TERKINI :

Friday, August 3, 2012

Kepada Ahli UMNO..jika dah tahu kapal nak tenggelam tu mai la kita naik kapal baru..!!

Sertai PR jika hilang yakin, Anwar seru ahli Umno
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR).

"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.

"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen ini diminta mengulas isu melibatkan  Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran, Ahad lalu.

Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain.

"Apabila  keluar parti, mereka tetap mempunyai banyak pilihan untuk sertai mana-mana parti dalam PR bagi meneruskan perjuangan dan saya beri galakan kepada mereka untuk sertai kami dalam perjuangan PR,

"Asalkan mereka tidak menyokong Umno, saya tidak kisah kerana isu 'lompat parti' adalah pilihan individu," jelas Anwar. [SH]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...