TERKINI :

Thursday, November 15, 2012

Selangor tubuh J/Kuasa BEBAS bagi mengkaji kelulusan projek di Bt Caves

Bekas pengarah MIDA dilantik ketuai jawatankuasa bebas kondo Batu Caves


KUALA LUMPUR, 14 Nov — Selepas pengumuman perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu membatalkan projek kondominium di Batu Caves, kerajaan negeri Selangor hari ini telah melantik bekas ketua pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk N Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menangani isu tersebut.

Najib semalam semasa sambutan Hari Deepavali di Batu Caves berjanji akan membatalkan projek tersebut jika pengundi memilih Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju untuk melantik Datuk N Sadasivan sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves," kata menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, perlantikan Datuk Sadasivan adalah kerana pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran bersama kerajaan dan swasta sebelum ini.


"Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat swasta dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas," tambah MB Selangor.

Beliau turut membidas Najib kerana ia jelas membuktikan BN terdesak bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah.

"Ia adalah jelas kenyataan itu bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah," kata beliau lagi.

Ekoran kenyataan Najib itu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor membidas janji itu dengan menyifatkan ia sebagai rasuah politik kepada pengundi masyarakat India.

Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.

"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.

"Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.

"Lebih baik beritahu mereka - kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya," tambah beliau lagi.

Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...