TERKINI :

Monday, November 26, 2012

Isu air: Kedah akan runding dengan Pulau Pinang

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
25 November 2012
Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi 
 
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan mengadakan rundingan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai sumber bekalan air mentah dari Negeri Kedah yang harus dibayar.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, rundingan itu perlu dilakukan untuk memastikan sumber bekalan air di Negeri Kedah mencukupi.

Katanya, Kerajaan Negeri Kedah akan berkunjung ke negeri itu bulan depan untuk tujuan tersebut.

“Berdasarkan Akta Industri Air, setiap liter air mentah yang dikeluarkan dari negeri adalah harus dibayar.

“Sebab itu kita buat rundingan bersama Guan Eng sebab air ini hasil dari sungai di Negeri Kedah.


“Kita juga dah tetapkan harga untuk setiap liter air yang dikeluarkan yang harus dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Phahrolrazi berkata, untuk memastikan sumber bekalan air mentah di Negeri Kedah terus terjaga, Lembaga Sumber Air Negeri akan ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

"Ia juga adalah untuk memastikan sumber bekalan air di Negeri Kedah mencukupi untuk sektor pertanian, minuman dan sebagainya,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...