TERKINI :

Thursday, October 11, 2012

Demokrasi..tapi menekan.......

oleh Aspan Alias,


Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk keadaannya. Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun hendak di alihnya.

Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan di takut-takutkan.

Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamaddun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yag fakir.

Pada malam 9hb oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.

Bukan Datuk Ambiga sahaja yang menjadi mangsa tekanan ini. Minggu lepas salah seorang dari ‘Steering Committee’ Bersih Andrew Khoo juga ditahan dan dilakukan perkara yang sama dan beliau sekali lagi ditahan semasa beliau kembali ke tanah air pada malam 9hb itu. Semua Jawatankuasa Bersih diberikan tekanan oleh pihak immigresen dan budaya ini nampaknya sudah menjadi perkara biasa.

Pada bulan September yang lepas, Marina Chin Abdullah dan Wong Chin Huat juga menerima nasib yang sama. Kalau begitu keadaannya apa pula alasan yang boleh diberikan oleh pihak pemerintah dengan penahanan itu? Siapa pula yang hendak dipersalahkan kali ini?

Adakah tindakan immigresen ini untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan hari ini? Jika demikian kenapa kita wujudkan sebuah negara yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi tidak berupaya untuk menerima semua ‘attribute’ sebuah negara demokrasi?

Apakah kesalahan mereka sehingga mengganggu perjalanan seseorang yang tidak sebulu dengan kita itu? Bagi pandangan saya secara peribadi ini menunjukkan yang pihak pemerintah sekarang sedang tertekan dengan sokongan yang orang ramai berikan kepada pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus itu.

Pihak pemerintah tidak mahu diganggu oleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk tidak mengganggu cara mereka mendapat mandat selama ini, iaitu dengan membohongi rakyat dan mengelirukan fakta dan semangat demokrasi itu.

Ini merupakan elemen pentadbiran ala diktator dan ini wajar diberhentikan. Tindakan ini seolah-olah membayangkan yang pihak yang sedang berkuasa sekarang ini sudah terdesak ke dinding dan tidak ada jalan lain selain dari melakukan penekanan terhadap pemimpin-pemimpin NGO yang berpengaruh yang tidak sejalan dengan kerajaan hari ini.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pemimpin-pemimpin NGO seperti Datuk Ambiga ini hanya membuatkan mereka lebih terkenal dan berpengaruh. Jika Datuk Ambiga tidak berpengaruh masakan pimpinan kerajaan merasa takut terhadap kehadiran mereka di tengah masyarakat yang dalam pencarian ini.

Kita mesti ingat jika pemerintah dalam keadaan ‘desperate’ untuk mempertahankan kuasa, rakyat juga dalam keadaan ‘desperate’ untuk mencari penyelesaian terhadap kecelaruan yang dicipta oleh pihak yang memerintah itu.

Rakyat semua kaum kini memang dalam keadaan terdesak untuk lari dari cengkaman pihak yang berkuasa yang tidak lagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membela nasib rakyat, bangsa dan negara mereka.

Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan.penjajahan yang dilakukan terhadap pemikiran dan jiwa mereka.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/10/demokrasi-tapi-menekan.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...