TERKINI :

Wednesday, June 13, 2012

Apabila Si Bodoh Menjadi Bingai maka UMNO pun mula selak kain sendiri..!!!

Dua isu yang hangat diperkatakan pada masa ini adalah berkenaan kes 17 tahun Azmin Ali dan juga pembekuan pinjamanan PTPTN kepada para pelajar UniSEL dan KUIS yang hanya bertahan selama sehari sahaja.

Dengan penuh sinis, si bodoh pertama , Mat Khalid Nordin menempelak UniSEL dan para pelajarnya untuk meminta bantuan daripada kerajaan PR Selangor untuk memberi bantuan. Kononnya, bagi memberi peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk mengaplikasikan sistem pendidikan percuma di negeri Selangor. Selepas itu pecah berita mengatakan bahawa pelajar KUIS juga terlibat.

Besok malamnya, si bodoh kedua, Muhidin Yassin pula dalam TV3 suku menyokong si bodoh pertama dengan alasan yang sama dan tambahan untuk menguji kerajaan PR.

Si bodoh ketiga, Noh Omar pula mengeluarkan kenyataan menuntut dari PKR pengakuan bersalah dan akan kembalikan pinjaman kepada UniSEL dan KIUS.

Tindakan ketiga-tiga si bodoh itu menjadi bingai bila ramai konco-konco mereka melihat isu ini seperti senjata makan tuan. Mana tidaknya, seharusnya ketiga-tiga si bodoh ini memastikan pertambahan pelajar yang menerima pinjaman PTPTN untuk membuktikan bahawa PTPTN merupakan asas penting dalam perbelanjaan pendidikan negara seperti yang mereka laungkan walaupun hakikat sebenarnya ianya merupakan cara mengkayakan kroni. Si KJ berbuih mulut berdebat dengan Rafizi menegakkan PTPTN dalam kacamata BN walaupun fact and figure yang diberikan boleh dipertikai. Bagi MCA dan MIC pula, isu ini sebagai bom jihad BN untuk membunuh BN sendiri kerana mereka tahu hal pendidikan amat sensitif bagi rakyat Malaysia.

Oleh itu, pembekuan itu ditarik balik dengan alasan kononnya pihak pentadbiran UniSEL telah merayu kepada Mat Khaled Nordin supaya pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik kerana diperlukan pelajar.

Unisel juga tidak bersetuju dengan tindakan siswa mereka yang menuntut PTPTN dimansuhkan dalam perhimpunan pelajar pada April lalu.

"Pihak Unisel kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan pelajarnya yg berdemonstrasi mahu mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka tempoh hari.

"Unisel telah merayu menyatakan betapa pentingnya PTPTN kepada pelajar, saya amat bersetuju, PTPTN perlu diberikan kepada pelajar." (Kenyataan Dari Mat Khaled Nordin).

Katanya, rancangan kerajaan Selangor untuk menjual aset Universiti Selangor untuk membantu siswa berkenaan hanyalah tindakan sementara dan bukan satu penyelesaian.

"Cair aset bukan untuk digunakan beri pendidikan percuma atau subsidi yuran, hanya untuk beri bantuan sementara pelajar," katanya di Twitter hari ini.

Aku tak nak pertikai kenyataan Mat Khaled ni sebab aku memang tau dia ni bingai. Kalau nak sangat untuk melepaskan diri, siarkan kenyataan resmi dari UniSEL. Baru ada umph.... ini kenyataan syok sendiri. Sendiri cakap sendiri kata orang lain cakap. Kalau tahap bingai macam ni boleh jadi Menteri, memang semakin teruklah MALAYSIA. Ini ibarat tikus baiki labu..... Bagi balik PTPTN pun orang dah nampak keharaman jadahan dendam kesumat yang ada dalam diri pemimpin BN sekarang. PR dah kata akan HAPUSKAN PTPTN jika PR MEMERINTAH PUTRAJAYA yakni maksudnya MALAYSIA bukan SELANGOR la bingai.... Kalau hari ini PR pegang PUTRAJAYA esok juga PTPTN boleh bekukan pinjaman keseluruh negara.....orang tak marah punya.

Ok isu nombor dua isu Azmin Ali pada 17 tahun yang lepas. Aku tak peduli samaada kes ini betul atau tidak kerana waktu itu AZMIN ALI dan DS ANWAR IBRAHIM orang UMNO. Orang UMNO ni dengan slogan DULU, KINI dan SELAMANYA adalah sentiasa berperangai seperti DULU diwaktu KINI untuk SELAMANYA. Kini AZMIN ALI dan DS ANWAR bukan lagi orang UMNO. Mereka orang PKR dibawah PR. Mereka berdua tidak lagi mendokong slogan DULU, KINI dan SELAMANYA. Slogan mereka KEADILAN untuk RAKYAT.

Baiklah, kita ambil senario yang teruk dahulu bahawa memang AZMIN ada memiliki harta dan saham yang sebegitu banyak semasa menjadi Setiausaha DS Anwar Ibrahim, itu menunjukkan bahawa orang-orang kuat UMNO ni memang suka membuat harta bila berkuasa. Apa bezanya AZMIN yang menjadi Setiausaha DS Anwar dengan Setiausaha Nor Mohd Yaakob yang ditangkap dengan wang tunai dirumah.

Sebenarnya, membuka semula kes AZMIN 17 tahun yang lalu seperti juga membuka pekung didada orang-orang UMNO dari DULU, KINI dan SELAMANYA. Kita tidak perlu melihat jauh, kita tengok saja kepada Jamil Khir Baharom yang baru sepenggal menjadi Menteri mampu membina sebuah mahligai istimewa. Kalau diambil kira beliau sebagai seorang bekas major jeneral KAGAT Angkatan Tentera, aku rasa tak mampu untuk beliau membina mahligai seperti itu. Itu belum lagi dengan Khir Toyo yang mahligainya mengalahkan Istana Negara lama. Bagaimana pula dengan Muhamad Taib yang ditangkap di Australia dengan wang tunai di tangan. Banyaknya duit mereka sebagai menteri. Ingat lagi tak kesah Arwah Dato Zek Klang.

Baiklah... Kita lupakan dulu nama-nama diatas sebab mereka menteri... Kita lihat Zamil Ibrahim bekas orang kuat PKR yang kini lantang menentang PKR. Semasa menganggotai PKR, apa pun tarak kini dah jadi orang kuat KITA (itu pun kena sack) puji BN dapat pakai Roll Royce. SPRM dan Bank Negara tak nak pi siasat ka mana datang duit nak beli Roll Royce tu....

Secara tidak langsung kita tahu bahawa sebenarnya setiap orang yang memiliki hubungan dan akses kepada Menteri dan YB BN akan mendapat habuan yang bukan sedikit. Kita boleh lihat betapa pencacai-pencacai BN walaupun SPM tak lepas tapi kini memiliki kereta-kereta mewah seperti BMW dan paling macai pun PROTON WAJA. Apa yang perlu dilakukan kipas YB @ Menteri, lepas tu ambil lesen kontraktor kelas F dan tunggu di pejabat YB setiap hari perjumpaan dengan rakyat. Tunggu bencana alam seperti ribut, lepas tu pergi jumpa YB kata perlu repair RM8000 pada hal kos sebenar RM3000, lagi RM5000 masuk poket . Itu yang berlaku sekarang ini.

Kesimpulannya, kedua-dua isu yang dibangitkan dan dicipta oleh puak-puak UMNO ini BOM MAKAN TUAN. Kalau dulu orang boleh terima apa saja yang orang UMNO cakap sebab masih dilamunan mimpi indah tetapi sekarang segala lamunan telah terhenti dan realiti menjelma dihati.. 

Nukilan periapahit

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...