TERKINI :

Wednesday, June 13, 2012

Habis tu, kalau pergi haji juga... Nak bagi Umno menang percuma? No way man!

KUALA LUMPUR, 12 Jun: “Kenapa Umno menjadi sempit akal? Jangan buat pilihanraya musim haji, selesailah masalah. Kalut ribut ni kenapa? Umno cadang nak buat pilihanraya dalam musim haji ker?”
Itulah soalan yang terpapar di minda Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi apabila terbaca berita utama akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar tersebut cuba memutarbelitkan arahan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada ahli PAS yang terlibat terus dalam pilihanraya umum ke-13 untuk menangguhkan ibadah haji mereka sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeras untuk membubarkan parlimen di musim haji seperti yang diwar-warkan.


Nasrudin berkata kalau betul Umno hendak mengadakan pilihanraya dalam musim haji, maknanya Umnolah yang menghalang orang yang hendak menunaikan ibadah haji kerana fatwa Mufti Pahang menyatakan bahawa mengundi adalah wajib.

“Kerajaan pun kempen bagai nak suruh orang mengundi, jadi mana satu ni?

Nak mengundi ke nak buat haji? Kalau nak suruh rakyat buat dua-dua haji dan mengundi, maka jangan buat serentak! Mudahkan berfikir?” sindir beliau di laman Facebooknya.

Nasrudin berkata kalau PRU13 dibuat pada musim haji, sudah pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon parlimen dan Dun tidak boleh mengerjakan haji.

“Habis tu, kalau pergi haji juga... Nak bagi Umno menang percuma? Supaya banyak lagi rasuah, salah guna kuasa dan mungkar berlaku dalam negara kita? No way man!” tegas beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...