TERKINI :

Sunday, December 16, 2012

Gerakan perlu keluar dari BN

Oleh Anuar Mohd Nor

Cina tolak BN dan itu adalah apa yang dikatakan hakikat hari ini. Cina bukan lebih cenderung pada DAP tetapi menerima DAP atas dasar mereka adalah alternatif parti bangsa Cina yang ada. Kaum Cina juga selain dari itu bernaung di bawah Parti Keadilan Rakyat. Namun banyak persoalan timbul dari sokongan kaum Cina terhadap wadah politik khususnya DAP.

Kenapa tidak semua Cina yang menyokong pembangkang masuk DAP dan memilih DAP sebagai wadah perjuangan Cina? Adakah mereka tidak yakin sepenuhnya dengan DAP? Adakah dengan kadar kependudukan Cina yang tinggi DAP masih rendah keahliannya. Adakah DAP tanpa sokongan PKR dan PAS akan hilang makna dan perjuangan politik?

Mungkin persoalan utama adalah kerana alternatif parti Cina yang lain tidak nampak memberangsangkan dalam perjuangan kaum Cina. Mereka nampak diam sungguhpun dalam BN sebenarnya mereka tidak diam. Mereka juga mendesak atas alasan kepentingan kaum tetapi tidak sebagaimana DAP dalam Pakatan Rakyat. Persoalan juga timbul adakah DAP sebenarnya terperangkap dalam kekuatan PKR dan PAS? Adakah sekiranya Pakatan Rakyat menang DAP akan melihat tekanan PKR ke atas mereka atau PKR akan di tekan oleh DAP. Ingat DAP pernah keluar dari gabungan Barisan Alternatif dahulu dan adakah ini tidak akan berlaku sekali lagi apabila DAP sedar gabungan itu adalah gabungan palsu semata-mata.

Sungguhpun begitu tidak dapat dinafikan bahawa DAP sekarang adalah wadah pilihan kaum Cina sebagaimana Melayu kepada Umno suatu ketika dahulu. Sokongan DAP akan membengkak kerana laungan perjuangan kaum yang dilakukan oleh mereka nampak gah sungguh pun tidak sekuat mana. Cina terpesona dengan perjuangan DAP sungguhpun kalau diteliti perjuangan MCA dan Gerakan lebih menyempurnakan agendan kekuatan ekonomi kaum Cina.

Barisan Nasional perlu akur ― kaum Cina sudah berpaling dan mereka berpaling bukan kerana DAP itu sebuah parti unggul tetapi kerana persepsi yang dibuat oleh kaum egois Cina terhadap DAP. Barisan Nasional perlu lihat keseriusan perkara ini dari hanya terus berseronok dengan program-program yang tidak memberi impak kepada mereka.

Dalam pada itu, bagi umno-reform2 MCA semestinya sedar bahawa sokongan Cina terhadap mereka semakin pupus. Mereka hari ini menjadi bahan sampingan dalam politik yang mana Barisan Nasional sudah tidak boleh bergabung harap kepada mereka. Apa langkah Barisan Nasional dengan hakikat itu?

Dengan keadaan kritikan khususnya bicara politik Malaysia ― Gerakan sepatutnya mengambil langkah serius untuk menunjukkan bahawa mereka juga dalam Barisan Nasional adakah suara kaum Cina yang tegas khususnya dalam mahu memartabatkan bangsa. Gerakan sentiasa vokal dalam Barisan Nasional untuk mempertahankan dan memperjuangkan kaum Cina. Mereka adalah alternatif terbaru kaum Cina dan bukan lagi MCA. Melihat ini kemungkinan besar Gerakan perlu melakukan sesuatu yang drastik untuk meyakinkan kaum Cina bahawa mereka juga suara yang lantang dalam perjuangan bangsa dalam kelompok BN. Untuk melihat keikhlasan Gerakan ― langkah pertama Gerakan adalah ― keluar dari BN ― fikirkan! ― umno-reform2.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...