TERKINI :

Tuesday, May 29, 2012

Demi survival politik 'GANAS' Anwar sanggup kemek kereta sendiri...tak gitu UMNO..???

Najib akan terus galakkan samseng Umno mengganas!!!!!!!


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.

Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.

Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.

1 comment:

XUMNO said...

Tanda2 UMNO berada dalam keadaan nazak dan tercungap2 lemas, sama seperti apa yang berlaku semasa "Arab Spring". Atau ia adalah perangkap samar yang sengaja dipasang seperti sebelum kejadian Mei69.Pakatan dan penyokong2 Pakatan waspada.Kalau kita membalas secara ganas seperti samseng2 UMNO tu, ia akan memberi alasan untuk kerajaan BN mengistiharkan dharurat untuk menyambung hayat nya yang tinggal sedikit ini.Serangan2 ala samseng yang bacul ini menambahkan lagi bilangan penyokong kita, kerana mereka juga benci kepada kerajaan BN yang membiarkan keganasan dan kebaculan pengikut2 mereka berterusan. Ingat, manusia selalunya bersimpati dengan underdogs.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...