TERKINI :

Tuesday, May 29, 2012

Kisah Enam jeneral bersara ditahan di Turki dengan Nizar mantan MB Perak di Malaysia..!!

Bharian melaporkan:
ANKARA: Polis Turki menahan enam jeneral bersara negara itu termasuk bekas ketua tentera udara dan tentera darat berikutan pembabitan mereka pada 1990-an menggulingkan bekas perdana menteri, Necmettin Erbakan.

Agensi berita Turki, Anadolu berkata, mahkamah mendakwa enam tertuduh hari ini susulan pembabitan mereka mendesak peletakan jawatan Erbakan. -
Bharian
Bila baca berita tu aku teringat dakwaan yang Hj Nizar ada buat sebelum ni.

Hj Nizar sebelum ni dalam satu ceramah dia ada minta Najib sahkan atau nafikan yang Najib ada buat perjumpaan dengan pegawai-pegawai tinggi angkatan tentera dan minta depa buat sesuatu kalau BN kalah dalam PRU13.
 
Ucapan Hj Nizar dalam tu jadi isu yang dibesarkan oleh media penchachai, kononnya Hj Nizar menghasutdan fitnah tentera.
Banyak laporan polis dibuat dan Hj Nizar disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Hj Nizar hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh untuk bagi keterangan.

Pihak tentera pulak menafikan dakwaan Hj Nizar tu, malah ada yang cabar Hj Nizar supaya kemukakan nama-nama pegawai tinggi tentera yang terlibat.

Ada satu lagi versi lain yang aku pernah dengar tapi dah lupa sapa yang cerita, katanya memang ada perjumpaan macam tu dan memang Najib buat permintaan macam tu tapi pegawai-pegawai tinggi tentera tolak permintaan Najib tu. Katanya pegawai-pegawai tentera tu kata depa takkan campur dalam bab politik dan depa akan sokong sapa saja yang dipilih oleh rakyat.

Kalau betul cerita yang aku pernah dengar tu, memang aku tabik pegawai-pegawai tinggi angkatan tentera berkenaan.

BTW, tak kira la samada betul atau tidak Najib ada jumpa pegawai-pegawai tinggi tentera, aku harap sangat-sangat langsung takdak dihati mana-mana pegawai tinggi tentera untuk buat kerja gila macam 6 orang bekas jeneral Turki tu.

Pasainya kemungkinan tu memang ada. Kalau jeneral tentera Turki boleh tak mustahil jeneral tentera Malaysia pun boleh buat benda yang sama.

Cuma yang sedap hatinya dengan tentera ni, sampai hari ni langsung tak pernah timbui cerita tentera terlibat dengan kongsi gelap, tak macam polis yang disahkan sendiri oleh Musa Hasan, bekas ketua polis negara. Musa Hasan kata memang ada pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...