TERKINI :

Sunday, August 26, 2012

Hadi: Pendirian Karpal tidak patah semangat Pas dalam isu hudud

hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
 
KUALA LUMPUR - Pas menerima secara positif kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam soal hukum hudud dan Negara Islam, tetapi akan meneruskan perjuangan parti bagi menegakkan syiar Islam di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal itu tidak sedikit pun mematahkan semangat perjuangan Pas terus mempertahankan hukum hudud.

"Apa yang Karpal katakan sebelum ini, kita terima saja secara positif. Umno sebelum ini pun pernah memperlekehkan dan memperkecilkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas, hari ini.

Karpal sebelum ini mengatakan pelaksanaan hukum hudud kemungkinan tidak berupaya mengurangkan jenayah.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha bagi menjalankan hukum hudud di negara ini melalui proses demokrasi.

"Karpal hanya menentang dan ini tidak mungkin mematahkan semangat kami kerana kami percaya dan sentiasa mendukung sistem demokrasi negara ini," ulas beliau.

Beliau turut menambah, pelaksanaan hukum Hudud ini merupakan perintah ALLAH dan pihaknya tidak akan "menutup mulut" dengan kenyataan yang diberi Karpal.[sinar]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...