TERKINI :

Sunday, May 6, 2012

Demikianlah lagak ustaz anjing....!!!

Siapa Makan Cili, Dia Yang Merasa Pedas

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama," katanya di sini

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.

Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri." (Surah al-'Aaraaf 7 : 175-177)
Dalam ayat 175 surah al-A'raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid.

Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya.

Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap 'sampah sarap' yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia.

Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.
 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...