TERKINI :

Friday, September 21, 2012

orang yang bawa umno pun tinggalkan umno, takkan la pencacai baru habis sekolah nak mati-mati selamatkan umno

Orang yang bawa Umno pun keluar Umno


Mengapa Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN sedangkan dia antara orang yang bawa umno ke Sabah.

Kalau fikir-fikir dah tentulah dia akan terus bersama umno, ye la, dia antara yang bawa umno masuk Sabah, sudah mestilah dia akan jaga umno tu sepeti anak sendiri.

Tapi macam juga seorang bapa, kalau anak dah terlalu degil dan dah teruk sangat perangainya, silap-silap "bapak pun tak mengaku anak" ( ingat tak kisah seorang penceramah umno yang dibuang bapa tu). jadi sama lah macam Tan Sri Ibrahim Menudin yang punya alasan sendiri untuk tinggalkan umno, padahal umno itu lubuh duit, lubuk kekayaan dan jawatan.

Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,


Jadi kalau orang yang bawa umno ke Sabah pun tinggalkan umno, takkan la pencacai umno yang baru habis sekolah nak mati-mati selamatkan umno... cuba fikir-fikir.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...