TERKINI :

Thursday, October 11, 2012

Karnival 'Gerek Ton' Kastam Kedah 2012 Sabtu ini


10 Oktober 2012

ALOR SETAR - Kastam Kedah akan menganjurkan acara berbasikal Karnival 'Gerek Ton' Kastam Kedah 2012 pada Sabtu ini, di Kompleks Kastam Diraja Kedah.

Menurut kenyataan Kastam Kedah, karnival sehari itu terbuka kepada rakyat Malaysia dan warga asing untuk semua peringkat umur.

Bagi peserta yang berumur di bawah 18 tahun, mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga, kata kenyataan itu.

Sebanyak empat acara dipertandingkan untuk kategori lelaki dan tiga untuk kategori wanita.

Karnival yang dijadual bermula pukul 6.30 pagi itu akan dirasmi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Bagi yang berminat, mereka boleh melayari laman sesawang http://gerektonkastamkedah2012.blogspot.com untuk maklumat lanjut. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...