TERKINI :

Thursday, December 6, 2012

Pencipta lagu "ANAK KECIL MAIN API" disahkan mahkamah tinggi melakukan konspirasi jahat..!!!

PENCIPTA LAGU "ANAK KECIL MAIN API" DISAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI MELAKUKAN KONSPIRASI JAHAT TERHADAP SEORANG PENSYARAH KANAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA!!!!!


Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik- Mak Cik ,Pak Cik- Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API"  telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.

“Defendan hendaklah membayar tunggakan gaji dan lain-lain bayaran yang berkaitan kepada plaintif mulai Jun 2008 sehingga sekarang mengikut skala gaji pensyarah kanan dan apa-apa bayaran yang layak plaintif terima berikutan kenaikan pangkat selanjutnya,” katanya.

Peguam, Rahimah Bee yang mewakili Abdul Halim berkata, mahkamah berpuas hati dengan surat kenaikan pangkat plaintif kerana memenuhi syarat yang ditetapkan.

Terdahulu, Abdul Halim memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya.

Pada 2007, plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan mengemukakan permohonan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

KALAU PADA SEORANG PENSYARAH KANAN YANG MEMPUNYAI MASA DEPAN CERAH PUN DIA SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG JAHAT DAN JIJIK... APALAH SANGAT SEKADAR MENCIPTA LAGU YANG LIRIKNYA SEBAGAI PENGABUR JIWA PARA PENGKAGUM UMNO UNTUK MELIHAT REALITI.
http://omakkau.blogspot.com/2012/12/pencipta-lagu-anak-kecil-main-api.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...