TERKINI :

Tuesday, May 29, 2012

Ulamak dalam negara rakyat dah mula tolak lalu UMNO guna Ulamak Import..!!!

Umno BN guna ulama luar untuk terus berkuasa

KUALA LUMPUR: Umno BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN.

Sebelum ini, katanya Umno BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, ujarnya kenyataan  dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya, kata Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

“Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi.

“Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.


“Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak difatwakan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya lagi kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini.

Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly.

“Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat,” ujarnya.

1 comment:

XUMNO said...

Ulamak2 yang dijemput tu semuanya dari negara2 pemerinthan kukubesi. Jadi lebih kurang sama standard dengan mufti2 di sinilah, kaki nagguk kepada pemerintah. Semua nak jaga periuk nasi dan pangkat.Bak kata Ust Idris, rumusan ijtima' tersebut dah diketahui sebelum ia diadakan. Rakyat Malaysia (except totok2 UMNO) tak usah ambik port lah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...