TERKINI :

Thursday, April 12, 2012

Apa punya NGOK peniaga ubat nie.. orang suruh menderma bukan suruh meniaga..!!

Bayi mata terbonjol: Kami tak mampu beli ubat
Wartawan Sinar Harian
11 April 2012
Keratan akhbar Sinar Harian semalam
PENDANG – Tawaran segelintir pihak ingin menjual ubat bagi mengubati Nur Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan yang menderita apabila kedua matanya terbonjol dan bengkak terpaksa ditolak ibu bapa bayi berkenaan.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, dia menerima banyak panggilan orang ramai ingin membantu namun ada juga pihak yang menghubungi menawarkan jualan ubat masing-masing.

“Banyak juga penjual ubat yang menghubungi mengatakan ubat mereka berkesan dengan harga ratusan ringgit serta memujuk saya membeli namun saya hanya berkata bahawa saya tidak mampu kerana ketiadaan wang.

“Saya memaklumkan kepada penjual ubat bahawa saya tiada wang menyebabkan saya merayu bantuan orang ramai sepertimana yang dilaporkan akhbar ini kelmarin,” katanya.

Zainon berkata, dia bersyukur kerana banyak pihak menghubunginya memaklumkan ingin membantu dengan meminta nombor akaun bank namun ketiadaan nombor akaun menyebabkan dia terpaksa memberi nombor akaun abangnya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai membantu kos rawatan anaknya, Nur Amira Umairah yang menghidap penyakit glaukoma sejak lahir apabila kedua matanya semakin terbonjol dan membengkak dengan teruk akibat penyakit ini.

Penyakit itu menyebabkan bayi itu perlu mendapatkan rawatan sebanyak tiga kali sebulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi keluarga terbabit di talian 017-7509123 atau 013-4756126 serta menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (03100-41-00012708-4) atas nama abangnya, Badrol Sami Mohd Tajuddin.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...