TERKINI :

Thursday, November 29, 2012

Malas nak layan tohmahan Najib kata kat Anwar.. cuma carta nie aja nak bagi hangpa tengok..!!!

 tahun 1997 - 1998 jadi lingkop bila Mahathir masuk campur suruh bailout Sykt Perkapalan Anak dia... lepas tu tak mau buat pinjaman bank dunia sabab takut kena pantau duit tu belanja pie mana....negara yg ambik loan bank dunia waktu dah keluar dari belenggu kewangan dan siap bayaq hutang habih dah dan negara tersebut kini dah berada kehadapan ekonomi mereka dari Malaysia sebab setiap sen duit yg depa pinjam kena belanja ke tempat yg sewajarnya....hangpa tengok graf tu laa cekap ka tak cekap....
Najib: Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik
 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun  1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.



"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...