TERKINI :

Monday, November 26, 2012

MP Jerai difitnah 'ceraikan isteri', bakal saman blogger pro UMNO

(Inilah fitnah terkutuk yang tersiar dalam blog UMNO)

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Dah jadi kebiasaan pulak dah, kebanyakan bahan sensasi mengenai Kedah MK dapatkan dari kedai catok Taman Wira. Pagi tadi macam biasa waktu minum, sorang rakan buka blog UMNO yang rasanya 'made in Kedah' tunjukkan satu bahan fitnah yang sungguh dahsyat. MK macam boss Kedah la jugak Tok Senapi, kira-kira tak tak baca dah blog UMNO dari group tertentu... kalau tak kerana ada member tunjuk memang tak akan buka baca.

Demi terbaca berita fitnah tersebut... Ya Allah, termengung seketika. Hairan, macam mana pemfitnah tu tanpa rasa simpati dan belas kasihan menyebarkan cerita yang betul-betul menjahanamkan maruah orang. MK tak perlu tanya YB Firdaus tentang cerita ini sebab kenal beliau dan isterinya bahkan anak-anaknya secara peribadi sejak awal perkahwinan mereka sampai la-la ni. YB Firdaus antara YB yang sangat setia dengan keluarga, asyik usung anak bini pi sana sini... semua orang tau itu, tiba-tiba difitnah akan bercerai... siap dengan tarikh fail di mahkamah syariah. Apa punya dahsyat dan terkutuknya fitnah yang dibuat.

Bayangkan YB Firdaus ada keluarga adik beradik sedara mara, isterinya ada sedara mara... kalau sampai cerita macam ni ke telinga adik beradik depa, masing-masing akan bertanya balik... mana depa nak tauk maruah depa. Kalau berita itu benar sekalipun ia cukup untuk menjatuhkan maruah inikan pula JELAS cerita fitnah jahat terkutuk. Blogger UMNO tu ingat benda cerai berai ni boleh buat modai politik kot... gila punya jahat.
Apakah di hati sanubari blogger UMNO sorang ni langsung tidak ada cebisan iman? Adaklah elaun yang diterima hasil kerja memfitnahnya itu cukup banyak untuk menebus azab api neraka di akhirat? Inilah agaknya yang menyebabkan para ulamak menghalalkan doa agar golongan ini dihancurkan. Memang cukup jahat sejahat-jahatnya apabila fitnah dijadikan bahan pemuas nafsu serakah sendiri tanpa memperdulikan pengianiayaan yang ditanggung oleh mangsa. Adakah ini akibat memilih syaitan dikenali sebagai kawan dan menolak malaikat... Ya Allah jauhkanlah zuriat keturunanku dari cenderung hati terhadap UMNO walaupun sebesar zarah.

MK masih ingat fitnah geng blogger pro UMNO kononnya Ustaz Azizan kahwin staf KMC umur 19 tahun. Kemudian fitnah kononnya YB Dr. Hamdan main dengan jalang Siam. Kini YB Firdaus pulak kena. MK yang tak kena ni pun rasa ketag satu badan menahan geram dengan perbuatan jahat, zalim, kejam, tidak bertimbangrasa blogger UMNO tu... inikan pula mangsa. Atau mungkin orang politik PR dah rasa mangli dengan permainan fitnah UMNO.

Apabila melihat apa yang berlaku ini maka teringat MK akan kata Tok Senapi, "Kalau tak ada kekuatan kesabaran baik jangan buka blog UMNO sebab depa bukan nak berlawan hujah dengan fakta tapi nak provok kita dengan fitnah dan maki hamun... alang-alang hilang sabaq kita pun jadi macam depa."

Kebetulan MK sempat hubungi YB Firdaus yang sedang rehat tengahari di Parlimen, rupanya dia dah tahu mengenai fitnah tersebut dan akan berbincang segera dengan peguam untuk mengambil tindakan mahkamah. Teruskan YB... kasi ajaq sikit puak-puak yang kurang ajar ini.
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/fitnah-maha-dahsyat-terhadap-mp-jerai.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...