TERKINI :

Saturday, November 17, 2012

Sedar tak sedar kita juga yang bantu membeli peluru untuk ISRAEL tembak GAZA..!!!

 

Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang beragama Islam. Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British.Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.

Berikut FAKTA kerjasama ekonomi malaysia - Israel

Pada Mei 1994, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 20 Februari 2012, kumpulan NGO Jingga 13 mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam Malaysia, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd bahawa kapal, Zim Atlantic, telah berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012. Kapal ini datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. Ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa turut mendedahkan bahawa saham Zim Integrated Shipping Services Ltd tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. 


Dokumen kebenaran belayar atau ‘sailing clearance’ dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia. Rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang turut ditayangkan. Kapal Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Kehadiran kapal-kapal ini jelas menunjukkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara Malaysia-Israel yang sebelum ini dinafikan.

Pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Berikut adalah FAKTA pertemuan pimpinan Malaysia - Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel, Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin disifatkan sebagai "empty pledge".

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...