TERKINI :

Friday, September 28, 2012

60 rumah di Pendang dilanda banjir petang semalam

27 September 2012

PENDANG - Kira-kira 60 buah rumah di 15 kampung di daerah ini ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Kuar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Pondok Haji Hussin, Tanjung Radin dan Ayer Puteh.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata kejadian berlaku pukul 3 petang semalam dan membabitkan kediaman di kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Pendang.

Katanya JPAM Pendang kini dalam keadaan bersedia untuk memindahkan mangsa jika paras air banjir meningkat.


"Setakat pukul 11 pagi tadi, paras air Sungai Pendang berada pada paras 2.8 meter dan jika hujan lebat berterusan hari ini mungkin paras air sungai meningkat dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Roshasniza berkata rata-rata kediaman terbabit yang merupakan rumah dua tingkat ditengelami air sedalam 0.5 hingga satu meter. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...