TERKINI :

Thursday, October 11, 2012

Terima Kasih MP Baling atas sumbangan rumah

Dulu saiz reban ayam, kini dapat kediaman baru

Dulu saiz reban ayam, kini dapat kediaman baru
Shahrizan di samping keluarganya berdiri di belakang kediaman lamanya itu.
 
BALING - Hasrat sebuah keluarga di Kampung Guar Reban untuk menikmati kediaman yang lebih selesa tercapai setelah menerima sumbangan rumah menerusi Ahli Parlimen Baling, Datuk Azzamudden Md Taib.

Keluarga yang menetap di sebuah rumah bersaiz reban ayam sebelum ini bersyukur kerana tidak perlu lagi hidup dalam keadaan berhimpit.

Shahrizan Yusof, 32, bersama isteri, Noraishah Ramli, 26, dan empat anak mereka berusia dua sehingga lima tahun menetap di situ sejak setahun lalu.

Disebabkan fakor usia, Shahrizan tidak berjaya mendapat sebarang rumah bantuan bagi menggantikan rumah lamanya itu.

Shahrizan yang hanya bekerja kampung itu lega setelah dimaklumkan akan menerima sumbangan kediaman yang akan didirikan bersebelahan rumah lamanya itu.

“Alhamdulillah, hasrat untuk memiliki rumah selesa telah tercapai. Saya hanya kasihankan anak-anak yang terpaksa berhimpit sebelum ini.

“Semakin lama, mereka semakin membesar, bagaimana mereka ingin terus hidup dalam keadaan rumah yang hanya sebesar reban ayam,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan kayu hutan untuk membina rumah itu selepas mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sewanya sebelum ini.

“Saya tak mampu nak jelaskan sewa rumah. Jadi, saya dan keluarga pun terpaksa berpindah mencari kediaman baru. Disebabkan itu, saya terpaksa bina rumah kecil ini untuk berteduh,” katanya.

Dalam pada itu,  Azzamudden berkata, pihaknya tersentuh melihat keadaan keluarga Shahrizan yang terpaksa menetap di kediaman kecil itu.

“Alhamdulillah, sumbangan rumah ini diharap dapat memberikan sinar baru kepada kehidupan Shahrizan dan keluarganya,” katanya semasa berucap sempena majlis penyerahan kunci rumah kepada Sharizan baru-baru ini.

Menurutnya, sejak tahun 2009 sehingga kini sebanyak 32 rumah kos rendah telah dibina bagi membantu golo-ngan seumpamanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...