SIK
– Hasil ladang Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK)
di bawah Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun ini meningkat
sebanyak 13 peratus berbanding tahun lepas.
Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian &
Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah
menjelaskan, hasil ladang pada tahun ini meningkat sebanyak 13 peratus
iaitu daripada 495,584 kilogram getah kering pada tahun 2011 kepada
564,386 kilogram pada tahun ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian dividen kepada penduduk Beris Jaya, di Beris Jaya.
“Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya adalah bagi
memastikan dividen yang dibayar kepada tuan-tuan juga adalah
berpatuatan. Keuntungan ladang pada tahun ini bagi tempoh dari bulan Julai 2011 hingga Jun 2012 adalah sebanyak RM4006,240.56.
“Sebanyak RM2,375,133 diagihkan sebagai dividen hasil keuntungan
ladang dan RM125 ribu disalurkan sebagai imbuhan kepada Koperasi
Pembangunan Beris Berhad,” katanya.
Menurutnuya lagi, sebanyak RM1.5 juta akan dimasukkan ke dalam tabung
tanaman semula yang dijadualkan akan dapat mengeluarkan hasil pada
tahun 2017 nanti.
Wang
tabungan ini akan digunakan untuk membiayai kos tanaman semula ladang
ini seluas 312 hektar di mana tabungan ini juga akan memberikan satu
bentuk dividen khas seperti yang dibayar pada hari ini walaupun pada
masa ladang ditanam semula dan tidak mengeluarkan hasil untuk tempoh
sekurang-kurangnya lima tahun.
“Daripada RM4006,240.56 ini tuan-tuan akan menerima dividen bersih
sebanyak RM3725 yang diserahkan dalam bentuk cek tunai pada hari ini.
Manakala baki sebanyak RM500 akan diterima pada penghujung tahun ini
sebagai bantuan persekolhan.
“Penigkatan hasil keuntungan yang baik ini adalah hasil daripada
pengurusan yang cekap ke atas ladang yang diuruskan oleh KLPK,”
jelasnya.
Sementara itu, pada hari tersebut seramai 553 ketua keluarga di bawah
Skim Penempatan Semula Beris Jaya menerima bantuan tersebut.
Kelihatan ramai yang sangat berpuas hati dengan pemberian dividen
pada hari tersebut kerana ianya sangat berbeza dengan tahun lepas yang
dividennya hanyalah sebanyak RM2900.
Turut hadir, ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah.






No comments:
Post a Comment