TERKINI :

Thursday, September 27, 2012

Betulkah orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang..??

Jet Peribadi dan Kenyataan Mansor Othman
oleh MSO
 
 
MENYELAM MALAM

Antara sebab kenapa saya tidak mahu melibatkan dalam parti politik secara rasmi ialah kerana melihat budaya politik Malaysia tidak ada standard atau tidak ada kelas. Sejak dari dulu lagi saya melihat orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang. Mungkin beginilah ciri-ciri rakyat di sebuah negara yang berada di pre-kemerdekaan dan pre-tamadun. Saya menyifatkan orang Melayu separuh masak. Keadaan separuh masak ini serba salah, cerdik pun tidak bodoh sangat pun tidak.

Saya masih ingat saya pernah menulis sebuah buku awal tahun 90-an menafikan yang negara ini merdeka dan rakyatnya tamadun. Buku itu berjudul "Merdeka Kedua".

Saya akan cuba membawa cuplikan pandangan saya dalam buku itu satu hari nanti. Buku itu mendapat perhatian seorang naib presiden Umno yang kemudian membawanya kepada presiden parti. Kecut perut juga saya dengan kejadian itu.

Kebodohan politik Melayu terbawa-bawa sampai ke hari ini. Saya tidak perlu mengulas hal ini, boleh disaksikan sendiri dan lihat dari juring mana kecacatan, kesumbangan dan kebodohannya. Usah difikirkan kepada matlamat dan kepentingan Melayu menerusi politik, tetapi tengoklah apa isu-isu yang dimainkan sudah memberi jawaban kepada kita. Isu yang ditimbulkan tidak sedikitpun boleh membangun bangsa dan negara.

Politik adalah satu ruang besar untuk membina negara dan bangsa. Seharusnya perkara besar ini diolahkan secara berkualiti dan tidak dicampuri dengan soal-soal remeh temeh. Apa lagi orang Melayu akan marah kalau dikatakan dia tidak Islam, seharusnya politik ditangani dengan penuh ketertiban? Kita marah kalau kita dikatakan Islam tempelan dan tidak syumul. Tetapi itulah hakikatnya.

Tanya kepada diri sendiri sejauh dan sedalam manakah Islam kita? [Read More]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...