TERKINI :

Thursday, April 12, 2012

Cakap puak UMNO selalunya terbalik - Jadi KOMPOM kat SELANGOR ada OPERASI TERENGGANU @ GELOMBANG BIRU

 Khir Toyo nafi "Operasi Terengganu" di Selangor

Pertambahan pengundi secara mendadak mencungkil keraguan bahawa "Operasi Terengganu" sedang dijalankan di Selangor, mengulangi strategi tahun 2004 bagaimana UMNO-Barisan Nasional merampas semula negeri yang ditawan musuh politiknya.

PAS berjaya menawan negeri Terengganu dengan gelombang Reformasi dalam PRU 10 pada tahun 1999, namun kuasa kerajaan negeri itu dirampas semula oleh BN pada tahun 2004.  Bagaimanapun, PAS menganggap kekalahannya di negeri Terengganu bukan disebabkan penolakan rakyat, tetapi manipulasi terancang oleh BN.

Dalam satu ucapan Hadi Awang, Presiden PAS pada Februari 2012, beliau berkata, "Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan.  Mereka (UMNO) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali."

Menurut sumber maklumat kepada MerdekaReview, misi menawan semula negeri Selangor ini diberi nama "operasi Terengganu", iaitu merampas semula Selangor dengan cara sebagaimana BN menawan Terengganu pada tahun 2004.  Menurutnya lagi, "Operasi Terengganu" dijalankan melalui cara teknikal, misalnya penggarisan sempadan kawasan pengundian, memindahkan pengundi ke pusat daerah mengundi yang lain, menambah undi pos, mendaftarkan penduduk tetap sebagai pengundi dan sebagainya, untuk memenangkan BN dalam PRU akan datang.

Oleh itu, sumber maklumat menganggap inilah asas keyakinan Najib Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO untuk menawan semula negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat ini.
100 pengundi berkongsi alamat yang sama

Bilangan pengundi baru di Selangor menyaksikan pertambahan mendadak seramai 300 ribu orang, pada kira-kira 8%.  Sebelum ini, EXCO Selangor Xavier Jayakumar berkata pendaftaran pengundi baru dalam tempoh antara tahun 2008 dengan musim ketiga 2011 mencatat bilangan tertinggi, mencungkil kebimbangan wujudnya manipulasi dalam PRU akan datang.

Menurut laporan Selangor Times pada 30 Mac, Xavier Jayakumar (gambar kiri) berkata, biasanya bilangan pengundi bertambah antara 4,000 hingga 5,000 orang, namun kebanyakan kawasan pengundian di Selangor mencatat pertambahan lebih daripada 10 ribu pengundi baru.

Xavier Jayakumar menambah, Subang mempunyai 27,765 orang pengundi baru, dan Kelana Jaya di sebelahnya juga mempunyai 13,714 orang pengundi baru.  Beliau mempertikaikan fenomena pertambahan secara mendadak ini, malah mendakwa bahawa pihaknya menemui kes di mana 100 orang pengundi berkongsi satu alamat yang sama.  Mereka mendapati kira-kira 300 kes yang mana 100 orang pengundi baru berkongsi satu alamat.  Keadaan ini pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sarawak, dan bimbang ia bakal berulang dalam PRU yang akan datang.

Khir Toyo nafikan "Operasi Terengganu"

Bagaimanapun, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo mendakwa dirinya tidak pernah mendengar "Operasi Terengganu" yang kononnya dilancarkan UMNO-Barisan Nasional.  Beliau sebaliknya mendakwa pihak BN yang risau dengan fenomena pertambahan pengundi baru secara mendadak.

Khir Toyo berkata, di Sekinchan, terdapat pertambahan 3,000 orang pengundi muda keturunan Cina yang baru, dan seandainya melihat trend pengundian (golongan muda, bukan Melayu dikatakan memihak kepada Pakatan Rakyat) sepintas lalu, dirinya yang harus bimbang.

Khir (gambar kanan) mengambil contoh, Hulu Langat mencatat pertambahan pengundi baru sebanyak 20 ribu orang, dan Puchong kira-kira 15 ribu orang.  Lebih membimbangkan, menurut Khir Toyo, kini Selangor mencatatkan pertambahan 8% pengundi, dengan nisbahnya 52% bukan Melayu dan 48% Melayu.

"Kalau dia bimbang, kita bimbang juga lah," kata Khir Toyo, yang sebaliknya menuduh PKR yang cuba memutar-belitkan cerita.  Untuk beliau, kesemua tuduhan yang dilemparkan, termasuk tuduhan Nurul Izzah di Lembah Pantai, tidak lebih sebagai gimik.

Khir mengambil contoh kawasan jirannya, iaitu DUN Sabak.  ADUN Sabak Warno Dogol menang dengan majoriti 117 undi pada tahun 2008.  Khir mendapati satu Pusat Daerah Mengundi, dengan kira-kira 200 orang, yang mengundi BN, telah dipindahkan dari Sabak ke kawasan dirinya, iaitu DUN Sungai Panjang.  Untuk Khir Toyo yang menang pada tahun 2008 dengan kira-kira 5,900 undi majoriti, beliau menganggap dirinya tidak memerlukan undi tersebut.

"Saya sukalah (mungkin undi majoriti meningkat), tapi masalahnya, adalah tidak bermakna (no point) saya menang sampai 6,000 lebih (undi majoriti), (tapi) jiran saya kalah," kata Khir Toyo.  Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat berkuasa untuk memanipulasikan daftar pemilih ini, Khir Toyo mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bebas, bukan kesemua pegawainya pro-kerajaan BN.  "Itu andaian yang salah (SPR sokong BN)," tambahnya.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview, Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...