TERKINI :

Wednesday, June 13, 2012

Aduhai SPR... takan Borang daftar pemilih habis stok pulak..!!!

PERTANGGUNGJAWABAN SPR : PASTIKAN BORANG DAFTAR PEMILIH CUKUP

Saya telah menerima pelbagai aduan sejak kebelakangan ini daripada anak – anak muda yang bakal mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi yang mengatakan bahawa Pejabat – Pejabat Pos di sekitar tempat tinggal mereka telah kehabisan borang pendaftaran pemilih baru.

Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) haruslah bertanggungjawab dalam memastikan amalan dan semangat demokrasi subur dalam proses pilihan raya yang adil dan telus termasuklah memudahkan capaian rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih baru. Matlamat SPR untuk meningkatkan kesedaran rakyat mendaftar sebagai pemilih sepertimana dalam kempen yang giat dijalankan lagi bermula 1 sehingga 30 Jun 2012 ini tidak akan tercapai sekiranya SPR tidak bertindak segera mengatasi permasalahan kehabisan borang di Pejabat - Pejabat Pos.

Wanita Keadilan mendesak agar SPR harus menjalankan tugasnya dengan cekap memastikan segala permasalahan dan kesukaran rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih baru diatasi. Sekiranya SPR gagal melaksanakan perkasa asas yang mudah ini, maka Wanita Keadilan tidak menolak kemungkinan bahawa SPR bersekongkol dengan UMNO – BN dalam memastikan kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang

13 Jun 2012

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...