TERKINI :

Friday, July 20, 2012

Nik Aziz: 'Kerajaan Islam tak boleh jatuh, kerajaan kebangsaan boleh'

Wartawan Sinar Harian
20 Julai 2012
Nik Aziz mahu muzakarah dengan Umno
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan yang mengamalkan dasar kebangsaan boleh ditumbangkan setelah diberikan peluang dan nasihat oleh rakyat.

Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Kelantan itu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Syeikh Dr Sulaiman, yang menegaskan adalah haram untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

“Apa yang dikatakan Syeikh itu betul, Kerajaan Islam tak boleh jatuh, tetapi kerajaan kebangsaan boleh jatuh,” katanya selepas majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri, di sini semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan kenyataan Dr Sulaiman yang menegaskan tindakan menjatuhkan kerajaan Islam tidak dibenarkan, apatah lagi kerajaan yang diganti boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar.

Terdahulu, Nik Aziz dalam majlis itu menyerahkan replika banglo sumbangan Kerajaan Negeri kepada juara tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali bernilai RM250,000.

Berucap di majlis itu, Nik Aziz mengucapkan syukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud yang diperjuangkan Kelantan sebelum ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...