TERKINI :

Monday, October 29, 2012

[ADUAN] Guar Stesyen Gurun : GAMUDA & JKR KUALA MUDA lepas tangan AKHIRNYA rakyat pula menanggung BEBAN

Jika KELANTAN ada HIGHWAY RAKYAT jangan terkejut GURUN KEDAH juga akan ada JALAN DERMA RAKYAT
Nukilan Warga Guar Stesyen

Kami Penduduk Guar Stesyen dengan ini akan mengadakan kutipan DERMA JALAN RAKYAT untuk memperbaiki jalanraya yang rosak dan berlubang di antara FLY OVER GUAR STESYEN sehingga ke Markas Pas Guar Stesyen.. 

Dengan ini diharap sedikit sumbangan dari wakil rakyat Ahli Parlimen Jerai Ust Firdaus Jaafar dengan ADUN Gurun Dr Leong Yong Kong dan ahli majlis MPSP Muzaini Azizan serta Menteri Besar Datuk Seri Haji Azizan bin Abdul Razak dan juga JKR NEGERI KEDAH menghulurkan sekupang dua untuk menjayakan program DERMA JALAN RAKYAT ini.....

Kutipan ini bukannya apa..ia disebabkan kami penduduk yang menggunkan jalan raya ini hari-hari mengalami masalah jalan tidak sama rata serta berlubang sana sini. Jarak kawasan jalan yang tidak ditarkan itu hanyalah dalam 50M sahaja. Punca terjadinya sebegini ialah PERTINDIHAN SEMPADAN antara PIHAK GAMUDA & PIHAK JKR NEGERI.

Yang mengalami masalah sekarang ialah penduduk yang menggunakan laluan ini. Cuba bayangkan apabila kita turun fly over tetiba kita terpaksa perlahankan kenderaan secara mengejut untuk mengelak lubang dan suasana jalan yang berombak dan tidak rata. Ini akan menyebabkan perkara yang tidak baik akan berlaku seperti kenderaan mengalami kerosakan TAYAR & RIM disebabkab jatuh dalam lubang, pemandu terpaksa masuk ke lorong sebelah/kanan untuk mengelak lubang tersebut.

Jika tidak dilakukan kutipan derma ini berapa lama lagi kami perlu menunggu janji-janji manis pihak berkuasa akan menyelesaikan masalah ini. Jalan datang dari Guar Chempedak sehingga ke Markas PAS Guar Stesyen telah di turap baru namun terhenti di depan markas dan ianya di sambung semula dengan jalan tar baru semasa henda menaiki fly over tersebut. Maka kawana yang tinggal antara Markas & Fly Over tersebut masih lagi tar yang lama dan sudah pun berlubang sana sini.

Jadi kepada pihak yang berkenaan jika anda merasakan ini tanggungjawab pihak terbabit dan tidak mahu DERMA JALAN RAKYAT ini berjalan baiklah diusahakan seberapa segera untuk memperbaiki permasalahan ini.







No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...