TERKINI :

Thursday, June 21, 2012

503 penduduk di Daerah Sik yang terpilih untuk menerima sumbangan dividen daripada projek ‘Ladang Sejahtera’

SIK, 10 Jun 2012 – Jelas kerajaan negeri Kedah semakin kukuh dan maju apabila menyerahkan saguhati sebanyak RM1.5 Juta kepada seramai 503 penduduk di Daerah Sik yang terpilih untuk menerima sumbangan dividen daripada projek ‘Ladang Sejahtera’.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri berikan kepada setiap yang terpilih sebanyak RM300 dan jika dicampur kesemua maka jumlahnya adalah sebanyak RM1.5 juta.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan saguhati kepada peserta-peserta ladang sejahtera Daerah Sik di Padang Awam Sik.

“Ini bukan pusaka tuan-tuan tetapi habuan untuk tuan-tuan kerana tuan-tuan termasuk dalam golongan yang terpilih untuk menerima bantuan yang dipilih oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) dan disahkan oleh pejabat daerah.


“Tuan-tuan tidak perlu turun pun ke ladang untuk usahakan getah dan kelapa sawit tapi Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang uruskan tanah ini,” ujarnya.

Katanya, tanah tersebut adalah hak kerajaan dan buat masa sekarang diserahkan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan untuk menguruskannya dan daripada hasil tersebutlah dikembalikan kepada rakyat. Jika tidak ada sebarang masalah pada tahun hadapan maka rakyat yang berhak masih akan mendapat lagi saguhati tersebut.

Selain itu, beliau berharap jangan ada pihak yang kecewa jika tidak dapat lagi bantuan tersebut pada tahun hadapan kerana bantuan tersebut hanya diberikan kepada yang berada di bawah paras kemiskinan sahaja.

“Kita ikut cara Saidina Omar memerintah”, katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...