TERKINI :

Thursday, June 21, 2012

Harga bagi buah-buahan tempatan di jangka lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad

ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot sebanyak 50 peratus.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.

“Rambutan, durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad.
“Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...