAH SALIHIAH terpamang besaqnya.. nampak sangat kariah surau nie utamakan nama TAKAFUL dari nama surau....

Pada gua yang paling dok bising tentu tokey takaful nie bukan apa skrg depakata dia sewa bangunan tu... pesoalannya dia bayar kepada siapa sedangkan kawasan itu ialah tanah wakaf... jika tanah wakaf urusan penjagaan dia di Kedah nie di jaga ileh MAIK....

Duduk cemey paaa...??? Itu yang hingaq sangat tuuu....bukan apa bila dibuat yang baru kompom yg lama akan di roboh... bila di roboh maka sekali2 dengan TAKAFUL IKHLAS laaa akan berkubur...jadi kena pie cari tapak sewa baru....dimana kadar sewaan akan meningkat berkali ganda.... dari dok cemey murah sewanya skrg nie dgn adanya projek Aman Central nie maka dengan dia sekali hauuuu.....

Bangsa Melayu Menuju Kehancuran Bawah UMNO

Apa yg Melayu boleh banggakan dengan UMNO setakat ini. Kalau dilihat bangsa Melayu ketinggalan dari segi ekonomi dalam setiap kategori. Misalnya:
1.0 Dari 10 orang paling kaya di Malaysia, hanya seorang sahaja dari bangsa Melayu walaupun Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia(Syed Mokhtar).

2.0 Dari sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia, tiada satu pun milik bangsa Melayu
2.1 Mengapa ini berlaku? Edmund Terence GOmez menjawab:
"Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan
3.0 Pendapatan per kapita orang India masih lebih tinggi dari orang Melayu. Ertinya orang India lebih kaya dari orang Melayu di Malaysia.

4.0 Ekonomi di Malaysia masih bukan ditangan orang Melayu walaupun UMNO telah memerintah lebih 50 tahun

6.0 Korupsi dan salah guna kuasa semakin bertambah buruk di bawah UMNO, bukan bertambah baik.

7.0 Masaalah sosial juga semakin buruk di bawah UMNO. Dulu tiada buang bayi, skrg dah berlambak bayi dibuang.

8.0 Penghayatan Islam juga semakin buruk di bawah pemerintahan UMNO. UMNO bukan sahaja merosakkan orang Melayu, mereka juga aktif menolak hukum Islam dari dilaksanakan.
Maka, apa perlunya orang Melayu terus menyokong UMNO? Keadaan orang Melayu bukannya semakin baik tetapi semakin buruk. Harapan orang Melayu untuk mencari makan hanyalah dengan bekerja dengan kerajaan.

Namun, sampai bilakah kerajaan mampu menanggung bilangan orang Melayu yang mencari kerja ini? Apa akan jadi nanti bila minyak kita habis? Mampukan kerajaan membayar gaji orang2 Melayu ini?


UMNO hanya mengkayakan pemimpin2 mereka serta anak beranak mereka. Lepas itu, mereka mengkayakan kroni mereka. Majoriti orang Melayu hanya dibuai mimpi indah dengan pengunaan TV dan akhbar yang mereka kuasai. Orang Melayu sentiasa dibuai mimpi indah supaya terus menyokong UMNO mengkayakan anak beranak dan kroni mereka.

Jelasnya, UMNO terbukti tidak akan mampu lagi memimpin orang Melayu. Mereka hanya tahu merompak dan memiskinkan orang Melayu i.e FELDA. Zakat pun diorang nak rompak apatah lagi tabung-tabung lain.

Soalnya, apabila semua kekayaan orang Melayu telah dirompak UMNO, apa lagi yang tinggal pada orang Melayu?

Tulang Besi

Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya...

Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya. Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam. PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central. Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus.

Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara. Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut.

1.UMNO kuat bohong

Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah:
a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun
b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal)
c)Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh
d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran.

2.UMNO tolak ulamak

Majlis Fatwa Negeri Kedah yangi ketuai Mufti dan 9 ulamak besar Kedah selepas bermuzakarah, bersetuju madrasah itu diroboh ikut kaedah istibdal. UMNO menolak pendirian yang dibuat oleh para ulamak Kedah. Depa berlagak lebih pandai dari ulamak majlis fatwa.

3.UMNO sanggah Tuanku Sultan

Majlis Fatwa di bawah Tuanku Sultan. Tuanku sudah dimaklum mengenai isu tersebut oleh Majlis Fatwa. Membantah keputusan majlis fatwa mermakna menderhaka kepada Tuanku Sultan.

4.UMNO bersikap hipokrit

Kerajaan BN Kedah pernah roboh masjid Alor Malai untuk program penyusunan semula pembangunan Kompleks Al- Bukhary yang di situ juga terdapat pasaraya Giant. Depa buat halal, pihak lain buat haram. Itulah sikap hipokrit UMNO.

5. UMNO anti Cina?

Antara sebab penentangan projek Aman Central ialah kerana ia dimajukan oleh Sunny Ho, seorang Cina (usahasama dengan PKNK). Ia memberi impak ‘positif’ kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina di negeri ini bahawa UMNO dilihat anti Cina.

6.UMNO gagal bangunkan ekonomi Melayu

Pembantah mengatakan projek itu hanya menuntungkan orang Cina kerana Melayu tidak mampu beli lot kedai di situ. Sapa kata? Bukanlah orang Melayu sudah kaya raya hasil pembelaan dan penjanaan ekonomi yang dibuat oleh UMNO selama 60 tahun. UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu... habis tu kalau lot kedai pun Melayu tak boleh beli, apa kejayaan UMNO dalam mengangkat martabat orang Melayu???

hutang UMNO pada budi orang Melayu

oleh Semangkol AK47,

Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan oleh Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya MI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today.. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.

Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan UMNO, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.

Sebagai contoh, kami berdua merasakan UMNO sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada UMNO. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden UMNO yang paling lama mengetuai UMNO iaitu Dr Mahathir- yang menyatakan UMNO is rotten to the core dan kerajaan UMNO korap dari atas hingga ke bawah.
Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada UMNO. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi UMNO. Tapi bagaimana pula dengan UMNO yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah UMNO itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan?

Biarkan saya menyimpul pendekatan UMNO hari ini. pimpinan UMNO hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA. Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin UMNO hari ini menyatakan:- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada UMNO.

Inlah titik tolak penentangan kami kepada UMNO kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada UMNO. UMNO bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini kepada orang Melayu.

Bahagian pertama ungkapan tersebut- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu- memberi pengertian bhawa UMNO itu tuan dan ahli nya adalah hamba. UMNO itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. UMNO itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu.
Bahagian kedua ungkapan tersebut- tanya apa kamu boleh lakukan kepada UMNO membawa erti bahawa UMNO itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu.

Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat UMNO seabagi suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. UMNO bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan UMNO- mesti mengenang budi UMNO.

http://sakmongkol.blogspot.com/2012/01/hutang-umno-pada-budi-orang-melayu.html

Diam Umno, Perkasa Johor dalam isu 9 kepala babi di masjid gamit tanda tanya

http://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/12/Untitled-1.jpg

Di sebalik isu bukusan dan bangkai kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bharu, masih tidak kedengaran protes dari Pemuda Umno atau Perkasa sehingga menggamit pelbagai tanda tanya.

Sama ada mereka dalang di sebalik tindakan bermotif provokasi itu sebagaimana insiden samseng Umno mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam dua tahun lepas, mereka sendiri lebih mengetahuinya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff memaklumkan empat saspek telahpun ditahan, manakala 13 yang lain sudah dirakam percakapan mereka.

Beberapa media arus perdana melaporkan, polis tidak mendedahkan sama ada mereka yang disyaki itu ,mempunyai kaitan dengan Umno dan Perkasa atau sebaliknya.

Menurut beliau lagi, tiga tengkorak dan beberapa cebisan daging dipercayai bangkai babi yang ditemui telahpun dihantar ke Jabatan Veterinar untuk proses pengesahan.

“Susulan dari kejadian terbabit, satu pasukan ditubuhkan (yang) diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ismail Yatim bagi mencari pelaku jenayah ini jika benar daging khinzir diletakkan di kawasan luar masjid.

“Setakat ini, polis sudah merakam percakapan 13 individu bagi membantu siasatan. Keputusan hasil kajian daripada pejabat Veterinar juga sedang dinantikan, manakala empat tangkapan dibuat awal pagi semalam (kelmarin),” ujarnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang membolehkan penjenayah dipenjara tidak melebihi lima tahun kerana menimbulkan situasi tidak harmoni selain mengganggu sensitiviti beragama.

Sehubungan itu, rakyat diseru membantu polis menjejaki provokator berkenaan.

Terdahulu, penduduk Islam di Taman Desa Jaya digemparkan dengan insiden sembilan kepala babi diletakkan di puntu Masjid Al-Fateh salam dua kejadian.

Dalam kejadian pertama, empat kepala babi siap dibungkus dengan plastik pada 29 Disember tahun lepas.

Belum pun reda insiden pertama itu, jemaah masjid berkenaan sekali lagi dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan berkenaan di hadapan masjid selang sehari kemudian.

Dalam perkembangan lain di Selangor dua tahun lepas, sekumpulan pemuda yang dikaitkan dengan Umno pernah didedah mengarak kepala lembu berdarah di perkarangan Masjid Negeri; Shah Alam. -END

http://networkedblogs.com/shveE

Pertembungan di antara UMNO dengan rakyat bertambah serius

oleh Aspan Alias

Sejak berita yang dilapurkan oleh Malaysian Insider dan Utusan dan beberapa blogger yang pro UMNO beberapa hari yang lepas, blog saya telah dibanjiri dengan pelawat yang ramai dan kebanyakkannya memberikan sokongan kepada saya jika saya menyertai DAP.

Media perdana Utusan dan blogger UMNO telah menulis dengan panjang lebar dan membuat kritikan keras terhadap saya. Tetapi yang menggalakan ialah sokongan dari orang-orang biasa ini sangat menggalakan dan ianya benar-benar membuka minda ramai orang Melayu yang sebenarnya menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak ‘unpatriotic’.

Tidak ada parti akan dibenarkan untuk ditubuhkan jika parti-parti itu tidak memperjuangkan kebaikan untuk negara dan rakyatnya. Apa yang asas kepada segala-galanya dalam penubuhan parti itu ialah Bab Asas dan Tujuan dalam Perlembagaan sesebuah parti itu. Kalau di selidik secara teliti semua parti yang terdaftar dengan halal di negara ini bertujuan yang tidak lari dari kandungan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semuanya mempunyai matlamat menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Apa yang membezakan dari satu parti dengan parti yang lain ialah samada pimpinan sesebuah parti itu benar-benar mengikuti apa yang diperuntukan di dalam Bab Asas Dan Tujuan yang terkandung di dalam parti-parti itu. Baik atau tidak sesuatu parti itu bergantung samada pimpinan parti itu benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah di tulis dalam Perlembagaan parti itu.

BN pada asasnya bukannya tidak baik, tetapi semangat yang ada di dalam BN itu tidak di sempurnakan dengan betul sehinggakan rakyat tidak lagi berselera dengan komponen itu. Asasnya ialah rakyat atau kaum yang menganggotai parti-parti dalam BN itu bersatu dan seterusnya parti-parti yang berada di dalam BN itu bekerjasama dengan baik dan menjadikan komponen itu sebagai wadah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perpaduan kaum (national unity).

Apabila BN tidak lagi melaksanakan matlamat yang baik itu maka rakyat mula berasa tersentuh dan meninggalkan BN itu sekarang ini. Oleh kerana BN khususnya UMNO dipimpin oleh pemimpin Melayu yang lemah maka pimpinan dan ahli-ahli UMNO memainkan isu rasis yang menebal bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya untuk mengekalkan kuasa yang mereka sangat seronok mendapatnya. Bagi UMNO asalkan orang Melayu bersatu mereka mendapat kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat dan merelakan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Tetapi meniupkan isu bangsa dan bersifat rasis yang keterlaluan maka rakyat berbilang kaum telah berpecah dan ianya membunuh semangat rakyat di antara kaum untuk bersatu. UMNO menggunakan isu perkauman dengan mengingatkan insiden 13 Mei 1969 dahulu sebagai senjata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan perkara itulah yang sepatutnya cuba di baiki oleh BN, bukannya menggunakan 13 Mei itu sebagai cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Apabila perkara ini terjadi ia bukan sahaja menjadikan MCA dan MIC bermasalah, ianya juga telah menjadikan semua rakyat merasa tidak selamat jika BN yang dipimpin oleh UMNO itu terus-menerus mentadbir negara dengan cara menakut-nakutkan rakyat. MCA pula terpaksa menjadi chauvinis cina untuk mendapatkan sokongan kaum cina terhadap mereka. Tetapi DAP pula yang di tuduh chauvinistic dan ini lah yang tidak dapat disabarkan oleh rakyat lagi.

Sifat chauvinis cina MCA itu menaikkan lagi suhu perpecahan kaum dalam BN sendiri sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi sentimen perkauman ini dimainkan kerana mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan muhibbah di bawah ini. Rakyat sekarang sudah menolak isu-isu rasis ini dan inilah sebenarnya perjuangan kita selama ini. Rakyat telah bersabar menantikan pembaikpulihan sikap dan perangai pemimpin dalam BN itu untuk terus diberikan mandat, tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN tidak mungkin mampu lagi untuk melaksanakan tugas menyatukan rakyat lagi.

Secara tidak sedar atau secara sedar rakyat mula tidak lagi mempercayai momokan UMNO terhadap PAS dan DAP yang selama ini mereka dengar melalui media masa perdana dan percakapan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam keadaan ‘keferasatan’ rakyat terhadap BN mereka telah berusaha menolak BN dan di dalam pilihanraya yang lalu BN hanya memenangi 85 kerusi di Semenanjung dan PR pula memenangi 82 kerusi. Kalau tidak kerana sumbangan kerusi dari Sabah dan Sarawak BN sepatutnya telah tumbang dalam pilihanraya yang lalu.

Rakyat melalui PR telah berjaya mengambil alih pentadbiran lima buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai legislatif negerinya sendiri. Sejak itu negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat seperti di P Pinang telah menunjukkan bakat kepimpinan kerajaan yang baik dengan etika dan pentadbiran yang jauh lebih baik dari pentadbiran BN dahulu.

Keadaan ini tidak menyenangkan pihak BN yang telah dikalahkan oleh rakyat itu. Segala usaha dilakukan oleh pihak penyokong BN di negeri itu untuk ‘discredit’ kerajaan P Pinang sehinggakan kumpulan penyokong BN telah menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri negeri itu. Inilah contoh-contoh buruk yang sedang dilakukan oleh penyokong BN di P Pinang dan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu tidak langsung mahu menegur sikap buruk penyokong-penyokong mereka itu.

Itu adalah tindakan desperado. Tindakan meloyakan ini membuatkan imej UMNO dan BN di P Pinang bertambah buruk dan tidak memungkinkan BN akan menjadi pilihan rakyat bukan sahaja di negeri itu tetapi menyeluruh di seluruh negara. Perkara buruk ini juga dilakukan oleh penyokong BN di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan TV3 dan Utusan sebagai ‘kuda pelejangnya’. Setiap malam media perdana ini meyiarkan perkara-perkara seperti ini untuk membantu BN mendapatkan kembali sokongan yang sudah ditarik balik oleh rakyat itu.

Jika ditanya saya samada usaha mereka, media perdana, itu akan berjaya, saya dengan jelas menjawabnya yang itu merupakan mimpi di siang hari sahaja. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap media perdana ini kerana tujuannya sangat mudah untuk difahami oleh rakyat yang ramai…iaitu untuk memecah belahkan rakyat. Selalunya UMNO hanya berjaya dalam keadaan perpecahan.

Sesudah bercakap tentang perkara yang telah di cakapkan ini, siapa yang sebenarnya yang patriotik? Orang yang patriotik ini sebenarnya orang yang macam mana? Adakah orang dan pemimpin yang telah memperkosa harta rakyat itu patriotik? Adakah pemimpin yang menggunakan kedudukannya untuk membelasah harta rakyat itu pemimpin patriotik?

Adakah pemimpin yang menambah harga perlengkapan persenjataan negara itu untuk mendapatkan ‘kick back’ itu patriotik? Adakah pentadbiran yang beretika dan bersih yang dilakukan oleh DAP di P Pinang dan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan itu tidak patriotik? Adakah sayangkan UMNO itu sahaja yang patriotik walaupun pemimpin yang mencuri di sana sini itu adalah pemimpin UMNO?

Adakah tindakan membawa keluar wang negara secara haram sebanyak RM1 trillion keluar negara itu tindakan yang sangat patriotik? DAN yang mengkritik pemimpin negara kerana membiarkan wang yang bertrillion itu tidak patriotik. Siapa sebenarnya manusia dan rakyat yang patriotik kepada pemimpn UMNO dan penyokongnya?

Masing-masing boleh membuat penilaian dan menjawab samada segala tindakan semua pihak itu tindakan yang patriotik. Buatlah keputusan sendirian. Yang penting sebelum membuat keputusan kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita ambil itu.

Jangan kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Kita sepatutnya ada rasa malu sikit-sikit kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua. Silapnya UMNO ini, mereka memandang orang ramai ini semuanya tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis dan seterusnya tidak berkemampuan untuk berfikir.

Pada UMNO rakyat khususnya orang Melayu senang dipersendakan dan mereka (orang Melayu) tetap akan sokong UMNO sampai hari kiamat. Mungkin itu jugalah cara setengah blogger pro UMNO berfikir….memaki hamun mereka yang tidak menyokong UMNO dan mengharapkan orang ramai akan mengikut mereka.

Pengamal media perdana serta penulis-penulis dalam alam cyber nampaknya terus-terusan mewujudkan keadaan yang berlawanan di antara RAKYAT dan UMNO.

Penulis blog Umno sertai DAP

Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias

NONEPenyertaan Ariff Sabri bersama DAP itu dihuraikan secara terperinci menerusi laman blognya dan beliau yang juga seorang kolumnis di portal berita, FreeMalaysiaToday mengesahkan perkara berkenaan.

Malah, Sakmongkol dilapor memberitahu portal itu bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff Sabri dipetik FMT.

Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya lagi.

Pendang - Isu Karaoke & Snooker : Jawatankuasa PBT perlu ambil tindakan

Oleh : NURUL FATIHAH SULAINI
Tarikh : January 2, 2012

Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.

ALOR SETAR - Jawantankuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan memantau kegiatan pusat karaoke dan snooker yang terletak di tingkat atas sebuah stesen minyak di Pekan Tanah Merah, Pendang.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kerja Raya, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, tindakan pemilik menggunakan bangunan stesen minyak berdekatan masjid untuk menjalankan operasi pusat karaoke tidak dibenarkan sama sekali.

“Tambahan pula tidak ada sebarang permit hiburan dikeluarkan dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini setelah proses lantikan semula jawatankuasa PBT yang baru masih belum dilaksanakan.

“Kuasa untuk mengeluarkan lesen hiburan bergantung kepada budi bicara jawatankuasa berkenaan. Kita turut melihat kesesuaian lokasi untuk meluluskan permit sama ada perlu atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, setakat ini mereka belum menerima sebarang aduan daripada penduduk mengenai perkara berkenaan dan belum ada serbuan dilakukan di tempat berkenaan.

"Walaupun pemilik mempunyai lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) namun kita perlu memastikan mereka memiliki permit hiburan atau tidak kerana kedua-duanya berbeza," katanya.

Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan.

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

"Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu.

"Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau.

Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu.

Jumaat lalu, Seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu.

Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat.

Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat.

MADRASAH SALIHIAH - DIVERT THE ISSUE : TAKTIK BIASA UMNO

Oleh KedahLa

Apabila isu UMNO sapu bersih RM250 juta projek lembu untuk joli katak, maka keluarlah pelbagai isu lain demi menenggelamkan isu asal tersebut.

Apabila ada laporan kes seorang menteri didakwa merogol amah, maka Saiful Bukhari muncul dengan pelbagai kenyataan baru untuk mengalih isu.

Apabila Najib semakin ditolak rakyat, maka muncul Raja Petra yang diupah untuk bercakap menggunakan skrip yang ditulis oleh Zul Nordin.

Apabila isu merobohkan Madrasah Salihiyah, Tambang Badak Alor Setar tidak dapat mereka tangani, muncullah pembohongan kononnya madarash itu berusia 100 tahun ada nilai sejarah.

Apabila didedahkan bahawa tidak ada ahli kariah di madrasah itu sehingga nak buat jemaah Maghrib, Isa dan Subuh pun tak boleh maka muncullah ahli UMNO Taman Wira Mergong diupah mengaku anak khariah.

Apabila program Munajat mereka didedahkan sebagai munajat politik, mereka pulak menuding jari menuduh munajat di Mini Stadium, Pendang, Mahabbah di Surau Perwaja Gurun dan Munajat di Suka Menanti juga politik.

Apabila didedahkan bahawa masjid Alor Malai juga pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh kompleks Bukhari yang di atasnya ada Giant, mereka mendakwa Giant tu Melayu punya tapi Aman Central Cina kapiaq punya.

Apabila dijelaskan bahawa roboh satu surau dapat ganti satu surau baru lebih besar di samping ganti wakaf RM1.48 juta yang boleh bina lagi 7 buah surau macam surau asal, mereka alih pulak isu... awat tak roboh gereja sama?

Ini semua ajaran UMNO yang dibelajar dari Yahudi APCO dibayar RM77 juta guna duit rakyat. Cipta isu baru berkaitan lawan demi menutup isu mereka yang tidak boleh dijawab dan diselesaikan. Maka berhiburlah penyokong-penyokong UMNO dengan isu baru tersebut, dan lupakan isu asal walaupun ianya amat bersalahan dalam hukum Islam.

Maka benarlah kata pemimpin UMNO, 'Kita hanya boleh bertahan selagi rakyat bodoh, kalau rakyat pakat cerdik maka angkat bungkuih la kita.'

Isu Madrasah Salihiah - Tu dia nak kumpul dana RM1.48juta laa pulak...!!!

BBSMS lancar dana kumpul RM1.48 juta
Oleh : ROSNANI SAAD
Tarikh : January 2, 2012
Mansor Ahmad

ALOR SETAR - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan melancarkan dana bagi mengumpulkan RM1.48 juta untuk "membeli semula" semula geran tanah wakaf berkenaan dan menyelamatkan madrasah itu daripada dirobohkan.

Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, dana itu akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan urusan mewujudkannya.

Beliau turut mengalu-alukan pemantauan mana-mana pihak berautoriti termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelakkan dana itu kelak dijadikan isu pihak tertentu serta menunjukkan ketelusan pengurusan dana berkenaan.

"Dana ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) agar dapat memulangkan semula pampasan yang diterima daripada pemaju serta mendapatkan kembali geran tanah wakaf ini.

"Walaupun hakikatnya sehingga kini kami tidak mencapat sebarang maklumat mengenai wang pampasan yang diterima Maik sama ada sudah digunakan atau masih berada dalam simpanannya, kami tidak tahu," katanya pada sidang media semalam.

Mansor berkata, dana berkenaan akan terus beroperasi selepas dilancarkan sehinggalah sasaran mengumpul RM1.48 juta tercapai.

"Selepas dilancarkan kelak, kita akan mengemaskini jumlah kutipan dan menghebahkannya kepada orang ramai menerusi media massa.

"Jika kita berjaya mendapatkan semula geran tanah wakaf ini tanpa dikenakan bayaran, dana sumbangan ikhlas rakyat Malaysia ini akan digunakan untuk membeli tanah dan dijadikan wakaf serta disalurkan untuk pembinaan surau lain," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...